Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tanda-tanda waqaf

1. Tanda mim ( ‫ ) ﻤ‬dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti


seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya
berubah.
2. Tanda tho ( ‫ ) ﻁ‬adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia
menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..
3. Tanda jim ( ‫ ) ﺝ‬adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun
tidak berhenti adalah dibenarkan.
4. Tanda zha ( ‫ ) ﻇ‬bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
5. Tanda sod ( ‫ ) ﺹ‬dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak
digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum
tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti
adalah lebih pada tanda sod
6. Tanda sad-lam-ya' ( ‫ ) ﺻﻠﮯ‬merupakan singkatan kepada "Al-wasl Awlaa" yang
bermaksud "Sambung lebih elok". Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana
itu lebih elok.
7. Tanda qaf ( ‫ ) ﻕ‬merupakan singkatan kepada "Qeela alayhil waqf" yang bermakna
"telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya". Tidak perlu berhenti
di sini.
8. Tanda sod-lam ( ‫ ) ﺼﻞ‬merupakan singkatan kepadan "Qad yoosalu" yang
membawa maksud "akan bersambung kadang-kala". Kadang-kala seseorang akan
berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
9. Tanda perkataan Qif ( ‫ ) ﻗﻴﻒ‬bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang
kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
10. Tanda sin ( ‫ ) س‬atau perkataan Saktah ( ‫ ) ﺳﮑﺘﻪ‬menandakan berhenti seketika tanpa
mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa
mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.
11. Tanda Waqfah ( ‫ ) ﻭﻗﻔﻪ‬serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada
Waqjah lebih lama berbanding Saktah.
12. Tanda Laa ( ‫ ) ﻻ‬bermaksud "Jangan!". Tanda ini muncul kadang-kala pada
penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak
dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh
berhenti atau tidak.
13. Tanda kaf ( ‫ ) ﻙ‬merupakan singkatan kepada "Kathaalik" yang bermaksud
"serupa". Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
14. Tanda bertitik tiga ( ... ...) yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti
Pemerhatian) atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan
sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu'aanaqah ini. Ia akan muncul
sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di
salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu
berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.

You might also like