Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat (SMKJE) telah diberi nama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia kerana lokasi sekolah ini terletak di Jalan 4/10,Fasa 4 Tambahan,43650
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan dan didirikan di atas sebuah tapak seluas 9.3
ekar.Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 6
Januari 2003.

Pengetua sulung SMKJE, Datin Hajah Ramlah binti Abdul Rahman yang mula bertugas pada 1
Mei 2003 dan telah bersara pada 5 Jun 2007. Kekosongan jawatan sebagai pegetua sekolah telah
diisi oleh Puan Hajah Kamariah binti Abdul Rahman yang bermula pada 16 Jun 2007 hingga 20
Februari 2008. Kini,SMKJE diterajui oleh Puan Hajah Noorizan binti Mohemmed yang mula
bertugas pada 23 Februari 2009 hingga kini.
Pencapaian akademik

Keputusan PMR

ANALISIS PMR 2009

PENCAPAIAN PELAJAR MENGIKUT JUMLAH A

PENCAPAIAN BIL %
9A/8A 161 68.5
7A 7 3.0
7A1B 37 15.7
6A 9 3.8
5A 7 3.0
4A 5 2.1
3A 3 1.3
2A 3 1.3
1A 2 0.9
Tiada A 1 0.4
JUMLAH 235 100

Sebanyak 161 orang calon PMR 2009 telah berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan
tersebut manakala sebanyak 7 orang telah berjaya mendapat 7A.Peratus calon yang mendapat 7A
1B dan 6A ialah 19.5 peratus. Bilangan calon yang mendapat 5A ialah 7 orang.5 orang calon
mendapat 4A manakala bilangan calon yang mendapat 3A dan 2A adalah sama iaitu 3 orang.
Sebanyak 0.9 peratus telah diperoleh untuk pelajar yang mendapat 1A dan 0.4 peratus untuk
pelajar yang tidak memperoleh A dalam peperiksaan PMR 2009.
Penghargaan

Saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya menjalankan kerja khusus ini. Bantuan, dorongan, dan tunjuk ajar mereka telah
membolehkan saya menjalankan kerja khusus ini dengan jayanya.

 Pengetua

Sekalung budi kepada pengetua sekolah, iaitu Pn. Noorizan Bt. Mohammed kerana telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk melakukan Kerja Khusus Sejarah Pencapaian Sekolah

 Guru

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya, Pn. Ruhayu Arsat kerana
telah memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya sepanjang saya menjalankan kerja khusus
ini. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan cikgu, pasti saya tidak mampu untuk menyiapkan kerja
khusus ini.

 Ibu dan Bapa saya

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah saya, Juliza binti Mohd. Johar
dan Adzhar bin Mhd. Din kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang
saya menjalankan kerja khusus ini.

 Rakan sepasukan

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan sepasukan saya iaitu, Azmiera Azwa, Siti
Aisyah, Nur Athirah dan Anis Farahanie.
Keputusan SPM

ANALISIS SPM 2009

CALON CEMERLANG SPM 2009

PENCAPAIAN BILANGAN
12A 1
11A 2
10A 17

9A 19

Pencapaian yang paling cemerlang iaitu 12A dimiliki oleh 1 orang sahaja manakala bilangan
calon SPM 2009 yang mendapat 11A ialah 2 orang. Selain itu,jumlah calon yang mendapat
keputusan 10A ialah seramai 17 orang.Sebanyak 19 calon telah Berjaya mendapat 19A dalam
peperiksaan SPM 2009.
PERANCANGAN

Guru pk akademik dan guru-guru panitia pelajaran di SMK Jalan 4 membuat beberapa
perancangan untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut.Antara perancangannya ialah Program
puncak jaya

You might also like