Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL ROBERT JAMES HAVIGHURST

Profil Robert James Havighurst

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau
adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya,
Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter Havighurst adalah seorang
pendidik di Universiti Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja
dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert
Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.

Robert Havighurst mula melangkah ke bidang pendidikan di Wisconsin dan Illinois.


Beliau mendapat banyak ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang
akademik Pada tahun 1918 -1921 B.A dari Ohio Wesleyan University, manakala pada
tahun 1922 M.A dari Ohio State Universiti, seterusnya pada tahun 1924, mendapat
PHD di Chemistry Ohio State Universiti, pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar,
Universiti Canterbury, New Zealand, pada tahun 1961, Fulbright Scholar, University
Buenos Aires, 1962 Honorary Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada tahun 1963,
beliau mendapat Hon. L.L.D di Ohio Wesleyan University. Ini adalah sebahagian
daripada kata-kata atau mutiara kata daripada Robert James Havighurst mengenai teori
yang diperkenalkannya.

"Family life is the source of the greatest human happiness. This happiness is the
simplest and least costly kind, and it cannot be purchased with money. But it can be
increased if we do two things: if we recognize and uphold the essential values of family
life and if we get and keep control of the process of social change so as to make it give
us what is needed to make family life perform its essential functions."

"The modern world needs people with a complex identity who are intellectually
autonomous and prepared to cope with uncertainty; who are able to tolerate ambiguity
and not be driven by fear into a rigid, single-solution approach to problems, who are
rational, foresightful and who look for facts; who can draw inferences and can control
their behavior in the light of foreseen consequences, who are altruistic and enjoy doing
for others, and who understand social forces and trends."

"A successful mother sets her children free and becomes free herself in the process."

"The two basic principle processes of education are knowing and valuing."

"A developmental task is a task which is learned at a specific point and which makes
achievement of succeeding tasks possible. When the timing is right, the ability to learn a
particular task will be possible. This is referred to as a ‘teachable moment’. It is
important to keep in mind that unless the time is right, learning will not occur. Hence, it
is important to repeat important points whenever possible so that when a student's
teachable moment occurs, s/he can benefit from the knowledge."

Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dengan
mengemukakan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan
sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan
perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas, seperti,berjalan, berlari atau
melompat, yang di lahirkan di dalam kehiduoan individu pada satu peringkat tertentu.
Kejayaan inidividu dalam perlaksanaan tugas tertntu akan menbawa kepuasan serta
mengdorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala, kegagalan melaksanakan
tugas pada kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya
melakukan tugas itu.

Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi


oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Robert Havighurst dalam
bukunya Human Development And Education (1953) menyenaraikan tugas-tugas
perkembangan kanak-kanak. Beliau telah membahagikan peringkat-peringkat
perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak
(0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12
hingga 18 tahun).

Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6 hingga 8 tahun), Havighurst


mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat
membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak tahu membuat perbandingan.
Selain itu juga, kanak-kanak dapat menguasai konsep-konsep moral,nilai dan
kemahiran hidup. Mereka biasanya dilatih untuk belajar berdikari kerana kanak-kanak
pada peringkat ini seharusnya digalakkan membuat kerja dengan usaha sendiri.
Mereka tidak boleh bergantung kepada orang sekeliling mereka kerana daripada usaha
mereka sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru di
sekolah boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan mengira
kerana perkembangan otak pada peringkat ini berlaku dengan sangat cepat.

Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan


pada setiap peringkat perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan
dengan jayanya,hasilnya akan membawa kebahagian kepada individu tersebut. Jika
tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat seterusnya.
Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman dan
pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau
perkembangan adalah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu.

Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit)
di mana bayi perlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu
kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, beliau juga percaya bahawa
perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma-norma dan
budaya masyarakat. Ini kerana perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih
lancar sekiranya ibu bapa memahami keperluan pembelajaran anak mereka
terutamanya dlam proses ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut
peringkat umur masing-masing.

Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, setiap individu,


kecuali kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi –
rendah, berat- ringan, bentuk dan warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik.
Kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria
diwarisi oleh gen-gen ibu bapa.

Jadual Tugas Perkembangan individu merangkumi 10 peringkat usia

PERINGKAT HIDUP TUGAS PERKEMBANGAN


Bayi – awal kanak-kanak ( 0 – 2 ) Bayi menjalinkan hubungan kasih
sayang dengan ibubapa; system deria,
persepsi, fungsi motor,beransur-ansur
matang, mencapai kecerdasan deria,
memahami objek.
‘Toddlerhood’- Pertengahan kanak- Pergerakan yang pelbagai, bermain
kanak ( 2- 3) fantasi / seorang; berkomunikasi dalam
bahasa mudah; bercakap seorang dan
mula mengawal pergerakan diri.
Prasekolah ( 4 – 6 ) - belajar peranan mengikut jantina.
- Bermain dengan rakan di luar.
- Perkembangan moral.
- Wujud teori kendiri.
- Mula bermain dalam kumpulan.

Sekolah Rendah ( 6 – 12 ) - Mula menguasai ‘3M’ ( mengira,


membaca dan menulis ) –
praoperasi konkrit.
- Kemahiran permainan &
kemahiran hidup seperti berjual
beli, mula menilai diri sendiri dan
orang lain, suka bersahabat &
menjadi ahli kelab kepada
sesuatu permainan.

Awal Remaja ( 12 – 18 ) - Mula pandai mengawal emosi.


- Membentukkumpulan rakan
sebaya dan tertarik kepada
jantina lain.

Akhir Remaja ( 18 – 22 ) - Cuba memperolehi otonomi


daripada ibu bapa.
- Mula menbentuk identity ;
memenuhi nilai moral.
- Masyarakat dan mula memilih
kerjaya yang sesuai.

Awal Dewasa ( 22 – 34 ) - Keintiman dalam pergaulan,


berkahwin, mendidik anak /
generasi baru.
- Memantapkan profesyen serta
mewujudkan gaya hidup sendiri.

Pertengahan Dewasa ( 34 – 60 ) - Berkemahiran dalam perkerjaan


dan menjadi ketua.
- Memupuk, kebahagian dala,
rumah tangga, mengasihi
keluarga dan mengumpul harta.
- Terlibat dalam kerja amal.

Akhir Dewasa ( 60 dan ke atas ) - Bersara, lebih menumpukan


masa kepada kerja amal dan
ibadat.
- Menjdalani kehidupan hari tua,
mensyukuri nikmat dan takdir
Tuhan.
- Menangani masalah kesihatan,
mengenang zaman silam dan
menanti saat mati.

Aktiviti mengikut Teori Robert Havirgust

Robert Havighurst merupakan seorang pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan
teori perkembangan sosiobudaya dan antropologi. Beliau telah menghuraikan konsep
tugas perkembangan dalam bukunya human Development and Education yang
diterbitkan pada tahun 1953. Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tinkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada
peringkat umur tertentu ( Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat
tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitara. Beliau berpendapat
bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi
keluarga amat mempengaruhi kanak-kanak dalam membentuk personaliti mereka.
Kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik kebanyakannya lebih berjaya
berbanding dengan kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang kurang baik.
Havighurst membahagikan teori perkembangan kepada tiga peringkat iaitu:

i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 – 6 tahun)

Pada usia ini kanak-kanak mula mengenali persekitaran yang ada disekeliling mereka.
Keinginan mereka untuk mencuba sesuatu amat ketara. Mereka mula belajar bercakap
dan berinteraksi dengan orang yang ada disekelilingnya seperti ibu bapa, saudara
mara, kawan-kawan serta guru mereka. Melalui percakapan ini mereka mula belajar
menyebut perkataan yang mudah sehingga terbentuknya satu ayat. Contohnya,
sayuqina yang berusia 5 tahun sudah pandai memahami setiap arahan yang diberikan
oleh ibunya. Selain itu, syauqina juga mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu
yang dirasakan betul seperti mengayuh basikal bersama teman-teman serta meniru
gaya orang lain seperti meniru gaya ibunya memakai tudung. Disekolah, beliau belajar
bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan rakan sebaya, contohnya berkongsi
mainan dengan kawan-kawan. Syauqina dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya
ketika disekolah dan menjadikan beliau sentiasa seronok ketika diwaktu persekolahan.
Kanak-kanak pada peringkat ini juga belajar mendengar pandangan orang lain seperti
memberitahu mereka secara baik bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah
salah. Mereka juga bijak dalam membezakan betul dan salah serta membuang najis
ditempat yang betul.

ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 – 12 tahun )

Kanak-kanak pada peringkat ini kebanyakannya boleh menguasai beberapa kemahiran


seperti kemahiran dalam menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang
melibatkan pergerakan motor kasar seperti tangan, kaki dan sebagainya. Jika ibu bapa
yang menginginkan anak mereka bergelar jaguh badminton, mereka perlu memberi
galakan dan latihan agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut. Contohnya Haji
Sidek melatih anak-anaknya untuk mahir dalam sukan badminton sejak kecil lagi iaitu
pada peringkat ini. Selain itu mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M iaitu,
membaca, menulis dan mengira. Kemahiran seperti ini dapat membantu mereka dalam
proses pembelajaran disekolah serta keperingkat yang seterusnya. Kanak-kanak ini
juga mula untuk berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup
serta moral.

Nicol David, merupakan jaguh skuasy dunia. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Nicol
ialah anak perempuan kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera
berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru berketurunan Cina. Beliau
mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl, kedua-duanya
adalah pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Pertembungan pertama Nicol
David dengan skuasy bermula pada awal usianya pada 6 tahun pada masa itu beliau
sangat kecil yang mana raket skusynya lebih besar daripada beliau dan beliau tidak ada
kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun, Nicol mula memandang serius
pada skuasy,berlatih dengan tetap dan bermain di dalam pertandingan skuasy. Melihat
pada usianya ramai yang tidak menyangka bahawa beliau dapat bergelar ratu skusy
pada hari ini dan gelaran datok yang diterimanya amat berbaloi dengan pencapaiannya
selama ini.

Dorongan ayah dan ibunya serta kejayaan adik beradiknya dalam sukan skuasy
menjadi pendorong untuk beliau berjaya. Kanak-kanak pada usia ini jika dilatih dan
didorong kerah kajayaan maka suatu hari mereka akan berjaya dengan cemerlang.
Faktor sekeliling amat penting jika mahukan mereka menjadi insan yang berguna
dimasa akan datang dan menjadi pengganti pemimpin yang sedia ada. Oleh itu,
peranan ibu bapa dalam menentukan corak dan masa depan anak-anak mat perlu dititik
beratkan.

iii) Peringkat awal remaja dan remaja (12 – 18 tahun)

Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum pada


peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka mula berada di peringkat operasi formal, iaitu
boleh membuat pemikiran hipotetikal-eduktif. Dari segi perkembangan emosi, timbul
pelbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan penghargaan serta bertambah
kebolehan untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan
sebaya. Remaja pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan sebaya daripada
jantina yang berlainan. Mereka juga mula mengalami perubahan yang ketara dari segi
emosi, jasmani, rohani, dan fizikal.

Perubahan mereka pada peringkat ini begitu jelas sekali iaitu dari segi bentuk badan.
Ada di antara mereka yang perubahan bentuk badannya tidak setara dengan usia
mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kematangan yang dialami seseorang individu itu
tidak dipengaruhi oleh usia tetapi dipengaruhi oleh persekitaran yang ada disekeliling
mereka. Mereka juga mula berminat untuk bergaul dengan rakan yang berlainan jantina
serta menginginkan kebebasan dalam pergaulan tanpa disekat oleh orang lain
terutamanya ibubapa. Selain itu mereka dapat memantapkan konsep baik dan buruk
dalam kehidupan seharian.

Contohnya seperti Norhafiza yang berusia 17 tahun. Beliau merupakan seorang pelajar
yang pintar dalam pelajaran. Norhafiza mempunyai karakter yang ceria dan peramah.
Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, Norhafiza sentiasa menjadi pelajar
terbaik di sekolahnya. Beliau menjadi pelajar contoh untuk pelajar yang lain. Beliau juga
aktif bersukan dan aktif dalam program kepimpinan seperti ketua pengawas sekolah
dan pengerusi kelab pidato. Norhafiza juga seperti remaja yang lain yang inginkan
kebebasan untuk bergaul dengan rakan sebaya walaupun dia mempunyai kotmitmen
dalam pelajaran serta aktiviti yang beliau ceburi.

Rakan-rakan juga merupakan salah satu pendorong untuk beliau berjaya dalam
pelajaran kerana beliau sentiasa bertukar pendapat dan berkongsi masalah pelajaran
bersama rakan-rakannya. Tetapi beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang
dipikulnya. Norhafiza sentiasa tekun mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Beliau menjadikan
ayah, ibu, abang serta kakaknya sebagai pendorong untuk beliau terus berjaya.
Norhafiza sentiasa menjadikan abang dan ayahnya sebagai idola dan berharap agar
suatu hari beliau juga akan bergelar doktor seperti mereka.
Jelaslah bahawa faktor sekeliling banyak mendorong seseorang itu untuk berjaya.
Sekiranya mereka berada dalam kelompok yang baik dan mempunyai masa depan
yang cerah maka potensi mereka untuk berjaya juga tinggi. Tetapi jika mereka berada
dalam kelompok yang sebaliknya maka genersi yang bakal lahir adalah generasi yang
tidak mempunyai masa depan.
Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses
Pembelajaran Kanak-kanak.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat


dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan
keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-
masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang
berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang
diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat menerima. Oleh yang
demikian, guru perlulah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam
memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut
agar pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan
menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan
untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta
peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas
perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang
sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta
perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik
darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya,
keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk
terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga
perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk
merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif
dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu
dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan
selesa.

Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa
berada pada peringkat umur 6 – 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan
dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin
menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi
daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan
konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal
ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara
rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan
ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan
mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka
murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh
rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas


3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia
dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang
menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas
agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi
motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan
masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat
menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di
dalam kelas.

Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku
murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan
yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Nilai-nilai murni ini
akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga
mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai
baik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah
menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka
sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

You might also like