Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Adat Resam Masyarakat Cina

Kematian

Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut
haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional,
mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar
untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si
mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Hanya kertas yang
bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur.
Bagi masyarakat Cina kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting
kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah
meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah
lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan
terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat
Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang. Selain
itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang
cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini melambangkan
kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk
yang menarik menjadi lambang kemewahan.

Selepas Kematian

Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai
beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna
lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang
kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

You might also like