Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SETIU

22100 SETIU

TERENGGANU DARUL IMAN

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DI KAMPUNG GONG BADAK, KUALA TERENGGANU

TERENGGANU DARUL IMAN

NAMA : MUHAMMAD AZLI BIN IBRAHIM

KELAS :3A

SEKOLAH : SMA SETIU, KG. PUTRA JAYA, 22100 SETIU, TERENGGANU

NAMA GURU : PUAN RAMLAH BINTI MOHAMMAD NOR

TARIKH HANTAR :

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU


2.0 SERNARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan

2) Pendahuluan

3) Objektif Kajian

4) Kawasan Kajian

5) Kaedah Kajian

6) Dapatan Kajian

7) Rumusan

8) Lampiran

9) Rujukan

10) Penilaian Umum


3.0 PENHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMA Setiu, En. Zakaria
Othman. Kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan Ramlah binti Mohammad Nor yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah
mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Muhd Nor Ali Falahi yang telah banyak membantu
saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Gong Badak yang
telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya
Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
4.0 PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Oleh
itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai
amalan kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai  pusat kitar semula
dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga
bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang
kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Konsep pencemaran alam sekitar

2) Jenis pencemaran alam sekitar

3) Punca pencemaran alam sekitar

4) Kesan pencemaran alam sekitar

5) Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

6) Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


6.0 KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Gong Badak yang terletak di Kuala Terengganu,
Terengganu. Ia terletak di sebelah utara daripada pusat Bandar Kuala Terengganu.

Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 25 km dari Bandar Kuala Terengganu dan kira-kira
15 km dari Pekan Batu Enam.

Kawasan Kampung Gong Badak mempunyai sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah
menengah iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Kompleks Gong Badak. Sek Keb Gong Badak mempunyai pelajar seramai 860 orang dan 60
orang guru. Sek Men Keb Kompleks Gong Badak pula mempunyai 1711 orang pelajar dan 88
orang guru. Kampung Gong Badak juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sisten
perhubungan dan pengangkutan yang baik.

Kampung Gong Badak mempunyai tanah yang subur dan rata. Ini menggalakkan sebahagian
besar penduduk terlibat dalam aktiviti perkilangan dan sesetengah penduduk terlibat dalam
aktiviti perniagaan, guru dan pekerja swasta.

Jumlah tambang bas daripada Pekan Batu Enam hingga Kampung Gong Badak ialah RM1.00
untuk perjalanan pergi dan balik dan ia memakan masa lebih kurang 20 minit.
6.1 Peta Kajian

Peta Daerah Kuala Terengganu

You might also like