Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan 1

(A) Pelbagai kos yang terlibat dalam syarikat perkhidmatan, pembarangan dan
perkilangan disenaraikan seperti berikut:-

(1) Kos untuk mengimpal besi bagi membuat satu komponen kereta di kilang
kereta
(2) Belanja faedah liabiliti jangka panjang sebuah pasaraya
(3) Komisen jurujual yang dibayar oleh syarikat kosmetik
(4) Insuran untuk bangunan kilang
(5) Kos untuk menghantar barang siap dari kilang ke pelanggan
(6) Susut nilai rak-rak buku di kedai buku
(7) Kos filem sinar X di makmal radiologi sebuah pusat perubatan
(8) Kos untuk menyewa telefon bagi sebuah syarikat perabot
(9) Gaji kepada pengurus kewangan sebuah kilang
(10) Kos keju yang digunakan di sebuah kedai piza

Anda dikehendaki :-

Kelaskan setiap kos di atas kepada:-


(a) kos berubah atau kos tetap
(b) kos keluaran atau kos tempoh
[10m]

(B) Sebuah syarikat pengeluaran kasut memberi ganjaran kepada pekerja-pekerjanya


berasaskan masa.En Kassim telah bekerja 10 jam seminggu untuk 2 minggu yang
pertama dan 12 jam seminggu untuk 2 minggu yang kedua ppada bulan Jun 2003

i) Masa bekerja normal sehari adalah 8 jam. Pekerja-pekerja bekerja selama 6 hari
seminggu dan 4 minggu sebulan.
ii) Kadar upah yang diberi adalah RM8.00 sejam, jika pekerja bekerja lebih masa,
kadarnya akan meningkat sebanyak 60%.
iii) Potongan KWSP sebanyak 10% daripada gaji normal dan PERKESO sebanyak
2% daripada gaji kasar.

Anda dikehendaki:-

(a) Hitungkan gaji bersih yang diterima oleh En Kassim pada bulan Jun 2003
(b) Nyatakan kesan penggunaan asas masa dalam menentukan ganjaran
(c) Berikan maksud kos prima dan kos pertukaran
[15m]
(b) Berikut adalah data bagi bulan Mei untuk pengeluaran sejenis cecair kimia oleh
syarikat

Keluaran Bahan Mentah Buruh Overhed


(liter) (RM) (RM) (RM)
Kerja dalam proses 1 Mei 80,000 69,300 28,000 45,000
Unit yang dimulakan 760,000
Unit yang dipindah keluar 790,000
Kerja dalam proses 31 Mei 50,000
Kos yang ditambah pada Mei - 907,200 370,000 592,000

Inventori kerja dalam proses awal ialah 80% siap bagi bahan mentah dan 75% siap bagi
kos pertukaran. Kerja dalam proses akhir pula ialah 60% siap bagi bahan mentah dan
20% siap bagi kos pertukaran.

Anda dikehendaki :

(1) Dengan menggunakan kos purata wajaran, hitungkan jumlah kos dan kos seliter
keluaran bagi bulan Mei
(2) Nyatakan 2 ciri pengeluaran yang sesuai bagi sistem pengekosan proses
(3) Nyatakan 2 persamaan yang wujud dalam pengekosan tempahan kerja dan
pengekosan proses.
[15m]

You might also like