Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 11O4

TAJUK : TOKOH FALSAFAH


NAMA : MOHAMMAD YUSRI BIN SAWAL@SHAWAL
NO. MATRIK : JEA 080039
SESI : 2008/2009
NAMA PENSYARAH : Dr. AMRAN BIN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Ibn Bajjah

Umat islam telah dipercayai sampai ke Sepanyol atau dikenali sebagai Andalusia pada

zaman sahabat lagi. Ramai cendi-kiawan dan sarjana dilahirkan dalam pelbagai bidang misalnya

seperti ahli sains, matematik, astronomi, perubatan, falsafah, dan sastera. Antaranya ialah Ibn

Bajjah. Ibn Bajjah atau nama penuhnya Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh. Beliau

dilahirkan sebuah tempat yang diberi nama Saragossa pada tahun 1082 Masihi (M) dan

meninggal pada tahun 1938 Masihi akibat diracuni. Ibn Bajjah juga merupakan seorang

sasterawan dan ahli bahasa yang unggul. Ini di buktikan sewaktu beliau menjadi penyair bagi

golongan al-Murabbatin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim ibn Tafalwit. Disamping itu, Ibn

Bajjah merupakan seorang ahli muzik. Beliau amat handal dalam bermain gambus. Sungguhpun

begitu, beliau juga seorang hafiz al-quran yang hebat. Selain itu, Ibn Bajjah amat terkenal dalam

bidang perubatan dan beliau juga merupakan salah seorang doktor teragung di Andalusia.

Tambahan pula, kehebatan Ibn Bajjah bukan setakat itu sahaja. Beliau pernah menjadi menteri di

Saragossa semasa pemerintahan Abu Bakr Ibrahim. Ini membuktikan bakatnya turut terserlah

dalam bidang politik. Apa yang lebih menakjubkan di sini ialah Ibn Bajjah turut mampu

menguasai dan mendalami ilmu fizik, matematik, dan falak. Kemampuan beliau menguasai

pelbagai ilmu telah menjadikannya seorang sarjana yang terkenal dan teragung di dunia. Beliau

juga banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logik. Hal ini membuktikan bahawa

beliau telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang keilmuan. Sumbangan yang begitu

besar sekali bagi kita. Dalam bidang falsafah, beliau boleh diletakkan setaraf dengan al-Farabi

dan Aristotle.
Ibn Bajjah telah mengemukakan gagasan tentang falsafah ketuhanan. Beliau telah

menegaskan bahawa;

“….manusia boleh berhubung dengan akal fa’al melalui perantaraan ilmu

pengetahuan dan potensi manusia. ”.

Menurut Ibn Bajjah, manusia boleh mendekati tuhan melalui pemikiran dan tidak semestinya

berdasarkan amalan tasawuf semata-mata seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali.

Melalui penghayatan ilmu dan amalan pemikiran, segala keutamaan, nilai murni, dan perlakuan

akan dapat memimpin serta menguasai jiwa kita. Oleh itu, secara tidak langsung perasaan

haiwainiah seperti hasad dengki, iri hati, dan sombong akan dapat disingkirkan atau dibuang

daripada jiwa manusia itu. Maka akan terbentuklah masyarakat yang mempunyai peribadi,

personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji. Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu juga

harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama

dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Maksud beliau di sini ialah seseorang itu

mestilah sentiasa meningkatkan atau berusaha memperjuangan kepentingan hubungan manusia

terhadap alam sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Jika ada masyarakat ataupun

individu yang mempunyai niat atau hati yang tidak baik, beliau menegaskan bahawa individu

tersebut perlu hidup bersendirian dan menyepi. Ini berkemungkinan bagi mengelakan berlaku

sesuatu perkara yang tidak baik ataupun pengaruh yang mungkin akan menjejaskan hubungan

antara alam dan sesebuah kelompok masyarakat itu.


Ibn Bajjah juga telah meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Perkara ini merupakan

persamaan yang amat ketara antara beliau dan al-Farabi. Mereka sependapat bahawa akal dan

wahyu merupakan satu hakikat yang padu dan tidak boleh dipisahkan. Sebarang percubaan untuk

memisahkan keduanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang.

Dalam erti kata lain, runtuhlah sebuah kerajaan itu. Kita boleh katakan di sini, pernyataan akal

dan wahyu adalah sama seperti roh yang berpisah dengan jasadnya. Tanpa roh, jasad tidak akan

berfungsi lagi ataupun pada hakikatnya kita boleh katakan seseorang itu telah mati. Oleh sebab

itu, akal dan wahyu haruslah dijadikan dasar atau asas bagi membina sebuah negara serta

masyarakat yang bahagia dan harmoni. Seperti yang kita ketahui, akal membolehkan manusia

mengenali apa sahaja kewujudan dan mampu menghuraikan segala kejadian alam. Tambahan

pula, manusia boleh berfikir, mengetahui sesuatu yang nyata dan tidak nyata, serta membezakan

yang baik dan buruk. Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia

mengenali kewujudan sesuatu benda atau tuhan. Akal juga boleh mengenali sendiri perkara-

perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf. Kita

boleh simpulkan di sini bahawa akal dan wahyu amat berkait rapat antara satu sama lain. Setiap

pemikiran akal mestilah disertai dengan wahyu. Hal ini akan mengukuhkan lagi kewujudan

sesuatu benda atau kejadian itu.

Ibn Bajjah juga ada menulis sebuah buku yang bertajuk “al-Nafs” di mana isi

kandungannya membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Perbicaraan dalam karya

ini banyak dipengaruhi oleh ahli falsafah Yunani. Oleh sebab itu, beliau banyak membuat ulasan

berpandukan hasil karya atau tulisan daripada Aristotle, al-Farabi, dan al-Razi.

Selain itu, Ibn Bajjah turut mengetengahkan atau membicarakan persoalan ilmu logik.

Ibn Bajjah berpendapat bahawa:


“…sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak ada bergantung

pada sama ada diyakini ada atau hanyalah suatu kemungkinan. ”

Secara harfiahnya, maksud Ibn Bajjah di sini ialah apa yang kita yakin itu benar merupakan

suatu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi benar ataupun tidak benar. Apa yang

tersirat di sebalik kata-kata itu pula ialah kemampuan akal kita dalam mempersetujui atau

meyakini kewujudan sesuatu itu secara logik walaupun kita tahu banyak benda di dunia ini tidak

dapat di huraikan secara logik. Oleh itu, Ibn Bajjah sendiri telah mempelajari ilmu-ilmu lain bagi

membantunya untuk memahami hal-hal yang berkaitan. Sebagai contoh, penggunaan ilmi sains

dan fizik di gunakan oleh beliau dalam menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn

Bajjah;

“ benda tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda boleh wujud. ”

Disebabkan itulah apabila kita membuat andaian atau imaginasi dalam menggambarkan sesuatu

bentuk dan rupa, ianya boleh menjadi pelbagai bentuk yang berbeza-beza. Beliau tidak hanya

menggunakan ilmu matematik dan fizik semata-mata untuk menyelesaikan permasalahan yang

timbul tetapi ilmu matematik dan fizik itu juga digunakan oleh beliau untuk menguatkan atau

memperkukuhkan hujah atau pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik.

Kesimpulannya, persoalan falsafah yang ditimbulkan oleh Ibn Bajjah telah banyak

mempengaruhi kehidupan masyarakat. Sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak

yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah. Bahkan kesan falsafah dan ilmu yang di

keluarkannya masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Melalui falsafah ketuhanan yang di

kemukakan oleh beliau, kita menyedari bahawa untuk mendekati tuhan bukanlah dengan amalan
tasawuf semata-mata tetapi dengan amalan berfikir juga kita boleh meyakini kewujudan tuhan.

Tambahan pula, amalan berfikir ini membolehkan kita menyingkirkan sifat haiwaniah yang ada

dalam diri kita. Perbincangan beliau tentang persoalan ilmu logik juga membolehkan kita tahu

banyak benda di dunia ini yang tidak boleh di huraikan berdasarkan ilmu logik semata-mata

tetapi mesti ada ilmu lain yang mampu menguatkan hujah-hujahnya. Oleh itu, kita harus
Bibliografi

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id16.html

http://www.google.com.my

http://www.yahoo.com

You might also like