Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TARIKH TUTUP

PENYERTAAN
27 Mei 2011 (Jumaat)

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP MUAR BAKAT


BARU 2011

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA REGU :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

YURAN : RM 35.00 (SATU REGU)

BIL NAMA NO. KAD ALAMAT


PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA)

1.

2.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP MUAR BAKAT BARU 2011

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak


Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF)
yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


TERTUTUP MUAR BAKAT BARU 2011 dianjurkan oleh
LSXteam Bukit Mor.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari


Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang
Ketua Pengadil.

2.2 Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 28 dan 29hb Mei 2011 (sabtu
dan ahad) bertempat di Pusat Riadah Taman Bukit Mor Baru Parit
Jawa Muar.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka (OPEN COURT).

2.2.3 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada 27hb Mei 2011
(jumaat) di Balai Jawatankuasa Pertandingan Pusat Riadah Taman
Bukit Mor Baru Parit Jawa Muar , pada pukul 8.30 malam.

2.2.4 Pasukan pertama , ke12 dan ke36 yang mendaftar akan mendapat T-
Shirt Edisi Terhad Sepaktakraw LsXteam Percuma!.

2.2.5 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya


tiada wakil.

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati)

2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya


menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat
ke empat.
2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) Johan - RM 500.00 + Medal


ii) Naib Johan - RM 300.00 + Medal
iii) Ketiga - RM 200.00 + Medal
iv) Keempat - RM 100.00 + Medal

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia


sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus (jika ada)
dan 3 orang pemain serta 1 pemain simpanan.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM35.00.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR


YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH
TUTUP PENYERTAAN PADA 27hb Mei 2011 (JUMAAT)
AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6 PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGARA /


NEGERI /ATM / PDRM / MAKSAK BAGI TAHUN 2000
HINGGA KINI YANG TIDAK LAYAK DIDAFTARKAN
PENYERTAANNYA BAGI SETIAP REGU.

6.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi


peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK
MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN
DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

1.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30
minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali
tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang
mengambil bahagian.
3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu
perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan
serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak
mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang
telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar
daripada pertandingan.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit
sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam
keadaan apa sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan
bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang
cagaran bantahan sebanyak RM 100.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan
yang dibantah itu tamat.

3.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil
Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka
wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak
penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau
bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa
perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang,
syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan
diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima
umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur
Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Muar Bakat Baru adalah muktamad.

4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat


penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu
pasukan-pasukan yang bertanding.

5.0 Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1 Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh didapati dan dibuat di
Padang Riadah Taman Bukit Mor Baru setiap hari dari pukul 5.20 ptg hingga
7.00 ptg ATAU hubungi urusetia pertandingan (Nama seperti dibahagian
bawah).

5.2 Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari Website Lsxteam
dengan muat turun borang penyertaan. Sebarang pertanyaan bolehlah terus
menghubungi pihak urusetia pertandingan.

URUSETIA
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP MUAR BAKAT BARU 2011
Unit Sukan dan Rekreasi
LAGENDA SUKAN EXTREME
Cawangan Muar
84150 MUAR
013-6474207 (EN. AFHAM) Parit Jawa,
017-2002488 (EN. YAZRUL) Sungai Abong,
012-2704022 (EN. ALFIAN) Bakri,
012-7892314 (EN. ZAINI) Muar,

lsxteam@ovi.com

Website: www.lsxteam.webs.com

You might also like