Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar: I) Visual Tidak Terunjur (Non-Projected Visual) Terdiri Daripada

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar

i) Visual Tidak Terunjur (non-projected visual)

Terdiri daripada:

· Objek sebenar

· Model

· Material bercetak

· Material murah dan percuma

· Kit multimedia

· Aktiviti di luar bilik darjah

· Visual tanpa unjuran

ii) Visual Terunjur (projected visual)

Terdiri daripada:

· Projektor overhed (overhead projector)

· Slaid

· Filem

· Imej digital (CD-ROM, CD foto, kamera digital, VCD, DVD, dan pita

video)
Visual Tidak Terunjur (non-projected visual)

i) Objek sebenar

Objek sebenar ialah seperti duit, peralatan, artifak, tumbuhan dan haiwan.

Disebabkan oleh ciri objek yang kukuh dan objek yang benar, ia adalah sesuai

untuk digunakan oleh pelajar dalam membina skema yang berkaitan dengan

kehidupan seharian. Material sebenar boleh diubahsuai dan digunakan untuk

memberikan lebih kefahaman mengenai bahagian dalaman sesuatu material yang

disentuh, contohnya seperti bahagian dalaman sebuah mesin, spesimen tumbuhan,

haiwan dan koleksi artifak yang mempunyai maklumat bercetak mengenai

sesuatu artifak.

ii) Model

Model mempersembahkan sesuatu objek di dalam bentuk tiga dimensi. Model

boleh jadi besar, kecil, atau sama saiz dengan objek sebenar yang diwakili

olehnya. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk yang mudah atau bentuk yang

sempurna, jadi ia boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran. Model kadang-kala

dapat memberikan pengalaman belajar kepada pelajar yang mana tidak dapat

diberikan oleh objek sebenar.


iii) Material bercetak

Material bercetak termasuklah buku teks, fiksyen dan bukan fiksyen, buku

panduan, risalah, manual dan dokumen pemprosesan perkataan yang disediakan

oleh guru atau pelajar. Buku teks merupakan material asas yang digunakan

semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kelebihan

iv) Material murah dan percuma

Material murah dan percuma bukan merupakan material utama untuk sesuatu

pelajaran tetapi boleh menjadi bahan utama untuk sesetengah topik. Ia

termasuklah poster, permainan, risalah, brosur, laporan, carta, peta, buku, jalur

filem, filem, pita video, pita audio, kit multimedia dan objek sebenar. Sumber

utama lain yang penting ialah Internet yang dihubungkan kepada world wide web

(www).

v) Kit multimedia

Kit multimedia ialah satu koleksi meterial pengajaran yang mengandungi satu

jenis medium yang telah disusun di bawah topik-topik tertentu. Kit ini

mengandungi CD-ROM, filem, slaid, pita audio, pita video, televisyen, radio, gambar statik,

material bercetak, transperensi, peta, objek sebenar dan model.

Sesetengah kit direkabentuk khusus untuk pengajaran guru di dalam bilik darjah,

manakala sesetegah yang lain direkabentuk untuk kegunaan pelajar secara

individu atau kumpulan pelajar yang kecil. Guru atau pakar media boleh
menyediakan kit multimedia mereka sendiri, jadi para pelajar dapat merasai

pengalaman seperti menyentuh, melihat, membuat eksperimen, berfikir dan

membuat keputusan.

vi) Aktiviti di luar bilik darjah

Aktiviti di luar bilik darjah merujuk kepada pengalaman yang diperolehi di luar

bilik darjah dengan mengkaji proses sebenar manusia atau apa jua objek yang

dapat memberikan pengalaman secar aterus kepada pelajar. Contoh aktiviti ialah

seperti lawatan ke tempat – tempat bersejarah, dusun, pejabat, pusat maklumat,

zoo, bangunan – bangunan yang terkenal dan sebagainya.

vii) Visual tanpa unjuran

Kini, kita terdapat pelbagai bahan bukan dokumentari yang boleh dipaparkan atau

dipelajari oleh pelajar tanpa memerlukan sebarang projektor elektronik yang

terdiri daripada asas bahan bantu mengajar. Visual tanpa unjuran berkebolehan

untuk menukarkan idea abstrak kepada format yang lebih realistik. Ia menjadikan

aktiviti pengajaran bertukar daripada peringkat simbol verbal dalam pengalaman

Kon Dale kepada peringkat konkrit. Ia juga mudah digunakan kerana tidak

melibatkan peranti elektronik. Tambahan pula, ia murah dan digunakan

sepenuhnya dalam mengenalpasti seseorang, tempat, dan benda. Visual tanpa

projection adalah sangat kecil untuk digunakan dalam kumpulan. Oleh itu, ia

boleh dibesarkan visualnya melalui fotografi visual yang mungkin tinggi kosnya.

Terdapat enam jenis grafik yang biasa digunakan di bilik darjah seperti gambar
kaku, lukisan, carta, graf, poster dan kartun.

1. Gambar kaku

Gambar kaku merupakan fotografi mengenai orang, tempat dan benda.

Gambar kaku biasanya digunakan dalam pengajaran seperti gambar foto,

poskad, ilustrasi daripada buku, majalah, katalog dan bahan pembelajaran

bercetak yang dihasilkan oleh organisasi komersial.

Gambar kaku boleh dijumpai dalam format buku (termasuk buku teks),

majalah, surat khabar, katalog dan kalender. Kebanyakan gambar kaku adalah

dalam bentuk dua dimensi. Gambar tiga dimensi boleh dipaparkan

menggunakan diagram lakaran pelbagai posisi. Koleksi gambar kaku akan

menghasilkan pergerakan.

2. Lukisan

Lukisan, lakaran atau figur menggunakan garisan grafik yang berturutan untuk

mewakili orang, tempat, benda dan konsep. Biasanya lukisan adalah lebih

baik daripada lakaran. Objektif lakaran bagi menghasilkan diagram adalah

untuk menunjukkan hubungan atau membantu memberikan penjelasan.

Contohnya, lukisan akan menunjukkan bagaimana sesuatu benda berfungsi

atau dibina.Lukisan selalunya disertakan bersama buku teks dan bahan

pembelajaran yang lain . Ia boleh digunakan dalam semua fasa.


3. Carta

Carta adalah cara yang paling berguna untuk mempersembahkan maklumat

atau arahan terutamanya di bilik darjah atau sebarang situasi pendidikan yang

lain. Carta mempunyai saiz yang berbeza bermula daripada carta dinding

(biasanya digantung di dinding, mempunyai saiz tulisan yang sangat besar),

yang biasanya digunakan untuk pembelajaran secara berkumpulan, hinggalah

kepada carta pada sehelai kertas. Kepelbagaian jenis carta dan carta dinding

telah dipopularkan dalam banyak sektor pendidikan dan latihan kerana mudah

digunakan dan mudah disampaikan kepada orang lain dalam bentuk yang

bahan bantu visual yang sofistikated seperti slaid, video, dan multimedia.

Unjuran tampak (Visual projection)

Unjuran tampak boleh didefinasikan sebagai media yang menggunakan imej yang

keras yang boleh dibesarkan dan dilihat pada skrin. Unjuran ini dapat dicapai

dengan memancarkan cahaya menggunakan filem transparensi. Imej akan

dibesarkan menggunakan pelbagai jenis kanta, dimana ia akan memantulkan imej

tersebut pada permukaan unjuran. Terdapat beberapa teknik yang boleh

menyimpan imej di dalam bentuk elektrik dan ditayangkan dalam bentuk digital

atau analog.

Mekanisma storan digital yang boleh digunakan CD-ROM, CD foto, kamera

digital, DVD, alat pengimbas (scanner). Storan analog kebiasaannya

menggunakan cakera video atau cakera laser.


Projektor Overhed

Projector overhed merupakan alat media yang paling diminati. Perkataan

transparensi digunakan untuk menggambarkan situasi penyampaian melalui

projektor overhed. Transparensi overhed biasanya menggunakan imej 8.5 inci x

11 inci menggunakan plastik lutsinar yang disediakan untuk digunakan pada

projecktor overhed. Transparensi terdiri daripada filem fotografi, asetat atau

sebarang bahan kimia atau yang bahan yang telah melalui proses pemanasan.

You might also like