Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bahasa Kolokial

 Bahasa yang bersifat percakapan ataupun basahan. Bahasa ini ialah bahasa pertuturan
sehari-hari. Bahasa ini mungkin tidak mementingkan unsure tatabahasa kerana yang
dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan
dalam tulisan ataupun ucapan rasmi. Bentuknya pila sering dipengaruhi oleh dialek dan
slanga daaerah.
 Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
 Za’ba mengelarkan bahasa ini sebagai ‘bahasa cakap mulut’.
 Merupakan bahasa pertuturan harian lam konteks tidak rasmi.
 Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan.

a) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa.

Bahasa baku Bahasa basahan

Mengapa Kenapa
Bagaimana Macam mana
Sedang Tengah

b) Bentuk kependekkan

Bahasa baku Bahasa basahan

Hendak Nak
Tidak Tak
Sudah Dah
c) Perubahan bunyi

Bahasa baku Bahasa basahan

Ambil Ambik
Kecil Kecik
Pula Pulak

Ciri-ciri bahasa basahan

a) Cara penyampaian
~ disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat secara terus antara dua penutur atau
lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas
dan tidak mengikut ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

b) Mewujudkan kemesraan
~ penggunaan bahasa kolokial boleh mewujudkan kemesraan dengan menggunakan
penanda-penanda mesra. Antara penanda mesra adalah penggunaan singkatan pada
nama dan kata-kata tertentu seperti ‘kan’ dan ‘dah’.

c) Penggunaan dialek
~ dalam bahasa kolokial, wujud penggunaan dialek apabila petutur dan pendengar
datang dari tempat yang sama.

d) Penggunaan bahasa
~ penggunaan tatabahasa yang gramatis tidak dipentingkan.
~ sering memendekkan kata serta mengugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam
ayat.
~ imbuhan-imbuhan sering ditinggalkan sebaliknya diganti dengan unsur-unsur
isyarat dan gerak-geri yang difahami oleh pendengar.

e) Pencampuran kod
~ pelbagai kod sering digunakan dalam bahasa ini.
~ penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

f) Bahan yang diperkatakan


~ tajuk perbualan yang berkisar kepada perkara-perkara ringan serta mudah difahami.
~ keadaan ini wujud kerana mereka sering berjumpa dan telah wujud kemesraan.

You might also like