Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

REFLEKSI

Tugasan yang dilaksanakan dalam RBT3105 Kaedah Mengajar Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah pada semester 3 ini amat memberikan input yang berguna
dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Topik pembelajaran yang
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah Elektrik dan Elektronik.

Maka dengan itu, saya memulakan langkah pertama dengan mencari sumber
maklumat mengenai tajuk jahitan di pusat sumber dan internet. Saya juga ada
merujuk kepada sahabat yang lebih senior dalam membuat RPH agar saya dan ahli
kumpulan yang lain dapat memahami kehendah sebenar dalam melaksanakan RPH.

Tidak cukup dengan mengumpul bahan, pada sebelum cuti pertengahan


semester, saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama
seminggu. Masa seminggu yang diberikan di sekolah memberi peluang kepada saya
untuk bertanya dan mengumpul maklumat daripada guru-guru yang mengajar subjek
Kemahiran Hidup. Masa yang terluang semasa mengikuti PBS juga digunakan untuk
melihat bagaimana seorang guru KH mengajar topik elektronik di dalam kelas. Ini
merupakan input yang baik untuk saya melakukan persembahan multimedia
mengenai tugasan yang dilakukan.

Setelah selesai rph, saya dan ahli kumpulan mula melaksanakan multimedia
serta alat bahan bantu mengajar bagi melengkapkan tugasan yang dilaksanakan ini.
Sesuai dengan subtopiknya iaitu komponen elektronik, saya dan ahli kumpulan telah
membahagikan tugas supaya langkah kerja dapat dijalankan dengan sistematik dan
teratur. Dalam tugas yang dibahagikan, saya perlu membuat bahan multimedia
komponen elektonik. Dalam bahan multimedia tersebut, saya memasukkan tentang
nama-nama alatan dan bahan yang umum digunakan dalam elektronik

Di akhir sekali pada minggu terakhir, saya telah menyemak semula semua
perkembangan tugasan yang telah dibuat. Dan alhamdullilah, perjalanan tugasan
berjalan dengan baik dan sekaligus, saya dan rakan-rakan telah mendapat
pengalaman dan input yang sangat berguna dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran ini kelak.

You might also like