Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

ABSF2103_USUL FIQH1_SEM.

JAN101_FE/FASS

BAHAGIAN A
SOALAN BERJAWAPAN PENDEK

ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA (5) soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Nyatakan maksud Ijmak dan Qiyas dari segi istilah Fuqaha’. (4)

2. Nyatakan DUA faedah yang diperolehi oleh seorang muslim apabila ia


menguasai ilmu usul al-fiqh. (4)

3. Terangkan maksud hukum taklifi dan hukum wad’i beserta contoh. (4)

4. Ulamak Hanafi membahagikan makruh kepada 2 bahagian iaitu makruh


Tahrimi dan makruh Tanzihi.

Jelaskan perbezaan di antara kedua-duanya.


(4)

5. Bezakan makna di antara Azimah dan Rukhsah. (4)

(JUMLAH : 20 MARKAH)

1
ABSF2103_USUL FIQH1_SEM. JAN101_FE/FASS

BAHAGIAN B
SOALAN ESEI

ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA (5) soalan. Jawab TIGA (3) soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. a. Nyatakan pengertian Ahliyah dari sudut bahasa dan istilah. (4)

b. Jelaskan maksud ‘Awarid Samawiyyah dan ‘Awarid Muktasabah serta


senaraikan penjenisan kedua-dua Awarid tersebut ?
(10)

c. En. Putra adalah insan istimewa, dilahirkan dan dibesarkan sebagai insan
yang mengalami penyakit ’down symdrome’. Pada suatu ketika, tanpa
pengetahuan keluarganya, beliau bertindak menjual rumah pusaka
peninggalan ibubapanya dengan harga RM50 ribu kepada En. Jalil.
Justeru itu, En. Jalil bersetuju membeli rumah tersebut memandangkan
harganya adalah terlalu murah dibandingkan dengan harga pasaran yang
mencecah RM200 ribu.

Berdasarkan senario di atas, terangkan hukum kontrak jualbeli tersebut dan


berikan justifikasinya.
(6)
(Jumlah : 20)

2
ABSF2103_USUL FIQH1_SEM. JAN101_FE/FASS

2. Al-Quran merupakan kitab Allah yang terakhir kepada umat manusia. (5)
a. Berdasarkan pernyataan di atas terangkan makna Al-Quran?

b. Nyatakan TIGA cara Al-Quran menjelaskan sesuatu hukum beserta contoh-


contoh? (15)
(Jumlah : 20)

3. Qiyas merupakan di antara sumber hukum yang disepakati Fuqaha.


a. Jelaskan secara ringkas rukun-rukun qiyas. (4)

b. Nyatakan secara terperinci apakah pandangan fuqaha’ berkenaan dengan


sebab hukum atau ’illah.

(12)

c. Berikan DUA contoh cara penentuan ’illah. (4)


(Jumlah : 20)

4. a. Nyatakan perbezaan dari segi istilah di antara al-bu’d al-Zamani dan al-bu’d
al-Makani?

(4)

b. Huraikan secara terperinci jenis-jenis penafsiran Nas (Quran dan Hadis) yang
TIDAK boleh dipengaruhi oleh masa dan tempat?

(12)

c. Berikan DUA contoh hukum yang tidak berubah mengikut perubahan masa
dan tempat. (4)
(Jumlah : 20)

3
ABSF2103_USUL FIQH1_SEM. JAN101_FE/FASS

5. Wajib merupakan suruhan Allah yang mesti dilakukan oleh setiap mukalaf.
a. Berdasarkan apa yang telah kamu pelajari tentang konsep hukum wajib,
jelaskan pembahagian hukum wajib mengikut pandangan ulama usul fiqh. (4)

b. Jelaskan mana-mana EMPAT bahagian-bahagian wajib seperti yang


dinyatakan di bawah ini berserta contoh:
i. Wajib Mutlak
ii. Wajib Muqayyad
iii. Wajib Muhaddad
iv. Wajib Ghayr Muhaddad
v. Wajib Mu’ayyan
vi. Wajib Ghayr Mu’ayyan
(16)
(Jumlah : 20)
(JUMLAH : 60 MARKAH)

4
ABSF2103_USUL FIQH1_SEM. JAN101_FE/FASS

BAHAGIAN C
SOALAN ESEI

ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA (2) soalan. Jawab SATU (1) soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Istihsan merupakan sumber hukum yang penting terutamanya dalam Mazhab


Hanafi.
a. Berdasarkan pernyataan tersebut jelaskan maksud istihsan dari pandangan
mazhab Hanafi dan (4)

b. huraikan dengan terperinci EMPAT jenis Istihsan berserta contoh.


(16)

2. Istishab merupakan antara sumber hukum yang diperselisihkan di kalangan


Fuqaha’.
a. Jelaskan maksud istishab dari segi istilah dan
(4)

b. huraikan EMPAT jenis istishab berserta contoh.


(16)
(JUMLAH : 20 MARKAH)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like