Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Ucapan aluan pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari
ini.Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sepatutnya mesyuarat JKS ini berlangsung lebih awal
tetapi kekangan masa dan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan menyebabkan
tertunda.Walau bagaimana pun, beliau bersyukur kerana mesyuarat ini dapat diadakan pada
hari ini meskipun tiga orang guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu.

1.3 Mesyuarat AJK PIBG, NILAM dan LINUS juga sepatutnya telah diadakan pada bulan
Februari 2011. Juga kerana kekangan masa dan aktiviti lain menyebabkan semua aktiviti itu
terpaksa ditunda.Beliau berharap guru-guru bijak mencelah masa mengambil peluang untuk
mengadakan mesyuarat tersebut demi kebaikan murid-murid.

1.4 Sebarang apa jua aktiviti yang dibuat mestilah ada penambahbaikan bagi memurnikan
segala kelemahan yang berlaku.

1.5 JKS merupakan nadi kepada sekolah dan GPK 1 bertanggungjawab atas jatuh
bangunnya kurikulum sekolah.Beliau berharap guru-guru dapat memberi komitmen dan
kerjasama bagi merealisasikan SKBA sekolah unggul menjelang 2014.

Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan sah oleh Encik Mohd Sabri bin Ngah dan
disokong oleh Encik Mohd Shahril Bin Mohd Alim.

3. Perkara berbangkit

3.1 Beliau berharap agar KSSR dapat dijalankan mengikut peraturan yang sepatutnya.

Tindakan : Guru tahun 1

3.2 Encik Zamri memaklumkan murid-murid tahun 1 telah dibekalkan dengan 12 buah fail
iaitu 11 buah fail mata pelajaran dan 1 buah fail untuk rumusan mata pelajaran.Semua fail
tersebut telah siap dilabel dengan bantuan Cik Maria Binti Abdullah. Fail-fail mata pelajaran
itu perlu diisi dengan lembaran kerja murid manakala markah rumusan mata pelajaran perlu
disimpan di dalam fail rumusan mata pelajaran.

3.3 Fail rumusan mata pelajaran akan diguna pakai sehingga murid tersebut(tahun 1 2011)
berada di tahun 6 2016 kelak.

3.4 Oleh sebab KSSR ini merupakan program baru, maka beliau berharap agar pengurusan
KSSR akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Tindakan : Makluman

3.5 Guru-guru perlu menghantar buku rekod mengajar kepada Guru Besar atau GPK1 pada
setiap hari Khamis.Sekiranya guru - guru berkursus/bermesyuarat/tidak hadir ke sekolah
pada hari tersebut, maka buku rekod mengajar boleh dihantar kepada Guru Besar/GPK1
pada pagi Ahad minggu berikutnya.

Tindakan : Makluman
3.6 Kelas-kelas telah dihias dan diuruskan dengan baik.Walau bagaimana pun, proses
penambahbaikan perlu dilakukan dari masa ke semasa.

3.7 Saiz huruf yang ditulis/ditaip pada nota/catatan yang ditampal pada papan kenyataan di
bilik darjah perlu diperbesar bagi menarik minat murid.

Tindakan : Makluman

4. Analisa TOV 2011

4.1 Dibentangkan oleh Tuan Guru Besar.

4.2 Ketua-ketua panitia perlu bermesyuarat selepas setiap kali keputusan TOV/OTI
diperolehi bagi menganalisa keputusan dan seterusnya mengambil tindakan bagi
memperbaiki pencapaian murid dalam OTI seterusnya.

Tindakan : Ketua Panitia

5. Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

5.1 Guru Besar menyerahkan tugas untuk merencanakan KPI kepada GPK1. Beliau akan
bertanggungjawab bagi menyelaras KPI khasnya yang berkaitan dengan
akademik.Contohnya mempastikan pencapaian keputusan peperiksaan tercapai, sasaran
aktiviti dan mesyuarat panitia terlaksana mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Tindakan : GPK 1

6. Penggunaan E-Book

6.1. Penggunaan E-Book bagi murid tahun 5 dan 6 perlu dimaksimumkan selaras dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan teknologi maklumat adalah budaya murid-murid.

Tindakan : Semua guru tahun 5 dan 6

7. Ucapan Guru Penolong Kanan 1

7.1 Beliau memaklumkan bahawa SKPM 2010 telah siap diisi.Semua maklumat yang
berkaitan di dalam SKPM adalah hasil kerja buat guru-guru pada tahun 2010.

7.2 Pihak JPNT mengarahkan semua sekolah di Terengganu agar merangka jadual cuti
terancang untuk murid-murid tahun 6 2011.Justeru,beliau meminta setiausaha peperiksaan
UPSR agar menyiapkan jadual cuti terancang itu untuk dihantar ke JPNT dan PPDHT.

Tindakan: Puan Zaliha Binti Muda

7.3 Semua guru dikehendaki menyiapkan markah OTI 1 2011 dan hantar kepada Puan
Zaliha selewat-lewatnya pada 20.3.2011 untuk dimasukkan ke dalam sistem e-pantau.

Tindakan : Makluman

7.4 Analisa mata pelajaran juga perlu dilakukan bagi menentukan GPMP.

Tindakan : Ketua Panitia dan guru m/p

7.5 Kursus-kursus yang dihadiri oleh guru-guru perlu diberi taklimat/penerangan semula
kepada guru-guru lain.
7.6 Oleh sebab permohonan untuk mendapatkan guru ganti bagi Pn. Zaleha Abdullah yang
cuti bersalin tidak diluluskan oleh PPD, maka jadual waktu sedia ada akan dirombak
semula.Mata pelajaran Matematik tahun 1 akan diambil alih oleh Puan Laila Binti Mamat
manakala Matematik tahun 2 akan diajar oleh Encik Muhammad Akasyah Bin
Osman@Alias.

7.7 Subjek sampingan yang diajar oleh Pn. Zaleha dan Encik Akasyah akan diagihkan
kepada guru-guru lain.

7.8 Tarikh berkuatkuasa jadual baru itu bermula pada hari Ahad 27.2.2011.

Tindakan : Makluman

7.9 Encik Zamri mengucapkan terima kasih kepada Encik Mazlan , Encik Akasyah dan
Puan Noor Fauziah kerana menghantar keputusan ujian saringan protim tahun 4 dan 5 tepat
pada masanya ke PPDHT.

7.10 Semua panitia diminta menyediakan kata-kata hikmat atau kata-kata berupa motivasi
untuk ditempah bagi digantung di perkarangan sekolah.

Tindakan : Semua guru

8. Hal-hal lain

8.1 Encik Mat Yusoff memaklumkan bahawa murid-murid dibenarkan memakai pakaian
rasmi sukan sepanjang hari pada hari yang mempunyai slot PJPK.

8.2 Beliau juga meminta guru-guru PJPK dapat melaksanakan ujian SEGAK.

8.3 Tuan Guru Besar berharap guru-guru dapat mempastikan pergaulan murid-murid lelaki
dan perempuan ketika PJPK tidak terlalu bebas.

8.4 Pastikan juga murid dapat mempelajari semua kemahiran sewaktu proses PJPK
berlangsung.

8.5 Encik Mazlan memaklumkan kemasukan 2 orang pelajar baru ke tahun 6.Kedua-dua
murid ini masih belum menerima e-book.

8.6 Encik Mohd Sabri Ngah memaklumkan terdapat gambar murid-murid tahun 5 SKBA
yang menerima e-book di dalam Buletin Terengganu Kita.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Minit mesyuarat ini dicadangkan sah oleh ………………………………

dan disokong oleh……………………………………………………… …….

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. ……………………………..............
(ZAMRI BIN ABDUL RAHMAN) (HJH. AZIZAH BINTI ABDULLAH)
Guru Penolong Kanan 1 Guru Besar,
Sek. Keb. Bukit Apit, Sek. Keb. Bukit Apit,
21800 Ajil, 21800 Ajil,
Hulu Terengganu. Hulu Terengganu.

You might also like