Tuan Hussein Kedah Al-Banjari

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH

NAMA : ROHAYA BINTI RAMLI

NO. MATRIK : JEA 080117

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN


MUHAMMAD

SEM 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


TUAN HUSSEIN KEDAH AL-BANJARI

Tuan Hussein Kedah al-Banjari, atau nama sebenarnya Hussein bin Haji

Muhammad Nasir, tokoh ulama yang menjadi pengasas enam buah pondok termasuk

Madrasah al-Taufiqiah al-Khairiah (kemudian dikenali sebagai Pondok Pak Ya). Dengan

18 buah kitab karangannya, Tuan Hussein dikatakan ulama pondok yang paling banyak

mengarang kitab, khususnya di Kedah. Tuan Hussein lahir di Titi Gajah, Kedah pada 20

Jamadilawal 1280H (1863M). Sejak kecil, Tuan Hussein mendapat asuhan ibunya

Tengku Fatimah dan didikan agama daripada datuknya, Haji Mohd. Taib, seorang ulama

terkenal di Kedah yang mengasas pondok pengajian agama di Titi Gajah sekitar tahun

1870M.

Dalam lingkungan usianya 18 tahun, Tuan Hussein mendapat restu datuknya

untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Tuan Hussein berangkat ke Patani, negeri

yang terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu agama pada masa itu. Beliau menuntut

dengan beberapa orang ulama terkemuka termasuk Tuan Samela, yang pernah menjadi

guru datuknya, Haji Mohd Taib. Selepas itu, bagi mendalami ilmu dan meluaskan

pengalaman. Setelah setahun belajar di Acheh, beliau pulang ke Semenanjung dan

mendarat di Melaka. Kemudian menuju ke Perak melalui jalan darat. Di Perak, Tun

Hussein mengajar dan banyak menyelesaikan persoalan masyarakat berdasarkan hukum

syarak. Di sinilah beliau mula terkenal dengan panggilan ‘Tuan Hussein’.


Pada tahun 1924M, Tuan Hussein mengasaskan Pondok al-Taufiqiah al-Hidayah

di Batu 16, Padang Lumat. Beliau membangunkan pondok di Alor Ganung kerana

memenuhi permintaan masyarakat tempatan. Beberapa tahun kemudian, beliau berhijrah

dan mengasas pondok pengajian di Bohor pula. Dalam tahun 1912M, Tuan Hussein

berhijrah lagi untuk membangunkan pondok di Bagan Ulu, Pantai Merdeka. Selepas lebih

kurang tujuh tahun di Pantai Merdeka, barulah beliau membangunkan pondok di

Kampung Selengkoh, Sungai Limau (sekarang menjadi sekolah menengah agama dengan

penuntutnya melebihi 3,000 orang di pelbagai peringkat pengajian). Tuan Hussein

membuka pondok keenam di Pokok Sena iaitu Madarasah al-Khairiah al-Islamiah.

Prinsip Tuan Hussein membangunkan pondok ialah untuk mengembangkan ajaran

Islam dan memudahkan bagi orang yang ingin mempelajarinya. Dengan sebab itu, kalau

sudah didapati tempat itu telah ramai orang yang berpengetahuan agama maka ia akan

berpindah ke tempat lain. Dengan sebab kebanyakan orang tidak tahu membaca dan

menulis, maka dia akan berpindah ke tempat lain pula, begitulah seterusnya sehingga

akhir hayatnya.

Dalam kesibukkannya mengajar, Tuan Hussien sempat mengarang 18 buah kitab

tauhid, fekah dan tassawuf. Antara kitab-kitab karyanya ialah Hidayatul Sibyan,

Hidayatul Fatah, Majmu’ Al La’i, Hidayatul Asfal, Tamrin Al Sibyan, Allamiat wal Afiat,

Malaqis, Syar Al Akbar, Tafreh Al-Sibyan.


Falsafah yang terdapat dalam diri Tuan Hussien ialah mengenai ketegasan,

keberanian serta sikap suka berterus terang. Dalam kitab karanganya yang berjudul

Bidayat al- Talhim, Tuan Hussien ada mengatakan tiada ia takut membuat pekerjaan

Allah SWT itu akan cela daripada orang yang mencelakan. Maksudnya disini, beliau

tidak takut sesuatu yang dilakukannya atau yang diusahakan selama ini tidak menjadi

kenyataan daripada orang yang langsung tidak berusaha untuk berjaya. Beliau juga ada

menjelaskan bahawa setiap perkara yang mungkar dan dilarang oleh Allah SWT

hendaklah dijauhi. Maka beliau dengan berani menegur kemungkaran yang dilakukan

oleh orang bawahan mahupun orang atasan yang berjawatan tinggi. Sikap beliau yang

berani dan tegas itulah menyebabkan dan membuatkan orang ramai menyanjungi beliau.

Sebagai ulama dan pendakwah, prinsip hidup Tuan Hussein ialah berdakwah

secara bebas untuk membetulkan akidah dan cara hidup manusia supaya bertepatan

dengan kehendak Allah SWT. Dalam menjalankan peranan ini, beliau tidak

menghiraukan batasan politik. Setiap kemungkaran yang dilakukan dan dilihat akan

ditegur oleh Tuan Hussien tanpa mengira peringkat umur serta pangkat darjat.
Tuan Hussein sangat tegas dalam melaksanakan disiplin pondok. Beliau akan

memastikan anak-anak murid dan pengikut-pengikutnya tidak merokok, tidak menyanyi

dan tidak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Beliau memastikan murid-muridnya

sembahyang berjemaah dan menghadiri kuliah yang ditetapkan. Malahan beliau

menyusun kedudukan pondok-pondok lelaki, perempuan dan pondok-pondok kelamin

dengan kemas sekali supaya terhindar daripada pergaulan bebas lelaki perempuan. Semua

pelajar perempuan menutup aurat dan yang lelaki memakai kopiah putih. Tindakan

terakhirnya dalam memastikan tatatertib pondoknya berjalan baik dengan merotan

pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturannya.

Tuan Hussien pernah menolak jawatan menjadi mufti negeri Kedah yang

ditawarkan oleh Sultan Kedah. Jawatan itu ditolah kerana beliau khuatir tidak mampu

menjalankan tanggungjawab dengan adil, Tuan Hussein sebenarnya memilih hidup bebas

daripada terikat dengan jawatan rasmi. Dengan itu, Tuan Hussein menghabiskan usianya

dengan berdakwah secara lisan dan tulisan serta mengajar ilmu secara terbuka dan khusus

(buka pondok).
Kesimpulannya, Tuan Hussein bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan yang

tinggi tentang agama Islam tetapi juga seorang yang berani, tegas, berdisiplin, berterus

terang malahan seorang yang rendah diri. Jika dilihat dari segi ketinggian ilmu yang

diperolehinya, beliau mampu untuk menjawat jawatan mufti tersebut. Akan tetapi beliau

bukanlah seorang yang inginkan pangkat yang tinggi serta mengejar harta

kemewahan.dan keseronokkan di dunia semata-mata. Beliau lebih mementing

kebahagian di akhirat kelak.


BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Hassan Ahmad .1985 . Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

Hashim Musa. 2001. Falsafah , Logik , Teori Nilai dan Etika Melayu. Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya .

http://www.wikipedia.com

http://www.tokoh islam.com

You might also like