Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1. PENGENALAN SYARIKAT 1
2. KONTRAK PERKHIDMATAN 4
3. KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN 6
4. UJIAN BAGI MENENTUKAN HUBUNGAN 7
MAJIKAN DENGAN PEKERJA
5. SALAHLAKU DALAM PERKHIDMATAN 11
6. KESIMPULAN 14
7. RUJUKAN 15

PENGENALAN SYARIKAT

1
TSP Numumwah Sdn. Bhd. (571819-U) telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 pada 20 Februari 2002. Syarikat ini dimiliki oleh 100% bumiputera dan telah
berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas ‘A’ serta Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G7 dan mendapat pengiktirafan Taraf Bumiputera.

Syarikat ini bergiat aktif dalam bidang Pemaju Perumahan, Pembinaan Bangunan, Jalan
dan Civil.

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : TSP Numumwah Sdn. Bhd


No. Pendaftaran : 571819-U
Tarikh di Perbadankan : 20 Februari 2002
Alamat Pejabat : 248, Simpang Tiga Pantai Penarik,
22120 Bandar Permaisuri Setiu,
Terengganu.
No. Telefon & Fax : +609-8242228 (P) +609-6021388
Alamat Berdaftar : 66/21, Mezzanine Floor,
Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Ahli Lembaga Pengarah : En Johari b Mohd Noor
En Che Murad b Abd Ghani
Modal di Benarkan : RM 1,000,000.00
Modal Berbayar : RM 1,000,000.00
Pemegang Ekuiti : 100% Bumiputera
Ahli Pengurusan syarikat : 100% Bumiputera
Juruaudit Syarikat : Mohd Ali & Co
Setiausaha Syarikat : Abdul Rashid b Yusof (LS 02380)
Institusi Kewangan : Bank Bumiputera Commerce Berhad,
22120 Setiu, Terengganu.

2
MAKLUMAT KAKITANGAN SYARIKAT

PENASIHAT TEKNIKAL

Nama : Ir. Abdullah Bin Ismail


Kelulusan : Jurutera Profesional, no. 10114

PENGURUS TEKNIKAL/JURUTERA

1. Nama : En Suhaimi B. Abu Bakar@MD. Ramli


Kelulusan : Bachelor of Science Civil Engineering, UTM Skudai Johor
Pengalaman : Dua Puluh Tahun Pengalaman Dalam Industri Pembinaan
2. Nama : Mohd Amirulmutmini Bin Johari
Kelulusan : Bachelor of Science Civil Engineering, UTM Skudai Johor

PENGURUS PROJEK/JURUTERA

Nama : En Ros B. Ismail


Kelulusan : Bachelor of Science Civil Engineering
University of Pasific, Carlifonia. USA
Pengalaman : Tujuh Tahun Pengalaman Dalam Industri Pembinaan

PENGURUS PROJEK/JURUTERA

Nama : Cik Siti Nor Marlina Binti Che Hamipah


Kelulusan : Bachelor of Science Civil Engineering ,UiTM Shah Alam Selangor
Pengalaman : Dua Tahun Pengalaman Dalam Industri Pembinaan

PENGURUS PENTADBIRAN & AKAUN

Nama : Cik Hasmilah Binti Hasan


Kelulusan : Bachelor of Management(Markerting),KUSTEM
Pengalaman : Dua Tahun Pengalaman Dalam Pengurusan Pentadbiran

3
4
KONTRAK PERKHIDMATAN

Setiap orang yang bekerja dengan seseorang, atau setiap majikan yang mengambil
seseorang bekerja adalah telah memasuki suatu kontrak, sama ada mereka sedar ataupun tidak.
Sungguhpun begitu, huraian selanjutnya tentang kontrak perkhidmatan tidaklah semudah itu.
Pelbagai syarat, terma, tugas dan tanggungjawab dalam hubungan kontraktual antara majikan
dengan pekerja menjadikan kontrak perkhidmatan begitu kompleks.

Sesebuah kontrak yang dimasuki oleh dua pihak adalah diliputi oleh undang-undang
kontrak. Asas yang membentuk kontrak perkhidmatan sebenarnya adalah asas dan prinsip
kontrak biasa. Pada peringkat pembentukannya tidak wujud perbezaan antara kontrak
perkhidmatan dengan kontrak am.

Kontrak perkhidmatan mempunyai ciri-ciri yang unik yang dalamnya wujud tugas dan
tanggungjawab daripada majikan kepada pekerja dan pekerja kepada majikan. Tugas dan
tanggungjawab tersebut wujud sama ada disiratkan oleh Common Law atau diperuntukkan oleh
undang-undang bertulis. Hubungan kontraktual majikan dan pekerja wujud daripada perjanjian
yang dimasuki oleh kedua-dua belah pihak.

Terdapat keadaan yang khusus pada kontrak bentuk ini disebabkan wujud tanggungjawab
peribadi pada pihak pekerja untuk berkhidmat dan patuh pada majikannya, dan pada pihak
majikan untuk membayar atas perkhidmatan yang diberikan dan melaksanakan apa-apa
tanggungjawab kepada pekerjanya. Ringkasnya, kontrak perkhidmatan ialah suatu perjanjian
antara majikan dengan pekerja yang dalamnya hak dan tanggungjawab diwujudkan dan
dikuatkuasakan oleh undang-undang berkaitan buruh. Secara amnya, terdapat enam elemen
untuk membentuk sebuah kontrak yang boleh dikuatkuasakan. Elemen-elemen tersebut ialah:

Wujud niat antara pihak-pihak untuk mewujudkan hubungan kontraktual di sisi undang-undang.

1. Wujud tawaran daripada satu pihak dan penerimaan oleh pihak yang satu lagi.
2. Wujud balasan.
3. Pihak-pihak adalah kompeten di sisi undang-undang untuk membentuk kontrak.
4. Pihak-pihak mestilah memberikan keizinan kepada terma-terma kontrak.

5
5. Kontrak tidak dimasuki untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang.

Elemen atau ciri yang utama dalam sesebuah kontrak ialah perlu wujud niat untuk
membentuk hubungan yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Sebaliknya,
perbincangan untuk melaksanakan kerja sukarela biasanya tidak mempunyai ciri-ciri undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan. Perbincangan atau urusan seperti ini dibuat tanpa wujudnya
niat untuk membentuk hubungan dan tanggungjawab yang sah di sisi undang-undang, dan
dengan itu tidak dapat dikuatkuasakan oleh mahkamah.

Akta Kontrak Malaysia tidak mempunyai sebarang peruntukan tentang niat untuk
membentuk hubungan dan tanggungjawab yang sah di sisi undang-undang. Sungguhpun begitu,
elemen ini merupakan keperluan yang penting, iaitu pihak-pihak perlu mempunyai niat untuk
memasuki hubungan kontraktual tersebut.

Dalam organisasi yang dipilih iaitu TSP Numumwah Sdn. Bhd, contoh kontrak
perkhidmatan adalah kontrak di antara majikan iaitu ahli lembaga bagi syarikat dengan pekerja-
pekerja syarikat. Ahli lembaga syarikat adalah sebagai majikan dan di sini mereka
bertanggungjawab untuk memenuhi peruntukan kontrak seperti membayar gaji untuk para
pekerja mengikut ketetapan yang ditentukan sebelumnya dan pekerja-pekerja syarikat pula
bertanggungjawab untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan oleh pihak majikan
dengan mengikut landasan atau arahan yang diberikan.

6
 KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN

Kontrak untuk Perkhidmatan adalah satu lagi contoh kontrak di antara dua pihak. Jika
kontrak perkhidmatan melibatkan dua pihak khususnya majikan dengan pekerja atau lebih
dikenali sebagai “employer – employee relationship”, kontrak untuk perkhidmatan adalah satu
jenis kontrak yang melibatkan hubungan antara individu dengan individu lain akan tetapi
hubungan di sini tidaklah sama dengan hubungan di dalam kontrak perkhidmatan.

Kontrak untuk perkhidmatan adalah sebuah hubungan di antara individu atau sebuah
organisasi dengan individu lain di mana perkhidmatan atau servis diberikan untuk menjalankan
sesebuah pekerjaan atau memberikan kelebihan intelek kepada pihak lain yang dikenali sebagai
pelanggan. Ciri kontrak untuk perkhidmatan adalah ianya suatu hubungan di mana individu atau
organisasi yang menerima kontrak tidaklah terikat dengan pelanggan secara terus dan bebas
untuk menjalankan sebarang kerja dan perkhidmatan mengikut cara mereka sendiri dan pihak
pelanggan hanya boleh memberikan pandangan dan menilai hasil kerja mereka.

Sebagai contoh untuk kontrak untuk perkhidmatan adalah kontrak di antara syarikat yang
dipilih iaitu TSP Numumwah Sdn. Bhd dengan pelanggan seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Kerja Raya atau syarikat dan juga organisasi lain yang dimana TSP
Numumwah Sdn. Bhd terikat untuk menjalankan perkhidmatan kepada pihak lain sebagai
pelanggan. Namun begitu TSP Numumwah Sdn. Bhd bebas untuk menjalankan projek yang
diberikan mengikut perancangan mereka sendiri akan tetapi masih mengikut spesifikasi yang
diberikan oleh pelanggan. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah hubungan di antara TSP
Numumwah Sdn. Bhd dengan pelanggan adalah untuk memberikan perkhidmatan namun untuk
menjalankan dan menyelesaikan perkhidmatan adalah mengikut justifikasi syarikat ini sendiri.

7
UJIAN BAGI MENENTUKAN HUBUNGAN MAJIKAN DENGAN PEKERJA

Setiap hubungan adalah dibina di atas dasar kepercayaan di antara dua pihak. Begitu juga
hal yang berlaku di dalam dunia perkhidmatan. Kontrak-kontrak yang dibina di antara pihak
yang terbabit adalah untuk menyediakan suatu perkhidmatan namun kadang kala berlaku
penyelewengan di dalamnya. Penyelewengan ini boleh berlaku dalam banyak segi seperti salah
guna kuasa, rasuah dan juga penipuan.

Untuk memastikan hal ini tidak berlaku dan juga untuk memberikan gambaran
penyelesaian masalah ini adalah tujuan utama tugasan ini dijalankan. Terdapat beberapa cara dan
ujian yang dapat dijalankan bagi memastikan adanya penyelewengan yang berlaku di dalam
sesuatu organisasi. Penyelewengan ini boleh berlaku dalam hal memberikan perkhidmatan
seperti contoh pekerja-pekerja syarikat yang tidak menjalankan tugasan yang diberikan dengan
baik atau tidak mengikut justifikasi dan juga spesifikasi yang ditetapkan oleh organisasi dan juga
penyelewengan dalam hal kewangan seperti majikan yang tidak memberikan ganjaran di atas
perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja walaupun setelah diberikan perkhidmatan yang
sepatutnya.

Di antara cara atau ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan hubungan di antara
majikan dan pekerja adalah seperti berikut :-

a) Control Test (Ujian Kawalan)

Ujian ini adalah pertama yang seumpamanya dalam menentukan hubungan di antara
majikan dengan pekerja. Ujian ini adalah untuk menentukan jika terdapatnya keadaan
dimana hadirnya suatu bentuk pengawalan atau tidak bagi seseorang majikan
terhadap pekerja-pekerjanya. Dalam kes Regina v. Walker (1858), ujian kawalan ini
menyatakan bahawa;

"…A principal has the right to direct what the agent has to do; but a master has
not only that right, but also the right to say how it is to be done."

Regina v. Walker, (1858) 27 L.J.M.C. 207

8
Ini boleh disimpulkan bahawa seseorang majikan itu mempunyai hak untuk
memberikan arahan kepada pekerjanya malah ia juga mempunyai hak untuk
menyatakakan bagaimana sesuatu arahan yang diberikan itu harus dilaksanakan.
Dalam contoh organisasi yang dipilih, ahli lembaga mempunyai hak untuk
memberikan arahan terhadap pekerjanya seperti mana yang tertera di dalam
perjanjian atau kontrak yang ditandatangani.

b) The Fourfold Test

Ujian ini adalah di antara ujian yang dapat dijalankan bagi menentukan hubungan di
antara majikan dengan pekerja. Ujian ini sesuai dilaksanakan bagi menentukan
hubungan kompleks di antara majikan dengan pekerja yang mana ianya melibatkan
empat perkara iaitu penguasaan, hakmilik ke atas alatan, peluang keuntungan dan
juga kemungkinan kerugian. Ujian seperti ini adalah khususnya bagi memberikan
gambaran yang lebih jelas tentang hubungan antara majikan dengan pekerja. Ianya
telah diputuskan semasa kes Montreal v. Montreal Locomotive Works Ltd. et al 1947
di mana mahkamah telah memutuskan :

"… It has been suggested that a fourfold test would in some cases be more
appropriate, a complex involving (1) control; (2) ownership of the tools; (3)
chance of profit; (4) risk of loss. Control in itself is not always conclusive."

Montreal v. Montreal Locomotive Works Ltd. et al, [1947] 1 D.L.R. 161

c) The Integration Test (Ujian Integrasi)

Ujian Integrasi merupakan ujian yang digunakan bagi menentukan sekiranya


perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang pekerja itu adalah dijalankan sebagai
sebahagian daripada organisasi atau pun perkhidmatan yang diberikan adalah bagi
pihak organisasi yang mana perkhidmatan ini bukanlah sebahagian daripada
organisasi. Ujian ini secara tidak langsung dapat menentukan jika hubungan di antara
majikan dengan pekerja itu adalah secara kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk
perkhidmatan. Ujian ini pertama kalinya dijelaskan semasa kes Stevenson Jordon and

9
Harrison, Ltd. v. MacDonald and Evans pada tahun 1952 sebagaimana yang
dinyatakan di dalam pernyataan berikut :

"… One feature which seems to run through the instances is that, under a
contract of service, a man is employed as part of the business, and his work is
done as an integral part of the business; whereas, under a contract for services, his
work, although done for the business, is not integrated into it but is only accessory
to it."

Stevenson Jordan and Harrison, Ltd. v. MacDonald and Evans, [1952] 1 T.L.R.
101

Contoh-contoh ujian yang dinyatakan di atas adalah amat penting bagi menentukan
hubungan di antara majikan dengan pekerja. Dalam organisasi yang dipilih iaitu TSP
Numumwah Sdn. Bhd, ujian-ujian seperti ini amatlah sesuai digunakan. Ujian kawalan sesuai
dilaksanakan bagi memberikan gambaran kepada majikan bahawa mereka mempunyai hak ke
atas setiap pekerja mengikut ikatan kontrak yang telah dipersetujui dan mereka juga berhak bagi
menentukan hala tuju perkhidmatan atau bagaimana perkhidmatan setiap pekerjanya harus
dijalankan. Ujian ini juga dapat memberikan penerangan yang jelas kepada setiap pekerja
bahawasanya mereka terikat dengan majikan dengan kontrak yang perlu dipatuhi dan mestilah
bagi mereka untuk menjalankan setiap arahan dengan sepenuhnya mengikut landasan yang
diberikan.

TSP Numumwah Sdn. Bhd juga boleh melaksanakan ujian lain seperti Ujian Fourfold
yang dengan jelasnya menerangkan hubungan iaitu siapa yang menguasai syarikat, aset syarikat
dan juga untung rugi syarikat. Ujian ini juga dapat memberikan gambaran kepada pekerja
tentang majikan mereka dan juga organisasi. Ujian seterusnya adalah Ujian Integrasi yang mana
ujian ini adalah bentuk ujian untuk menentukan hubungan majikan dengan pekerja yang paling
sesuai untuk dilakukan. Ujian ini secara jelasnya menerangkan hubungan itu adalah secara
kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan. Para pekerja syarikat akan mengetahui
bahawa mereka terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan syarikat manakala syarikat sendiri
secara tidak langsung mengetahui bahawa mereka berada di dalam kontrak untuk perkhidmatan

10
iaitu dengan menjalankan perkhidmatan untuk organisasi lain seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia atau Jabatan Kerja Raya.

11
SALAHLAKU DI DALAM PERKHIDMATAN

Setiap organisasi menginginkan keadaan di mana setiap perkhidmatan yang diberikan


atau diterima adalah mengikut segala yang ditetapkan tanpa adanya salahlaku. Namun begitu
ianya bukanlah suatu yang boleh dijadikan realiti kerana sifat manusia itu sendiri adalah
berkemampuan untuk melakukan kesilapan. Ini bukanlah untuk menyatakan bahawa perkara ini
adalah mustahil untuk dilakukan namun ianya memerlukan kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat di dalam sesebuah organisasi.

Antara salahlaku yang biasanya berlaku adalah jika diperhatikan dari sudut organisasi itu
sendiri di mana perkhidmatan yang diberikan oleh para pekerjanya dan juga majikan.
Perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja kadang kala akan berlakunya salahlaku. Seperti
contoh jika seseorang pekerja itu menjalankan arahan atau tugasan yang diberikan tanpa amanah.
TSP Numumwah Sdn. Bhd mempunyai ramai pekerja dan setiap pekerja adalah mempunyai
tanggungjawab masing-masing. Dari segi kewangan syarikat, salahlaku boleh berlaku jika
majikan bertindak tidak jujur tanpa memberikan gambaran jelas tentang kewangan syarikat dan
juga tidak memberikan upah atau gaji yang sepatutnya mengikut perjanjian. Pekerja juga boleh
melakukan salahlaku dengan menggelapkan wang syarikat melalui pelbagai cara seperti
memberikan pernyataan akaun yang tidak benar atau dengan melakukan urusan dengan
pelanggan tanpa pengetahuan majikan.

Selain itu salahlaku boleh juga berlaku seperti berikut, pekerja-pekerja yang telah
diamanahkan untuk menjaga tapak pembinaan bertindak dengan mencuri bahan binaan syarikat.
Ini biasa berlaku dan masih berlaku pada ketika ini. Pekerja juga boleh dianggap melakukan
salahlaku jika membuat kerja dengan tidak mengikut spesifikasi atau arahan yang telah diberikan
atau dengan jelas tidak menjalankan tugasan. Menjalankan tugasan tanpa mengikut arahan
adalah seperti yang berlaku jika majikan mengarahkan supaya pembinaan adalah dijalankan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan syarikat akan tetapi pekerja menjalankannya tanpa
mengikut spesifikasi tersebut.

Cuai dalam menjalankan perkhidmatan juga merupakan salah satu salahlaku yang berlaku
di dalam sesebuah organisasi. Walaupun sesuatu kecuaian itu adalah kecil namun ianya masih

12
dianggap salahlaku kerana dengan berlakunya kecuaian ini memberikan gambaran bahawa
pekerja menjalankan sesuatu tugasan tanpan mengikut arahan atau landasan yang telah
ditetapkan. Contoh salahlaku ini adalah juga boleh dikategorikan sebagai kesalahan yang boleh
membawa kepada penamatan perkhidmatan pekerja yang terlibat.

Terdapat banyak contoh salahlaku yang berlaku dalam sesebuah organisasi seperti
rasuah, mencuri maklumat syarikat, membocorkan rancangan syarikat kepada pesaing,
menggelapkan harta syarikat, membuat urusan dengan pelanggan tanpa mengikut justifikasi yang
ditetapkan dan juga pelbagai kesalahan lain lagi. Salahlaku adalah suatu perkara yang am dan
meluas dan sukar untuk diberikan taksiran dan penjelasan dan ianya dijelaskan secara dengan
mengambil kira kes-kes di mahkamah.

Setiap salahlaku yang berlaku perlulah ditangani dengan sebaiknya oleh sesebuah
organisasi. Setiap salahlaku perlulah ditentukan dan dikaji melalui beberapa prosedur yang
ditetapkan oleh syarikat. Ini bagi memastikan bahawa setiap salahlaku yang berlaku adalah
benar-benar berlaku dan penelitian yang mendalam dijalankan bagi memastikan ianya tidak
berulang lagi.

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan jika melibatkan masalah salahlaku.
Pertamanya adalah menentukan jika perkara yang berlaku adalah salahlaku atau tidak. Ini adalah
bertujuan untuk menentukan fakta sebenar bagi setiap kes yang berlaku. Prosedur ini boleh
dimulakan dengan adanya laporan atau pemakluman oleh pekerja, majikan atau pihak luar yang
menyatakan adanya salahlaku yang berlaku di dalam organisasi. Laporan ini mestilah dibuktikan
kesahihannya dan disertakan dengan bukti yang menyatakan bahawa salahlaku telah berlaku.
Siasatan perlu dilakukan dan dalam kes salahlaku siasatan perlu dilakukan secara rahsia bagi
memastikan tidak menjejaskan penyiasatan. Organisasi boleh menubuhkan sebuah badan yang
hanya terlibat dengan masalah salahlaku. Ini membolehkan siasatan yang dilakukan aalah telus.

Seterusnya setelah dibuktikan bahawa terdapatnya salahlaku, pihak yang


bertanggungjawab untuk melaksanakan siasatan perlu memaklumkan kepada pihak yang terlibat
dengan menerangkan apa yang terkandung di dalam siasatan. Ini membolehkan pihak yang
terlibat samada pekerja yang melakukan salahlaku atau majikan supaya maklum dengan

13
kandungan siasatan. Pemakluman ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada pekerja
untuk menyediakan jawapan balas dalam mesyuarat disiplin yang akan dilaksanakan dalam
prosedur yang seterusnya.

Prosedur yang berikutnya adalah mesyuarat disiplin. Tujuan utama prosedur ini adalah
untuk memberikan peluang kepada pekerja untuk menjawap salahlaku yang telah dilakukan.
Selain itu ia juga bertujuan untuk memutuskan bentuk hukuman atau denda yang hendak
dikenakan ke atas individu yang terlibat. Mesyuarat disiplin ini terdiri daripada ahli lembaga
syarikat, pemerhati, individu tertuduh dan juga pencatat. Pemerhati dan pencatat adalah
bertujuan supaya mesyuarat yang dijalankan adalah telus dan didokumentasikan. Setiap butiran
dalam laporan akan dibincangkan dan individu tertuduh boleh menyatakan penjelasan balas
terhadap laporan.

Setelah mesyuarat dijalankan, bentuk tindakan atau denda perlulah ditetapkan. Hukuman
dan denda ini boleh dijalankan dalam banyak bentuk. Pekerja boleh dikenakan surat amaran,
pemotongan gaji, pembayaran denda, penggantungan perkhidmatan, pemecatan dan juga
penamatan kontrak. Surat amaran dan juga pemotongan gaji adalah bagi kes salahlaku yang
boleh dianggap tidak serius, namun bagi kes-kes yang serius tindakan untuk menggantung
perkhidmatan, pemecatan dan penamatan kontrak boleh dilakukan. Penamatan kontrak boleh
berlaku kepada pekerja yang terikat dengan kontrak perkhidmatan dan juga kontrak untuk
perkhidmatan.

Walaupun tindakan atau denda telah dikenakan, pihak yang bertanggungjawab perlu
memberikan peluang kepada pekerja yang dikenakan tindakan untuk mengemukan rayuan.
Rayuan ini perlulah diteliti dan dikaji dan sekiranya memenuhi segala apa yang dibincang dan
kadang kala dengan budi bicara majikan ianya boleh diterima. Rayuan ini adalah langkah
terakhir dalam prosedur dalam masalah salahlaku ini. TSP Numumwah Sdn. Bhd secara khasnya
boleh melakukan prosedur berikut kerana setiap prosedur yang dinyatakan adalah prosedur yang
sentiasa menjadi pilihan dalam menangani masalah salahlaku.

14
KESIMPULAN

Tugasan ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan tentang kontrak


perkhidmatan, kontrak untuk perkhidmatan, ujian untuk menentukan hubungan majikan-pekerja
dan juga salahlaku yang berlaku di dalam organisasi. Organisasi yang menjadi pilihan ialah TSP
Numumwah Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat bumiputera yang berlokasi di pantai timur. Tugasan
ini juga bertujuan untuk memberikan gambaran jelas bagaimana untuk menyelesaikan segala
permasalahan yang melibatkan salahlaku dan prosedur yang boleh dilakukan.

Setiap prosedur yang dinyatakan dalam tugasan ini bermula dengan pelaporan salahlaku
adalah amat sesuai dilakukan kerana ianya dapat memberikan jaminan kepada syarikat untuk
membuat tindakan yang sesuai dengan setiap salahlaku. Pelaporan perlulah diikuti dengan
siasatan supaya setiap laporan adalah dibuktikan kesahihannya dan untuk mengelakkan tindakan
tidak adil terhadap pekerja. setelah siasatan dilakukan bolehlah organisasi untuk memberikan
tindakan dan denda yang bersesuaian dengan salahlaku tersebut. Prosedur-prosedur ini mudah
dan juga amat sesuai dilaksanakan dalam mana-mana organisasi sekalipun

(Jumlah perkataan : 2880)

15
RUJUKAN

1. AKTA DAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI MALAYSIA , Kertas Kerja


Pengurusan Sumber Manusia (MTT 2703), http://sarjana.tripod.com/undang1.html

2. Akta Kerja 1955 (Bi), http://www.scribd.com/doc/16652626/Akta-Kerja-1955-Bi

3. Akta Kerja 1955 (Akta 265) & peraturan-peraturan dan perintah (Open Library),
http://openlibrary.org/books/OL4003427M/Akta_Kerja_1955_(Akta_265)_peraturan-
peraturan_dan_perintah

4. Contract for service definition, http://www.businessdictionary.com/definition/contract-


for-service.html

5. Contract of employment definition,


http://www.businessdictionary.com/definition/contract-of-employment.html

6. Contract of service definition, http://www.businessdictionary.com/definition/contract-of-


service.html

7. Dealing with Employee’s Misconduct, http://www.fsa.usda.gov/FSA/hrdapp?


area=home&subject=mgrs&topic=dem

8. Dealing with Employee Misconduct, http://www.www-misconduct.com/blog/

9. Disciplinary Procedure -Levels of Misconduct,


http://www.docstoc.com/docs/47794092/Disciplinary-Procedure--Levels-of-Misconduct

10. Garis Panduan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (akta 514).

11. Misconduct: Range of reasonable responses test is not wrong,


http://www.xperthr.co.uk/article/7531/misconduct--range-of-reasonable-responses-test-
is-not-wrong.aspx.

16
12. Policies & Procedures,
http://www.utmb.edu/Policies_And_Procedures/Employee_Related/PNP_051873

13. Policies and Procedures, http://policies.siuc.edu/policies/rmiscond.html

14. Service contract - definition of service contract by the Free Online Dictionary, Thesaurus
and Encyclopedia, http://www.thefreedictionary.com/service+contract

15. E-lear Payroll and HR Learning Solution, http://www.payroll-help.com/faq/difference-


contract-for-services/

17

You might also like