Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

APA ITU LOGO?

Logo
Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di set dalam jenis taip khas
(font), atau diatur dalam bentuk tertentu dan boleh dikenali. Bentuk, warna, jenis taip dan
sebagainya.

Pengenalan
Pada masa kini istilah “logo” telah digunakan bagi menggambarkan isyarat, emblem, coat of
arms, simbol dan juga bendera. Logo adalah singkatan perkataan “logogram” iaitu gubah
ringkasan sesuatu bentuk. Selain itu, logo sangat penting dalam mereka bentuk
pembungkusan kerana ia melambangkan simbol atau pengenalan sesebuah syarikat,
barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Sifat unik sesuatu jenis logo adalah penting bagi
mengelakkan kekaburan dalam kalangan pelanggan, pembekal, pengguna, afliate dan orang
ramai. Sejauh mana sesuatu logo mencapai matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda
dagang dan boleh digunakan bagi mengenalpasti secara unik bisnes, organisasi, peristiwa,
produk atau perkhidmatan. Apabila logo direka, satu cara yang paling berkesan adalah
mendaftarkannya sebagai tanda dagang agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh
menggunakannya atau mengganggu pemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait
dengan logo diestablished dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadi harta
hakmilik intelektual (intellectual property) yang berharga.
Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafik atau tanda. Walau
bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepat bagi pereka grafik dan ahli profesional
pengiklanan. Sesuatu logo terdiri daripada samada nama dan lambang.

Syarikat-syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untuk mengemaskini dan


mendirikan logo mereka, sementara perniagaan-perniagaan kecil menggunakan khidmat
pereka grafik tempatan untuk membina logo korporat mereka.

Jenama Nike merupakan lambang

Slogan Jenama
Kadangkala sesuatu slogan disertakan dalam logo. Jika slogan sentiasa ada di dalam logo dan dalam
bentuk grafik yang sama, ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada logo. Ia dianggap
slogan jenama yang juga dipanggil claim, tagline atau endline dalam industri pengiklanan.
Tujuan utamanya ialah menyokong identiti jenama bersama-sama logonya. Perbezaan antara
slogan dengan slogan jenama ialah slogan jenama kekal untuk masa yang lama untuk
membina imej jenama manakala slogan yang berbeza dikaitkan dengan sesuatu produk atau
kempen pengiklanan.
Logo McDonalds dengan slogan jenama yang membantu menaikkan imej jenama. Nama syarikat tidak
perlu disertakan kerana lambang ini sangat dikenali ramai

Jenis-jenis Logo
Logo huruf (logo type)
 Terdiri daripada satu atau lebih huruf/abjad atau satu perkataan. Huruf yang dipilih
biasanya singkatan (initial).
 Contohnya, ACER, SONY, CANON, HONDA, OLYMPUS, TV3, ASTRO dan
sebagainya.

Logo representasi (pictogram)


 Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling.
 Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang
ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu.
 Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan
jelas tanpa sebarang penerangan.

Logo simbol
 Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang
jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.
 Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara
yang ada perkaitan dengannya.

You might also like