Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Agama Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Ilmu Sebagaimana Ilmu Malaikat-

Malaikat Dan Nabi-Nabi.

Dipetik dari www


Terjemahan

AGAMA SYI’AH: IMAM-IMAM MEMPUNYAI ILMU SEBAGAIMANA ILMU MALAIKAT-MALAIKAT


DAN NABI-NABI.
 

Bab Sesungguhnya Imam-Imam A.S. Mengetahui Segala Ilmu Yang Diberikan Kepada Para
Malaikat, Para Nabi Dan Para Rasul A.S.
  
‘Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad daripada Muhammad bin al-Hasan bin
Syamun daripada Abdillah bin Abd ar-Rahman daripada Abdillah bin al-Qasim daripada Sama’ah daripada Abi Abdillah
a.s. katanya: “ Sesungguhnya Allah tabara wa ta’ala mempunyai dua ilmu, ilmu yang ia nyatakannya kepada malaikat-
malaikatNya, nabi-nabiNya dan rasul-rasulNya. Mana-mana yang ia nyatakan kepada malaikat-malaikatNya, nabi-
nabiNya dan rasul-rasulNya maka kami mengetahuinya. Dan ilmu yang Ia tetapkannya untuk diriNya. Apabila nyata
kepada Allah sesuatu daripadanya Ia akan memberitahu kami tentangnya dan dikemukakan kepada imam-imam sebelum
kami”.
 
Beberapa orang sahabat kami daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin Sa’id daripada al-Qasim bin
Muhammad daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abi Bashir daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Sesungguhnya Allah
‘azza wa jalla mempunyai dua ilmu, pertama ilmu di sisiNya sahaja. Dia tidak mengemukakannya kepada seorangpun
makhlukNya. Dan kedua ilmu yang ia berikan kepada malaikat-malaikatNya dan rasul-rasulNya. Mana-mana yang Ia
berikan kepada malaikat-malaikat dan rasul-rasul maka ia akan berakhir kepada kami”.
 
Kesimpulan:
 
  Syi’ah beri’tiqad sesungguhnya imam-imam dua belas mereka mempunyai segala ilmu yang dimiliki oleh
malaikat-malaikat dan nabi-nabi.
  Syi’ah beri’tiqad selepas terputus kenabian imam-imam dua belas mereka masih lagi memperolehi ilmu (wahyu)
daripada para malaikat sebagaimana yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2603

You might also like