Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Protokol Kyoto : Negara

Membangun Mesti Ada Kepakaran


PERUBAHAN iklim bumi semakin difahami masyarakat antarabangsa berikutan pelbagai bencana alam
sejak kebelakangan ini, seperti tsunami pada 2004 dan Taufan Katrina pada 2005. Sebelum 1998, masih
banyak pihak tidak yakin mengenai gagasan perubahan iklim termasuk di kalangan pemimpin politik di
Amerika Syarikat dan Britain.

Selain itu, saintis juga menjangkakan bahawa tragedi alam lebih parah akan melanda jika tiada usaha
dilakukan untuk mengawal punca perubahan suhu bumi, iaitu peningkatan suhu menerusi pelepasan gas
karbon ke ruang atmosfera. Antaranya termasuk perubahan arus ombak dan hujan tidak menentu yang
boleh menjejaskan pelbagai sektor terutama pertanian dan pembangunan pantai.

Sehubungan itu, banyak dasar baru di negara maju dirangka dan dilaksanakan agar impak perubahan
iklim tidak menjadi lebih serius selaras dengan ketetapan Protokol Kyoto berhubung penurunan tahap
pelepasan gas rumah kaca. Protokol Kyoto 1988 dirangka secara optimis selepas kejayaan Protokol
Montreal mengenai pengawalan pelepasan gas kolofolorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain. Namun
demikian, impak dan skop Protokol Kyoto jauh lebih besar dan signifikan. Menerusi Prokotol Kyoto, dua
mekanisme dibentuk, iaitu insentif kewangan dan inisiatif teknologi mesra alam.

Mekanisme insentif kewangan diasaskan kepada perdagangan karbon yang mana negara maju yang
menandatangani Protokol Kyoto bersetuju mengurangkan jumlah pelepasan karbon bermula pada 2008
hingga 2012 ke satu tahap karbon yang lebih rendah daripada tahap 1990.

Jika ia tidak dapat dilaksanakan dalam konteks tempatan, maka negara itu boleh ‘membeli’ jumlah
pengurangan karbon yang di negara membangun yang juga menandatangani Protokol Kyoto, termasuk
Malaysia. Model perdagangan karbon ini dimajukan berasaskan kepada perdagangan pelepasan sebatian
sulfur di Amerika Syarikat yang berjaya mengatasi masalah hujan asid menerusi penguatkuasaan Akta
Udara Bersih 1990.

Sementara itu, instrumen teknologi mesra alam pula dijadikan teras menjayakan pengurangan
pelepasan karbon. Dalam mekanisme ini, negara membangun menjadi penerima teknologi mesra alam
yang dibiayai sepenuhnya negara maju untuk mengurangkan kesan pencemaran pada peringkat lokal
dan global.

Kos teknologi berkenaan dibiayai menerusi Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) dan Pelaksanaan
Bersama (JI). CDM berfungsi memudah cara perdagangan karbon dengan negara membangun,
sementara JI pula membenarkan negara ‘penderma’ melabur wang untuk membekalkan teknologi
mesra alam dalam usaha pengurangan pencemaran di negara membangun yang membolehkan ‘kredit’
diberikan kepada negara penderma jika sesuatu sasaran pengurangan karbon tercapai.

Antara aktiviti yang terangkum dalam mekanisme ini ialah penghasilan tenaga mesra alam menerusi
proses anaerobik biojisim, penguraian enap cemar kumbahan dan sisa industri, pelupusan sisa pepejal
menerusi tapak pelupusan sanitari dan rawatan air sisa industri termasuk air sisa kelapa sawit dan
tekstil.

Dengan mekanisme ini, negara membangun dapat memanfaatkan teknologi canggih untuk mengawal
pencemaran alam sekitar dengan ‘percuma’. Sementara negara maju pula, mendapat kredit setimpal
dari segi pengurangan karbon pada peringkat global yang membantu mengurangkan kesan peningkatan
suhu bumi.

Banyak pihak masih sangsi sama ada Protokol Kyoto dapat mencapai matlamatnya dalam waktu singkat.
Ada pula mempersoalkan kejujuran negara maju sebagai ‘penderma’ dan kewibawaan negara
membangun sebagai ‘penerima’ habuan. Hal ini penting kerana kos teknologi dibiayai menerusi
mekanisme ini hanyalah kos kapital, bukannya kos operasi dan penyelenggaraan. Banyak juga pihak
sangsi, apakah jentera dan teknologi canggih yang akan digunakan itu nanti boleh diserahkan
sepenuhnya kepada pakar di negara membangun?

Teras kepada kejayaan Protokol Kyoto bukan saja kesediaan pihak terbabit menjayakan visi
menurunkan suhu bumi, sebaliknya ia banyak bergantung kepada pemantauan dan modal insan di
kalangan ahli profesional di negara membangun. Dalam hal ini, banyak negara maju melihat Malaysia
sebagai negara membangun paling ideal untuk melaksanakan mekanisme ini.

Secara relatif, Malaysia mempunyai prasarana perundangan alam sekitar yang lengkap, biarpun masih
ada ruang dan sudut tertentu untuk dibaiki. Malaysia juga sudah mempunyai kepakaran tinggi
berbanding negara membangun lain dalam kejuruteraan alam sekitar. Ketika ini, tidak kurang 500
jurutera profesional berdaftar di Malaysia yang menjadi pemangkin kepada pelestarian alam sekitar.

Dalam hal ini, saya berpendapat pihak industri khususnya sektor pembuatan dan komoditi perlu tampil
menggunakan peluang tersedia menerusi mekanisme Protokol Kyoto. Objektifnya jelas iaitu
menyediakan kemudahan untuk membolehkan industri tempatan menyediakan prasarana pengurusan
sisa yang mesra alam, sekali gus membantu mengurangkan impak peningkatan suhu bumi.

Sementara itu, pihak kerajaan juga perlu mempromosi gagasan tersirat menerusi Protokol Kyoto agar
semua pihak dapat tampil memberi sumbangan membantu mengurangkan penghasilan karbon dalam
semua sektor, termasuklah pengangkutan, pembuatan, pertanian dan perdagangan.

Kita tidak mahu dipersalahkan generasi akan datang kerana tidak menggunakan kesempatan ini untuk
bertindak secara glokal ‘menyejukkan’ suhu bumi yang kini semakin panas dan membahang.
Lapisan Ozon Menipis Akibat
Pemakaian CFC
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah kloroflorokarbon (CFC) yang
mengakibatkan menipisnya lapisan ozon.

CFC digunakan oleh masyarakat modern dengan cara yang tidak terkira banyaknya,

1. AC
2. kulkas
3. bahan dorong dalam penyembur (aerosol), penyembur rambut atau perfum.
4. pembuatan busa
5. bahan pelarut terutama bagi kilang-kilang elektronik

Satu buah molekul CFC memiliki jangka hayat 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera
sebelum dihapuskan.

MEKANISME PEROSAKAN LAPISAN OZON

Dalam waktu kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera
(10 – 50 km). Molekul CFC terurai setelah bercampur dengan sinar UV, dan membebaskan
atom KLORIN. Atom klorin ini berupaya memusnahkan ozon dan menghasilkan LUBANG
OZON.

Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan lebih banyak sinar UV memasuki bumi.

Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara ketinggian
tertentu seluruh Antartika pada musim semi. Pembentukan ‘lubang’ tersebut terjadi setiap
bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musin semi atau awal musim
panas.

Dalam bulan Oktober 1987, 1989, 1990 dan 1991, lubang ozon yang luas telah dilacak di
seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan
permukaan lubang pra-ozon. Pada bulan Oktober 1991, permukaan terendah atmosfer
ozon yang pernah dicatat telah terjadi di seluruh Antartika.

REGULASI
1975, dikhuatiri aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan
“United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulai Penyelidikan Ozon
Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi pemantauan dan penyelidikan ozon
dalam jangka panjang. Semua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantarkan
ke Pusat Data Ozon Dunia di Toronto, Kanada, yang tersedia kepada masyarakat ilmiah
internasional.

1977, pertemuan pakar UNEP mengambil tindakan Rencana Dunia terhadap lapisan ozon;

1987, ditandatangani Protokol Montreal, suatu perjanjian untuk perlindungan terhadap


lapisan ozon. Protokol ini kemudian diratifikasi oleh 36 negara termasuk Amerika Syarikat.

1990 Pelarangan total terhadap penggunaan CFC sejak diusulkan oleh Komuniti Eropah
(sekarang Uni Eropah) pada tahun 1989, yang juga disetujui oleh Presiden AS George
Bush.

1991 Untuk memonitor berkurangnya ozon secara global, National Aeronautics and Space
Administration (NASA) melancarkan Satelit Peneliti Atmosfera. Satelit dengan berat 7 ton
ini mengorbit pada ketinggian 600 km (372 mil) untuk mengukur variasi ozon pada
berbagai ketinggian dan menyediakan gambaran jelas pertama tentang bahan kimia
atmosfera di atas.

1995, lebih dari 100 negara setuju untuk secara bertahap menghentikan produksi pestisid
metil bromida di negara-negara maju. Bahan ini diperkirakan dapat menyebabkan
pengurangan lapisan ozon hingga 15 persen pada tahun 2000.

1995 CFC tidak diproduksi lagi di negara maju pada akhir tahun dan dihentikan secara
bertahap di negara berkembang hingga tahun 2010.
Hidrofluorokarbon atau HCFC, yang lebih sedikit menyebabkan kerosakan lapisan ozon bila
dibandingkan CFC, digunakan sementara sebagai pengganti CFC

 hingga 2020 pada negara maju dan


 hingga 2016 di negara berkembang.
Pemanasan Global

Bumi kini umpama sedang mengalami "demam panas" akibat pemanasan global yang
mengakibatkan iklim dunia dan kehidupan penghuninya kucar-kacir. Bagi kebanyakan
orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi
berbanding kesihatan dunia itu sendiri.

Sebenarnya sesiapa saja boleh membantu mengurangkan pelepasan gas tersebut.


Malah banyak perkara yang mudah dilakukan dalam kehidupan harian seperti
mengurangkan penggunaan atau mematikan terus peralatan elektrik yang tidak
diperlukan dan menggunakan mentol jenis jimat tenaga atau bertindak tidak
membakar sampah di kawasan terbuka.

Daripada ilmuwan hinggalah orang kebanyakan bagaikan sepakat bahawa gejala


pemanasan global boleh mengundang kemudaratan. Hakikatnya pemanasan global
adalah kesan daripada aktiviti manusia. Lebih menjelikkan negara maju seperti
Amerika Syarikat (AS) adalah penyumbang utama kepada pemanasan global.

Meningkatnya emisi gas rumah kaca adalah punca terjadinya pemanasan global.
Namun kita sendiri tertanya-tanya bagaimana gejala pemanasan global terjadi.
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah
gas-gas karbon (wap air, karbon dioksida, karbon monoksida) yang turut dikenali
sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi.

Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan permukaan bumi kembali
ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi makin
meningkat.

Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan
membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang
lebih teruk daripada biasa.

Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di
Eropah yang menyebabkan beratus atau mungkin beribu kematian sejak tahun 2000.
Gelombang 'kepanasan' ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan sejuk di
Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaan. Perubahan sama turut dirasai oleh
wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini sementara
negara seperti AS dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan
Katrina pada 2005.

Para pengkaji telah menjalankan kajian mengenai pengaruh pemanasan global


terhadap lautan beku di sekitar kutub. Hasil kajian menunjukkan sekiranya tingkat
pelepasan emisi gas rumah kaca berterusan, besar kemungkinan kita tidak akan
menemui ais di wilayah Kutub Utara pada tahun 2040.

Disebabkan pemanasan global, pengurangan ais pada dekad akan datang akan menjadi
lebih dramatik. Apabila ais mencair, samudera akan mengirim lebih banyak haba
kepada Kutub Utara dan air yang luas terbuka itu akan menyerap lebih sinaran
matahari yang seterusnya mempercepatkan proses pencairan ais.

Bagaimanapun kecairan ais laut tidak meningkatkan paras air laut kerana air pepejal
berada dalam air cecair.

Tetapi jika ais dan salji pada negeri Greenland mencair, paras air laut dijangka
meningkat sebanyak tujuh meter. Sesungguhnya kajian terbaru ini memberi ramalan
bahawa dalam tempoh 30 tahun saja fenomena itu akan berlaku gara-gara pemanasan
global yang tidak terkawal.

Lebih membimbangkan fenomena pemanasan global ini akan mengakibatkan krisis


makanan dunia yang telah berlaku sekarang akan memburuk pada masa akan datang.

Kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada
semua penduduk dunia tidak kira di mana mereka berada. Mungkin juga ada antara
kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir
dan cuaca panas sebagai malang.

Sama ada kita suka atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu
juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000, sama ada secara langsung ataupun
tidak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut


menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang
paling padat penduduk.

Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang
terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun. Perbandingan dengan bencana pada
1950 oleh beberapa pertubuhan antarabangsa menunjukkan peningkatan dua kali
ganda kejadian ribut taufan sementara kejadian banjir, gelombang haba dan kemarau
pula telah meningkat sebanyak empat kali ganda.
Kesimpulannya, setiap agama di dunia tidak menolak pembangunan hatta kemodenan
bahkan ia dituntut demi kesejahteraan manusia itu sendiri. Tidak mungkin manusia
mampu untuk memenuhi keperluan prasarana segenap populasi manusia yang semakin
berkembang tanpa digerakkan pembangunan itu sendiri.

Hari ini kita sudah dapat melihat kesan tersebut seperti masalah kesihatan,
perubahan cuaca dunia dan pencemaran alam. Kesemuanya berkait rapat antara satu
sama lain dan pada dasarnya berpunca daripada perbuatan tangan manusia sendiri.
Hakikatnya isu pemanasan global berpotensi mencetuskan kesan kemusnahan yang
mengancam kelangsungan hidup manusia di muka bumi jika kita tidak bertindak dari
sekarang.

Mungkin hari ini fenomena sedemikian masih belum jelas kelihatan dan memerlukan
kajian mendalam di peringkat global bagi mengesahkan kesan pada skala besar
terhadap segala macam pencemaran alam yang berlaku.

Namun ia seharusnya mampu membuka mata kita betapa pentingnya usaha


memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi ini sentiasa selamat dan
sejahtera untuk didiami oleh manusia pada zaman ini mahupun generasi seterusnya.
Selasa, 15 September 2009
Montreal, Kyoto, dan AS
Oleh : Fatkurrohman, M.Si[1]
Bencana kebakaran yang telah melanda negara bagian California beberapa minggu yang
lalu merupakan potret adanya ketidakseimbangan alam. Fenomena ini akhirnya membawa
bencana demi bencana yang datang silih berganti. Di Amerika Serikat tidak hanya
dihantam dengan bencana kebakaran, tetapi juga angina topan mulai dari Alicia, Katrina,
Rita, Gustav, Hanna, dan Ike. Topan Ike merupakan topan berkekuatan besar pertama
yang menghantam kota metropolitan Amerika Serikat sejak topan Katrina menghancurkan
New Orleans, Louisiana pada tahun 2005.
Kemudian yang menjadi pertanyaanya adalah apa yang menyebabkan munculnya bencana
kebakaran hingga topan yang terjadi di dunia saat ini khususnya yang terjadi di Amerika
Serikat?. Pertanyaan ini sangat menarik di tengah masyarakat dunia saat ini yang sangat
mengharapkan AS bisa berperan lebih besar dalam perjanjian internasional mengenai
lingkungan seperti Protokol Montreal dan Protokol Kyoto.
Pada tanggal 16 September 2009 adalah hari ulang tahun Protokol Montreal yang ke-22.
Munculnya Protokol Montreal dilatarbelakangi oleh adanya persolan lubang ozon (ozon
hole) di benua Antartika yang sangat membahayakan bagi kehidupan mahluk hidup di
dunia. Untuk itu dibentuklah Konvensi Wina pada tahun 1985 yang kemudian
diimplementasikan dalam bentuk Protokol Montreal pada tanggal 16 September 1987.
Protokol Montreal mengatur zat-zat yang dapat menipiskan lapisan ozon (ozon depletion)
seperti CFC (Chloroflurocarbon), Bromoflurocarbon, Methyl chloroform, Carbon
tetrachloride, Methyl bromide, dan Hydrochloroflurocarbon (HCFC). Zat-zat tersebut
memiliki kontribusi besar dalam menipiskan lapisan ozon yang sangat berpotensi
menyebabkan kanker, katarak, dan bahkan bisa merusak biota laut.
Protokol Kyoto merupakan tindak lanjut dari UNFCCC (United Nations Framework
Convention on Climate Change) di Kyoto, Jepang pada tahun 1997. Protokol Kyoto ini
mengatur tentang pengurangan gas rumah kaca Karbondioksida (CO2) yang terkait dengan
pemanasan global (global warming) dan perubahan iklim (climate change).
Sikap Amerika Serikat
Amerika Serikat memiliki sikap yang berbeda dalam menyikapi Protokol Montreal dan
Protokol Kyoto. Dalam Protokol Montreal, melalui perjalanan proses politik yang panjang,
Amerika Serikat akhirnya menandatangani dan meratifikasi Protokol Montreal pada 21
April 1988. Sikap AS yang telah meratifikasi Protokol Montreal telah membawa
keuntungan yang besar bagi penghematan anggaran 2,8 milyar dolar AS dalam
penanganan kanker, katarak, dan imunitas tubuh.
Sikap yang berbeda telah diperlihatkan oleh AS terhadap Protokol Kyoto. Jika dalam
Protokol Montreal, AS mau meratifikasi Protokol Montreal, dalam Protokol Kyoto, AS
masih belum melakukan ratifikasi. Pada tanggal 12 November 1998, AS telah
menandatangani Protokol Kyoto, tetapi pada tahun 2001, Amerika Serikat yang waktu itu
di bawah pemerintahan George W. Bush mengundurkan diri (pull out) dari Protokol Kyoto.
Alasan-alasan yang dikemukakan oleh pemerintah Amerika Serikat pada saat itu ada tiga
hal. Pertama, pelaksanaan Protokol Kyoto akan menghabiskan dana yang sangat besar
yang mencapai 300 miliar dolar AS. Kedua, implementasi Protokol Kyoto akan
menghancurkan sendi-sendi perekonomian AS khusunya di bidang transportasi yang
menjadi primadona di Amerika Serikat. Ketiga adalah pelaksanaan Protokol Kyoto akan
melemahkan kompetisi perusahaan-perusahaan di Amerika Serikat.
Peduli Lingkugan
Sikap Amerika Serikat yang tidak meratifikasi Protokol Kyoto sedikit banyak telah
menyebabkan percepatan terjadinya pemanasan global dan perubahan iklim dunia saat
ini. Hal ini terjadi karena AS merupakan penyumbang terbesar gas Karbondioksida (CO2)
dunia.
Munculnya bencana alam baik topan, banjir, kebakaran hutan yang melanda negara-
negara dunia seperti Inggris, China, India, Bangladesh, Indonesia, dan bahkan Amerika
Serikat adalah dampak dari lemahnya masyarakat dunia dalam hal ketaatan (compliance)
terhadap perjanjian internasional khususnya Protokol Kyoto.
Ketika kepedulian terhadap persoalan lingkungan telah memudar, maka bencana-bencana
alam akan terus mengancam mahluk hidup yang ada di muka bumi. Kerugian-kerugian
akibat bencana yang ditimbulkan oleh pemanasan global dan perubahan iklim tentunya
akan memiliki dampak yang luar biasa baik finansial maupun psikis (traumatis).
Amerika Serikat sebagai negara yang menjadi korban bagi dampak pemanasan global dan
perubahan iklim dunia saat ini adalah bukti konkret besarnya biaya (cost) yang harus
ditanggung oleh pemerintah AS untuk pemulihan (recovery) dan terapi warga negaranya
yang mengalami cacat mental akibat banjir, kebakaran hutan, dan topan yang berkali-kali
melanda AS sejak tahun 1983.
Fakta rusaknya sendi-sendi perekonomian dan beban traumatis warga negara AS akibat
pemanasan global dan perubahan iklim mestinya bisa menjadi pijakan bagi pemerintah
Amerika Serikat untuk lebih peduli dengan lingkungan internasional. Sikap ini sangat
dibutuhkan karena AS selain sebagai negara penghasil Karbondioksida terbesar dunia, AS
juga sebagai negara yang diikuti oleh negara-negara lain di dunia karena posisinya sebagai
negara adi daya dunia saat ini.
Berpijak dari refleksi 22 tahun Protokol Montreal, setidak-tidaknya Amerika Serikat di
bawah pemerintahan Barack Obama bisa bersikap lebih arif dan bijaksana untuk lebih
peduli dengan lingkungan. Spirit ratifikasi AS terhadap Protokol Montreal 1988 mestinya
bisa memberikan efek limpahan (spill over) terhadap sikapnya untuk segera meratifikasi
Protokol Kyoto. Walluhu alam bishawab.
[1] Dosen Prodi Ilmu Hubungan Internasional, UGM Yogyakarta. Sekaligus penulis buku
”Pemanasan Global dan Lubang Ozon: Bencana Masa Depan”.
PROTOKOL KYOTO
 Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations
Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto dalam
Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim).

 Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997,


dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 15
Mac 1999.

 Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah


pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004.
Protokol Kyoto bermatlamat mengurangkan pembebasan gas rumah
hijau yang mengancam dunia

 Protokol Kyoto ialah persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB


tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang
perihal pemanasan global.

 Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di


negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan
gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama
dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga
jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi
punca gejala pemanasan global.

 Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan


kenaikan suhu global antara 0.02°C dan 0.28°C setahun sehingga tahun
2050. (sumber: Nature, Oktober 2003)

KENYATAAN MEDIA PROGRAM ALAM SEKITAR PBB:

 Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara


perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas
rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990
(tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas
rumah hijau jika tidak wujud protokol ini, pada tahun 2010, ialah kira-
kira 29%).
 6 gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus
oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon/CFC,
dan perfluorokarbon/PFC.

  Tahap pengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula


diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk
Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8%
untuk Australia dan 10% untuk Britain.

 Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB


tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang
Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Hanya pihak yang
bersekutu dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau
mengesahkan Protokol Kyoto.

 Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu


dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan dalam
Annex I oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling banyak
membebaskan gas-gas rumah kaca).

STATUS PERSETUJUAN
 Februari 2005, iaitu ketika protokol ini mula berkuat kuasa, protokol ini
telah disahkan dan diterima pakai oleh 141 buah negara, yang mewakili
61% dari seluruh jumlah pembebasan gas rumah kaca.
 Sebenarnya, negara-negara berkenaan tidak perlu menandatangani apa-
apa persetujuan untuk mengesahkannya: penandatanganan hanyalah
suatu acara simbolik/rasmi (ceremonial).

Menurut syarat-syarat persetujuan protokol:

o  protokol mula berkuat kuasa "pada hari ke-90 selepas


tercapainya persetujuan 50 buah negara peserta UNFCCC,
o termasuklah pihak yang disenaraikan dalam Annex 1 yang
bertanggungjawab membebaskan tidak kurang daripada 55%
daripada jumlah gas rumah kaca global pada 1990,
o yang telah menyatakan persetujuan, pengesahan, penerimaan,
atau penyertaan" Persetujuan 50 buah negara telah berjaya
dicapai pada 23 Mei 2002 ketika Britain menerima pakai protokol
ini.
o Penyertaan Rusia pada 18 November 2004 memenuhi syarat
"55%" tadi sekali gus menetapkan tarikh berkuatkuasanya
protokol ini, iaitu pada 16 Februari 2005.

Kadar pembebasan gas karbon dioksida sedunia antara tahun


1800-2000

STATUS TERKINI PERJANJIAN


 Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah mengguna pakai protokol
tersebut, termasuk Kanada, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia
dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria.
 Ada enam negara yang telah menandatangani protokol ini namun
belum mengguna pakai protokol itu. Tiga antaranya ialah negara-negara
Annex I:
 Australia (dikatakan tidak berminat untuk turut serta)
 Monaco
 Amerika Syarikat -- AS, pengeluar terbesar gas rumah kaca, juga tidak
berminat menerima protokol ini.
 Negara-negara berikut masih belum menyatakan persetujuan: Croatia,
Kazakhstan, dan Zambia.

 Sikap Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan protokol ini


dikatakan akan menjejaskan pelaksanaan dan matlamat protokol ini,
dalam jangka masa panjang, dan seterusnya menyebabkan usaha-usaha
mengurangkan kehadiran gas rumah kaca dalam atmosfera menemui
jalan buntu.
http://fatkurrohman.blogspot.com/2009/09/montreal-kyoto-dan-as-oleh-fatkurrohman.html

http://debatalamsekitar2009.blogspot.com/2009/05/protokol-kyoto-negara-membangun-mesti.html

http://stag3072.bravehost.com/globalwarming/file/montreal.html

You might also like