Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sumber : Utusan Malaysia /4 April 2011

Semarakkan Anugerah Agro


Remaja

Oleh RIZANIZAM ABD. HAMID


utusanmelaka@utusan.com.my

salah seorang wakil Skill-Tech (tengah) menunjukkan jem


JASIN 3 April - Lima tahun lalu, kerajaan nanas yang sudah siap kepada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Jasin.
mengumumkan sebanyak 90,000 pelajar
sekolah menengah harian berpeluang
mengikuti pengajian kemahiran vokasional
menjelang tahun ini.

Ia berikutan langkah kerajaan ketika itu yang menyenaraikan mata pelajaran vokasional (MPV)
dalam projek berimpak tinggi di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

MPV bertujuan membekalkan kemahiran vokasional kepada pelajar yang cenderung kepada
ketukangan tangan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan
atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam usaha menarik minat pelajar yang kurang
meminati pelajaran berbentuk akademik.

Turut tidak terkecuali ke arah usaha itu, akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama institusi
kemahiran swasta, Institut Skill-Tech (Skill-Tech) menganjurkan program Anugerah Agro
Remaja@Sekolah yang mendapat penyertaan lebih 100 buah sekolah menengah seluruh
negara biarpun baru pertama kali diperkenalkan tahun ini.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 15 sekolah telah disenarai pendek untuk dilawati
sebelum ke peringkat akhir anugerah tersebut yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

Antara sekolah tersenarai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ) di Jalan Bunga
Tanjung, Taman Maju di sini melalui penghasilan produk mereka, jus nanas dengan jenama D'
Just Seen.

Produk tersebut dihasilkan oleh empat pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV
Pemprosesan Makanan diketuai Nur Azura Senin serta tiga rakannya, Fadzly Idham Rahim,
Muhammad Adib Suhaidi dan Intan Najihah Abdul Kadir.

Menurut guru pembimbing mereka, Zainah Ismail, program seperti Anugerah Agro
Remaja@Sekolah banyak membantu membina keyakinan diri terutamanya di kalangan pelajar
yang mempunyai pencapaian sederhana lemah dalam akademik.
"Pelajar-pelajar ini selalunya kurang yakin pada diri sendiri, tetapi program kemahiran sebegini
telah memupuk minat mereka dan secara perlahan-lahan, mereka yakin.

"Perkembangan positif ini mungkin kesan daripada kerja berkumpulan yang memerlukan mereka
berinteraksi sesama sendiri selain minat pada bidang kemahiran yang dipelajari," katanya di sini,
baru-baru ini.

Anugerah Agro Remaja@Sekolah menyediakan empat kategori iaitu landskap, pemprosesan


makanan, ternakan atau perikanan dan tanaman dengan tempat pertama setiap kategori
menerima wang tunai RM2,000.

Tempat kedua menerima RM1,500 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000 manakala wang tunai
berjumlah RM10,000 serta piala iringan diberi kepada pemenang keseluruhan anugerah
tersebut.

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro


JASIN 3 April - Anugerah Agro
Remaja@Sekolah yang bertujuan memberi
pengiktirafan kepada sekolah-sekolah terpilih
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin mendengar
dalam bidang pertanian banyak membantu ceramah yang disampaikan oleh wakil Skill-Tech mengenai
membina keyakinan diri pelajar yang lebih kepentingan penglibatan pelajar dalam bidang pertanian pada
Road Show Anugerah Agro Remaja@Sekolah di Melaka,
cenderung kepada bidang kemahiran. baru-baru ini.

Bagi empat pelajar Tingkatan Empat Sekolah


Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ) di sini, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka
apabila sekolah itu tersenarai antara 15 sekolah seluruh negara yang layak ke peringkat akhir
program tersebut akhir bulan ini.

Mereka yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV) Pemprosesan Makanan iaitu Nur
Azura Senin, Fadzly Idham Rahim, Muhammad Adib Suhaidi dan Intan Najihah Abdul Kadir
menimba pengalaman amat berharga apabila terpilih menyertai program tersebut.

"Bagi kami, program sebegini amat membantu membina keyakinan diri dan satu pengiktirafan
kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik," kata Nur Azura ketika ditemui
di sekolah tersebut di sini, baru-baru ini.

Nur Azura mengetuai kumpulan pelajar tersebut untuk membuat pembentangan projek
menghasilkan jem nanas D' Just Seen di hadapan para juri anugerah tersebut.

Menurut Muhammad Adib pula, pertandingan itu merapatkan lagi hubungan antara pelajar, pihak
sekolah dan ibu bapa.

"Melalui program ini, ia dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, prihatin,
bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

"Kini baru saya tahu pertanian bukan sahaja industri belakang rumah, tetapi ramai yang telah
memperoleh pendapatan lumayan jika bersungguh-sungguh dan mendapat bimbingan yang
betul," katanya.

You might also like