Professional Documents
Culture Documents
Teks Debat Ala Parlimen
Teks Debat Ala Parlimen
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam
kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan
untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada
pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan
kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan.
Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi pilihan utama
aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat
menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa.
Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang
diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang
meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat
memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan
kokurikulum.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya
menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita
sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan
peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya
katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Sekian mohon untuk
terus mencadang.
Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan
pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian,
kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama
sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum
menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot.
Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat
pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum
mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yang
pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan
pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas
melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam
SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua
memandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan
peperiksaan.