Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama.

Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana
pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau
balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan
buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan
buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan
sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih
bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah
dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam
mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes
berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media
cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab sosial mereka dalam menangani masalah buli.
Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja
untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu
memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di
samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti
larangan merokok.

4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan
diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan
rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya.
Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitif dengan isu buli.

5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO
perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-
program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan
memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan
member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada
anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua
adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang
banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan
bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian
buli kepada pihak yang berkenaan.
1. Rakan – ia terjadi dari hubungan sosial antara rakan-rakan yang tidak sihat yang dilihat
dari sudut pengaruh yang kuat sehingga terlibat sama dalam kes tersebut. Ibubapa juga
bimbang akan keterlibatan anak-anak dalam mengatasi pergaulan anak-anak mereka
sehingga melibatkan terlibat perkara tidak bermoral seperti ini.
2. Emosi – desakan tekanan hidup sehingga memaksa seseorang melepaskan rasa tidak
puas hati ke atas orang lain, dunia moden ini gejala buli yang datang dari punca emosi
berlaku dengan mendadak. Mereka seolah-olah gagal dalam mengawal emosi masing-
masing sehingga sanggup melibatkan orang lain. Cemburu pada keseronokan dan
kebahagiaan orang lain.
3. Keluarga – didikan yang tidak sempurna dan terlalu memanjakan anak-anak dari kecil.
Masalah keluarga seperti penceraian ibubapa juga penyebab berlaku gejala buli ini. Lihat
sahajalah kini, kebanyakkan ibubapa yang mengejar kesenangan dunia sehingga
mengabaikan didikan nilai-nilai murni yang baik sehingga mereka tidak takut kepada
pihak berkuasa.
4. Kuat – mereka yang punyai tubuh yang tegap, tinggi dan besar adalah tergolong dalam
golongan yang ingin menunjukkan kekuatan diri dan bermegah-megah akan kejayaan
mengawal orang lain. Kebiasaannya mereka yang punyai kekuatan diri seperti ini
bertindak secara solo berbanding dari punca pertama tetapi tidak mustahil mereka
menjadi tulang belakang atau kepala kepada pengaruh berkumpulan.
5. Media massa dan cetak – pengaruh yang dipertontonkan dari kebanyakkan media yang
ada kini. Mereka yang tergolong dalam kelompok remaja selalu ingin mencuba dan
merasai apa yang mereka lihat. Apatah lagi semakin mudah untuk mendapatkan sumber
sama ada media cetak atau elektronik seperti di internet yang sudah pasti banyak
dipaparkan video-video ganas.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin
berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan
semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap
masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti
sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup
melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan
nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga
menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap
materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli,
pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya.

Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang
kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.Bak kata pepatah ‘tiada
penyakit yang tiada penyembuhnya’.

Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras
kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu
seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan
menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya
daripada terbabit dalam kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi
diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk
membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab
Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak
pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam
kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang
lain agar semua pelajar tahu akannya.
Seterusnya,para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga
akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca
buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga
jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa
pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah
itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang
telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes
ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah
boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak
sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak
akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa
adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja,
sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa
borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu
bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan
memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi
dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’ agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka
bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara
kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-
matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini
pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh
itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini
walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya
usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

You might also like