Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN SEBELUM PERGI MELAWAT KETAMAN BOTANI NEGARA

Pada 2 April 2010 yang lalu, para guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu semester 1D telah
mengadakan lawatan ke Taman Botani Negara. Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang
guru pelatih sambil diiringi 2 orang pensyarah. Antara tujuan lawatan ini adalah bagi
mengisi projek kerja kursus Pengurusan Kokurikulum untuk semester 1 2011.

Sebelum lawatan, para guru pelatih telah dikehendaki membuat pembentangan


usul berkenaan program kokurikulum yang boleh dianjurkan kepada pensyarah secara
berkumpulan. Antara usul yang telah dikemukakan ialah mengadakan lawatan ke
KLCC, pentandingan badminton tertutup, pertandingan ping-pong, dan sebagainya.
Selepas pembentangan oleh para guru pelatih, akhirnya usul daripada kumpulan
Fatihatunsolehah yang bertajuk ‘Lawatan Ke Taman Botani Negara’ telah dipilih
sebagai projek kerja kursus mata pelajaran ini.

Dalam mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, beberapa orang wakil telah
dihantar ke Taman Botani Negara untuk melakukan pemerhatian terhadap tempat yang
bakal dilawati. ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang masalah daripada timbul
semasa program lawatan terutamanya dalam hal keselamatan. Selepas mendapat
kepastian dan maklumat yang cukup, para guru pelatih telah membuat kertas kerja
lawatan ini secara berkumpulan. Kertas kerja ini telah dibuat tiga minggu sebelum
lawatan.

Dalam memastikan lawatan ini berjalan dengan lancar, guru pelatih telah
membuat buku tentatif program. Pelbagai aktiviti telah dirancang apabila lawatan ini
diadakan. Antaranya ialah melawat taman bunga, melawat taman haiwan, berbasikal,
dan sebagainya. Dalam mengumpul dana untuk lawatan ini pula, setiap para guru
pelatih telah dikehendaki membayar RM 15 kepada bendahari lawatan. Pensyarah
mata pelajaran ini juga telah memberi sumbangan RM 100 secara sukarela kepada
kumpulan lawatan ini.
Selepas semua kertas kerja siap, maka pembentangan terakhir kertas kerja
lawatan kepada pensyarah mata pelajaran telah dibuat. Pembentangan ini adalah
penting bagi memberi peluang kepada pensyarah untuk meneliti dan menyemak mana-
mana kesilapan dalam kertas kerja yang telah disiapkan. Selepas mendapat semakan
dan persetujuan daripada pensyarah kami, maka kertas kerja lawatan ke Taman Botani
Negara ini telah dibawa ke bilik Timbalan Pengarah untuk mendapatkan kelulusan
daripada beliau.

Disediakan oleh, 31 MAC 2011.

_____________________

(MOHD AMIRUDIN B MUSA)


AJK Unit Pelaporan,
Program Lawatan ke Taman Pertanian Negara,
PISMP 1D,
IPGM KBM.

You might also like