Free Mason

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Freemason

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Lambang Freemason.

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur
antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam
berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak
sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland
sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.[1][2] Pertubuhan Freemason
yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik
yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung
(Supreme Being).[3]

Isi kandungan
[sorok]
 1 Asal-usul
o 1.1 Kultus kuno
o 1.2 Kesatria Templar
o 1.3 Persatuan tukang batu
 2 Sejarah
 3 Struktur organisasi
 4 Prinsip dan aktiviti utama
 5 Gerakan Freemason
o 5.1 Freemason di Amerika Syarikat
o 5.2 Freemason di Iraq
o 5.3 Freemason di Malaysia
 6 Tentangan dan kritikan terhadap Freemason
o 6.1 Islam dan Freemason
o 6.2 Kristian dan Freemason
 7 Rujukan

[sunting] Asal-usul
[sunting] Kultus kuno

Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang
mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang
mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta
Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar


umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem
pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff
yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. [4] [5]

[sunting] Kesatria Templar

Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut
legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan
bangunan Haikal Sulaiman. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya
sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar
dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul
kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.

Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted
Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah
berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja
Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom.
Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat
tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal
Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan
dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di
bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja
menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris. [6]

[sunting] Persatuan tukang batu

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang


daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau
tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah.
Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua
jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan
rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang
lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan
hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian
disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka,
golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan
pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan
tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

[sunting] Sejarah
Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun
ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah
ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang
keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7]
Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam
buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16
Oktober 1646.[8]

Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan
terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi
persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi
bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang
Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua
manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which
all men agree… that is, to be Good Men and True).

Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga
berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

[sunting] Struktur organisasi


Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason
di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal
Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung
kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.

Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau
piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan
dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh
yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan
pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod
perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan
tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa
dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.

[sunting] Prinsip dan aktiviti utama


Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli
Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami
oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan
ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang
mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama
ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja
amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara
pokok.

[sunting] Gerakan Freemason


[sunting] Freemason di Amerika Syarikat

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April
1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan
Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William
Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip
Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[9]

Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah
Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah
ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di
Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih
kurang 136,000 ahli.[10]

[sunting] Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah
bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang
Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi,
dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah
republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik
balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan
Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan
hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip
Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan
Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika
Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun
2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New
York (Grand Lodge of New York).

[sunting] Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding
jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli
Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali
senyap dalam persidangan UMNO[perlu petikan].

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah
(District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[11] DGLME secara rasmi bermula
di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal
kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong
Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah
Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun
tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

 Singapura: 3 loji
 Kuala Lumpur: 3 loji
 Pulau Pinang: 1 loji
 lpoh: 1 loji
 Kuantan: 1 loji
 Kuching: 2 loji
 Port Dickson: 1 loji
 Port Klang: 1 loji
 Taiping: 1 loji
 Kota Kinabalu: 1 loji
 Bangkok: 3 loji
 Pattaya: 1 loji

[sunting] Tentangan dan kritikan terhadap Freemason


[sunting] Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil
kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [12] [13] [14] [15]di bawah
runtuhan Masjid Al-Aqsa[16], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq,
Jordan, Mesir[17] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa
dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam
bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki
era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi,
Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti
membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk
disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi
Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[18] Lantaran orang Islam bersikap anti-
Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan
Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang
dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal
bermata satu. [19][20]

[sunting] Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk


mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja


Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah
sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus
yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII
pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890.
Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan
Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan
daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk.
Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada
Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun
perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI)
bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak
selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan
mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli
Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja
Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan
dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang
dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia
yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.[21]

[sunting] Rujukan

You might also like