Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Sejarah Seni Tampak Malaysia

1. KAJIAN SENIMAN – PROFESOR ZAKARIA BIN ALI

a. BIODATA SENIMAN

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sememangnya mempunyai


ramai seniman atau pelukis yang yang tidak dapat lagi disangkal bakat dan
kemahirannya mereka dalam bidang seni ini. Dan di sebalik bilangan pelukis yang
ramai dan kini bertambah tahun demi tahun seperti tumbuhnya cendawan selepas
hujan, ada seorang pelukis atau seniman yang tanpa disedari oleh kita sendiri
telah memberi pelbagai manfaat dan sumbangan kepada negara amnya dan juga
kepada bidang seni khususnya.

Di sini, kami melakukan sebuah kajian atau penjelajahan seni mengenai


seorang seniman yang sememangnya berbakat besar di dalam yang penuh
kreativiti ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Profesor Zakaria bin Ali.

PROFESOR ZAKARIA BIN ALI


Sejarah Seni Tampak Malaysia

Seniman yang lahir di selatan semenanjung Malaysia iaitu di Kampung


Batu, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Air Molek, Johor Bahru pada tahun 1952 hingga tahun 1953 dan
menyambung pelajarannya di beberapa buah sekolah Inggeris sebelum
memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni halus pada Mei 1972 dari
Southwestern University, Georgetown, Texas yang menjadi sarang pencarian
ilmunya sejak dari tahun 1968 sehinnga 1971.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Harvard University,


Massachusetts dan Berjaya memperoleh Ijazah Phd. pada Mac 1991. Selepas itu,
beliau menyambung semula pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (MA) di
Stephen F. Austin State University, Texas pada tahun 1972 sehingga 1973.
Selepas itu, pada tahun 1974 sehingga 1976, beliau pergi ke Mexico untuk
menamatkan pengajian beliau untuk memperolehi MA di Universidad de las
Americas di Mexico. Pada tahun 1981 dan 1982 pula, Sabbatical, National
Museum of American Art Smithsonian Institution, Amerika Syarikat. Dan akhir
sekali, beliau memperoleh PhD di Harvard University, Massachusetts.

Selain menjadi seorang artis dan novelis yang berbakat besar, Profesor
Zakaria bin Ali juga seorang pengkritik seni, penterjemah dan kolumnis akhbar
Harian. Profesor Zakaria bin Ali menjadi pensyarah di Pusat Seni, Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang dan dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang
sejarah seni pada Januari 1993 hingga kini. Beliau meneroka dunia seninya
menerusi dua wadah, iaitu melalui tulisan seperti sajak, cerpen, novel, esei,
rencana, kertas kerja dan diari dan juga melalui lukisan dengan menghasilkan
karya dari media catan dan cat air.

Beliau bukan sahaja mampu menghasilkan karya dalam bahasa Melayu


tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Puisi awalnya berjudul "Sonnet I" dan "Doubt"
tersiar dalam Southwestern Magazines pada tahun 1970. Kemampuan Zakaria
menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol memberi ruang kepadanya untuk
Sejarah Seni Tampak Malaysia

menceburi bidang terjemahan. Misalnya beliau menterjemahkan cerpen "Masalla


del Amor" dan "El Pajaro" karya Octavio Paz ke dalam bahasa Melayu yang
disiarkan di Dewan Sastera, Februari 1972.

Pada tahun 1991, beliau memenangi tempat kedua (tiada pemenang


pertama) dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah - GAPENA ke-IV melalui
novel Empangan dan Hadiah Sastera Malaysia 1991/1992 juga menerusi novel
yang sama.

Profesor Zakaria bin Ali pernah melakukan pameran solo karya-karyanya


yang pertama pada tahun 1982 di Muzium USM dan Art Gallery, Pulau Pinang.
Pameran solonya yang kedua pula ialah juga di Art Gallery, Pulau Pinang pada
tahun 1999.

Selain pernah mengadakan pameran solo, beliau juga pernah melakukan


pameran secara berkumpulan yang dianggotai para artis yang terpilih dan
sememangnya berbakat besar dalam bidang seni lukis. Pada tahun 1996, pameran
secara berkumpulan beliau adalah di Pekan Seni Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Pameran ini merupakan pameran IV yang pertama bersama Ismail Abdullah,
Baharuddin Arus dan Mohd. Najib Ahmad Dawa di Pusat Kreatif Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau turut serta dalam pameran
Cita Rasa, Malaysia Indah 1997 di Bank Negara juga di Kuala Lumpur. Pameran
ini merupakan pameran seni lukis tenaga pengajar &dan siswa juga siswi dari
Pusat Seni USM, Sabah Art Gallery, Kota Kinabalu.

Penglibatan beliau dalam bidang seni sememangnya tidak pernah gersang


bagaikan tanah yang tandus. Oleh kerana itulah, beliau telah banyak menerima
pelbagai jenis anugerah sepanjang beliau menapak di dalam bidang penuh kreatif
ini. Pada tahun 1981- 1982, beliau telah menerima anugerah Fullbright Fellow.
Selepas itu, pada tahun 1988 pula, beliau menerima anugerah daripada Fogg
Museum of Art Grant, Harvard University. Selepas itu, pada awal 90-an, beliau
Sejarah Seni Tampak Malaysia

menerima penghargaan sekali lagi iaitu Aga Khan Travel Grant juga daripada
universiti yang sama.

Selepas itu, rezekinya datang melimpah ruah apabila beliau menerima


anugerah sekali lagi tetapi di dalam bidang penulisan pula iaitu Literary Award of
The Sabah Foundation daripada Gapena. Beliau menerima hadiah di tempat yang
kedua dan tiada hadiah yang pertama. Dan anugerah yang paling terkini yang
diperolehinya ialah Hadiah Sastera Perdana 1998 berdasarkan kekreatifan beliau
menghasilkan novel yang menarik iaitu novel Villa Maya pada tahun 1998.

Selain itu juga, beliau telah memenangi beberapa kepujian atau


penghargaan daripada pelbagai agensi dan sebagainya. Anugerah yang pertama
ialah anugerah Blue Key pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pula, beliau telah
memenangi satu lagi kepujian lagi iaitu Who's Who in American University and
Colleges. Selepas itu pada 13 sehingga 29 Mei 1995, beliau telah menerima satu
lagi kepujian daripada negara Jepun iaitu Visiting Professor, Chubu University
Nagoya. Pada tahun 1998, beliau menerima lagi satu lagi kepujian yang agak
besar iaitu Commissioned by the publisher of The Encyclopedia of
Malaysia to do six entries for Vo. 14 : Arts and the Visual Arts.

Seperti mana yang kita semua tahu, Profesor Zakaria Ali bukan sahaja
seorang pelukis yang berbakat besar, beliau juga merupakan seorang seniman
yang juga memeiliki kelebihan di dalam bidang penulisan ilmiah mahu pun
penulisan kreatif. Pada tahun 1989, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
telah menerbitkan satu karya penulisan beliau iaitu Seni dan Seniman : Esei-esei
Seni Halus (Art and Artists : Fine Art Essays). Selepas itu, pada tahun 1991 pula,
penulisan beliau yang bertajuk Kemalaysiaan Seni Lukis Malaysia : Soal Identiti
(The Malaysianess of Malaysian Art) oleh National Art Gallery, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1991 juga, beliau telah menghasilkan satu lagi karya yang kreatif iaitu
novel Empangan (The Dam) yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dan telah dipilih oleh Menteri Pendidikan sebagai Buku teks STPM iaitu
novel pada tahun 1996. Islamic Art in South-East Asia 830 A-D 1570 A.D juga
Sejarah Seni Tampak Malaysia

merupakan karya ilmiahnya yang juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Sejak tahun 1996 pula, beliau menulis dalam ruangan Art
and Literature untuk Akhbar The New Straits Times. Pada tahun 1997 pula, Berita
Publishing Sdn. Bhd. Telah menerbitkan novel Profesor Zakaria Ali yang
sememangnya tidak dapat lagi disangkal kekreatifan karya beliau iaitu novel Villa
Maya.

b. HASIL KARYA SENIMAN

Seperti mana yang kita tahu, Profesor Zakaria Ali sememangnya


memilikibakat yang besar di dalam bidang penulisan kreatif selain di dalam
bidang seni lukis. Antara karya agung beliau yang paling popular ialah novel
Villa Maya yang telah diterbitkan pada tahun 1997. Novel ini telah diterbitkan
oleh Berita Publishing Sdn. Bhd.

Di dalam novel yang penuh unik tersebut dapatlah disipnosiskan beberapa


perkara. Isu darjat dan keturunan merupakan salah satu ramuan dalam novel
kedua Zakaria Ali ini. Selepas 'Empangan', sekali lagi kita dipertemukan dengan
watak 'J'. Kali ini 'J' adalah sebagai anak bekas diplomat Malaysia yang pulang
untuk mengebumikan jenazah bapanya. Pelbagai peristiwa bermula di Lapangan
Terbang Bayan Lepas dengan semua watak-watak utama diperkenalkan di sini
secara kreatif oleh Zakaria: Tareeq (bertindak sebagai Narrator), J, Felix Eboue,
Henriette, Syarifah Fawziah, Albino Balar, For Tun Tay dan juga Datuk Syed
Nira Hitam, yang watak antagonisnya turut dapat dikesan dalam 'Empangan'.

Tiada banyak dialog diutarakan dalam novel ini, jika ada pertukaran
dialog antara watak sekalipun, ianya lebih untuk memberi rencam dalam
penceritaan dan seringkali ianya melucukan. Zakaria Ali memilih untuk
menyampaikan cerita secara naratif dari pandangan Tareeq son of Mydeen yang
memiliki kedai makan mamak, The Lonesome Mamak.

J digambarkan sebagai cuba mencari ketenangan di sebalik kekecohan


sekelilingnya: usaha J untuk mengebumikan bapanya; Felix yang mahu
Sejarah Seni Tampak Malaysia

menceraikan Henriette kerana tidak boleh beranak; Syarifah Fawziah yang mahu
melepaskan diri daripada kawalan ayahandanya, Syed Nira Hitam; Felix
bersekedudukan dengan Syarifah Fawziah; Syarifah Fawziah mengandung tapi
Felix pula tak mahu anak; dan watak misteri Albino Balar yang sering memburu
J. Kesemua ini berlaku di bangunan Villa Maya, milik Syed Nira Hitam dan
serata tempat di Pulau Pinang.

Mungkin satu kebetulan watak misteri Albino Balar menyerupai watak


Silas dalam Da Vinci Code yang turut albino. Seperti Silas yang setia kepada
tuannya, begitulah Albino Balar yang setia kepada ketuanya (tidak dapat
didedahkan di sini, untuk menjaga unsur-unsur suspens).

Novel ini cuba mengutarakan kisah absurd dalam ruang kehidupan J dan
bagaimana J memaknai hidupnya yang disimpangi pelbagai pilihan. Seringkali
satu musibah di belakangnya nanti ada pula hikmahnya. Novel ini boleh dikaitkan
bersama-sama novel 'The Outsider' (Albert Camus) yang turut memperlihatkan
corak absurd dalam hidup watak utamanya, Mersault.

Antara karya penulisan kreatif beliau ialah novel Percikan yang telah
diterbitkan pada tahun 2003 dan diterbitkan oleh Utusan Publication. Novel
tersebut menceritakan tentang krisis pertengahan hidup Dr. J amat menyulitkan.
Dia dikunjungi oleh X, ex-student dua semester yang lalu. Tanpa disedari gerak-
geri dan lenggok badan X tiba-tiba menjadi sungguh mengujakan buat Dr. J.
Isterinya, Sabariah pula saban malam mendapat panggilan misteri membisikkan
gosip bahawa Dr. J sudah main cinta dengan seorang gadis Cina, bekas
pelajarnya. Sabariah jadi bengang dan tertekan. Hassan dan Hafiz naik bingung
dengan telatah kedua-dua ibu bapanya. Lantas mereka memberontak dengan cara
mereka; meninggalkan tuisyen dan balik berehat di rumah saja.

Adventure Dr. J kali ini mengungkap persoalan poligami dan


miscegenation. Percintaan antara dua kaum berbeza dan berlainan agama. Di
tangan penulis lain, persoalan sebegini mungkin menjadi klise yang kita sudah
Sejarah Seni Tampak Malaysia

dengar berkali-kali. Yang membezakan cerita ini daripada yang lain adalah teknik
penceritaannya.

Setiap sepuluh bab diceritakan dari sudut pandangan watak-watak utama:


Sabariah, Dr. J, Hafiz, Hassan dan X. Melalui gaya ini, pembaca akan mendapat
pandangan berbeza mengenai satu peristiwa yang sama. Setiap watak akan
menyembunyikan/menambah/mengada-adakan fakta sesuai dengan motif masing-
masing. Sehingga akhirnya, pembaca mungkin akan keliru siapakah yang
bercakap benar dan siapakah pula yang berbohong.

Situasi-situasi yang dikemukakan oleh Zakaria Ali adalah penuh absurd,


humoris, berkontradiksi dan amat meninggalkan kesan kepada pembaca. Tapi
adakalanya situasi tersebut agak far-fetched, seperti contoh di mana bagaimana
Hafiz boleh terjumpa dengan sebegitu mudah, e-mail X daripada Internet.

Tajuk 'Percikan' amat abstrak dan Zakaria Ali memberikan kebebasan


penuh kepada pembaca untuk menginterpretasikannya. Tidak sekali pun
perkataan ini muncul dalam teks. Saya yakin 'percikan' merujuk kepada
bermulanya Dr. J terpikat pada X, yang seterusnya membawa kepada rentetan
peristiwa-peritiwa yang berlaku dalam novel ini. Dr. J-X telah memercik dan
mewarnai diri masing-masing dan watak utama lain, yang amat terkesan akibat
daripada percintaan mereka berdua. Secara halus, Dr. Zakaria cuba
membayangkan kekecohan yang boleh timbul dalam institusi keluarga apabila
suami mencintai wanita lain.

Karya penulisan ilmiah Profesor Zakaria Ali yang lain ialah Arah ke
Selatan, The Road Heading South terbitan Pustaka Cipta pada tahun 2004.
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Dr. Zakaria Ali kini bertugas di Pusat Pengajian Seni,


USM. Seorang pengembara, terutamanya di benua Amerika, khususnya di
persempadanan Mexico-US. Antologi cerpen kali ini banyak menyangkut
peristiwa di sekitar tempat tersebut. Malah hampir kesemuanya berlaku di sana
kecuali cerpen "Air Terjun", satu cerita abstrak penuh perlambangan yang boleh
terjadi di mana-mana.

Senarai 20 cerpen (mengikut susunan): Air Terjun, The Waterfalls,


Susanne dan Penyair yang Pulang, Susanne and the Poet Who Returned, Arah ke
Selatan, The Road Heading South, Pemburu Sepi, The Solitude Seeker, Perahsia,
The Pursuers, Kajian ke atas Empat Watak, A Study on Four Characters, Barat
Daya Lavendero, South-West of Lavendero, J Sang Pemburu, J the Hunter,
Rokok Amerika, American Cigarettes, Cholula: Potret Kasar, Cholula: A Rough
Potrait.

Antologi ini disampaikan secara bilingual dan semuanya ditulis sendiri


oleh Zakaria Ali. Terus-terang, karya-karya dwibahasa ini lebih senang difahami
dalam Bahasa Inggeris (BI) berbanding Bahasa Melayu (BM). Aku dapati karya
dalam BM nampak prententious dan dibuat-buat malah beberapa ayat ditiadakan
dalam BM (tapi ada dalam BI) ; mungkin kerana payah nak digambarkan dalam
BM. Aku tak dapat nak turunkan contoh ayat di sini takut-takut melanggar
hakcipta atau apa. Pun begitu, mungkin ini disengajakan pengarang untuk
memaksa kita membaca kedua-dua karya dalam dwibahasa. Ya, saling
melengkapi.
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Untuk perbezaan, semua karya BM dicetak dengan font GillSans (11/14


poin) manakala untuk BI, Baskerville (11/14 poin).

Sekali lagi, seperti kebanyakan karya-karyanya (Empangan, Villa Maya,


Percikan), cerpen-cerpen di dalam antologi ini turut menampilkan watak misteri
'J'. Siapa 'J' tu? Saya percaya ia adalah Zakaria Ali sendiri; pengalamannya yang
diceritakan kembali dalam bentuk fiksyen dan kreatif.

Sememangnya, karya lukisan beliau memang tidak disangkal lagi


keestetikannya. Contoh yang paling baik ialah catan indah : Me and My Parents

as Zapatistas. Karya ini


dihasilkan pada tahun 1977 dengan menggunakan media cat minyak di atas
kanvas yang bersaiz 70 x 120 cm. Di tengah-tengah merupakan potret diri beliau.
Di sebelah kiri kanan, adalah ibu dan ayah Dr. Zakaria, yang kini kedua-duanya
sudah meninggal dunia. Lukisan ini telah dilukis ketika mereka masih hidup.
Menurut Dr. Zakaria, ibu-bapanya pernah bertanya kenapa pakaian bersenjata?

Sebenarnya sewaktu Dr. Zakaria di Mexico dahulu, beliau pernah


membuat kajian tentang kumpulan petani yang memberontak terhadap rejim
Juarez yang pro-mat salleh (US). Pemberontakan tersebut dipimpin oleh Zapata,
seorang asli Mexico, Náhuatl. Pengikutnya, digelar Zapatistas, kesemuanya
adalah petani yang tertindas oleh pemilik tanah yang disokong oleh pihak gereja
katolik.
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Dr. Zakaria begitu terharu pada riwayat hidup Zapata yang akhirnya mati
dibunuh oleh pengkhianat, sehingga beliau terpanggil untuk melukis potretnya.
Tetapi potret Zapata di Malaysia siapa yang kenal? Maka beliau ubah menjadi
potret diri, berlakon sebagai Zapatista. Kini catan ini berada di Balai Seni Lukis
Negara.

c. AKTIVITI SENIMAN

GEBANG SENI DR. ZAKARIA ALI

Objektif pelaksanaan program seni berskala sederhana ini adalah untuk


mewujudkan ruang interaksi diantara teman-teman seniman, para pelajar serta
individu yang benar-benar memandang serius tentang kepentingan penjanaan
diskusi serta dialog seni dalam kaedah yang lebih santai tetapi bermakna.

Gebang Seni ini adalah mengenai pembentangan kertas kerja Prof. Madya
Dr. Zakaria Ali yang bertajuk " Titik-Titik Perkembangan Seni lukis Malaysia
Moden ".
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Maksud saya dengan titik-titik ialah sejumlah karya yang telah diolah
dengan handal, rapi dirancang, meneroka idea dengan menyegarkan. Karya
tersebut juga satu dalam rantaian siri oleh pelukis yang menangani tema jati diri,
rasa tersisih dan rasa berani. Sesudah direnung kembali, karya tersebut juga
menandakan puncak kerjaya pelukis yang penuh dedikasi, komitmen dan
ketabahan. Juga, karya yang terpilih ini mencabar dunia yang bersikap tidak
responsif malah kian membengis.

Saya memilih "Potret diri" oleh Amron Omar, 1982; "Prospect" oleh Eng
Hwee Chu", 1995; "Newspaper" oleh Bayu Utomo Radjikin; "Gerak Tempur"
oleh Raja Shahriman, 1995. Kecuali karya Amron, tiga yang lain itu telah
dihasilkan dalam sepuluh tahun yang lalu; satu jarak yang agak panjang untuk
terbinanya satu perspektif sehingga memungkinkan saya membuat penilaian,
membaca butir-butir tersurat dan yang tersirat yang saya nampak.
Potret Amron ini satu drama diri yang handal, sebuah penegasan identiti Melayu
yang sifat lemah lembutnya langsung tidak tertutup oleh cara agresif dia duduk di
atas kerusi malas rotan. Lutut kaki kiri naik, kaki kanan mencecah lantai, bersedia
untuk berhadapan dengan musuh yang melemparkan bayang-bayang. Rambut
kerinting panjang berserabut, dada terdedah, berpakaian sarung, Amron melenting
menyambut provokasi. Kepala menjenguk ke depan, siku kiri sedia menangkis,
tangan kanan menanti untuk menampar. Dia menghina dengan menunjukkan
tapak kakinya kepada penceroboh itu, perbuatan kurang ajar dalam budaya
Melayu. Maksudnya: awak ini siapa, taik anjing. Awak masuk aku terajang.
Sebaliknya tapak kaki kiri yang menghala ke pemerhati, ditutup dengan jari,
selaku meminta maaf sebab tiada niat jahat, meskipun urat yang tertimbul
menandakan pergaduhan pasti berlaku sesaat dua lagi.
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Mesej Amron ialah bahawa potret itu lebih dari hanya separas muka,
secara depan atau sisi, sejenis rakaman yang kita warisi dari zaman Renaissance.
Potret ini dirakam dari atas, nampak dahi, tulang hidung, satu mata, dan sedikit
mulut. Bahu kiri terjungkit sebab tangan berehat di atas lutut yang tersandar pada
alas tepi. Otot dada tegang, menunjukkan tulang dada tertonjol. Kedutan sarung
menambah kepada watak Amron yang suka pada kesederhanaan dan benci pada
kepura-puraan, meluat pada orang yang cakap besar padahal dia sendiri apa
kurangnya. Sarung itu ringan, berangin, selesa, lekat pada punggung, betis, lutut,
paling sesuai dalam cuaca tropika. Rekacorak sarung sesuai dengan komposisi
yang sendeng, dibantu pula jalur kelabu meminggir ke tepi, sama seperti bayang-
bayang di lantai. Kiaraskuro ini menyarankan tema lagaan: figura dan kerusi
rotan; figura yang duduk dan bilik yang kosong; hal benda yang nampak dalam
adegan dan hal benda yang tak nampak di luar adegan.

Selanjutnya, dalam diri figura itu sendiri tertanam sifat lembut dan sifat
kasar; sifat rendah diri dan sifat kurang ajar; sifat tenang dan sifat amuk, timbang
menimbangi, nyaris-nyaris bergeseran. Kerusi malas juga disusun-letak demikian
sehingga limpahan cahaya itu jatuh ke atas lipatan kain, dada sebelah kanan, jari-
jari, ibu jari kaki yang terangkat. Gelap yang memudar tepi cahaya di lantai
adalah rekacorak sarung yang diperbesarkan, sebagai cara untuk membahagi
ruang, menyatukan cerita yang hujungnya masih menjadi tanda tanya.

Barangkali pemerhati terkilan sebab sarung itu nampak baru, masih


berkanji, agak keras, brand Chap Gadjah baru buka plastiknya sekembali daripada
kedai Kamdar. Sekiranya hapak dan lusuh, maka kesan catan ini pasti lebih
mendalam.

Satu lagi potret diri ialah "Prospect" oleh Eng Hwee Chu yang menangani
sejumlah isu yang sekali pandang tiada kaitan antara satu sama lain: figura merah
menunggang kuda biru; skaf kuning beralun-alun membelit lengan figura;
bayangan figura kena sula pada salib kayu; empat anak-anak bogel berterbangan;
dua pintu gerbang terbuka pada dinding batu; lantai diturap petak marmar; dua
bekas di sudut kiri dan di sudut kanan sebelah bawah; pintu biru dihias dengan
Sejarah Seni Tampak Malaysia

rekabentuk geometrik; tingkap bulat menghala ke taman bunga yang nyaman;


bilik-bilik belakang bertambah-tambah banyaknya; dan siling yang menunjukkan
tanda jejaring besi. Sepanduk tergantung di dinding merah berbunyi: Kosong.
Sekeping lagi sepanduk: Chui. Nun di belakang, satu lagi: Restoran bernama
Sentosa.
Imej-imej yang tindih menindih ini berkisar pada figura yang erotik. Rasa erotik
itu dinyatakan pula oleh seekor kuda, lambang kekuatan batin. Tapi betulkah ini?
Kuda takut bermata buntang itu sebenarnya sekepung gangsa, sekaku besi
tuangan. Menungganginya, figura itu menjadi merah berkobar-kobar keasyikan,
betisnya terkangkang, tangan terbuka untuk mendakap, jari-jari kaki melenting
menanti-nanti. Tapi mukanya kecewa, sedih, tertipu, terlepas.

Paling pelik ialah bayang yang kena sula; bayang dirinya yang masih
belum berubah mendarah daging. Kita nampak paku tertanam pada satu tangan
sementara di dahi pula api menyala. Api iman atau api ragu, susah nak kata.
Empat bayi itu memperkuatkan rujukan kepada agama Kristian yang
meminggirkan peranan seks sejak ia mula tersebar. Bayi yang berterbangan ini
merupakan idaman pelukis yang tidak kecapaian?

Lantai yang berpetak itu menegaskan konflik, melalui warna yang tidak
mungkin bercantum. Pelbagai perspektif mengganggu lantai menuju ke restoran
yang pintunya membuka ke bilik-bilik lain yang tersembunyi. Adakah ini isyarat
tamak makan, dosa yang sama terkutuknya seperti nafsu? Nafsu makan dan nafsu
seks terdedah dalam rahsia, terselindung di belakang tembok morality atau agama
atau khutbah sehingga bila terbongkar akan menyebabkan malu yang amat sangat,
apatah lagi sesudah digosip ditokok tambah. Oleh itu, dalam adegan ini ada
sejenis reality yang asing di mana siling itu dibalut pula oleh karpet. Betapa
berbezanya dengan taman bunga yang semulajadi penuh dengan tumbuhan hijau
di bawah langit biru, seperti yang ternampak pada tingkap bulat itu. Dua bekas di
sudut bawah mengingatkan kita untuk kembali kepada kesederhanaan, menerima
hakikat satu persatu, dan menolak kepura-puraan.
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Bayu Utomo Radjikin dalam "Newspaper" mengulas betapa kurang


sensitifnya kita pada penderitaan, kematian, dan kehancuran. Hal benda ini
dinyatakan oleh budak yang terlentang, muka dibalut plaster, tiub terkeluar dari
hidung, badan bercalar, tangannya hitam setengah nyawa. Mangsa penjaga yang
mendera, anak ini hanyalah satu perkara dalam senarai perkara-perkara yang
panjang. Media massa boleh memilih untuk tidak menyiarkan atau untuk
meletakkannya di muka depan, bergantung pada betapa larisnya nanti akhbar
laku.

Pilihan rambang Berita Harian, Utusan, Metro, The Sun, Watan, Sunday
Star, ialah untuk menunjukkan bahawa pada hari apa pun, di muka surat mana
pun, kita menerima laporan yang kita suka dan laporan yang kita tidak suka.
Inilah hakikat persuratkhabaran: melayan berbagai pembaca, dari penagih berita
ke fanatik sukan, dari penyebar gossip ke pembeli stok. Cerita pasal anak
terlantar, atau hubungan muhrim dilakukan pak haji, rasuah dilakukan oleh
pegawai pencegah rasuah terselit juga di sana sini, mungkin di ruang bawah,
sebelah muka surat terakhir. Jadi Bayu melakukan parody memomok editor yang
membuat keputusan mengenai berita yang akan dicetak dan berita yang akan
dibakulsampahkan. Dengan meletakkan kes dera ini di muka depan, Bayu
tersungkur ke dalam lurah komersialisme kehidupan moden yang melihat segala
sesuatu dari segi untung dan rugi. Jika meluluskan cerita ini bererti banyak naskah
yang terjual, maka teruskan.

Kolaj ini membangkitkan pertanyaan samaada terpadamkah garis yang


memisahkan seni daripada laporan akhbar? Bayu beranjak daripada andaian
bahawa apa saja boleh dijadikan seni; kertas, pasir, kulit, kayu, batu, besi, plastik,
kaca, bangkai, foto, sijil persekolahan, kasut, surat, pisau, peluru, rangka orang,
apa saja. Kesemuanya ini boleh dipilih, dipotong ikut saiz, asah, ubah, pahat,
pateri, gergaji, asah, elak, sembur, simen dan susun untuk mendapatkan
permukaan yang kasar, bentuk yang sesuai, dimensi yang selari, cerita yang
menyeronokkan. Di sini, Bayu mengambil perhatian kita kepada nama-nama
akhbar yang disusun di tepi sehingga terluang bahagian tengah di mana dia
Sejarah Seni Tampak Malaysia

menempel anak yang menanti maut ini. Dengan imej harimau di sebelah kiri, dan
gambar scan berwarna otak manusia di sebelah kanan, Bayu mengajak kita
memikirkan tentang hilangnya kasih sayang kepada kebinatangan yang
menyebabkan terjadinya penderaan yang amat kejam itu.

Dalam arca Raja Shahriman pula, kekerasan itu hampir mencapai taraf
kultus. Pejuang mutan setengah binatang setengah manusia yang dibuat
menggunakan kepingan besi enjin dan mesin, yakni, kerja yang susah
memandangkan bahawa kepingan-kepingan itu kekal seperti adanya, dipotong
atau digunting seminima mungkin. Saiz, tinggi, tunduk, identiti pejuang
bergantung kepada bahan yang ada, dipungut dari workshop besi, pengutip keluli,
jumpaan kebetulan. Dalam "Gerak Tempur," pejuang yang kepalanya berparuh
tertunda ke belakang, lengan melurus ke depan memegang pedang Samurai,
bersedia untuk menghayun dan menetak. Adanya persamaan dengan manusia
adalah tanda betapa prihatinnya Raja Shahriman pada anatomi, ototnya yang
kental bila badannya melengkung. Cara jari-jari menggenggam, siku mengasak,
tangan mengeras, bahu menekan, dada mengempis, kepala menyendeng, sekaligus
menarik dan menghalau pemerhati.Pemerhati merasa terhalau oleh pedang yang
tajam yang telah diketuk-titik sebagai satu karya lengkap. Dalam himpunan karya
Raja Shahriman, tiada dua pedang yang sama. Setiap satu dibuat untuk arca yang
khas yang telah difikirkan terlebih dahulu sehingga bersesuaian dengan watak,
pangkat, garang arca tersebut. Helaian rambutnya juga tajam; begitu juga
kepingan logam dada, penapis bahu, penghalang pinggang. Karya ini boleh
melukakan sehingga berdarah, dan mesti dinikmati dari jarak jauh sambil
memegang tangan anak-anak yang lasak.

Pemerhati merasa tertarik oleh kuasa drama arca tersebut, berlakon penuh
gaya gabungan Darth Vader dalam "Star Wars" dan arca bertajuk "Unique Form
of the Continuity of Space" oleh Umberto Boccioni yang menggunakan gangsa
tuangan pada tahun 1913. Pejuang Raja Shahriman yang menggerunkan itu
menyemarakkan kehadiran yang sukar dielak.
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Seorang pelajar bertanya saya apa faedahnya melukis gambar atau


membuat arca dalam zaman sekarang yang sesak melimpah dengan imej, dengan
salinan, dengan reproduksi, dengan hasil tipuan? Memang benar, imej di mana-
mana: pasang TV, layar internet, buka majalah, suratkhabar, iklan di setiap sudut,
movie, video, electronic games: bising, mengelirukan, memeningkan. Orang tidak
lagi sensitif sehingga tiada apa yang boleh memeranjatkan mereka. Benda yang
paling hodoh sekali pun diketepikan sebagai "biasa". Kita terus merasa terancam.
Apa yang telah kita pelajari, dan apa yang sedang kita ajar mengenai seni, sudah
tidak lagi relevan.

Jawapan saya senang: teruskan rasa ghairah itu, terima saja. Imej
elektronik siber, padam dengan beranjaknya mouse, dengan satu patukan jari.
Imej tersebut adalah maya direka oleh orang yang juga berfikir pasal warna, garis,
jalan cerita. Jadi tengoklah untuk belajar sesuatu daripadanya, komposisi yang
kukuh, alihan warna, sumber cahaya, perspektif berbagai, penyatuan tema, aliran
cerita. Fokuskan mata. Katakan pada diri bahawa kamu melakar, mengecat,
mengukir, memetri, mengguris untuk menghasilkan satu karya yang tidak boleh
disalin. Tidak ada satu apa pun yang boleh mengganti berus, cat dan kanvas.
Banyak sudah kamu berfikir, tidak tidur bermalam-malam, membuat banyak
kesilapan, menumpahkan seluruh jiwa raga. Yakinkan dirimu bahawa karyamu itu
tiada gantinya.

d. GAMBAR KAMI BERSAMA PROFESOR ZAKARIA ALI


Sejarah Seni Tampak Malaysia
Sejarah Seni Tampak Malaysia

Dari kiri : Siti Khadijah, Nor sa’diah, Noor Hasyimah, Profesor


Zakaria Ali, Noraini, Mohd Firdaus.

You might also like