Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

0 Teori Huraian Bahasa

Teori bahasa ialah pandangan dan pendapat tokoh yang dikemukakan dalam bidang
bahasa. Manakala Teori Huraian Bahasa pula dapat ditakrifkan sebagai “pandangan
atau pendapat berkaitan teori dalam bahasa” iaitu pandangan atau pendapat tokoh-
tokoh tentang huraian bahasa.

Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu :

i. Teori Tradisional
ii. Teori Struktural
iii. Teori Transformasi Generatif
iv. Teori Fungsional

2.1 Teori Tradisional

Teori tradisional merupakan teori yang paling tua. Teori ini dipelopori oleh Panini
(India). Teori yang diperkenalkan oleh Panini ini lebih tertumpu pada bahasa tulisan.
Sebagai contoh, ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula
mengkaji tulisan Sanskrit. Menurut teori ini, bahasa ialah buah fikiran dan perasaan
manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Huraian
ilmu tatabahasa teori ini bersifat rasional dan sejagat serta kajian dijalankan
berdasarkan hukum. Ahli-ahli bahasa teori tradisional juga beranggapan bahawa
disiplin-disiplin ilmu yang lain tiada kaitan dengan bahasa. Hal ini mengakibatkan
huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Kajian bahasa aliran tradisional
ini dilakukan secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan
bahasa sebelum memberikan contoh. Penutur diwajibkan mematuhi peraturan dalam
berbahasa, dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran
pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.

ASTERA MCKEE
Pengajaran
banyak
tertumpu
kepada nahu
terjemahan
Dipelopori
oleh Panini Penutur diwajibkan
(India). mematuhi peraturan,
kesilapan yang dilakukan
dianggap sebagai
kesalahan

Bahasa ialah ucapan fikiran


dan perasaan manusia
dengan teratur serta Mementingkan
menggunakan alat untuk bahasa tulisan
membunyikan suara.

RAJAH 1 : Ringkasan Teori Tradisional

2.2 Teori Struktural

Teori Struktural dipelopori oleh Edward Sapir, Bloomfield dan Leonard deSaussure.
Teori ini mula berkembang sejak abad ke-20. Teori ini menekankan kajian tentang
fonem sebagai unit bunyi dan morfem sebagai unit tatabahasa dalam ayat serta kajian
terhadap morfologi, sintaksis dan fonologi. Teori ini lebih mementingkan struktur ayat
tanpa penekanan terhadap makna atau semantik. Bagi ahli-ahli bahasa aliran struktural,
bahasa merupakan satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan
sesuatu perkara, objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.
Huraian bahasa teori ini dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian
generalisasi atau pemahaman. Ahli bahasa aliran struktural membuat kajian huraian
bahasa melalui kajian empirikal/saintifik. Setiap huraian yang dibuat adalah berdasakan
contoh yang diperolehi. Oleh sebab itu, mereka berpendapat bahawa huraian bahasa
tidak mementingkan makna dan analisis dilakukan secara luaran.

ASTERA MCKEE
Dipelopori oleh
Edward
Sapir,Bloomfield dan
Leonard deSaussure.

Menumpukan
Huraian bahasa kajian terhadap
tidak menentingkan fonologi,morfologi
makna dan analisis Teori dan sintaksis
dibuat secara luaran Struktual

Bahasa mempunyai satu


sistem,mempunyai
Huraian bahasa peraturan, arbitrari dan
dilakukan secara digunakan untuk
induktif. perhubungan.

RAJAH 2: Ringkasan Teori Struktural

2.3 Teori Transformasi Generatif

Selepas aliran struktural, muncul pula aliran yang dipelopori oleh Naom
Choamsky iaitu Teori Transformasi Generatif. Menurut teori ini, manusia sebenarnya
dilahirkan dengan mempunyai kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif
sesuatu bahasa pula boleh membentuk dan memahami peraturan berbahasa dalam
sesuatu bahasa. Apabila seseorang penutur natif itu mampu membentuk dan
memahami peraturan tersebut, ia akan membentuk rumus-rumus bahasa secara
transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan
bahasa pertama terlebih dahulu. Menurut teori ini juga, bahasa bersifat sejagat dan
kreatif. Di samping itu, ayat terdiri daripada struktur dalaman dan luaran(permukaan).

ASTERA MCKEE
Dipelopori oleh
Noam choamsky

Bahasa bersifat Manusia


sejagat dan dilahirkan dengan
kreatif. kecekapan
semula jadi untuk
Transformasi berbahasa.
Generatif

Ayat
Penguasaan bahasa mempunyai
adalah berdasarkan struktur
penguasaan bahasa dalaman dan
pertama terlebih luaran
dahulu.

RAJAH 3 : Ringkasan Teori Transformasi Generatif

2.4 Teori Fungsional

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Teori Fungsional
dipelopori oleh Halliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang perubahan yang berlaku
semasa seseorang sedang berkomunikasi. Teori ini mementingkan aspek makna
kerana menganggap bahasa sebagai alat komunikasi antara masyarakat. Teori ini juga
melihat dan memberi penekanan terhadap fungsi bahasa itu sendiri selain daripada alat
komunikasi dan alat perhubungan. Sebagai contoh, fungsi bahasa bukan sekadar
menyampaikan fikiran dan emosi tetapi juga menggambarkan penuturnya. Pengukuhan
bahasa dapat dilakukan secara verbal dan non-verbal.

ASTERA MCKEE
Dipelopori oleh
Haliday dan
Wilkins.
Penggunaan bahasa Mengkaji tentang
dapat menggambarkan perubahan yang
fikiran dan emosi berlaku pada struktur
penutur. bahasa ketika
seseorang
berkomunikasi

Mengkaji tentang Anggap bahasa


perubahan yang berlaku sebagai alat
pada struktur bahasa ketika perhubungan,
seseorang berkomunikasi Mementingkan
aspek semantik

Mementingkan Pengukuhan bahasa


aspek semantik berlaku secara verbal
dan non- verbal

RAJAH 4: Ringkasan Teori Fungsional

ASTERA MCKEE

You might also like