Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

1.

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen


kursus mata pelajaran Major bagi kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah
Rendah yang berkuat kuasa pada Januari 2003.

Pengalaman ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk


melihat bagaimana guru mengaplikasi teori-teori pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas masing-masing.

Ia juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar mendapat ilmu


keguruan daripada mereka yang sedang aktif mengajar di peringkat
elementary.

Melalui perkongsian ilmu di antara pelajar dan guru yang berpengalaman,


ia akan menambah keupayaan pelajar untuk menghasilkan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran sendiri (able to construct personal theories
of teaching and learning) yang sejajar dengan teori-teori yang dihasilkan
oleh pendidik yang lain (that will correspond with published theories of
teaching and learning).

2. Tempoh

Pengalaman ini akan mengambil masa selama 10 hari dan akan tamat
sebelum Fasa 1 Praktikum bermula.

3. Penempatan

Pelajar-pelajar akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang


berdekatan institut perguruan dalam lingkungan 25 km.

4. Kehadiran

Kehadiran pelajar semasa pengalaman berasaskan sekolah adalah wajib.


Institut perguruan perlu berbincang dengan sekolah untuk mewujudkan
satu sistem mengesan kehadiran pelajar sepanjang aktiviti pengalaman
ini.

5. Kuliah

Kuliah tidak diadakan bagi kumpulan pelajar yang pergi menjalani aktiviti
Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah.

6.0 Nilai kredit

Nilai kredit komponen pengalaman berasaskan sekolah adalah


bersamaan 1 kredit. Ini bermakna mata pelajaran Major yang berjumlah 8

2
kredit terdiri daripada 7 kredit interaksi kuliah dan 1 kredit diagihkan
kepada komonen pengalaman berasaskan sekolah.

7. Bilangan pelajar

Bilangan pelajar di sesebuah sekolah atau satu sesi persekolahan


bergantung kepada kemampuan sekolah, kehendak kursus serta bilangan
sekolah rendah yang berdekatan.

8. Penyelarasan

Jawatankuasa Kurikulum Institut Perguruan (JKM)


dipertanggungjawabkan untuk merancang pelaksanaan komponen PBS.
Satu jawatankuaa kecil penyelarasan di peringkat institut perguruan boleh
ditubuhkan. Ahlinya di antara lain terdiri daripada Ketua Mata Pelajaran
Major yang berkenaan.

9. Penyeliaan

Penyeliaan pensyarah di sekolah tidak diperlukan. Pensyarah atau wakil


daripada jawatankuasa penyelarasan boleh membuat lawatan yang
bertujuan mewujudkan semangat kekitaan di antara sekolah dan institut
perguruan pada hari pertama dan akhir pelajar berada di sekolah.
Lawatan untuk membantu pelajar menyelesaikan isu berbangkit
sepanjang aktiviti pengalaman berasaskan sekolah ini boleh diadakan
mengikut keperluan.

10. Tugasan

1 Tugasan adalah bersifat task-based, berstruktur dan terancang.


2 Ia juga berkisar kepada kaitan antara mata pelajaran Major dan
Ilmu Pendidikan.
3 Pensyarah Major akan menetapkan jenis dan skop tugasan.
4 Tugasan akan berubah mengikut kohot.
5 Tugasan tidak boleh melibatkan penyelidikan.
6 Tugasan tidak boleh menyentuh urusan pentadbiran sekolah atau
pun mengganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

11. Prosedur Pelaksanaan

1 Sebelum pelajar berada di sekolah

Pensyarah Major berbincang bersama pelajar tentang tugasan


yang perlu dilaksanakan serta tanggungjawab setiap pelajar
sepanjang tempoh pengalaman ini (rujuk keapda Perjanjian PBS
2006).

3
2 Semasa pelajar berada di sekolah

Pelajar perlu melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan oleh


institut perguruan selepas mendapat kerjasama daripada guru-guru
yang berkenaan (rujuk kepada Lampiran Perjanjian PBS 2006).

3 Selepas pelajar kembali ke institute perguruan

(i) Sekembali daripada aktiviti PBS, tindakan susulan


hendaklah segera diadakan oleh pensyarah major semasa
kuliah.
(ii) Maklumat yang diperoleh dibincang bersama supaya pelajar
dibimbing untuk mengaitkan apa yang dialami di sekolah
dengan teori-teori pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Major khususnya.
(iii) Sesi refleksi diwajibkan kepada pensyarah mata pelajaran
Major.

12. Mata pelajaran Minor

Pengalaman berasaskan sekolah ini boleh dioptimumkan oleh pensyarah


mata pelajaran Minor dalam sesi perbincangan semasa waktu kuliah
Minor. Walau bagaimanapun pensyarah mata pelajaran Minor tidak
boleh memberi tugasan pelajar semasa mereka berada di sekolah.

13. Penilaian

Tugasan yang diberi kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah


tidak diambil kira untuk penilaian dan tidak boleh dianggap sebagai
kerja kursus. Tetapi maklumat yang diperoleh boleh diolah semula
untuk melengkapkan tugasan yang lain.

14. Perjanjian PBS 2007

Semua pelajar wajib menandatangani surat Perjanjian PBS 2006 di


hadapan Guru Besar sekolah di mana pelajar ditempatkan untuk
menjalani aktiviti pengalaman berasaskan sekolah. Institut perguruan
perlu memastikan supaya pelajar faham prinsip di sebalik perjanjian ini
serta mereka perlu bersedia untuk berincang tentang Perjanjian ini
dengan guru yang berkenaan.

You might also like