Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MASALAH SOSIAL

SOALAN 1
Kegiatan vandalisme berleluasa di tempat tinggal anda. Sebagai wakil penduduk, anda diminta
membuat aduan kepada pihak polis tentang hal tersebut.

Tajuk :
Kehendak soalan :
Jenis karangan :

SOALAN 2
Vandalisme ialah perbuatan yang merugikan masyarakat dan negara. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan kegiatan negatif itu berlaku dalam kalangan remaja.

Tajuk :
Kehendak soalan :
Jenis karangan :

SOALAN 3
Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar membimbangkan ibu bapa dan masyarakat.
Bincangkan sebab-sebab masalah ini bolah berlaku dan cara-cara untuk mengatasinya.

Tajuk :
Kehendak soalan :
Jenis karangan :

SOALAN 4
Gengsterisme mula merebak dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Huraikan punca-punca gejala
ini dalam kalangan pelajar sekolah.

Tajuk :
Kehendak soalan :
Jenis karangan :

SOALAN 5
Kegiatan gangster semakin menular di sekolah-sekolah menengah. Huraikan langkah-langkah untuk
membendungnya.

Tajuk :
Kehendak soalan :
Jenis karangan :
Pencemaran Sungai yang berlaku di Malaysia
Isu pencemaran air sungai telah lama mendapat perhatian dan dijadikan bahan
perbincangan dalam pelbagai media massa. Isu ini dijangka akan terus menjadi penting dalam
konteks pengurusan sumber bekalan air untuk rakyat di negara ini. Oleh sebab kurangnya
perancangan dan pengawalan rapi ke atas sumber-sumber air di negara ini, maka timbullah
masalah pencemaran air. Antara faktor yang menyebabkan pencemaran air di Malaysia
termasuklah pembuangan sisa-sisa dan kotoran ke dalam sungai. Ini telah menyebabkan
beberapa sungai utama di negara ini tercemar. Antara sungai yang mengalami pencemaran
yang teruk ialah Sungai Linggi dan Sungai Kelang.
Selain itu, pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai juga merupakan penyumbang
berlakunya pencemaran air. Ini disebabkan oleh kegagalan pihak yang bertanggungjawab
seperti Majlis Perbandaran Bagi menyediakan tong-tong pembuangan sampah yang
mencukupi di kawasan-kawasan kampung.
Di samping itu, penerokaan atau penggondolan hutan bagi aktiviti-aktiviti
pembalakan juga merupakan penyebab kepada berlakunya pencemaran sungai. Ini
menyebabkan air sungai menjadi cetek dan hidupan di dalam sungai akan mati.
Dalam pada itu, kumbahan najis manusia dan binatang ternakan seperti khizir
merupakan pencemar utama sungai-sungai di negara kita. Satu sistem pengurusan najis
manusia yang cekap perlu diwujudkan. Oleh itu, Indah Water Konsortium (IWK) perlu
memainkan peranan yang lebih efektif bagi merawat air kumbahan menjadi air yang bersih
dan seterusnya menyalurkan semula air yang telah dirawat ke dalam sungai. Manakala pusat
ternakan khizir pula mestilah mempunyai sistem rawatan najis yang baik.
Satu strategi pengurusan air yang lebih berkesan perlu dirangka dengan kerjasama
daripada semua pihak yang terbabit demi mengelakkan pencemaran sungai yang semakin
serius di negara kita.
Pencemaran air sungai ini bukan sahaja menyebabkan hidupan seperti ikan dan
rumpai-rumpai mati malah akan menyebabkan semua hidupan dalam air akan pupus. Secara
tidak langsung, sumber protein daripada sungai-sungai di Malaysia akan kehabisan.
Manakala para nelayan juga akan kehilangan sumber pendapatan.

You might also like