Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sistem Residen

Pengenalan

Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di


Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara
kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan
pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan
sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil
usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan
Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut.
Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residensebagai penasihatbagimenasihatinya dalam
segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agamaIslam dan adat resam Melayu.

Tugas Residen

1.Menasihati Sultan dalam urusan- urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan agama dan adat istiadat orang Melayu.

2. Mengekalkanketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang- undang di wilayah


pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan.

3. Membentuk sebuah sistem cukai yangberkesan.

4. Merancang danmembangunkankawasan-kawasan bandar.

5.Membaiki alat-alat perhubungan

Corak pentadbiran

1.Peringkat negeri

Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan

melaluipembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para
pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung

dengankepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula- mulanya ditubuhkan sebagai badan penasihat
sahaja. Kemudian, tugas- tugasnya termasuk juga membuat segalaundang-undang,menjadi mahkamah
rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskanperubahandalam struktur cukai,
pencen kepada orang Melayudanperlantikanketuatempatan, pegawai kerajaan dan kadi

You might also like