Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR
SESI 2008/2009

TAJUK KURSUS
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 )
NAMA
NURUL AKMARNEEZA BINTI ABDUL RASIAD
NO MATRIK
JEA 080104
PENSYARAH
DR. AMRAN MUHAMMAD
TUTOR
CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN
TAJUK
TOKOH ~ HERBERT SPENCER ( 1820-1903 )

Nurul akmarneeza 1
HERBERT SPENCER ( 1820-1903 )

Nama penuh beliau ialah Herbert Spencer. Beliau dilahirkan pada tanggal 27 April

tahun 1820 di Derby, England. Beliau meninggal dunia pada tanggal 2 Disember 1903 di

Brighton, England. Spencer merupakan anak sulung daripada sembilan orang adik-

beradik. Bapanya Goerge merupakan seorang guru sekolah. Spencer, dalam usia

mudanya banyak didedahkan dengan aliran individualisme dan banyak mengikut

pandangan-pandangan bapa saudaranya iaitu Thomas.

Beliau menerima pendidikan awal dalam bidang matematik dan sains semulajadi,

namun beliau amat berminat dalam bidang sains social. Spencer juga banyak melibatkan

diri dalam bidang penulisan. Antara hasil karya beliau ialah seperti Social Statics (1850),

The Study of Sociology (1973 ), dan Descriptive Sociology ( 1874 ). Beliau banyak

membuat kajian tingkat super-organic iaitu tingkat kehidupan manusia dan kajian

pendekatan-pendekatan sosiologi ke atas biologi, psikologi, sejarah dan akhlak. Beliau

mempercayai bahawa sesuatu masyarakat boleh dibandingkan dengan dengan organisma

yang boleh berjalan dengan sendiri. Beliau berpandangan, setiap bahagian dalam

masyarakat memainkan peranannya sendiri dan mengumbangkan tenaga kepada

kehidupan serta kestabilan social sesuatu masyarakat.

Sains social ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan

dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan social atau lebih tepat mempelajari

pola tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia. Ilmu sains social

ini boleh di takrifkan sebagai ilmu yang mengkaji setiap cabang kehidupan di dunia ini.
Nurul akmarneeza 2
Namun tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mempelajari hal-hal manusia dan

hubungannya dengan masyarakat. Manusia tidak dapat mengetahui sesuatu dengan

menggunakan akal fikiran tentang metafizik kehidupan lain. Manusia hanya akan

mengetahui tentang kehidupannya yang dialami sendiri dan dari penta’akulan yang

dibuatnya. Manusia dapat mempersoalkan perhubungannya selain dengan manusia tetapi

tidak dapat membuktikan kewujudannya kerana secara metafiziknya mereka hanya

mengetahui dengan menggunakan akal fikiran.

Penghidupan manusia di dunia ini mempunyai kaitan bukan sahaja dengan

manusia tetapi juga dengan Maha Penciptanya dan alam semulajadi. “hablul minnanas,

hablul minnallah” , manusia tanpa mengedari mereka bukan sahaja hidup dengan

kelompok manusia lain tetapi juga harus memikirkan hubungan mereka dengan Allah.

Manusia memerlukan pertolongan antara satu sama lain. Mereka saling perlu-

memerlukan bagi menguruskan penghidupan. Spencer menghasilkan konsep survival of

fittest dan mempercayai bahawa masyarakat manusia hidup berdasarkan Principle of

Natural Laws. Menerusi konsep ini dapat dilihat bahawa manusia banyak bergantung

kepada manusia lain. Pada pendapat Spencer, kerajaan tidak sepatutnya membantu

golongan yang lemah itu dan akan terus membiarkan golongan yang kuat untuk terus

maju bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk masyarakat.

Menurut Herbert Spencer manusia mempunyai persamaan dengan organisma.

Menurutnya juga semua organisma mempunyai struktur iaitu terdiri daripada beberapa

bahagian yang berkaitan seperti kepala, tangan, kaki, jantung dan sebagainya. Setiap

bahagian mempunyai fungsi yang tersendiri dalam kehidupan seluruh organisma tersebut.

Nurul akmarneeza 3
Spencer berpendapat, manusia juga mempunyai struktur iaitu seperti keluarga, agama,

Negara dan sebagainya. Manusia atau kelompok masyarakat mempunyai pelbagai

struktur, contohnya dalam keluarga terdiri daripada ketua keluaga manakala dalam

pentadbiran pula mempunyai heiraki yang terdiri daripada beberapa lapisan atau susun

lapis. Manusia membuat perbezaan antara satu sama lain iaitu dari segi taraf hidupnya,

status serta keturunan tetapi bagi Allah manusia adalah sama dan tiada manusia yang

sempurna sifatnya di muka bumi ini. Manusia pada dasarnya dapat dibezakan dari segi

materialnya sahaja tetapi bagi Maha Pencipta manusia dapat dibezakan dengan amal

ibadatnya serta kebaikan dan bakti yang telah disumbangkan dalam masyarakat.

Struktur boleh dibandingkan dengan bahagian organ badan organisma atau

manusia manakala fungsi disamakan dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur tadi

atau organ-organ dalam badan. Contahnya, bahagian perut merupakan satu struktur dan

penghadaman ialah fungsinya. Begitu juga pusat kesihatan atau pusat keselamatan

merupakan struktur social dalam masyarakat yang berfungsi menjaga kesihatan dan

keselamatan Negara. Seperti struktur biologi, struktur system social atau masyarakat itu

mengandungi banyak bahagian yang berhubungan antara satu sama lain. Manusia boleh

dikatakan mempunyai struktur kehidupan yang sistematik dan teratur. Kelompok manusia

ini membolehkan manusia hidup dengan satu keadaan yang saling bergantungan.

Menurut Spenser terdapat beberapa system yang wujud dalam evolusi masyarakat

iaitu system penahan, pengatur serta pembahagi. System penahan berfungsi untuk

mencukupkan keperluan bagi kehidupan masyarakat seterusnya. Disini dapat dilihat

bahawa manusia mempunyai kaitan yang berterusan dengan manusia lain walaupun

Nurul akmarneeza 4
dalam tempoh yang berbeza. Disini dapat dilihat bahawa dalam struktur pentadbiran,

manusia melakukan pembaharuan atau mewujudkan satu organisasi bukan sahaja untuk

kepentingan pada masa itu tetapi ianya secara berterusan.

System pengatur pula ialah berperanan memelihara hubungan antara sesama

masyarakat serta mengatur hubungan luar Negara. Masyarakat harus mewujudkan

hubungan yang baik antara satu sama lain. Masyarakat juga harus memperluaskan

pengaruhnya bagi kepentingan masa akan dating dan dapat di sambung oleh ganerasi

masyarakat akan datang. Manakala system pembahagi pula ialah dapat dilihat wujud

ketika proses evolusi yang semakin maju. Sistem pembahagi ini dipengaruhi dengan

kehidupan manusia yang berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan

seterusnya Negara dan bangsa.

Oleh itu, ketiga-tiga system ini jelas dapat memainkan peranan yang penting

dalam proses pembangunan sesebuah Negara. Misalnya system pengatur dapat di lihat

dalam diri pemimpin dalam bidang politik, ketenteraan dan juga agama. Sistem panahan

pula dapat dilihat dengan usaha menambahkan pengeluaran makanan kepada penduduk

sesebuah Negara manakala dalam system pembahagi pula dapat dilihat fungsinya dalam

sector perdagangan sesebuah Negara itu yang terbahagi kepada perdagangan dalam

Negara dan perdagangan luar Negara. Spencer mempunyai pengaruh yang besar terhadap

perkembangan evolusi dalam abad ke-19 dan kebanyakan ahli sosiologi dunia seterusnya

tidak terlepas daripada mengikuti fahaman evolusinya.

Nurul akmarneeza 5
Herbert Spencer telah menyatakan prinsipnya iaitu Survival of the Fittest yang

menerangkan bahawa satu proses semulajadi berlaku ke atas organisma yang

membolehkan mereka terus hidup dan membiak begitu juga apa yang akan berlaku

kepada masyarakat, akan disesuaikan kepada persekitaran dan mereka akan bersaing

untuk terus hidup dan maju ke depan. Sesiapa yang gagal dalam menangani atau

mengadaptasikan diri terhadap perubahan persekitaran sudah tentu tidak dapat bersaing

untuk terus hidup dan akan menghadapi pelbagai masalah dan akhirnya akan mati dan

terus pupus.

Manusia harus berusaha tanpa mengenal rasa putus asa dan harus meneruskan

kehidupan dan sentiasa berfikir bagi memajukan diri bagi mendapatkan kehidupan yang

lebih selesa dari semasa ke semasa. Masyarakat juga harus bertindak mengikut undang-

undang yang semulajadi atau yang telah ditetapkan bagi mendapat kesejahteraan dan

kemakmuran. Masyarakat yang berdisiplin akan membuatkan negaranya berada dalam

keadaan aman dan harmoni

Kesimpulannya, idea evolusi Spencer adalah selari dengan yang dibuat oleh

Darwin dalam evolusi organisma dalam biologi. Teori yang dinyatakan oleh Darwin

hanya berasakan suatu anggapan yang berdasarkan pemerhatian sahaja dan tidak

mempunyai bukti-bukti sokongan yang saintifik bagi menyokong apa yang diperkatakan.

Spencer percaya bahawa masyarakat akan berubah daripada masyarakat yang

‘homogenus dan simpel’ kepada masyarakat yang ‘heterogenity’ iaitu pelbagai dan

kompleks.

Nurul akmarneeza 6
Selaras dengan kemajuan sesebuah masyarakat mereka akan berubah menjadi

sebuah masyarakat yang kompleks dan berbeza. Herbert Spencer melihat masyarakat

bukan sebagai satu kelompok individu tetapi sebagai satu organisma yang hidup dan

mempunyai keperluan hidup mereka masing-masing. Sehubungan dengan itu, Spencer

juga turut menyatakan konflik dan perubahan dalah perlu dalam sesuatu proses evolusi.

Ini mungkin kerana setiap konflik yang berlaku harus ada jalan penyelesaiannya dan

dengan cara itu evolusi masyarakat akan sentiasa berterusan.

RUJUKAN

Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Rohanna Yusof. Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Internet Encyclopedia of Philosophy

http://makmal.biodiversiti.blogspot.com/2008/04/darwin-oh-darwin.html

Nurul akmarneeza 7
Nurul akmarneeza 8

You might also like