Professional Documents
Culture Documents
Bab 1
Bab 1
Konsep Mikroekonomi
Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian
terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam
ekonomi.
Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh individu,
firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan pendapatan individu
terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang terhadap penawaran firma.
Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori permintaan dan
penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.
Keluaran Negara
Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur
prestasi kegiatan ekonomi negara.
kadar pengangguran
Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif
mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana
mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.
Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) /
Tenaga Buruh Asal] x 100%
Guna Tenaga
Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam
mengeluarkan output negara.
Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang
mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna
Tenaga Asal] x 100%
Pengangguran
Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum
mendapat pekerjaan.
Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak
mendapatkan pekerjaan.
Punca-punca pengangguran:
Jumlah Penganggur
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak
mendapat pekerjaan.
Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang
mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta
orang.
Kadar Pengangguran
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat
pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh.
Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur
ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau
kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk
pengangguran geseran sahaja.
1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran
negara sentiasa meningkat.
2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi.
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku
secara menyeluruh dan berterusan.
Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan
dalam negara.
Punca-punca Inflasi:
1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh.
2. kenaikan kos pengeluaran.
Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan
aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan
perdagangan luar negara.
Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu
dengan negara lain dalam setahun.
Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll.
Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti
pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan
peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur
prestasi pembangunan negara.
KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah
negara mengikut harga tetap pada tahun asas.
Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru − KDNK benar tahun asal) / KDNK
benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan
pertambahan output dalam negara berkenaan) atau
Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru − KNK benar tahun asal) / KNK benar
tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk
pertambahan output di luar negara)
Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk
mengelakkan pengaruh kesan inflasi.
Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin
bertambah.
Pertumbuhan Kebajikan
1. Kenaikan taraf hidup masyarakat.
2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila
pertambahan Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk).
3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga
tetap pada tahun asas.
4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru − PPK benar tahun asal) / PPK
benar tahun asal] x 100%
Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan
1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan /
kenaikan taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin
melebihi peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik
tetapi turun.
2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran
(KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup
masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.
Showing newest posts with label Dasar Makroekonomi. Show older posts
o Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.
Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan
terkawal.
Kepentingannya:
Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur
pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.
Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu
meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi
mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.
Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan
kerajaan.
Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan
menambahkan perbelanjaan kerajaan.
Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk
mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan
agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi.
Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu
mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.
Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga,
kadar upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan
mengawal inflasi.
Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
dari segi penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi.
Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan
pelaburan yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi
meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi.
Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih
ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.
Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar
dan penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan
meningkatkan penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan
bertambah.