Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.

0 ASPEK POLITIK

Tahun 1969 merupakan detik yang bersejarah kepada perkembangan politik di


Malaysia. Andaian menyatakan negara ini mempunyai asas yang kukuh bagi menyatukan
kepelbagaian kaum, agama dan budaya untuk hidup secara harmoni selepas kemerdekaan
ternyata meleset. Hal ini disebabkan oleh peristiwa berdarah 13 Mei yang telah menjadi titik
hitam dalam sejarah negara, maka tertubuhnya “Majlis Gerakan Negaran-MAGERAN” yang
bertujuan untuk mengembalikan kestabilan dalam negara di mana Tun Abdul Razak dilantik
sebagai Pengarah. Peristiwa 13 Mei ini telah memberi banyak kesan yang positif kepada
negara kita pada hari ini kerana semua masyarakat mempunyai kesedaran bahawa
pentingnya sikap bertolak-ansur dan saling menghormati diantara satu sama lain supaya
peristiwa berdarah itu tidak berulang lagi di negara kita. Oleh kerana negara kita terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum, maka pihak kerajaan telah memperkenalkan
satu konsep yang dikenali sebagai “Satu Malaysia” bagi mewujudkan perpaduan diantara
kaum. (Paridah Abd. Samad, 2009)

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai
prinsip kenegaraan yang berkonsepkan perpaduan, iaitu semangat nasionalisme dan
cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Contohnya, dalam aspek politik yang menggambarkan semangat perpaduan di kalangan
pemimpin yang pelbagai kaum seperti Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang
dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang
bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu
( Jabatan Penerangan Malaysia, 2009).

Gagasan 1 Malaysia yang disyorkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya
sebuah slogan mahupun retorit politik semata-mata, tetapi ianya juga kerana integrasi
nasional yang amat penting demi masa depan negara Malaysia. Sebagai contohnya,
sebelum adanya konsep 1 Malaysia seperti pada hari ini, parti politik yang memperjuangkan
hak masing-masing tidak kira kaum mahupun agama sememangnya telah pun wujud.
Misalnya, parti politik PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA, dan MIC di mana
dalam parti tersebut dianggotai oleh para pemimpin yang berbilang kaum seperti kaum
Melayu, Cina dan India yang semestinya dapat bekerjasama dan bersatu padu dalam
menjayakan konsep 1 Malaysia. Perpaduan di kalangan pemimpinlah yang menjadi contoh
atau teladan kepada rakyat di Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan
mereka (Mohd Idris Salleh et all.,1994).

Jadi, setelah sekian lama semangat perpaduan di kalangan kaum sering kali diseru
kepada rakyat jelata oleh para pemimpin mahupun badan-badan kerajaan serta swasta
kerana semangat perpaduan adalah amat penting demi negara Malaysia yang tercinta.
Untuk mencapai hasrat dan matlamat itu 1 Malaysia, negara Malaysia seharusnya bergerak
ke arah kerajaan 1 Malaysia yang sebenarnya. Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan
awam semestinya berkomitmen untuk terus menaik taraf kelancaran penyampaian dengan
melangkaui rintangan kaum, agama dan daerah. Oleh itu, perhatian khusus akan diberikan
untuk memastikan bahawa perkhidmatan awam menjadi lebih inklusif dan komited
sepenuhnya untuk mempraktikkan semangat 1 Malaysia. Oleh itu, banyak langkah-langlah
awal yang telah dilakukan untuk menjayakan kerajaan 1 Malaysia. Sebagai contohnya,
penubuhan sebuah pasukan petugas khas persekutuan untuk menjelaskan status
warganegara yang masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri di Sarawak dan
mengeluarkan kad pengenalan kepada warganegara yang sah. Penduduk yang tidak
mempunyai dokumen pengenalan diri sepenuhnya akan memperoleh status yang dijelaskan
dan dokumen mereka dikeluarkan pada tahun 2011. Semua warganegara yang sah tanpa
kad pengenalan diri akan diberi kad pengenalan pada akhir tahun 2010 (Jabatan Perdana
Menteri, 2010). Selain itu, beberapa cadangan yang telah dibentuk bagi menjayakan lagi
kerajaan 1 Malaysia iaitu :

i. Memastikan penggalakan semangat 1Malaysia, iaitu kesatuan dalam


kepelbagaian menerusi keterangkuman menjadi satu komitmen penting dan
seterusnya satu komponen penting dalam KPI keseluruhan setiap satu
kementerian dan agensi awam.
ii. Mengubah komposisi etnik perkhidmatan kerajaan agar lebih mewakili komposisi
rakyat, secara khususnya menggalakkan lebih banyak orang Cina dan India
untuk menyertai perkhidmatan awam dan meningkatkan jumlah pegawai
penduduk asal Bumiputera dari Sabah dan Sarawak.
iii. Memastikan bahawa semua program dan kursus, termasuk yang dikendalikan
oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Biro Tata Negara (BTN),
menggalakan sepenuhnya matlamat dan prinsip Rukun Negara di samping
semangat keterangkuman dan nilai-nilai teras 1Malaysia.
iv. Menyemai pandangan, sikap dan kelakuan yang lebih meluas dan terangkum
dalam kalangan kakitangan awam supaya mereka lebih sensitif terhadap
kepelbagaian dalam budaya dan adat serta perbezaan pandangan dan keperluan.
Selain itu, mereka perlu berkemahiran untuk menguruskan dan menjadi
pengantara kepada konflik yang mungkin berlaku di kalangan penduduk.
v. Menghapuskan keperluan untuk menyatakan bangsa dalam borang kerajaan,
kecuali apabila ia bertujuan untuk banci dan statistik (Jabatan Perdana Menteri,
2010).

Perpaduan kaum yang boleh dicapai dari aspek politik ialah dengan menggalakkan dan
mengamalkan politik 1 Malaysia yang inklusif (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
Kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 menerusi kesatuan matlamat yang dibentuk
oleh parti yang berasaskan tiga bangsa dalam Parti Perikatan iaitu bagsa Melayu, Cina dan
India yang masing-masing diwakili oleh parti UMNO, MCA dan MIC (Mohd Idris Salleh et
all.,1994).

Pada tahun 1974, pakatan tiga pihak ini dikembangkan seterusnya untuk merangkumi
parti-parti lain, sesetengahnya bersifat pelbagai kaum dari segi komposisi, untuk
membentuk parti Barisan Nasional (BN) yang lebih besar. Parti pembangkang pula, iaitu
Pakatan Rakyat terdiri daripada dua buah parti yang terdiri daripada berbilang kaum dan
satu parti berasaskan agama. Walaupun kedua-dua parti gabungan mencerminkan dan
mewakili rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama, tetapi retorik berasaskan kaum
dan agama masih kedengaran dari semasa ke semasa daripada individu kedua-dua pihak
(Jabatan Perdana Menteri,2010).

Sejajar dengan semangat perpaduan 1 Malaysia dan supaya 1 Malaysia boleh berjaya,
maka terdapat suatu keperluan segera bagi semua parti politik, sama ada berasaskan kaum,
agama ataupun berbilang kaum, semua ahli politik mestilah bergerak ke arah lebih kepada
politik inklusif, menitik beratkan kepada banyak isu am yang memberi kesan kepada semua
rakyat Malaysia serta menggunakan nilai sejagat daripada melaungkan perbezaan kaum,
agama dan wilayah. Pemimpin politik seharusnya memimpin melalui teladan, menghapuskan
stereotaip perkauman, dan memastikan bahawa pegawai mereka mewakili berbilang kaum
serta mempromosikan politik 1 Malaysia yang inklusif (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
Menurut Dewan Masyarakat (Ogos 2009), konsep Satu Malaysia merentas sempadan
budaya, agama, serta memecahkan tembok kepentingan antara kaum di negara ini. Semua
kaum diseru untuk memperkukuhkan ikatan perpaduan serta berfikir “di luar kotak” untuk
mencapai hasrat Satu Malaysia ini. Sejajar dengan hal ini, perpaduan yang sedia terjalin
antara kaum di negara ini perlu diperkukuh bagi mewujudkan suasana negara yang lebih
harmoni. Gagasan Satu Malaysia juga lebih mengutamakan pencapaian rakyat seperti yang
disebut oleh Najib bahawa “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Bagi mencapai
bangsa yang cemerlang, Satu Malaysia menuntut kepimpinan dan rakyat yang berintegriti
tinggi, jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas, dan amanah untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara.

Satu Malaysia juga memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami
tugasan yang diberikan. Pemimpin yang cemerlang memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi, dan menepati masa untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Tanpa mengira kaum, rakyat negara ini
disarankan untuk mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum atau kelompok sendiri. Oleh itu, pemimpin dan rakyat perlu
memahami dan menghayati lapan nilai Satu Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,
ketabahan, randah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

RUJUKAN

Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan
Publication Sdn.Bhd.
Jabatan Perdana Menetri. (2010) Program Tranformasi Kerajaan: Pelan Hala Tuju-
Ringkasan Eksekutif, Kuala Lumpur : Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU)
Jabatan Perdana Menteri
Dewan Masyarakat. (Ogos, 2009). Satu Malaysia satu harapan. Bahagian Pemasaran &
Jualan, Damawa Sdn. Bhd. Hulu Kelang:Selangor.

Paridah Abd. Samad. (2009). Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia. Partisan
Publication & Distribution: Kuala Lumpur.

You might also like