Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Biodata Pengarang “Pahlawan Pasir Salak

Pengarang novel ini “Pahlawan Pasir Salak”, Mohd Ismail Sarbini dilahirkan di kampung
Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959.  Mendapat pendidikan awal di Klang
sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas sebagai
guru selama enam tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (kini
Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang
Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1991. Kini beliau bertugas
sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
Telok Datok, Banting.

Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam penulisaan novel dan
cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini beliau telah menghasilkan 30 buah
novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua
buah antologi cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-kanak  dan remaja(bersama
penulis lain).

Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis . Antaranya,  ialah:-

a)     Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980  (Pulau
Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).

b)    Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir
Salak).

c)     Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982
(Mendung Semalam).

d)    Hadiah utama (kategori  cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-Public
Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).

e)     Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Jalinan Kasih).

f)      Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Api yang
Telah Padam).

Bab 1-Beringat Sebelum Kena

Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantu
ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutup
warung.

Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk
sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan.  Dari situ, dia
melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu
menarik perhatian  Deli; apatah lagi apabila dia mendengar  jeritan meminta tolong daripada
salah seorang  yang berada di dalam perahu itu.

Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu.
Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli
bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulalng  dari Durian Sebatang.  Sesampai
sahaja di Bandar Bharu, “anjing penjajah” menahan mereka dan meminta cukai buah-buahan
yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai tersebut, Pak Wan
telah dipukul.

Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.

*****

Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada  ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya ,
Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak wan dan Lamin. Pak Itam
menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi. 
Bagaimanapun , dengan prenuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak
terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.

Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.

Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela dan
mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela , kelihatan
sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belarja bersilat.

Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada di
rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialah
kutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk Maharaja
Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orang kampung mesti
adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah Datuk Maharaja
Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.

Kemudian , mereka terus berlatih silat.

Bab 2-Senja Berapi.

Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak
Itam.

Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datang membawa 
perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salah seorang
rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa ada orang dari
Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-
kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.

Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat meminta diri
untuk  pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yang memberi
maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.

Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak
Endut. Deli disuruh menjaga warung.

*****
Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawa orang
Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakang sekali berisi
enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.

Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggah
kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu
hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-
askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.

Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk
Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela   kesal  kerana ada orang Melayu yang sanggup
menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat demikian,
Datuk Maharaja Lela   akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda ingin
menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela   menegahnya. Datuk
Maharaja Lela   beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihat gelagat Datuk
Maharaja Lela   itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela   takut tetapi Pak Itam
membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja Lela   ada
rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkan orang ramai faham.

Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya, Mat
Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan.
Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai
“anjing penjajah”.

Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela   menyuruh
orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling pondok
itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli, Datuk
Maharaja Lela   pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang diletak di
keeliling pondok.

Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela   itu menambahkan lagi semangat
orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka
bersorak-sorak kegembiraan.

Bab 3-Suara Dari Sungai.

Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli,Lamin dan
Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar  ucapan daripada Datuk
Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang
ramai yang berkumpul itu.

Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk
Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih
dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam.
Datuk Maharaja Lela menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok kawalan
dan orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga mesti diawasi
kalau-kalau mereka ‘’anjing orang putih” yang mahu menyiasat.

Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk Maharaja Lela   itu.
Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak daripada serangan dan ancaman musuh.
Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali anak-anak muda
yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan Lamin. Pada malam itu, mereka
bertiga bersumpah mahu berjuang menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela gembira
apabila mendengar sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih bersilat oleh
Pak Itam  dan pembantu-pembantunya.

*****

Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai Perak.
Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat sebentar di pangkal pokok kemudian
menyambung semula kerja-kerjanya dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan Deli. Pondok itu
siap dibina sebelum tengah hari.

Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana ketiga-tiga anak
muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor yang sudah
meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat Nor
bersama- sama Deli dan rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan Pasir
Salak.

Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong dari
arah sungai. Mereka berempat terkejut.

Bab 4- Orang dari Luar.

Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut
pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan menyedihkan dan meminta
tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke
tebing.

Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia dipukul dan
ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat dengan sewajarnyaoleh Deli, Lamin,
Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga tetapi dia
telah ditahan di Bandar Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul kerana enggan
membayar cukai.

Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja Lela
agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila Lamsah meminta kebenaran untuk tinggal
sehari dua di Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela membenarkan.

*****

Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di kampung itu. Apabila
tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji penduduk kampung itu yang baik hati.

Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu. Alasannya ialah
dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu seperti amalan gotong-royong  
terutamanya ketika membuat pondok kawalan dan mengawal kampung. Lamsah juga
bersemangat dan ingin berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk menetang
penjajah.
Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah menolong Deli memetik
tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu bersama-sama Lamsah.

Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela sama ada terdapat
pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan Lamsah bertanya begitu, Lamin, Lamsah
tidak memberitahu Deli.

Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang Inggeris di
kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.

Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.

Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga warung. Pak Itam ingin ke
rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu tujuan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja
Lela tetapi Deli tidak tahu.

Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan Lamsah pulang ke rumah.

Bab 5- Peristiwa di warung

Tiga orang  lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil
Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar cukai kerana
membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki
berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang
dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak akan membayar
cukai kepada Inggeris.

Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli menerajang
lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat untuk
menghadapi dua orang lagi.

Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan
membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka
ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu
menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.

Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela
marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’. Datuk
Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh
ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan
membayar cukai kepada Inggeris.

Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan lebih
ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.

*****

Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan
Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar membuat
rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak
Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.

Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia
seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.

Deli mencurigai Lamsah.

Bab 6-Api Dalam Sekam.

Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak lama
selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka dapati sudah 
ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada di situ tetapi
menyisihkan diri daripada orang ramai.

Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini. Lebih-
lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari lalu.

Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula
berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang
mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang Inggeris
mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa
marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.

Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di
kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.

*****

Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung.
Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu
tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk
Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu
akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela juga
gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.

Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar.
Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus. Wahab dan
Ahad gagal menyelamatkan pondok itu  kerana api cepat membakar pondok itu.

Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit perut,
dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki
Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak
begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja
Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah pondok
baru dibina.

Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa, tentu
dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.
Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua orang
berasa geram dan marah.

Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di  pondokkawalan
berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air
berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-
duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.

Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung ,
Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan
Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.

Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat disambut
baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa berita penting
tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi
pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan
diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch
dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.

Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat itu
dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu kemudian
dibakar.

Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam
itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok
kawalan berhampiran pangkalan.

Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di
sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal surat
kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela  dan
pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.

Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal yang
hendak dibincangkan. Mamat  mengagumi Datuk Maharaja Lela  yang
bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung
Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh
dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang
menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat.
Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli menyesal
kerana cepat mempercayai Lamsah.

Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku. Deli
memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan
keberanian anak saudaranya itu.

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.


Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai
setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-
pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-
pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri
tebing.

Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa
orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang
mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak
Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.

Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula bergerak ke
tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang mula
mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih dahulu.

Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing bertentang
ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan rumah rakit
itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.

Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang anak
muda Melayu  iaitu Mat Arshad juga turun.    Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub
marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.

Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin
berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat
Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda turut
mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.

Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen
Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk
Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui Datuk
Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir
Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai
mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa beliau enggan
menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh mereka balik sahaja dan
memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.

Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli
juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila
orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke singai
iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat
ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada
Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.

Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen
Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu.
Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh
berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.
Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad ditikam
oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah keluardari rumah
rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm
juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik
ke perahu dan melarikan diri.

Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul di
permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan Seputum
terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum menjerit
kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul
tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu
kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah
hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.

Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara itu,
tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping
memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun
pulang tergesa-gesa.

Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch.
Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela
menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas
kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak

Bab 9-Tiba Masanya.

Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang
bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam
dengan bersenjata.

Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua
setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan
kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli,
untuk  menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu.
Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.

Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang  berkumpul di situ. Di
tengah sungai, kelihatan  beberapa buah perahu yang  dinaiki oleh orang-orang  suruahan 
Inggeris dan askar sipahi sedang  mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.

Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu
ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja
Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka
sedikit.

*****

Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung
digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut
bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka
dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat
yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris
akan menyerang  Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang
sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung  Gajah. Mamat memberitahu
Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang;
Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor.  Datuk Maharaja Lela tidak takut akan
serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja
Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-
pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja
Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya.
Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang
senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar.
Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja
Lela yang bersemangat itu diberi tepukan gemuruh oleh penduduk yang ada di situ. Selepas
itu, Deli ke pondok kawalan bersama Lamin

Bab 10-Sumpah Pahlawan.

7 November 1875- pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu kedatangan angkatan


Inggeris dalam kubu pertahanan di Bandar Tua tetapi angkatan itu tidak muncul juga. Datuk
Maharaja Lela menyuruh Deli, Akub,Lamin dan Seputum serta kawan-kawanya meninjau
keadaan di bahagian depan.

Sesampai di tempat itu, Seputum mengajak Deli, Lamin dan Akub memanjat untuk meninjau
keadaan. Apabila mereka memanjat pokok, mereka tidak dapat melihat angkatan orang putih
yang dikatakan ingin menyerang itu.

Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnyamasih menunggu di kubu pertahanan Bandar


Tua. Ada antara pengikut Datuk Maharaja Lela tidak sabar menunggu kemunculan musuh.
Akhirnya, Deli, Lamin dan Akub, dan Seputum memberitahu bahawa angkatan musuh sudah
sampai dan kini berada Deli di Pasir Panjang dan mereka berpecah kepada dua kumpulan
iaitu satu kumpulan mengikut jalan darat dan satu kumpulan mengikut jalan sungai.

Apabila mengetahui berita itu, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya berpecah
kepada dua kumpulan iaitu satu berhampiran dengan kubu dan satu lagi di tepi sungai. Pak
Itam dan Pandak Endut menyertai kumpulan di tepi sungai manakala Datuk Maharaja Lela
mengetuai angkatan di kubu pertahanan.

Lamin, Deli dan Akub bersama-sama Datuk Maharaja Lela di Bandar Tua. Semuanya sudah
siap dengan senjata seperti lembing, parang, pedang, bedil pemuras, dan leta rentaka. Tidak
lama kemudian angkatan Inggeris tiba dan seorang pemuda Melayu berjalan di depan
mereka. Datuk Maharaja Lela dapat mengecam bahawa penduduk itu ialah Lamsah. Deli pula
berazam hendak melakukan sesuatu terhadap Lamsah dan Datuk Maharaja Lela
mengizinkanya.

Di belakang Lamsah diikuti oleh seorang Inggeris. Di belakang mereka pula terdapat
beberapa orang sedang menolak meriam dan diikuti oleh aaskar-askar sipahi dan orang-orang
Melayu yang memihak kepada Inggeris. Pengerakan tentera-tentera Inggeris ini dilihat oleh
berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikan mereka dari atas bukit kecil.

Lamsah yang menyertai pasukan penjajah itu telah sampai di kaki bukit. Meriam yang
dibawa akan ditolak beramai-ramai. Bagaimanapun, pasukan itu diserang oleh Datuk
Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya dengan menggunakan lembing, lela rentaka dan
juga bedil pemuras.

Semasa berlaku pertempuran, Deli mencari Lamsah untuk membalas dendam tetapi Lamsah
menghilangkan diri. Bagaimanapun, akhirnya Lamsah mati tertikam lembing di dadanya.

Dalam pertempuran itu juga, Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris yang hendak
membunuh Datuk Maharaja Lela. Pihak penjajah mula berundur.penduduk Pasir Salak
gembira dengan kemenangan mereka itu. Tidak ada seorang pun yang terkorban dalam
pertempuran itu tetapi hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Datuk Maharaja Lela kesal juga dengan kematian Lamsah kerana Lamsah merupakan anak
Melayu yang memihak kepada Inggeris. Mayat Lamsah dibawa balik oleh mereka. Pasukan
yang dipimpin oleh Pak Itam dan Pandak Endut yang berkubu di tepi sungai juga berjaya
mengalahkan penjajah. Datuk Maharaja Lela gembira atas kejayaan itu.

Kemudian mereka pulang ke Pasir Salak dan berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela.
Datuk Maharaja Lela memyampaikan ucapan dengan penuh semangat di hadapan penduduk
Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tetap meminta agar penduduk berwaspada akan penjajah
kerana mungkin mereka akan menyerang kampung itu lagi.

Semua penduduk berjanji akan melawan penjajah dan mempertahankan Pasir Salak.

NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK – ULANG KAJI

Peleraian Novel Pahlawan Pasir Salak.


Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Peleraian ialah
bahagian akhir dalam plot. Bahagian ini juga dinamakan bahagian antiklimaks. Dalam
bahagian ini, segala konflik telah selesai dan cerita menuju pengakhirannya.

Peleraian cerita ini menggambarkan kejayaan penduduk Pasir Salak yang juga digelar
Pahlawan Pasir Salak kerana berjaya mengusir panjajah Inggeris yang mahu mengutip cukai
di Pasir Salak. Dalam cerita ini, Datuk Maharaja Lela selaku Ketua Kampung sentiasa
mengingatkan anak buahnya bahawa mereka mestilah sentiasa bersatu padu dan berjaga-jaga.
Hal ini demikian kerana penjajah Inggeris yang berjaya dihalau dari Pasir Salak mungkin
akan datang untuk mengganggu mereka lagi. Oleh sebab itu, Datuk Maharaja Lela berharap
mereka sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang
berlaku. Walaupun Inggeris telah berjaya dihalau, anak-anak muda tetap berada dalam
keadaan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.

Persoalan kasih sayang dan pengajarannya.

Semasa tingkatan 2, saya telah mengkaji novel Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, saya
mendapat pengajaran yang bermakna, yakni kita mestilah sayang akan keluarga dan tanah air
untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Berikut ialah persoalan yang
berkaitan dengan kasih sayang tersebut.

Kedatangan Inggeris membawa seribu keperitan hidup kepada penduduk Pasir Salak. Hal ini
demikian kerana penduduk Pasir Salak dipaksa membayar cukai yang tinggi kepada Inggeris.
Oleh hal yang demikian, penduduk yang berani berjuang menentang penjajah ini mempunyai
semangat sayang akan negara kerana mereka enggan membenarkan Inggeris bermaharajalela
di Tanah Melayu.

Deli merupakan anak yang taat dan sayang akan ahli keluarganya. Dia sedar bahawa sebagai
anak, dia harus membantu keluarga dan meringankan beban ayahnya. Dengan membantu
ayahnya, Pak Itam di warung yang berdekatan dengan pangkalan, Deli berjaya membuktikan
kepada kita bahawa dia anak yang sayang akan keluarga.

Kasih sayang kepada anak yang telah meninggal dunia juga merupakan persoalan penting
dalam novel ini. Pak Wan yang kematian anaknya, Nuar yang dipatuk ular sentiasa merindui
anaknya. Hal ini membuktikan bahawa kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan tanah air.

PUNCAK ATAU KLIMAKS NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK.

Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Puncak atau
klimaks ialah salah satu bahagian dalam plot karya sastera. Puncak atau klimaks ialah
bahagian yang paling penting dalam sesebuah karya. Berikut ialah peristiwa yan berlaku
dalam bahagian klimaks novel ini.

Pada bahagian klimaks, kedatangan rombongan Inggeris ke Pasir Salak jelas menaikkan
kemarahan penduduk. Hal ini demikian kerana Inggeris datang bersama tali barut seperti
Lamsah dan Mat Arshad. Mereka datang menampal surat kenyataan mengutip cukai tetapi
dikoyakkan oleh penduduk kampung.

Selepas kejadian itu, Datuk Maharaja Lela pun berjumpa dengan Seputum dan penduduk-
penduduk kampung berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela. Mereka diberi
suntikan semangat cinta akan tanah air kerana bakal berjuang menentang Inggeris sehingga
titisan darah terakhir.

Penduduk Pasir Salak membuat serangan dari depan dan hujung kampung. Hal ini
menyebabakan Inggeris tidak dapat membuat persediaan rapi. Residen JWW Birch pula mati
dibunuh oleh Seputum manakala Pak Endut berjaya menikam Mat Arshad yang menjadi
pengkhianat negara.

Oleh sebab tahap ketegangan di Pasir Salak semakin memuncak, Kapten Innes dengan
pasukan askarnya tiba untuk menahan serangan penduduk Pasir Salak. Walau bagaimanapun,
penduduk Pasir Salak berjaya menentang kemaraan Inggeris sehingga memaksa Inggeris
berundur dari Pasir Salak. Demikianlah bahagian klimaks novel ini.

Soalan dan Jawapan dan bahagian D

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.


[ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel
ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris
yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di
kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin
telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah
kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak
merelakan bumi mereka dijajah.
Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun
mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang
untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikut-
pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap
bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris
ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan
anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya
ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk
Kampung Pasir Salak.

Soalan 2 :

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam
novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel
ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan
menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak
yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh
Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.
Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi
sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.
Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang
mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk
Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang
kampung.
Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang
Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh
kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada
menjadi mangsa penjajah.
Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak
sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina
pondok kawalan dan membuat rondaan.

Soalan 3:

Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [
10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak
utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir
Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung.
Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh
penduduk.
Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata
semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir
Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.
Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak
menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak
surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.
Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil
tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-
pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok
mengutip cukai.
Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi
serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar
Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Soalan 4 :

Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda
kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak
sampingan pertama ialah Pak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk
Maharaja Lela semasa melatih anak-anak muda bersilat. Dia seorang yang amat menghormati
ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yang tegas. Dia tegas
semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air.
Dia berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi
menghadapi kedatangan Inggeris.
Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah
berumur tetapi menghormati jiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia
seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasa sedih apabila mengenangkan
anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin. Dia
menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping
rajin meronda.
Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru
berumah tangga yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering
menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela
tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.
Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun
wataknya hanya muncul sekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi.
Datuk Maharaja Lela yang yakin akan kebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch. Dia seorang pejuang yang
memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajar kita
contohi.
Soalan 5 :
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan
peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot
novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi,
pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja
Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi
fokus utama pengarang dalam novel ini.
Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh
penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak.
Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam
menentang Inggeris.
Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris
menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai
dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi
juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak.
Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum
dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk
menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke
dalam sungai lalu melarikan diri.
Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks.
Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama
Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh
Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya.

Soalan 6:

Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya.
Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Teknik
penceritaan pertama ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa
atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, Pak Wan berasa sedih apabila mengenangkan
anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.
Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau
ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat
membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranya Inggeris datang ke Pasir Salak.
Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak
kepada diri sendiri, orang lain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli
yang hanya tersenyum apabila menerima kedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang
berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batu daripada pertemuan kali
pertama itu.
Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau
watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam
novel ini, pengarang menggunakan teknik ini ketika Deli melihat orang yang sedang
berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah: “Siapa pula tu?”
bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu.

Soalan 7:

Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku
di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar
tempat pertama ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anak-
anak muda berlatih silat. Di sini juga penduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk
mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela.
Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan
rakan-rakannya dengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang
membuka warung di situ.
Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ.
Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya
mengenai peristiwa Lamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah.
Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran
pangkalan. Di sini, Deli, Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka
ingin memastikan keselamatan penduduk Pasir Salak.

Soalan 8:
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku
pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Jarak
masa sepanjang perjalanan cerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada
bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Cerita bermula dengan peristiwa Deli membantu
Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lela selepas pihak
Inggeris berundur.
Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875,
Residen Birch memaksa Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang
membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak.
Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja
Lela dan mendengar nasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu
sebegini.
Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin,
dan Akub membina pondok kawalan di pinggir sungai Perak.
Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung.
Pada ketika itulah Deli terlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera
dipukul anjing penjajah.

Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel
yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar
masyarakat pertama ialah masyarakat penduduk kampung. Contohnya, semua penduduk di
Kampung Pasir Salak ialah penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat remaja dan dewasa. Contohnya, Deli, Lamin, Akub,
dan Lamsah adalah antara golongan remaja manakala Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Pak
Wan, Pak Endut merupakan contoh masyarakat dewasa.
Masyarakat asing juga ada. Bukitnya, askar Inggeris, Askar Sipahi, dan pembesar-pembesar
Inggeris seperti Kapten Innes, Nakhoda Orlong, dan Residen Birch ialah orang asing.
Latar masyarakat keempat ialah masyarakat yang menderhaka kepada tanah air. Buktinya,
Lamsah dan Mat Arshad ialah antara tali barut atau anjing penjajah yang menderhaka kepada
tanah air sendiri.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat bandar. Buktinya, Mamat yang tinggal di
Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari
Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang
hendak menguasai Pasir Salak.

Soalan 10:

Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Nilai
pertama ialah kasih sayang. Buktinya, Pak Wan amat menyayangi anaknya, Mat Nor. Dia
masih terkenangkan anaknya itu walaupun Mat Nor telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Nilai kedua ialah cinta akan tanah air. Buktinya, penduduk Kampung Pasir Salak berani
menentang angkatan Inggeris, walaupun mereka tidak mempunyai senjata-senjata moden.
Nilai ketiga ialah hormat-menghormati. Buktinya, penduduk Pasir Salak amat mentaati dan
menghormati ketua mereka, Datuk Maharaja Lela.
Nilai keempat ialah kerajinan. Bukitnya, Deli rajin membantu ibu bapanya di warung. Selain
itu, penduduk Pasir Salak juga rajin membina pondok kawalan dan berkawal mengikut
giliran.
Nilai seterusnya ialah taat beragama. Buktinya, Deli digambarkan sebagai seorang remaja
yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya. Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam novel
ini wajar kita teladani.

Soalan 11:

Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10
markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini.
Pengajaran pertama ialah kita perlu mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sebagai anak
jati negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan kemerdekaan. Sikap dan
semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Maharaja Lela dan penduduk Pasir Salak yang
sentiasa menentang rancangan dan kehendak Inggeris patut kita contohi.
Pengajaran kedua ialah kita tidak patut menderhaka kepada tanah air. Hal ini demikian kerana
menderhaka kepada tanah air ialah perbuatan yang keji. Misalnya, Lamsah dan Mat Arshad
yang menderhaka kepada tanah air akhirnya dibunuh dengan sia-sia.
Pengajaran ketiga ialah kita patut membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tindakan Deli
menolong Pak Wan yang dipukul oleh “anjing penjajah” dan tindakannya yang pernah
menyelamatkan Lamsah patut kita teladan.
Pengajaran keempat ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan.
Bukitnya, sikap penduduk Pasir Salak yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal,
terutamanya semasa bekerjasama membina pondok kawalan dan bekerjasama mengawal serta
menentang Inggeris. Berkat usaha dan kerjasama, mereka telah berjaya mengalahkan
angkatan Inggeris yang menyerang Kampung Pasir Salak.
Pengajaran seterusnya ialah kita mesti taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana mentaati
ibu bapa adalah dituntut agama. Oleh itu, sikap Deli yang rajin menolong ibu bapanya serta
menghormati ibu bapanya perlu kita jadikan teladan.

Soalan 12:

Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Gaya
bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama
ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Dia menghela nafas
panjang-panjang seperti orang yang baru lepas dikejar harimau.

Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Udara yang dingin berubah menjadi panas
dibakar api bencikan Inggeris. Api ialah unsur konkrit manakala bencikan Inggeris ialah
unsur abstrak.

Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:


“Bertenang. Bertenang saudara-saudaraku. Bertenanglah,” kata Datuk Maharaja Lela.
Perkataan bertenang diulang sebanyak 3 kali.

Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Malam itu bulan
agak pucat di balik awan. Dalam contoh tersebut, bulan digambarkan seperti sifat manusia,
iaitu pucat.

Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini
ialah simpulan bahasa. Bukitnya, anak tunggal, gigi air, memasang telinga, tali barut, sakit
mata, mengambil berat dan banyak lagi.

Baharu!

Novel Pahlawan Pasir Salak mengetengahkan Deli sebagai watak utamanya. Deli merupakan
seorang anak muda kelahiran Kampung Pasir Salak. Beliau memiliki ilmu persilatan dan
mengusahakan warung di pangkalan. Deli merupakan seorang yang bersemangat cinta akan
tanah air. Deli sanggup berkorban untuk mempertahankan bumi Pasir Salak hingga ke titisan
darah yang terakhir. Deli juga menyertai Datuk Maharaja Lela untuk bertempur dengan pihak
penjajah d Bandar Tua. Pertempuran tersebut dimenangi oleh pihak penduduk tempatan.
Selain itu Deli juga sangat menghormati orang tua dan pemimpin. Deli menghormati bapanya
dan juga sangat bangga dengan kehebatan Datuk Maharaja Lela. Bagi menolong bapanya,
Deli membantu untuk menjaga warong milik bapanya.
Deli juga digambarkan sebagai seorang yang taat akan perintah agama. Deli tidak berlengah-
lengah untuk mengerjakan sembahyang apabila tiba waktu sembahyang. Kesimpulannya Deli
merupakan seorang anak muda yang memiliki perwatakan yang positif dan baik.

You might also like