Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK: KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Dalam bahasa Melayu
baku, kata adjektif dikenali sebagai kata sifat juga.

Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis :

Perhatikan penerangan di bawah ini.

1
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan darjah perbandingan seperti yang berikut :
(a) Darjah biasa
(b) Darjah bandingan
(c) Darjah penghabisan

2
KATA ADJEKTIF DARJAH BIASA
Kata adjektif darjah biasa ialah kata adjektif yang dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini :


1. Rumah banglo itu besar.
2. Rambutnya hitam.
3. Hidung wanita itu mancung.

KATA ADJEKTIF DARJAH BANDINGAN


Kata adjektif darjah bandingan ialah kata adjektif yang menyatakan perbandingan sama ada
perbandingan yang sama atau perbandingan yang berbeza.

Perhatikan penerangan di bawah ini :

KATA ADJEKTIF DARJAH PENGHABISAN

Kata adjektif darjah penghabisan ialah kata adjektif yang menggunakan kata penguat dan kata adjektif
yang digandakan serta ditambah dengan imbuhan se- serta kata adjektif yang ditambah dengan imbuhan
teR-.

Perhatikan penerangan di bawah ini :

3
1.   Dari segi penggunaan, kata adjektif boleh menerima imbuhan teR-.

      Contoh :

   

4
2.   Kata adjektif boleh digunakan bersama-sama kata penguat, sama ada kata penguat hadapan, kata
      penguat belakang, atau kata penguat bebas.

      Contoh :
      (a) Kereta itu cantik nian.
      (b) Basikal itu agak baru.
      (c) Rumahnya sungguh besar.

3.   Kata adjektif yang berimbuhan teR- tidak boleh disertai kata penguat.

      Contoh :

   

Dari segi penggunaan atau penulisan, elak daripada melakukan kesalahan penggunaan kata adjektif
seperti yang berikut :

1.   Kesalahan menggunakan kata adjektif yang berimbuhan teR- sebagai predikat ayat.

      Contoh :

      

Kata adjektif yang berimbuhan teR- boleh berfungsi atau bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh
berfungsi sebagai predikat ayat.

2.   Kesalahan menambahkan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan teR-.

5
      Contoh :

   

Ayat a(i) salah kerana meletakkan kata penguat ( sekali ) selepas kata adjektif berimbuhan teR-
( terpandai ). Ayat b(i) salah kerana meletakkan kata penguat ( paling ) sebelum kaat adjektif ber-
imbuhan teR- ( tertinggi ).

Imbuhan teR- pada kata adjektif terpandai dan tertinggi telah sedia menyatakan maksud darjah tertinggi.
Oleh itu, kata penguat tidak diperlukan untuk menguatkan maksd kata adjektif tersebut
( pandai dan tinggi ).

3.   Kesalahan tidak meletakkan frasa sendi nama selepas frasa adjektif apabila diperluas.

      Contoh :

   

Dalam binaan ayat, semua frasa adjektif mesti diikuti oleh frasa sendi nama apabila diperluas.

NOTA KATA ADJEKTIF TAMAT

D’sly2011

You might also like