Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

RINGKASAN PEMBAHAGIAN SASTERA LISAN

 Sastera Rakyat [Lisan]


 Cerita Metos / Cerita Legenda 
 Cerita Penglipur lara / Binatang/Jenaka Melayu.
 Sastera Sejarah / Sastera Hikayat berunsur Hindu/ Sastara Hikayat berunsur
Hindu-Islam

  SASTERA LISAN (Rakyat)

 Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan
iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh
masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu
generasi secara lisan.

 Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat


tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan
sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat
yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.

 Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia


hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan.
Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga
tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera
banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah
dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi
setempat.

 Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak


penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan,
yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima
perubahan kepada bentuk bertulis.
 Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi
lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun
telah menjadi bahan tertulis.

 Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri


kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh
membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan
media cetak.

 CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

 1. Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah


bahan kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal
bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih
mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan
hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.

 2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam
masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.

 3. Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-
tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah
menjadi satu versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian
luarannya sahaja, namun inti patinya tetap kekal.

 4. Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan


oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur
kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan atau
melakukan penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa berubah
itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya yang sebenar. 

 5. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok-tambah oleh
penutur dan pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama
masyarakatnya. 
 6. Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak
langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup
masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau
secara tersirat.

 7. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan,
penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika
berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana
dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar.

 8. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita
Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum
mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang
mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat
motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang
asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan
rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu.

 9. Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang


tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan
tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan
kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.

 10. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama


sesuatu masyarakat. 

 FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT) 

1. Sebagai “Alat” Hiburan  

2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik. 

  Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur


pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini
terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah
kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak
mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang
terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang. 

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka
kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di
dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan
kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong
yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 

3. Sebagai “Alat” Mengkritik. 

Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang
bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan
hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur
sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang
sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk
kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri. 

4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

 Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat


perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat
perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi,
antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun
digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis
persandingan. 

5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”. 

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-
undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut
menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.   
JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)

 Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk: 

a.      Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)

b.     Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif) 

a)     Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)  

 Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita
lisan. Ia terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut; 

          I.      Cerita Lipur Lara (panglipur lara)

       II.      Cerita Jenaka

 III.      Cerita Binatang

      IV.      Cerita Asal usul

          V.      Cerita Hantu

      VI.      Cerita Teladan 

       Termasuk dalam penggolongan berbentuk cerita ialah cerita-cerita mitos dan


legenda.  

b)  Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif) 

   Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi,
antaranya; 

          I.      Pantun

       II.      Gurindam

 III.      Seloka
      IV.      Teka-teki dan Nyanyian Rakyat

         V.      Jampi, Mantera dan Serapah

      VI.      Pepatah dan Perbilangan Adat

VII.      Ungkapan Berangkap

VIII.      Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.

 Cerita Lipur Lara                  Pantun


 Cerita Jenaka                       Gurindam
 Cerita Binatang                    Seloka
 Cerita Asal usul                    Teka-teki
 Cerita Hantu                         Nyanyian rakyat
 Cerita Teladan                      Mentera, jampi dan serapah
 Peribahasa       Bahasa beirama 

Contoh: 

Jenis Pengertian Karya dan Contoh


Cerita Binatang Dikenali juga sebagai cerita Fungsi berhibur kerana
mergastua. Cerita yang mempunyai unsur-unsur lucu,
mengambil binatang pengajaran dankritikan sosial.
sebagai pelaku. Binatang Cerita terkenal ialah jenis
diberikan sifat manusia ‘epik binatang’ iaitu Hikayat
biasa, boleh bertindak, Sang Kancil. Mempunyai
bertutur, bertingkah laku peranan tertentu dalam cerita
dan hidup bermasyarakat. binatang Melayu.

        Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak,
kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti
harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh
binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada masyarakat
Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolong-menolong antara satu sama lain. 

PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG:- 


Terdapat tiga peranan yang penting Sang Kancil di dalam cerita Binatang: 

a.    Sang Kancil mengalahkan binatang yang besar:

1.       Sang Kancil membuat tipu-helah untuk melepaskan dirinya dari 

     harimau.

2.     Sang Kancil melepaskan kaki kerbau yang digigit buaya dengan

     mengatakan yang digigitnya ialah kayu.  

3.     Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai.

4.     Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi


Sulaiman. Sebenarnya ialah ular.

5.     Sang Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh


perindu Nabi Sulaiman. Akhirnya lidah harimau tersepit dicelah batang-
batang buluh yang bergeser.

6.     Sang Kancil dengan buaya.

7.     Sang Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan
menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan anak
gadisnya.

8.     Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah


santapan Raja Nabi Sulaiman.

9.     Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang


tebuan. Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman. 

     Ini menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri
dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan kiasan kepada
rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat
sesuatu.  
     Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan
binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika
dibandingkan manusia. 

b.    Sang Kancil memainkan peranan sebagai hakim:

1.       Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang


saudagar dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari
kanak-kanak yang menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.

2.     Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan


harimau.

3.     Sang Kancil telah menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang


tidak mahu mengembalikan beliung. Dikatakan beliung habis dimakan
bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi
Sulaiman bertanya kenapa begini, ia mengatakan sewaktu hendak
mandi sungai terbakar. Dengan itu badannya penuh abu. Nabi
Sulaiman tidak percaya kata-kata si peminjam yang mengatakan
beliungnya dimakan bubuk.

4.     Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang
merebut kuasa.

5.     sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat. 

     Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan
perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar
akan kelemahan yang sebenarnya. Mengapa pula binatang yang kecil dapat
mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia adalah kejadian yang paling
istimewa daripada yang lain. 

c.     Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil:

1.       Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.

2.     Sang Kancil dikalahkan oleh agas.


3.     Sang Kancil dengan bangau. 

     Ini adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun


mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa
daratan, seperti pepatah ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnyajatuh jua’. Ini
merupakan kritikan, sindiran dan berupa kiasan kepada Kancil kepada mereka yang
kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali akan tertipu juga. 

                                                  Di Hasilkan Oleh:

                                                  HAJI MOHD EMBREY BIN HAJI MAHMUD

                                                  U6-4

                                                  BLOK 1

http://smsotutong.tripod.com/sastera_melayu/id3.html

You might also like