Download as ppt
Download as ppt
You are on page 1of 14

Frasa Nama

Nurul Atiqah Bte Azahari


Teh Nur Idayu Bte Abdul Ghafar
Nur Hafizah Bte Abdul Rahman
Nor Haliza Binti Md. Thaib
Definisi…
• Binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang boleh berfungsi sebagai
satu konstituen dalam binaan ayat
• Binaan ayat dasar dalam bahassa Melayu
terdiri daripada 2 konstituen iaitu subjek
dan predikat.
• Unsur- unsur yang membentuk 2 konstituen
utama ayat-ayat dasar Bahasa Melayu,
terdiri daripada yang
berikut :
1. FN + FN
2. FN + FK
3. FN + FA
4. FN + FS
• Dalam pola ayat diatas, frasa nama
berfungsi sebagai subjek. Frasa
Nama akan berfungsi sebagai
predikat dalam pola FN +FN
Contohnya :

Bapa guru
Bapa budak itu guru
Binaan Frasa Nama
• Boleh terbentuk daripada satu perkataan
sahaja ataupun sederetan perkataan.
• Terdapat 2 jenis hubungan antara perkataan
sekiranya dibentuk oleh sederetan perkataan.
1. Terdiri daripada satu perkataan yang
merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu
sementara perkataan atau perkataan yang
lain merupakan penerang atau penerang-
penerangnya.
2. Jenis yang terdiri daripada dua unsur inti
di dalamnya.

• Inti ialah unsur yang diberi penumpuan


makna dan mewakili seluruh frasa itu dari
segi makna, sementara penerang
merupakan unsur yang menerangkan
makna dalam inti itu.
Contoh : Bapa budak itu
Inti + Penerang
Inti Penerang Predikat

Askar Melayu Diraja berbaris di padang.

Guru sekolah agama itu guru saya.

Berlagak ke sana ke mari menjadi tabiatnya


• Frasa nama yang mengandungi
unsur-unsur yang mempunyai
hubungan inti + penerang boleh
terbentuk daripada jenis- jenis
hubungan berikut :
1. Inti + Penerang nama
2. Inti + Penerang Bukan Nama
Inti + Penerang Nama
• Dalam binaan Frasa Nama jenis ini, semua
konstituen terdiri daripaada kata nama,
intinya terdiri daripada kata nama dan
penerangnya juga kata nama. Kata nama
yang mengisi unsur penerang boleh
merupakan :
1.Penerang nama keturunan
2.Penerang nama jenis
3.Penerang nama penyambut
4. Penerang nama kegunaan
5. Penerang nama kelamin
6. Penerang nama tempat
7. Penerang nama arah
8. Penerang nama anggota badan
9. Penerang nama tenaga penggerak
10. Penerang nama hal atau perkara
11. Penerang nama milik
12. Penerang nama khas
13.Penerang nama panggilan atau gelaran
Inti + Penerang Bukan Nama
• Frasa Nama juga boleh terbentuk daripada
inti yang menerima penerang, bukan
daripada jenis kata nama.
• Penerang bukan nama terdiri daripada
penerang-penerang yang dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata
nama iaitu :
1. Penerang Penentu
2. Penerang kata kerja atau akar kata kerja
3. Penerang kata adjektif
4. Penerang kata adverba
5. Penerang frasa sendi nama
6. Penerang bilangan ordinal
Inti + Inti
Inti Inti Predikat

Kerusi meja untuk pelajar-pelajar


sahaja

Ibu bapa tidak perlu datang

Pemuda pemudi boleh ikut serta


• Binaan frasa nama inti + inti tidak
mempunyai unsur penerang, kerana makna
keseluruhan frasa nama itu didukung oleh
kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan
jenis ini tidak mempunyai makna penerang.
• Terdapat 2 golongan frasa nama
berdasarkan makna yang didukung oleh
perkataan- perkataan :
1. Inti + Inti dengan maksud sama erti
2. Inti + Inti dengan maksud lawan inti

You might also like