Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara


‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral
dan sosial.

Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan


yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku
ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan
sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai
pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif
yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan


yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak


dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana
sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,
perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan
hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja
membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan
berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,
perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat
sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang


dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara
global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan
yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.
Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar


pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan
diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara


langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan
fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya
keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan
oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan
juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan
aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar
badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil.
Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip.
Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi
pengaruh baka juga memainkan peranan penting.

Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan


dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak
yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka
mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu

Perkembangan Intelek (kognitif)

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan


pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan
kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah,
memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru
terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu
daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat
penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang
kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan
intelek seseorang.

Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan


pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal
sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,
merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak
boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan
oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari
dan berkembang secara berperingkat-peringkat.
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan
menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada
peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya
sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran
yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali
atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating).
Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti
mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan
pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil.
Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan
alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10
hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun
menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa
seperti bermain alat muzik.
Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.
Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga
menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka
Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan
kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah.
Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam
perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat
dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di
sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang
perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan
dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini,
menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan
antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan
melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh,
seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet
walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka
menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba
menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan
perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada
perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan
kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan
pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang
dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor,
operasi nombor dan pengukuran.
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk
melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk
meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah
mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan
warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini
sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini
sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala
aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting
untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.
Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik
dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak.
Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya
ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan
juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada
tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui
lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.
Perkembangan kongitif dalam asas pembelajaran matematik, saya lebih
menumpukan dalam aspek pendaraban, iaitu dimana saya mendapati pendaraban
ialah kelemahan pelajar-pelajar yang saya perhatikan di sekolah saya ditempatkan.
Dalam proses mendarab, kanak-kanak perlu memikirkan bahawa sepasang nombor
mengeluarkan dua kuantiti berlainan, iaitu jumlah set dan jumlah objek di dalam tiap-
tiap set, contohnya, 3 X 2 mengeluarkan xx xx xx iaitu 3 set 2 objek. Oleh itu,
untuk mebdarab, kanak-kanak perlu mahir untuk mengenalpasti set-set nombor, iaitu
tiap-tiap satunya mempunyai jumlah objek yang sama banyak, membilang jumlah
set yang wujud dan jumlah objek di dalam setai set dan juga mengira jumlah objek
secara campur.
Seterusnya, pembiasaan dengan jadual kali serta latihan melibatkan angka
yang jauh melebihi jadual tersebut memperkukuh keupayaan darab. Keupayaan
darab yang meningkat mengasaskan konsep ganda iaitu satu nombor yang
diperolah dengan mendarab nombor tertentu dengan dirinya sendiri. Jika sesuatu
nombor didarabkan dengan nilainya sendiri menjadikannya dua kali asalnya,
digandakan dua, contohnya, 3 x 3 atau 3 ganda 2 iaitu 32. Punca ganda bagi satu
daripada dua nombor bernilai sama banyak yang akan menghasilkan nombor asal
tersebut apabila mereka didarabkan bersama. Contoh, punca ganda dua bagi 9 ialah
3.

Perkembangan Emosi

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai
perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui
bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan
badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi
merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan
psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk
bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal ,
iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya
taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang
dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi
Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi
kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.


Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka
mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi
dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif
amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain
dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-
kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi
tanpa gangguan.

Perkembangan Sosial

Kamus Pelajar Edisi Pertama-sosial bermaksud segala hal yang berkaitan


dengan masyarakat atau kemasyarakatan.  Kamus Dewan Edisi Ketiga pula
menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat dan kemasyarakatan Perkembangan sosial pula adalah satu proses
apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat
diterima oleh masyarakat dan budayanya. Terdiri daripada kemahiran berinteraksi
dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
“Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua
peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri” (Lewis, 1995; Lewis & Books-
Gunn, 1979). Teori Erik Erikson. Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan
individu-individu di persekitaran kanak-kanak personaliti seseorang kanak-kanak
dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Erikson memperkenalkan
lapan peringkat perkembangan psikososial.

Perkembangan Moral

Teori Pieget yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian


semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan
moral kepada dua tahap iaitu :

Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun )


Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas )

1. Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun )


Kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang
yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang
tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat
sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.

2. Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas )


Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang
egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh
diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain
bergantung kepada kematangan kognitif dan pengalaman sosial terutama
sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-
kawan.

Teori Kohlberg berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu


siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap
terbahagi kepada dua peringkat membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-
kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya.

Moraliti Prakonvensional ( 0 hingga 9 tahun )


Berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan
luaran.  Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan
dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak
tersebut.
Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu:

Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk
mengelak dendaan
Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak
mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak
diri mereka.

Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun ).


Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial
menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini boleh menerima pendapat dan
motif orang lain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu
kepada masyarakat. 
Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu :

Peringkat 3 : Moraliti “Budak baik” yang mana apa yang betul ialah apa yang
dipersetujui oleh autoriti. 
Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang
betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang
dilaksanakan oleh autoriti.

Menurut Imam Ghazali, akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam
diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan
mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang
ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah
melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang
terlebih dahulu. Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip
muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik
atau buruk yang mereka lakukan

Menurut firman Allah :


Luqman menasihati anaknya dengan berkata , ‘Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji
sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun
di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya)
kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala
yang tersembunyi.’(surah Luqman ayat 16) .

PERANAN GURU UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK

Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap
individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna


dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam
aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu
murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya.

Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah
difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing.
Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia
dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang.

Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah


menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti
yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan
terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka
dan melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola
sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya.
Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang
kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang
umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah
berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini
dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid
dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh
subjek agama, sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya.

Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang


menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan
mereka. Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan
murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus
gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus
kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak
terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut,
keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari.

Oleh itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar


dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap
pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada
apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak.

Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana


pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan
memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid
betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah
meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi
slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya.

Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran


hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan
daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid
berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibubapa dirumah juga diharapkan dan
digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah
orang yang paling hampir dan memahami keperluan mereka.

PERINGKAT PRAOPERASI (2-7 TAHUN)

Dalam peringkat ini guru hendaklah menggunakan bahan bantu mengajar yang
konkrit contohnya di sini ialah kanak-kanak menggunakan bahan-bahan yang
maujud seperti batu, guli dan sebagainya agar mereka dapat belajar suatu
kemahiran baru iaitu kemahiran menambah dan menolak. Arahan yang diberikan
pendek dan menggunakan bahasa yang mereka mudah fahami bersertakan contoh.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Pada peringkat ini guru hendaklah meneruskan penggunaan bahan yang konkrit
sebagai alat bantu mengajar terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru.
Mereka pada peringkat ini harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji
objek-objek yang diajar contohnya dengan membuat eksperimen dalam subjek
sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosentesis
tumbuhan.

Guru harus memastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan


tersusun ini adalah untuk menggelakkan mereka daripada mudah berasa bosan dan
tidka berminat untuk menuntut ilmu. Untuk memupuk pemikiran mereka agar lebih
logik dan analitik mereka seharusnya lebih didedahkan kepada soalan-soalan yang
berbentuk penyelesaian masalah.

PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 TAHUN KE ATAS)

Bahan konkrit masih digunakan dalam pengajaran remaja pada peringkat ini namun
penggunaannya pula berbeza pada ketika ini kerana penggunaan bahan konkrit
adalah untuk mengilustrasikan konsep yang lebih komples contohnya penggunaan
bahan 3 dimensi, model,pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada
pengajaran yang lebih kompleks. Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar
untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada setiap permasalahan
yang dikemukakan. Hal ini kerana pada peringkat ini tahap pemikiran pelajar agak
tinggi berbanding dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Olah itu guru hendaklah
mengemukakan konsep yang lebih meluas dan membiarkan pelajar-pelajar ini
meneroka dan mengkaji sendiri agar pemikiran mereka akan lebih berkembang.

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH


MEMBANTU ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan Kognitif

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang


perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir
dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak
seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi
sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini
mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan
membantu perkembangan kognitif mereka. Di sini saya telah mencadangkan
beberapa aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mereka menguasai konsep darab
dengan lebih efektif.

Ganda Pasang ( They Are Still Double)

Panggil seorang pelajar ke hadapan. Pelajar dibekalkan dengan 12 biji guli.


Kemudian, pelajar tersebut diminta untuk menunjukkan bilangan set dan bilangan
guli dalam setiap set, sesuai dengan soalan yang diberikan iaitu 2 x 6. Apabila
pelajar menunjukkan 6 objek dalam setuap kumpulan, iaitu akan terdapat dua
kumpulan, guru akan berkata, “itu kelihatan seperti 6 + 6.” Kemudian permainan ini
akan diulang dengan memanggil pelajar yang berlainan dengan menggunakan
nombor darab yang berlainan seperti 3 x 4 dan 1 x 12. Aktiviti ini dapat membantu
pelajar untuk membuat gambaran kasar terhadap proses pendaraban. Maka, pelajar
akan lebih mudah untuk menguasai konsep darab.
Match My Group

Sediakan kad darab tanpa jawapan. Pastikan terdapat jawapan yang sama bagi
setiap pasangan soalan. Seperti:

2x5 3x7
9 x0
5x2 7x3
0x9

Berikan kad kepada setiap pelajar. Biarkan para pelajar untuk berbincang dalam
kumpulan dan mencari jawapan bersama-sama. Kemudian setelah tamat masa
berbincang, para pelajar hendaklah tampil dengan pasangan masing-masing yang
mempunyai nilai hasil darab yang sama. Bukankah itu suatu kerjasama kumpulan
yang baik?

Fact Finder

Sediakan dua keping kad ‘spinner’. Kad yang pertama dibahagikan kepada 8
bahagian dan dinomboi dengan nombor 2 hingga 9. Kad tersebut dinamakan Kad
Bilangan Ahli. Manakala, kad yang kedua hanya dibahagikan kepada 3 bahagian
dan dinomboi dengan nombor 2 hingga 4 sahaja dan dinamakan Kad Bilangan
Kumpulan.
Panggil seorang pelajar untuk memusingkan kedua-dua kad. Kemudian dia bersama
rakan-rakan sekumpulannya dikehendaki untuk membentuk kumpulan yang mereka
dapati selepas memusing kad tersebut mengikut bilangan ahli yang terdapat
daripada hasil pusingan Kad Bilangan Ahli. Mereka dikehendaki untuk mengira dan
mencatatnya. Andai mereka mendapat 3 bagi bilangan kumpulan dan 4 untuk
bilangan ahli, mereka dikehendaki untuk membentuk 3 buah kumpulan yang dimana
setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Maka kesemua pelajar yang terlibat
ialah 12 orang. Maka yang tercatat di catatan mereka ialah 3 x 4 = 12. Aktiviti ini
dapat memudahkan mereka untuk memahami bagaimana proses pendaraban itu
berlaku melalui konsep campur.

Putting Bunches Together

Permainan ini melibatkan 25 batang stik yang pendek dan gelang getah.
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 25
batang stik dan 5 gelang getah. Mereka dikehendaki untuk mengikat setiap 5 batang
stik tersebut dan meletakkan ikatan-ikatan tersebut ke dalam sebuah kotak. Mereka
hendaklah menulis bilangan ikatan stik dan bilangan stik dalam setiap ikatan seperti
(3x5) di luar kotak tersebut. Tanyakan kepada mereka berapakah bilangan stik di
dalam 2 ikat gelang gelah (3 x 2)? Biarkan mereka mengira dan memberikan
jawapan. Ulang menanyakan soalan dengan soalan yang berbeza. Pelajar akan
dapat mengadaptasikan kemahiran menambah bagi menyelesaikan masalah
pendaraban. Hal ini kerana proses pendaraban lebih senang untuk difahami melalui
proses penambahan atau percampuran dan pengiraan.

Find Me The Answer

Sediakan kad yang mempunyai soalan dan jawapannya pula disediakan di kad yang
berasingan. Serahkan kad-kad kepada para pelajar. Arahkan pelajar untuk mecari
pasangan mereka sendiri. Bagi yang memegang kad soalan, mereka hendaklah
mencari pelajar yang memegang kad jawapannya.

2x5 3x7 8x2


10 21 16
LAPORAN ASPEK PERKEMBANGAN (INTELEK) KANAK-KANAK
BERDASARKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Bermula dari 21 sehingga 25 Mac yang lepas, saya dan beberapa orang
guru pelatih telah dihantar ke sekolah SK Tuarid Taud bagi menjalani program
Pengalaman Berasaskan Sekolah. Kami telah diberikan tugasan dan aspek-aspek
yang perlu kami perhatikan semasa tempoh kami berada di sekolah tersebut.

Saya telah memilih untuk memerhatikan perkembangan para pelajar dari


aspek intelek. Di sini saya telah menemu ramah dua orang pelajar dari kelas Tahun
4 Harmoni iaitu:

1. Mohd Safri
2. Mohd Rizal

Mereka merupakan pelajar yang cemerlang dalam kelas tersebut. Semasa


berkolaborasi bersama mereka, saya telah menanyakan beberapa soalan yang
membolehkan saya untuk mengkaji tahan perkembangan intelek mereka.

Berdasarkan hasil daripada kolaborasi yang telah dibuat, saya mendapati


bahawa mereka mempunyai perkembangan intelek yang baik. Menurut Ustaz Haziq
iaitu guru matematik kelas tersebut, kedua-dua pelajar ini memperolehi keputusan
yang agak baik dalam peperiksaan. Purata markah yang mereka perolehi adalah 70
markah. Setelah dinilai, mereka mempunyai penguasaan operasi matematik yang
baik sepeti tambah, tolak dan perbandingan nilai tempat. Namun begitu, mereka
agak lemah dalam operasi darab dan bahagi kerana mereka sering mendapat
markah yang rendah dalam seksyen tersebut setiap kali waktu peperiksaan. Hal ini
telah pun diperjelaskna oleh guu matapelajaran mereka. Berdasarkan aktiviti yang
telah saya jalankan di kelas tersebut, iaitu kuiz sifir, pelajar mengalami masalah
dalam menjawab soalan sifir 4 dan 5. Semakin tinggi aras diletakkan, semakin sukar
untuk mereka menjawab soalan tersebut.

Semasa di sekolah, saya telah menjalankan aktiviti kognitif yang lebih


menumpukan kepada aspek matematik dimana saya telah menguji mereka dengan
soalan sifir yang mudah iaitu sifir 2 dan sifir 3. Pelajar dikehendaki untuk berdiridan
dibahagaikan kepada 2 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan hendaklah menjawab
soalan dan bagi yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan dibenarkan
duduk. Maka diakhir permainan, mana-mana antara kumpulan yang duduk terlebih
dahulu akan memenangi permainan ini, berdasarkan pemerhatian saya, permainan
ini berjalan dengan sangat cepat. Ini membuktikan bahawa pelajar di kelas ini
mempunyai penguasaan sifir 2 dan 3 yang yang baik. Permainan ini diulang sekali
lagi dengan menggunakan sifir 3,4 dan 5. Pelajar dapat menjawab sifir-sifir ini
dengan sederhana. Apabila dilihat mengikut silibus bagi darjah 4, Objektif
pengajaran mereka ialah menguasai sifir 2 hingga 12. Oleh itu berdasarkan
pemerhatian saya, pelajar di kelas ini hanyalah menguasai 25% dari objektif yang
harus dikuasai oleh mereka. Namun begitu terdapat juga kumpulan minoriti pelajar
yang dapat menguasai sifir 2 hingga 12.

Oleh kerana itu, saya telah membuat sebuah permainan yang memudahkan mereka
untuk memahami konsep darab agar mereka mudah untuk menguasai jadual sifir
dan menghafalnya dengan lebih cepat.

Permainan ini bernama Kebun Luncai. Di dalam kebun Luncai, terdapat 3 batang
pokok, dalam sepohon pokok terdapat 3 sarang burung pipit dan di dalam setiap
sarang burung tersebut terdapat 2 biji telur pipit. Kami membentuk suasana kebun
dengan mewakilkan pelajar bagi setiap elemen yang terdapat dalam kebun tersebut.
Kemudian saya akan bertanya, “dalam dua batang pokok ada berapa sarang
burung?”, “dalam tiga sarang burung ada berapa biji telur?” Pelajar mengira bilangan
rakan yang terlibat dan memberikan jawapan yang tepat. Mereka bahkan boleh
menjawab soalan yang melibatkan sifir 3,4 dan 5 dengan cepat. Aktiviti ini sangat
berkesan bagi membina kefahaman mereka tentang konsep pendaraban.

Di sini saya sertakan borang yang saya dan rakan saya gunakan dimana ia
mengandungi aspek yang kami nilai dan lihat.

Skala pemerhatian

1 : Sangat bagus , 2 : Bagus, 3 : Sederhana, 4 : Tidak bagus


Aspek
Kebolehan
pelajar
1 2 3 4
Mengenal
nombor
Dapat
memahami
soalan yang
dikemukakan
Pelajar mampu
mengaplikasikan
operasi asas
Pelajar mampu
mengaplikasikan
penggunaan
warna dan nilai
hasil tambah
Mampu
membuat
perbandingan
nilai yang besar
dan yang kecil
Perhatian
pelajar
Kesediaan dan
minta mereka
mengenai aktiviti
yang dijalankan
Keberkesanan
pelaksanaan
aktiviti
Kesimpulannya, dapat saya simpulkan bahawa perkembangan intelek
kanak-kanak amat penting dalam menjana jati diri kanak-kanak tersebut . selain itu,
prestasi pelajaran mereka juga amat berkait dengan tahap perkembangan intelek
mereka. Oleh itu sebagai guru, kita haruslah memainkan peranan dalam membantu
untuk memperkembangkan tahap intelek para pelajar kita.

Rujukan

http://i-epistemology.net/attachments/1135_jp-v11n1-%20Taman%20Asuhan

%20Kanak-kanak%20Islam%20ABIM%20-%20Sejarah%20Penubuhan

%20Perkembangan%20dan%20Kurikulum%20-%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf

psasir.upm.edu.my/.../20081027_N_UM_DLM_pg10_Permata_lahir_kanak-.pdf

http://sirianakku.blogspot.com/

http://eprints.usm.my/19434/1/PLG400_-

_KURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_MAC_APRIL_1992.pdf

John A.Vandewalle, Elementary & Middle School Mathematics, Pearson Education

Inc, 2007, United States.

Benny F. Tucker, Ann H. Singleton, Terry L.Weaner, Teaching Mathematics To All

Children, 2nd Edition, Pearson Education Inc, Ohio, 2006.

Andrews A.G.(1996), Developing Spatial Sense-Amoving Experience. Teaching

Children Mathematics, 2, 290-293.


Mohd Daud Hamzah, Perkembangan Kanak-kanak Dan Pembelajaran, Utusan

Publication & Distributos Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Cetakan Pertama, 1994.

Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan I Psikologi Perkembangan (Sem 1), Penerbit

Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, Edisi Kedua, 1999.

You might also like