Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Monday, March 30, 2009

Jenis-Jenis Rumah di Malaysia


Posted by Fadzli at 10:22 AM

Topik ini adalah topik dalam Kajian Tempatan tahun 4

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi


kepadatan, dan fungsi rumah.

Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu
rumah tradisional dan rumah moden.

Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang
kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak
iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga
rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang
ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti,
nyatoh dan sebagainya

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina
dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan
batu bata, simen, besi, dan kaca.

contoh rumah tradisional :


rumah limas Johor

rumah Minangkabau

Rumah Pahang
Rumah Melaka

Rumah Kutai (Perak)


Rumah Bajau (Sabah)

Rumah tinggi Melanau (Sarawak)

rumah moden
rumah banglo

rumah teres
rumah pangsa

You might also like