Latarbelakang SPRM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

 

Latarbelakang SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari
2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.  Ia ditubuhkan melalui
penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).   Sejarah usaha
pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya
ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime”
yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh
Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.  Memandangkan usaha-usaha
pembanterasan rasuah tersebut dilaksanakan secara terasing oleh agensi yang berlainan,
Kerajaan telah bersetuju menggabungkannya di bawah satu bumbung dikenali sebagai Badan
Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR
ditukar namanya kepada BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih
kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan
negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.
 
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei1982
apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan.
Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan
itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan
rasuah.
 
Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah SPRM ditubuhkan bagi
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk
memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi
Suruhanjaya.  SPRM akan turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan
Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat.

Nama Ketua Pengarah / 


  Tahun Perkhidmatan
Ketua Pesuruhjaya
1. Tan Sri Harun Bin Hashim 10 Ogos 1967 - 25 Mac 1971
2. Tan Sri Ibrahim Bin Salleh 25 Julai 1971 - 4 November 1977
3. Dato' Abdullah bin Ngah 5 November 1977 - 26 Ogos 1981
4. Dato' Abdul Aziz bin Ahmad 27 Ogos 1981 - 15 Mei 1985
5. Tan Sri Dato' Abu Bakar Mohd. Noor 16 Mei 1985 - 30 Julai 1987
6. Tan Sri Zulkifli bin Mahmood 31 Julai 1987 - 15 Julai 1994
16 Julai 1994 - 13 September
7. Dato' Shafee bin Yahaya
1998
8. Dato' Ahmad Zaki bin Haji Husin 24 Mac 1999 - 23 Mac 2001
9. Datuk Seri Zulkipli bin Mat Noor 1 April 2001 - 31 Mac 2007
10 Dato' Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan  1 April 2007 - sekarang
. (mulai 1 Januari 2009 jawatan Ketua 
Pengarah BPR dikenali sebagai Ketua Pesuruhjaya
SPRM)
    Fungsi SPRM

Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu: 
 
 Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta
ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua
Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;

 Mengesan dan menyiasat -

       (i)  Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;


      (ii)  Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah
Akta ini; dan
     (iii)  Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;

 Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan
kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau
tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;

 Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu,
tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;

 Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem
atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-
badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk
mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;

 Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan

 Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Peguam dibenar soal balas saksi kes kesahihan notis SPRM


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam, membenarkan peguam, Rosli Dahlan, yang
menghadapi tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan
tidak mendedahkan segala maklumat berkenaan hartanya, untuk terus menyoal balas saksi berhubung
kesahihan notis yang dikeluarkan itu. 

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas menolak bantahan dikemukakan Timbalan
Pendakwa Raya dari SPRM, Zulqarnain Hassan, yang memohon supaya mahkamah menghalang pihak
pembelaan daripada terus menyoal balas saksi kedua, Timbalan Pengarah Siasatan dan Pendakwaan
SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, berhubung kesahihan notis dikeluarkan
SPRM terhadap tertuduh. 

Abu Bakar juga menetapkan 5 hingga 7 Januari depan untuk sambung bicara.

Kelmarin, Anthony dalam keterangannya menyatakan Rosli bukanlah seorang suspek, tetapi sebaliknya
adalah saksi SPRM bagi membantu siasatan dalam kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuf. 

Peguam Rosli, Datuk K Kumaraendran bagaimanapun ketika menyoal balas Anthony, cuba menimbulkan
isu bahawa pengeluaran notis itu adalah dirancang dan berniat jahat untuk memerangkap anak
guamnya. 

Rosli, 48, dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill, dituduh dengan sengaja tidak mematuhi
notis SPRM iaitu tidak mendedahkan segala maklumat berkenaan harta sama ada alih atau tidak alih,
yang dimilikinya atau dia mempunyai kepentingan, segala punca pendapatan, perolehan atau asetnya.

Notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 32(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 17 Julai 2007,
dan dilanjutkan tempoh sehingga 16 Ogos 2007, untuk tertuduh memberikan pernyataan benar
berhubung hartanya. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Ibu Pejabat
Pencegahan Rasuah di Putrajaya, 21 September 2007

Benar SPRM siasat tanpa had: Keputusan diragui


Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my

TAN hadir di Pejabat Pendaftaran Mahkamah


Rayuan, semalam

Ahli MPKj beri lima alasan untuk kepentingan orang awam 

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah semalam, memfailkan notis usul
untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat melepasi waktu pejabat. 

Tan, 39, memfailkan notis usul dan afidavit bersumpah menerusi peguamnya, Karpal Singh, di Pejabat
Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini.

Dalam permohonan itu, Tan berkata rayuan itu penting kerana membabitkan persoalan baru dan isu
yang berbangkit buat pertama kali dalam negara selain keputusan Mahkamah Persekutuan akan
memberi kelebihan kepada orang awam. 

Tan turut menyenaraikan lima persoalan untuk ditentukan oleh mahkamah, antara lain, sama ada frasa
'hari demi hari' mengikut Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 merangkumi hanya waktu pejabat atau
tempoh berterusan selama 24 jam. 

Karpal Singh, ketika ditemui oleh pemberita berkata, beliau akan menulis kepada Mahkamah
Persekutuan untuk mendapatkan tarikh perbicaraan awal.

"Ini perkara serius, oleh itu amat penting untuk Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi di
negara ini untuk memutuskan isu ini dengan sewajarnya," katanya. 

Beliau juga berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri akan bertindak dalam prosiding
kes ini nanti. 

Pada 17 Disember lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan SPRM boleh
menyoal siasat saksi melepasi waktu pejabat. 

Hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad juga
mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengehadkan tempoh waktu siasatan suruhanjaya itu
hanya dalam tempoh waktu pejabat iaitu 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Pada 19 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohammad Ariff Md Yusof membenarkan permohonan
semakan kehakiman yang difailkan oleh Tan bahawa Akta SPRM tidak memberi kuasa kepada
suruhanjaya itu untuk menyiasat saksi sepanjang masa. 

Tan menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan; penolong penguasa SPRM,
Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan
terhadapnya selama 16 jam sehari oleh SPRM sebelum ini, menyalahi undang-undang dan menyebabkan
dia mengalami kerugian serta kesan buruk.

SPRM perlu kebenaran buat soal siasat tanpa had masa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendapat kebenaran sebelum
mengendali soal siasat saksi tanpa had masa bagi memastikan proses pengumpulan maklumat, yang
menjadi aspek penting dalam usaha memerangi jenayah dan menjamin pendakwaan, tidak terjejas. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata keputusan Mahkamah
Rayuan kelmarin SPRM boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat bagi tujuan memerangi
jenayah rasuah sememangnya menepati matlamat itu. 

Dalam perkembangan berkaitan, Nazri berkata SPRM sedang mengkaji kemungkinan membenarkan
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan membolehkan peguam hadir apabila seseorang disoal siasat
agensi itu.

Katanya, ia sebahagian daripada pembaharuan yang dikaji SPRM kerana kini hanya rakaman audio
dibenarkan. 

Presiden Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam), Ragunath Kesavan, berkata seseorang saksi yang
membantu pihak berkuasa perlu diberi perlindungan dan hak sama seperti seseorang tertuduh. 

"Perbezaan antara saksi dan tertuduh perlu diperjelaskan. Keterangan saksi penting bagi pendakwaan di
mahkamah dan perlu dipastikan ia tidak diperoleh secara paksaan, ugutan atau sebarang bentuk
manipulasi ketika proses soal siasat.

"Malah, tahanan reman tidak boleh disoal siasat pada waktu malam kerana perlu mendapat rehat
secukupnya, seperti mana ditetapkan Peraturan 20 Peraturan Lokap 1953, tahanan harus berada dalam
lokap pada jam 6.30 malam dan siap sedia pada jam 6.30 pagi," katanya.

Enjin jet TUDM hilang


Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my

GAMBAR fail pesawat F-5E


Polis tahan empat orang, termasuk pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada
Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun
lalu. 

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari
tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md Anvar, berkata
hasil siasatan berjaya mengenalpasti empat suspek, membabitkan orang awam dan pegawai pasukan
itu. 

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghubungi kami awal tahun ini meminta bantuan menyiasat
kehilangan 

peralatan itu yang dilaporkan berlaku di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

"Berikutan itu, 18 individu dipanggil bagi membantu siasatan yang membawa kepada kejayaan
mengenalpasti empat suspek terbabit, termasuk penjual dan pembelinya serta lokasi enjin itu dijual,"
katanya ketika dihubungi semalam. 

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti empat individu terbabit, selain lokasi sebenar enjin itu
yang harganya dianggarkan hingga RM50 juta mengikut pasaran semasa. 

Namun, Berita Harian difahamkan enjin itu dijual kepada seorang pembeli di sebuah negara Eropah
tetapi tidak dapat dipastikan tujuan penggunaannya. 

Noryah berkata, kehilangan enjin itu diklasifikasikan sebagai kes pecah amanah dan fail siasatan sudah
diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

TUDM mula menggunakan pesawat tempur enjin berkembar buatan Amerika Syarikat (AS) itu pada
1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan, masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II
yang berpangkalan di Butterworth. 

Difahamkan, khidmat pesawat itu pernah digantung beberapa tahun lalu berikutan cadangan
menggantikannya dengan pesawat baru. 

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, enjin yang masih berkeadaan baik itu dibawa dari
Skuadron 12 Scorpion Butterworth ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan sepatutnya diserahkan
kepada satu daripada tiga kontraktor swasta yang dilantik kerajaan untuk penyelenggaraan. 

"Ia dipercayai dilakukan secara terancang dengan pembabitan orang dalam TUDM sendiri. Jika tidak,
mana mungkin enjin sebesar itu, lengkap dengan 'after burner' (sistem turbo) boleh hilang dan melepasi
kawalan keselamatan ketat pangkalan dengan mudah. 

"Taktik mereka memang licik dan berpengetahuan luas dalam hal berkaitan enjin pesawat tempur.
Mereka tahu enjin itu tiada apa-apa nilai tanpa rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan," katanya. 

Sumber itu memberitahu enjin jenis J-85 keluaran General Electric (GE) itu boleh dijual dalam bentuk
set lengkap atau sebagai komponen alat ganti kepada pihak yang menggunakan model pesawat lama
berkenaan. 

Selain Malaysia, model itu masih digunakan oleh Singapura, Indonesia dan beberapa negara di timur
tengah serta Eropah. Difahamkan, kejadian itu menyebabkan rombakan kecil dalam TUDM, terutama di
Markas Logistik yang turut menyaksikan beberapa pegawai dan anggota dipecat. 

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) memperketatkan prosedur dokumentasi dan memperincikan proses audit dalaman setiap
aset miliknya bagi membendung penyelewengan peralatan. 

Beliau berkata, kegiatan yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan itu dipercayai berlaku
sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan secara terancang hingga sukar dikesan. 

"ATM memandang serius kerana ia juga mencemarkan imej pasukan. Justeru, tindakan segera sudah
diambil untuk mengatasinya bagi memastikan kejadian tidak berulang," katanya. 

Beliau berkata, ATM bersikap terbuka dalam isu penyelewengan dan sentiasa mengalu-alukan
pembabitan agensi berkaitan bagi menangani kes seumpama itu. 

"Jika polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mahu campur tangan, mengapa tidak
kita benarkan jika ia boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada pasukan dan negara. ATM mengalu-
alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat membantu siasatan, terutama dalam
membongkar lebih banyak kes seumpama ini," katanya.

MB Terengganu bersumpah tiada penyelewengan

KUALA TERENGGANU: Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini
dikejutkan dengan lafaz sumpah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, bagi menafikan berlaku
penyelewengan dalam pentadbiran beliau. 

Katanya, segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan
semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata. 

"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-
zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

"Dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan,


rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan
rakyat," katanya. 

Ahmad berkata, bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah
berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis
kurma dan air zam-zam itu. 

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias
Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan sejak tiga hari lalu, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai
pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar
miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan
jalan. 

Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya
menggunakan keistimewaan Dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan
mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya. 

"Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar Dewan. 
"Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas, kalau buat tuduhan yang
mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang yang
berkenaan kerana fitnah.

"Jangan guna hak istimewa Dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan," katanya. 

Sebelum itu, Ahmad berkata sektor pelancongan akan dijadikan sebagai sumber ekonomi penting negeri
Terengganu pada masa akan datang untuk mengelak kebergantungan kepada hasil royalti minyak
daripada kerajaan pusat. 

Katanya, kerajaan perlu mencari alternatif jangka masa panjang untuk menjana ekonomi negeri itu
kerana minyak di perairan Terengganu akan habis pada suatu hari nanti. 

"Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus
daripadanya diperoleh melalui sumber kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak
lama lagi, InsyaAllah akan menjadi wang royalti. 

"Untuk itu usaha yang perlu kita lakukan ialah menjana pendapatan negeri pada masa depan melalui
sektor pelancongan dan ia akan diletakkan sebagai tulang belakang ekonomi Terengganu," katanya. 

Beliau berkata, untuk itu kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang besar untuk
membangunkan sektor pelancongan termasuk untuk memajukan Tasik Kenyir. 

Katanya, walaupun Tasik Kenyir telah dibuka hampir 30 tahun, namun bilangan pelancongan yang
berkunjung ke tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu masih berkurangan. 

"Ini kerana, walaupun mempunyai daya tarikan alam semula jadinya tersendiri, kawasan itu masih
kurang tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan kurang kemudahan asas. 

"Tidak ada pelabur yang ingin datang buka hotel atau resort di situ kerana tidak ramai yang datang dan
kerana itu kerajaan ingin memajukan Tasik Kenyir dengan menyediakan program berkunjung ke pulau
di tasik itu," katanya. 

Ahmad berkata, 340 buah pulau yang terdapat di Tasik Kenyir mampu memberi pendapatan lumayan
untuk sektor pelancongan jika ia dimajukan seperti cadangan kerajaan untuk mewujudkan Pulau
Burung, Pulau Rama-rama, Taman Orkid dan Pulau Herba. 

Beliau juga menyebut mengenai satu penemuan artifak berusia hampir 10,000 tahun di Gua Bewah di
kawasan tasik itu. 

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. - Bernama

Surat SPRM sahkan tiada kes terhadap Norza: Saksi

TEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menghantar surat kepada Umno mengatakan bahawa suruhanjaya
itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan
yang sedang menghadapi tuduhan rasuah. 

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang juga adalah saksi kelima
pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi
Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan sudah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan oleh saksi berkenaan
dibuat kerana didorong oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad
Norza.

Saiful yang menyoal balas Husainy bertanyakan siapa yang menandatangani surat berkenaan kerana
sebelum itu beliau memberi keterangan bahawa beliau "rasa ada surat berkenaan". 

"Datuk Shukri (yang menandatangani surat itu), saya tak ingat nama penuhnya, dia seorang pegawai
tinggi SPRM," kata Husainy yang turut tidak mengingati tarikh surat berkenaan. 

Saiful kemudiannya berkali-kali meminta Husainy mengingati siapa "Shukri" berkenaan.

Muhammad Shafee kemudian mencelah: "Berapa ramai "Shukri" dalam SPRM?" 

Pengarah Siasatan SPRM ialah Shukri Abdul. 

Husainy, 64, berkata mengikut surat berkenaan, SPRM meminta Umno sendiri membuat siasatan
dalaman dan SPRM tidak ada kes terhadap Norza. 

Ketika soal balas sebelum itu, Muhammad Shafee berkata Husainy, yang juga ahli sekretariat Umno
yang meneliti kes-kes politik wang, juga telah memaklumkan bahawa Lembaga Disiplin Umno turut
mendapati Norza tidak bersalah.

Saiful kemudian menyoal balas Husainy: "Datuk, Lembaga Disiplin kata tidak bersalah, tapi tak
semestinya orang itu tidak bersalah. 

"Ada Datuk sedar ada agensi lain yang masih boleh lakukan siasatan juga?. 

"Saya sedar," kata Husainy. 

Perbicaraan kes itu yang bermula 10.30 pagi terpaksa ditangguhkan lebih awal kerana bekalan elektrik
terputus pada 11.19 pagi. 

Pada mulanya, perbicaraan tetap diteruskan sehingga 1 tengah hari tetapi keadaan kurang selesa
menyebabkan Hakim Azuar Che Yusof menangguhkannya ke 1 Februari tahun depan. 

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, dituduh memberi suapan RM1,500
kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada anggota perwakilan sebagai dorongan
untuk mengundi beliau memenangi dalam pemilihan bagi kerusi Majlis Tertinggi pada Perhimpunan
Agung Umno Mac lalu. 

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar
Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. 

Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan pada 6.30 petang 20 Januari lalu di No 38, Pinggiran Tasik,
Taman Bandar Temerloh, di sini. - Bernama 

PKMM sedia pecat ahli terbabit rasuah


Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) sedia memecat ahli yang terbabit
dengan rasuah untuk mendapatkan atau ketika melaksanakan sesuatu projek. 

Presidennya, Datuk Mokhtar Samad berkata, ahli PKMM perlu mengelak daripada terbabit dalam
sebarang bentuk rasuah bagi pelaksanaan sesuatu projek terutama projek berkepentingan umum. 
"Pihak persatuan amat terkejut dengan dakwaan gejala rasuah dalam industri pembinaan negara sangat
serius. Jika dakwaan itu benar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil
tindakan bagi menangani masalah itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serius memerangi rasuah dalam
pelbagai bidang termasuk dalam pemilihan Umno . 

"Oleh itu, malang jika gejala rasuah dalam sektor pembinaan negara dikatakan serius. PKMM berharap
semua kontraktor tidak membabitkan diri dengan gejala itu. Apa yang kita tahu kontraktor Bumiputera
di negara ini sangat menyokong dan membantu membangunkan ekonomi negara. 

"Pada masa sama kenyataan SPRM mengenai gejala itu dalam industri pembinaan negara sekurang-
kurangnya boleh menyedarkan semua pihak selain menjadi tanggungjawab badan itu dan kita
menyokong tindakan tegas diambil bagi menangani masalah itu, " katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, sebelum ini dilaporkan media berkata
gejala rasuah dalam industri pembinaan negara berada pada tahap yang sangat serius dan ia terbukti
dengan wujudnya masalah yang membabitkan projek besar dan bernilai tinggi.

You might also like