Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMANAN UDARA : KAJIAN

KES DI BANGUNAN TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

NAMA NO.PENDAFTARAN
1. MUHD FAIZ BIN ZULKIFLY 15DPB09F2029
2. ZAID FADIL BIN SAJULI 15DPB09F2031
3. MOHAMMAD RAFIE’ BIN ZAIDI MUSSHADAD 15DPB09F2036

KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN


JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

SESI DISEMBER 2010


SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMANAN UDARA : KAJIAN
KES DI BANGUNAN TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

NAMA NO.PENDAFTARAN
1. MUHD FAIZ BIN ZULKIFLY 15DPB09F2029
2. ZAID FADIL BIN SAJULI 15DPB09F2031
3. MOHAMMAD RAFIE’ BIN ZAIDI MUSSHADAD 15DPB09F2036
PENGESAHAN LAPORAN

Laporan kajian bertajuk “Sistem Pengudaraan dan Penyamanan Udara : Kajian Kes di
bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur” ini telah dikemukakan, disemak serta disahkan
sebagai memenuhi syarat dan keperluan penulisan seperti yang telah ditetapkan.

Disemak oleh :

Nama Penyelia :

Tandatangan Penyelia :

Tarikh :

Disahkan oleh :

Nama Penyelaras :

Tandatangan Penyelaras :

Tarikh :
“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya
telah kami jelaskan sumbernya”

1. Tandatangan :

Nama :

No.Pendaftaran :

Tarikh :

2. Tandatangan :

Nama :

No.Pendaftaran :

Tarikh :

3. Tandatangan :

Nama :

No.Pendaftaran :

Tarikh :
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. terima kasih diucapkan kepada penyelia iaitu Pn Nurul


Izza Bt. Abdul Ghani, dan rakan-rakan, serta kakitangan Tabung Haji yang telah
membantu dalam menyiapkan kajian kes yang dijalankan untuk modul Kajian Integrasi
(C 3365). Di dalam kajian integrasi ini, pihak penyelia telah menugaskan untuk
mengkaji Sistem Pengudaraan Dan Penyamanan Udara di sesebuah bangunan. Dengan
sokongan dan dorongan oleh penyelia dan rakan-rakan serta pihak yang terlibat dalam
menjayakan kajian kes ini.

Penyelia

Penyelia t,pt kajian

Lecturer

Rakan2
ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti Sistem Pengudaraan Dan


Penyamanan Udara yang digunapakai di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur. Skop
kajian yang dijalankan di Bangunan Tabung Haji ialah di bahagian pejabat zon bawah
iaitu bermula dari aras 12 sehingga aras 19. Kajian ini dijalankan menerusi temuramah
bersama ketua unit penyelenggaraan Tabung Haji, pengumpulan data melalui internet
dan juga melalui sumber buku-buku rujukan.
ABSTRACT
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) atau secara ringkasnya Tabung Haji
berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia ke Makkah pada
setiap tahun. Bangunan utama pejabat tabung haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak,
Kuala Lumpur iaitu di tempat kami menjalankan kajian kes. Tabung Haji merupakan
institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik
dari Malaysia ke Makkah.

Seterusnya, Bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur berketinggian 152 meter.


(500 kaki). Bangunan Tabung Haji mempunyai 39 tingkat. Ia terdiri daripada 27 lantai
pejabat, tujuh lantai tempat letak kenderaan, dua lantai jentera, satu lantai bawah (jalan
masuk utama), satu lantai untuk bank dan kedai, dan satu lantai untuk dewan serbaguna
dan kedai. Bangunan tabung haji berbentuk bulat (circular) dengan profil melengkung
(curved profile). Setiap tingkat Bangunan Tabung Haji mempunyai saiz yang berlainan.
HURAIAN LOGO TABUNG HAJI

Pembaharuan dan peralihan dunia korporat ke alam global telah mengajak TH


untuk turut sama mara ke arah globalisasi perkhidmatan yang berkesan. Setelah
dikuatkuasakan akta baru dalam tahun 1995 yang menyediakan ruang dan peluang untuk
memberikan perkhidmatan secara global, maka pada 28 Ogos 1997, TH telah
melancarkan logo korporatnya yang baru yang lebih bersifat semasa dan terkini dengan
ciri-ciri tersendiri.

i. Logo TH yang condong ke sebelah kanan menggambarkan bahawa TH tidak


statik malah sentiasa positif dalam usaha-usaha ke arah pencapaian segala misi
dan cita-citanya. la sentiasa selari dan seiring dengan perkembangan-
perkembangan sistem dalam pengurusan haji, kepelbagaian kegiatan pelaburan
dan perisian teknologi.
ii. Huruf ( ta ha) adalah kependekan perkataan-perkataan Tabung Haji di dalam
bahasa Arab.
iii. Huruf dan TH ditimbulkan bagi melambangkan huruf-huruf identiti Tabung Haji.
Bentuk segi empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan
tumpuan sembahyang seluruh umat Islam di dunia. Dalam hal ini, TH akan terus
menyeru dan menggalakkan orang di Malaysia untuk melawat Ka'abah bagi
tujuan haji dan umrah.
iv. Sementara itu, perkataan 'Tabung Haji' diletakkan bersebelahan dengan logo ini
pada bahagian kanan yang turut disertai di bawahnya dengan kalimah Arab,
'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).

v. Warna hitam menunjukkan warna ka’abah apabila ia diselubungi oleh kain


Kiswa.

vi. Warna hijau menunjukkan warna korporat bagi Tabung Haji.

vii. Warna putih melambangkan kebersihan dalam Islam dan ia menjadi asas dalam
segala aktiviti Tabung Haji.

HURAIAN VISI DAN MISI

Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islam yang dinamik dan
prihatin dalam pengurusan dan pengendalian haji dan umrah yang sempurna serta
mengukuhkan ekonomi ummah, beriltizam melaksanakan dan mencapai wawasan ini
dengan :

i. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan.


ii. Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah, profesional, produktif dan
berhemah tinggi.
iii. Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan setanding dengan pasaran.
iv. Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan
yang berkualiti.
1.2 Ojektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut :

i. Mengenalpasti jenis sistem operasi yang terdapat di bangunan Tabung Haji


Kuala Lumpur.

ii. Mengetahui masalah yang sering berlaku dan jalan penyelesaian yang
dilakukan pada sistem pengudaraan dan penyamanan udara di bangunan
Tabung Haji Kuala Lumpur .

iii. Mengenalpasti penyelenggaraan sistem pengudaraan dan penyamanan udara


yang terdapat di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

1.3 Skop Kajian

Menjalankan kajian mengenai sistem Pengudaraan Dan Penyamann Udara di


bahagian pejabat zon bawah, bermula dari aras 12 sehingga aras 19 di Bangunan Tabung
Haji Kuala Lumpur.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan,tetapi ia meliputi pemanasan,


mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara untuk
mencapai kehendak tempat yang dinyamankan.

Di dalam sistem penyamanan udara, haba hendaklah di keluarkan dari tempat


yang hendak dinyamankan, haba kemudiannya hendaklah dibuang ke udara luar. Ianya
dibuat melalui sifat pergerakan haba itu sendiri iaitu bergerak dari satu kawasan yang
panas ke satu kawasan yang sejuk.
Proses Penyamanan Udara
Sistem penyamanan udara terbahagi kepada dua bahagian:

i. Bahagian bertekanan tinggi (kawasan 1).

ii. Bahagian bertekanan rendah (kawasan 2).

Komponen Utama Dalam Penyamanan Udara

Pemampat (Compressor)
a) Merupakan jantung kepada system penyamanan udara.
b) Ia bertanggungjawab untuk memampat dan menghantar gas refrigerant ke
condenser.

Pemeluwap (Condensor)

a) Memindahkan haba yang diambil oleh refrigerant di dalam gelung penyejuk.


b) Ianya memeluwapkan wap refrigerant kepada cecair refrigerant.

Haba dipindahkan dan proses pemeluwapan mengambil alih dalam dua cara :-

a) Secara proses penyejukkan air. Jika air digunakan bagi memindahkan haba. Wap
refrigerant dilalukan melalui satu gelung yang tenggelam di dalam bekas yang
penuh air. Suhu iar yang dibekalkan ketakungan adalah lebih rendah lagi dari
suhu refrigerant itu sendiri. Haba dipindahkan dari refrigerant ke air melalui
dinding gelung. Air kemudian yang membuat haba dialirkan ke aliran.

b) Bagi proses penyejukan udara. Jika udara digunakan bagi membuang haba, wap
refrigerant dialirkan dalam gelung dan disejukkan dengan kipas. Kipas
menghembus udara melintasi gelung dan oleh kerana udara itu sejuk dari wap
refrigerant maka wap tersebut melepaskan haba ke udara melalui dinding
gelung.

Udara itu dihembus keluar bilik dan haba dihamburkan dalam udara kasar. Dalam
proses pemelowapan, udara atau air mengambil haba dari refrigerant dalam dalam
proses penyejukkan refrigerant mengambil haba dari udara bilik.

Gelung Penyejuk (Coil Evaporator)


Gelung penyejuk adalah komponen yang dapat mengalirkan udara dan
refrigerant. Gelung ini menyediakan permukaan yang mana udara akan mengalir
menyentuh permukaannya dan pada masa yang sama refrigerant mengalir di dalam
gelung tersebut. Aliran udara panas melalui gelung penyejuk menyebabkan udara
menjadi sejuk sementara refrigerant menjadi panas. Sebenarnya suhu refrigerant tidak
berubah tetapi perubahan cecair ke wap menyebabkan refrigerant menjadi panas.

Dalam membekalkan permukaan sejuk untuk udara, gelung penyejuk


menyediakan alat perpindahan haba. Haba akan berpindah daripada udara kepada
permukaan gelung dan seterusnya ke refrigerant yang berada di dalam gelung.
Kesannya haba akan berpindah dari udara ke refrigerant melalui permukaan gelung.

Injap Pengembangan (Restriction Valve)

Injap pengembangan merendahkan tekanan cecair refrigerant dan sekaligus


menyejukkan cecair tersebut. Refrigerant masuk ke injap di bawah tekanan. Apabila ia
melalui liang injap kecil mka ia memasuki kawasan tekanan rendah daripada gelung
penyejuk. Liang injap bertindak sebagai alat perjangkaan diantara kawasan tekanan
tinggi dan kawasan tekanan rendah. Selepas cecair refrigerant melalui liang injap dalam
injap pengembangan, ia mula berwap kerana ianya berada dalam kawasan tekanan
rendah.

.2 Jenis-Jenis Sistem Penyaman Udara

Sistem penyaman udara mempunyai 2 jenis iaitu sistem unit dan sistem loji.
Sistem unit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu unit tingkap, unit kemas siap, dan unit
pisah. Manakala sistem loji terbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem loji pusat dan
sistem air disejukkan.

.2.1 Sistem Unit


Sistem ini digunakan untuk pendinginan kecil ke sederhana yang melibatkan
beban penyejukan dalam lingkungan 15 Tan refrigeration (360 000 BTUH) dengan
keupayaan pengendalian udara sebanyak 6 000 CFM kebawah. Ia selalunya digunakan
untuk mendinginkan satu atau beberapa ruang kecil yang berdekatan secara serentak.

Berikut adalah beberapa jenis-jenis sistem unit :

i. Unit Tingkap
ii. Unit Kemas Siap
a) Keseluruhan
b) Penyejukan Udara
c) Penyejukan Air
iii. Unit Pisah
a) Sistem Pisah Tanpa Udara Luar
b) Sistem Pisah Dengan Udara Luar

.3 Unit Tingkap

Kesemua komponen-komponen asasnya dibina dalam satu unit yang padat, lengkap dan
kecil. Unit-unit tingkap dipasang dengan sebelah permukaanya diluar dinding ruang
yang ingin didinginkan dan sebelah lagi didalam ruang, sekurang-kurangnya 1000mm
dari aras lantai.

.4 Unit Pisah
Digunakan untuk pendinginan satu hingga ketiga buah ruang/bilik kecil yang boleh
dikendalikan secara berasingan. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu unit pisah
tanpa udara luar dan unit pisah dengan udara luar.

(i) Unit Pisah Tanpa Udara Luar


a. Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang untuk
disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk
disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk
memperbaharui udara (pengudaraan) sedia ada.
. Sistem ini tidak begitu sesuai untuk digunakan pada
ruang-ruang yang memerlukan pergantian udara yang
banyak.

(ii) Unit Pisah Dengan Udara Luar


a. Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang, sistem ini
juga mengambil udara luar untuk tujuan pengudaraan.
Keupayaannya lebih besar berbanding dengan sistem unit
pisah tanpa udara luar. Udara bersih diambil secara terus
dari luar atau dibekalkan melalui salur.

.5 Unit Kemas Siap


Sistem ini melibatkan pendinginan satu ruang atau beberapa ruang kecil bagi kegunaan
serentak. Ciri-cirinya seakan-akan sama dengan sistem loji sepusat. Ia boleh dibahagikan
kepada tiga sistem asas, iaitu:

Sistem Unit Kemas Siap keseluruhan

 Konsep tatatur komponen seperti Sistem Unit Tingkap tetapi


keupayaannya adalah jauh lebih besar. Keseluruhan alatan ditempatkan
di luar bangunan berdekatan dengan ruang-ruang yang akan didinginkan.
Sambunbungan ke ruang adalah melalui salur bekal dan balik. Unit ini
selalunya dipasang pada bangunan.

a) Sistem kemas siap penyejukan udara

 Dalam sistem ini kebanyakan kompenen-kompenen asanya seperti kipas


penghembus,lingkaran pengewap,injap pengembang serta alat pemanpat
diletakkan dalam satu unit dalaman lengkap.Satu unit luaran dengan
kipas berserta lingkaran pengental diletakkan diluar dan disambung
dengan unit dalaman melalui paip-paip ulang alik yang diperbuat dari
tembaga dan ditebatkan.

b) Sistem Kemas siap penyejuk air

 Kesemua kompenen-kompenen asas kitaran penyejukan dibina atau


ditempatkan didalam satu unit dalaman yang padat.Satu unit menara
penyejuk (Cooling Tower) diperlukan dan selalunya diletakkan di satu
tempat yang tinggi diluar bangunan.Kedua-dua unit disambung dengan
paip ulang alik air sejuk.
.6 Sistem loji sepusat

Sistem ini selalu digunakan pengdinginan yang melibatkan beban penyejuk 15 Tan
Refrigerant atau keupayaan kendalian udara 6000 CFM keatas.Ia dapat dibahagikan
kepada dua sisten asas iaitu:

a) Sistem Loji pengendalian pusat

 Dalam sistam ini,kebanyakan kompenen-kompenen asasnya diletak


dalam satu ruang Loji Mekanikal Penyaman Udara (Mechanical air-
cinditioning plant room) yang mengendalikan sebahagian besar kitaran
penyejukan.Sistem ini memerlukan satu unit pengental penyejukan
udara atau menara penyejuk jenis ruang di dalam bangunan dimana ia
boleh mendapat pengudaraan yang baik(selalunya di tempat-tempat yang
tinggi dan tidak menimbulkan masalah pepeluhan haba.Udara bekal
didatngkan dari Loji Pusat dan diagihkan melalui saluran dan baur ke
ruang-ruang yang diinginkan.

b) Sistem Loji Pemgendalian Setempat atau Sistem Loji Air Sejuk (Central Plant
With Local Handling)

 Ciri utama sistem ini adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran
penyejukan untuk menyejukkan udara.Sistem ini mengadakan media air
sejuk(chilled water) di satu Loji Pendinginan dengan tujuaan diagihkan
ke beberapa Unit Pengendalian Udara(Air Handling Unit).Ia mempunyai
empat pusingan berasingan untuk mengendalihkan haba dari dalam
ruang didinginkan ke udara luar bangunan.
.7 PENYAMAN UDARA

Terbahagi kepada tiga sistem berlainan untuk menentukan ‘flexibility’ dan


penjimatan kos operasi.

Sistem Pusat untuk 27 lantai pejabat mengandungi:


i) 3 X 300 tan ‘centrifual chiller’.
ii) 1 X 150 tan ‘reciprocating chiller’.
iii) 76 X AHU (alat pengendali udara).

.7.1 ‘Cooling Tower’ dan pam.

Operasi sistem bergantung kepada keperluan beban dengan dibantu oleh


‘programmable logic controller’ (PLC), untuk menentukan operasi optima.

Pengendalian udara di ruang pejabat menggunakan sistem ‘variable air volume’


(VAV) dengan bantuan kawalan ‘pneumatic’ dan injap dua hala. Ini dapat
menentukan bekalan udara yang berkuantiti dan suhu optima.

.8 Sistem Package Berpenyejukan Air.

Digunakan untuk kawasan umum dan ruang yang cukup besar tetapi
mempunyai waktu operasi yang tidak setara. Sistem terdiri dari:

(a) 9 X WCPU jumlah keupayaan 180 ton lengkap dengan ‘cooling


tower’ dan pam.
.9 ‘Fan coil dan ‘Split unit berpenyejukan udara.

Digunakan untuk ruang yang mempunyai masa operasi yang tidak


menentu seperti bank, klinik dan lain-lain. Jumlah keupayaan unit adalah kecil.

.0 Hawa dingin

Sistem hawa dingin bangunan Ibu Pejabat TH terbahagi kepada 3 sistem


berlainan untuk menetukan ‘flexibility’ dan penjimatan kos operasi. Antara sistem
tersebut ialah sistem pusat untuk 27 lantai pejabat iaitu aras 12 sehingga aras 38,
sistem package berpenyejukan air dan fan coil dan split unit berpenyejukan udara.
Sistem tersebut beroperasi secara automatic yang dikawal di bilik kawalan lantai 2
bangunan.

Sistem Pusat untuk 27 lantai pejabat mengandungi Nos of ton centrifugal chiller
yang terdiri daripada 400 tan-CH#1, 450 tan-CH2 dan 360 tan-CH3,74 X AHU (alat
pengendali udara) dan cooling tower serta pam.

Operasi sistem bergantung kepada keperluan beban dengan dibantu oleh Sistem
Automasi Bangunan (BAS) untuk menentukan operasi yang optima. Pengendalian
udara di ruang pejabat menggunakan sistem kawalan suhu di A.H.U dan injap dua
hala. Ini dapat menentukan bekalan udara yang berkualiti dan suhu optima.

Manakala Sistem Package Berpenyejukan Air digunakan untuk kawasan umum dan
ruang yang cukup besar tetapi mempunyai waktu operasi yang tidak setara. Sistem
ini terdiri daripada 8 X WCPU jumlah keupayaan 180 tan lengkap dengan cooling
towers dan pam.
Sistem fan coil dan split unit berpenyejukan udara pula digunakan untuk ruang yang
mempunyai masa operasi yang tidak menentu seperti bank, klinik dan lain-lain. Ini
kerana jumlah keupayaan unit adalah kecil.
Sistem hawa dingin berpusat ini terdiri daripada Chiller, Pam, Coolinhg Tower,
AHU dan FCU. Jumlah hawa dingin di banguan ini adalah seperti berikut:

BI JENIS UNIT JUMLAH


L
1. Chiller 3
2. Pam chill water 5
3. Pam cond. Water 5
4. Cooling tower 5
5. AHU 74
6. FCU 2
7. Split unit 156
8. VRF 15
9. Water cooled package 8

Di dalam perkhidmatan ‘cooling water’,rawatan air perlu dilakukan. Pemerhatian


terhadap sistem menara penyejuk untuk mengetahui keberkesanan terhadap
perawatan bahan kimia dan juga kadar “bleed off” air yang perlu dilakukan sebulan
sekali. Berikut merupakan bacaan contoh air untuk analisa makmal bagi parameter
seperti:

PERKARA UKURAN YANG


DITETAPKAN
pH at 25’c 7.0 – 9.0
TDS Max – 1000 ppm
P alkaltinity 0 – 50 ppm
Total alkaltinity 50 – 500 ppm
Total Hardness 100 – 1000 ppm
Calcium Hardness 100 – 800 ppm
Chlorides Max – 800 ppm
Phosphate 20 – 100 ppm
Free Iron < 0.5 ppm
BAB 3

METHODOLOGI

5.1 Pengenalan

Methodologi merupakan satu kaedah untuk mendapatkan maklumat


mengenai sistem yang dikaji.

5.2 Carta Alir Methodologi

PENGAGIHAN KUMPULAN SERTA PENYELIA UNTUK


SETIAP KUMPULAN

PERBINCANGAN TAJUK DAN TEMPAT KAJIAN

PENGUMPULAN DATA
INTERNET KAJIAN PELAN TEMURAMAH PEMERHATIAN
LITERATUR

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

PERBINCANGAN

SEMAKAN LAPORAN

PEMBENTANGAN

PEMBAIKAN LAPORAN

HANTAR LAPORAN

Rajah 3.1
5.3 Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan satu kaedah atau cara yang digunakan


untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Kaedah
yang digunakan adalah seperti berikut :

a) Internet
Maklumat tambahan yang diperolehi daripada laman web yang yang
sumbernya boleh dipercayai.

b) Kajian Literatur
Kajian literatur merupakan pengumpulan maklumat daripada modul-modul
pembelajaran, buku-buku ilmiah, penerangan daripada pensyarah, dan juga
gambar-gambar yang telah diperolehi daripada kajian yang dijalankan.

c) Pelan
Pelan yang diperolehi daripada Ketua Juruteknik. Pelan itu digunakan untuk
membuat penyelenggaraan di bangunan tersebut.

d) Temuramah
Menemuramah ketua bahagian penyelenggaraan untuk mengetahui jenis
sistem yang digunakan di bangunan tersebut dan maklumat-maklumat lain
dengan lebih mendalam.

e) Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan di tapak kajian bagi mendapatkan
gambaran yang lebih jelas.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dapatan kajian merupakan himpunan maklumat yang diperolehi dan difahami


hasil daripada pelajar membuat kajian kes di bangunan tersebut.

Sistem penyamanan udara yang digunakan di Bangunan Tabung Haji Kuala


Lumpur adalah merupakan dari sistem Loji Setempat (chiller). Sistem ini digunakan
untuk membekalkan udara sejuk kepada setiap tingkat atau bahagian di Bangunan
Tabung Haji Kuala Lumpur yang memerlukan udara sejuk dan nyaman. Kajian
dijalankan secara menyeluruh pada loji tersebut bermula dari sistem pengoperasiannya
dilaksanakan, kaedah serta bagaimana penyelenggaran dilakukan dan penyataan masalah
yang terdapat pada sistem tersebut dan cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi di masa akan datang.

4.1 Komponen-komponen utama dalam Sistem Loji Setempat ’chiller unit’

4.1.1 Menara Penyejukan (cooling tower)

Merupakan tangki yang berfungsi menyalurkan air ke pemeluwap


(condenser). Kedudukannya terletak di bahagian paling atas di bangnan
Tabung Haji. Ini untuk memudahkan air disalurkan tanpa menggunakan
tekanan yang tinggi.
4.1.2 Tangki Tambahan (make-up tank)

Tangki ini berfungsi sebagai penyokong bekalan air dalam menara


penyejukan untuk mengekalkan aras air di dalam menara penyejukan
supaya sentiasa mencukupi. Ini kerana semasa proses penyaluran air
dalam menara penyejukan ke pengental kuantiti air akan berkurang.
4.1.3 Pemeluwap (condenser)

Pengental berfungsi sebagai kompenan yang meningkatkan suhu air yang


disalurkan dari menara penyejukan ke tahap yang tinggi.
4.1.4 Penyejat (Evaporator)

Penyejat berfungsi sebagai kompenen yang menyejukan air ke tahap yang


paling rendah untuk disalurkan kepada A.H.U. Air sejuk yang disalurkan
ke A.H.U suhunya akan meningkat dan disalurkan semula ke penyejat
untuk diproses semula menjadi air sejuk dan proses ini berlaku secara
putaran.
4.1.5 Injap Pengembangan (expantion valve)

Injap pengembangan berfungsi sebagai merendahkan suhu dan tekanan


air dan melancarkan aliran dari pengental ke penyejat.
4.1.6 Pemanpat (compressor)

Berfungsi sebagai
4.1.7 Pam Air

Peralatan yang digunakan sebagai penyokong untuk penyaluran air untuk


sistem loji,ini kerana menbantu pengaliran dari pengental ke menara
penyejukan iaitu (condenser water pump).Selain itu menbantu dalam
penyaluran air sejuk dari penyejat ke A.H.U iaitu (chiller water pump).
4.2 Operasi sistem Loji Setempat (chiller unit)

Pada peringkat pertama air yang dibekalkan oleh JPA akan disalurkan ke tangki
simpanan air untuk disimpam di bahagian paling atas bangunan TH iaitu aras 39, air di
dalam tangki simpanan akan disalurkan terus ke menara penyejukan dan tangki
tambahan untuk disalurkan kepada pengental .

Dapatan kajian

-masalah y sering berlaku

-maintenance
BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Perbincanagan

Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang telah jalankan, kami telah
dapat mengenalpasti sistem yang digunakan di Bangunan Tabung Haji. Sistem
yang digunapakai di bangunan tersebut ialah Sistem Laji Setempat (Chiller).

Seterusnya, berdasarkan daripada lawatan kami ke Bangunan Tabung


Haji, kami telah dapat mengenalpasti tentang masalah yang sering berlaku di
bangunan tersebut. Antara masalah yang sering berlaku ialah, air lebihan ataupun
jeli yang keluar dari A.H.U semasa penyedutan udara sejuk untuk disalurkan ke
diffuser. Antara masalah lain ialah terdapat habuk di saluran penapis A.H.U. ini
kerana sedutan panas yang masuk ke A.H.U melalui return duct.

You might also like