Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama : Nadiah Samsudin (129328)

Soalan : Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam karya zaman peralihan Hindu-Islam
yang menunjukkan berlakunya perubahan pemikiran daripada Hindu kepada Islam.

Sastera hikayat Hindu-Islam dihasilkan pada zaman bermulanya pengaruh Islam di

alam Melayu yang pada masa itu pengaruh Hindu masih tebal. Karya-karya bercorak Hindu

diubahsuai dengan sifat-sifat keislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam. Contoh

hikayat Hindu-Islam ialah Hikayat Marakarma/ Hikayat Si Miskin, Hikayat Serangga Bayu/

Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Inderajaya/ Hikayat Shahi Marden. Selain itu, antara

sastera yang terdapat dalam karya zaman peralihan Hindu-Islam dengan mempamerkan

perubahan pemikiran daripada Hindu kepada Islam ialah sastera Islam seperti hikayat nabi,

sastera panji yang kebiasaannya wujud unsur hindu di islamkan dengan menghilangkan semua

sumber hindu seperti mitos, pertapaan, dan dewa dewi, dan sastera ketatanegaraan iaitu sistem

dakwah dan mubaligh dalam karya mengubah pemikiran hindu kepada islam sehingga dapat

mengislamkan raja. Karya ini mejadi rujukan dalam pemerintahan islam selepas bertukar

daripada hindu.

Ciri-ciri hikayat Hindu-Islam ialah isi ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

bahagian awal, pertengahan, dan pengakhiran. Pada bahagian awal cerita, memperkenalkan

latar negeri, latar keluarga dan sebab-sebab watak wira keluar mengembara. Dalam bahagian

iawal, watak utama/wira terpisah dari istana atau keluarga dan mengembara. Dalam

pengembaraannya iaitu pertengahan, beliau melalui berbagai-bagai kesusahan, penderitaan,

peperangan, dan percintaan. Pengembaraan juga watak wira mendapat bantuan daripada kuasa

sakti atau ajaib, sama ada dewa-dewa, jin dan alat-alat sakti. Pada pengakhiran cerita pula.

Wira dan wirawati kembali ke istana dan hidup aman bahagia.

Ciri-ciri yang selanjutnya dapat dilihat dalam hikayat Hindu-Islam ialah watak dan

perwatakan yang dimainkan dalam hikayat ini. Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu

1
watak baik/protagonis dan watak jahat/antagonis. Watak baik terdiri daripada kalangan anak

raja, diberi sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu. Mereka memiliki alat senjata sakti

dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak wira berjaya dalam mencapai hajat dalam

masa pengembaraan. Watak jahat pula merupakan watak penghalang kepada watak baik/wira.

Contohnya dalam Hikayat Ahmad Muhammad, watak Nakhoda merupakan watak penghalang

kepada Ahmad dan Muhamad. Dari segi nama watak pula terdapat percampuran dan

penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan nama-nama watak Islam.

Dalam ciri-ciri latar tempat pula, Latar tempat meliputi alam yang luas dan banyak

negeri-negeri seperti Kenda Kiri, negeri Baghdad, Pulau Biram Dewa dan sebagainya. Itulah

contoh latar dalam Hikayat Ahmad Muhamad. Terdapat juga latar kayangan diceritakan,

contohnya ayahanda dan bonda kepada Marakarma dalam Hikayat Si Miskin berasal dari

negeri kayangan. Selain dari negeri dan alam kayangan terdapat latar tempat turut meliputi

alam lautan, hutan, bukit dan gunung-gunung.

Gaya penulisan dan gaya bahasa juga mencerminkan kelainan dalam era ini. Karya-

karya Zaman Hindu-Islam ini banyak mengandungi istilah-istilah yang terdapat dalam bahasa

Arab-Parsi. Contohnya, syahdan, al-kisah, hatta dan sebagainya. Penggunaan nama-nama

hindu pula seperti alat-alat cokmar, dewan, gangga, dewa dan sebagainya. Gaya penulisan dan

gaya bahasa berbentuk puisi Islam turut diterapkan iaitu syair yang digunakan dan bercampur

aduk dengan bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan. Jadi di sini dapat dilihat isi karya

hikayat Hindu-Islam berupa percampuran unsur-unsur Hindu dengan unsur-unsur Islam.

Disamping itu, terdapat juga pengaruh keislaman yang dapat dilihat dengan jelas

dalam karya Hindu-Islam ini. Dari segi judul karya atau cerita, sastera hikayat berunsur

Hindu-Islam memakai dua judul iaitu Hindu dan Islam. Contohnya Hikayat Marakarma

dikenali juga sebagai Hikayat Si Miskin dan Hikayat Serangga Bayu pula dikenali sebagai

Hikayat Ahmad Muhamad. Perwatakan tokoh-tokoh Islam seperti Nabi Sulaiman, Nabi

2
Khaidir, Ahmad dan Muhamad. Nama-nama watak yang bercorak Arab seperti nama negeri

Shahi mardan, wazir dan sebagainya. Terselit juga persoalan-persoalan mengenai agama

Islam seperti yang bersangkutan dengan rukun Islam, pelaksanaan ibadat dan sebagainya.

Konsep-konsep Keislaman seperti konsep Allah dan segala sifatnya, konsep syurga dan

neraka, dan amalan-amalan keagamaan seperti belajar membaca al-Quran, contohnya

Inderaputera dihantar mengaji dan membaca Quran sejak kecil setelah umurnya tujuh tahun.

Disamping diterapkan unsur-unsur islam, elemen bercirikan Hindu turut diterapkan

dalam karya Hindu-Islam ini. Sebagai contoh, nama-nama watak Hindu seperti Shah Mardan,

Maharaja Asmara Gangga, dan nakhoda, serta istilah-istilah Hindu seperti cokmar, dewan dan

gangga dewa ada diselitkan. Cara perlukisan watak-watak utama iaitu wira dan wirawati pula

dilukiskan ‘putih’ yang penuh iaitu kebaikan, manakala watak jahat dilukis ‘hitam’ penuh

dengan kejahatan dan dengki. Amalan upacara memuja dewa untuk mendapatkan kuasa ghaib

dan sakti, serta kepercayaan kepada ahli nujum, contohnya dalam cerita Hikayat Ahmad

Muhamad, nakhoda mempercayai ahli nujum turut terdapat dalam karya Hindu-Islam ini.

Yang terakhir, karya Hindu-Islam memegang kepada falsafah agama Hindu seperti

keagungan kepada dewa-dewa Hindu sebagai makhluk yang menduduki tempat yang mulia

dan tinggi. Misalnya Dewa Agni dalam Hikayat Seri Rama , penjaga api telah menyelamatkan

Sita Dewi daripada hangus terbakar. Yang kedua ialah unsur sayembara untuk mendapatkan

isteri. Contohnya apabila Seri Rama terpaksa mengadu kecekapan bermain panah sebelum

berjaya mendapatkan Sita Dewi. Unsur Sakti seperti senjata sakti, panah sakti, binatang-

binatang sakti seperti gajah, kijang dan burung jentayu turut terdapat dalam karya ini,

disamping unsur falsafah pengajaran Hindu seperti unsur Karma dan Darma, pembalasan

kepada yang melakukan kejahatan, kejayaan akan dicapai setelah mengalami berbagai-bagai

kesusahan dan kesengsaraan.

You might also like