Professional Documents
Culture Documents
Pembiayaan Dalam Islam
Pembiayaan Dalam Islam
PENDAHULUAN
Kesedaran orang ramai mengenai sistem ekonomi dan kewangan Islam telah
mendorong para ilmuan Islam untuk meneroka kembali khazanah keilmuan mereka
yang menjadi warisan umat Islam. Para ulama juga telah menyusun kembali serta
mengubah-suai bentuk-bentuk instrumen yang didapati daripada kitab-kitab turath.
Mungkin kita tidak akan dapati mudarabat dalam bentuk asalnya sebagaimana yang
terdapat dalam kitab-kitab fiqh turath berikutan ubah-suai daripada para ulama
sekarang untuk menyesuaikan sesuatu produk tersebut dengan zaman sekarang. Walau
bagaimanapun tindakan mereka masih dalambatas-batas syariat.
Fungsi asas bagi sesebuah bank ialah menerima simpanan (deposit). Selain menerima
dan mengumpul deposit, pihak bank juga akan melaburkan deposit yang diterimanya
untuk mendapatkan keuntungan. Salah satu daripadanya ialah menerusi pinjaman atau
pembiayaan samada pembiayaan ekuiti mahupun pembiayaan hutang.
Skop perbincangan
Pembiayaan dalam sistem bank cukup luas. Ia terdiri daripada pembiayaan ekuiti dan
pembiayaan hutang. Pembiayaan hutang pula boleh dibahagikan kepada pembiayaan
dagangan seperti jaminan surat kredit, pembiayaan pemilikan harta dan sebagainya.
Dalam artikel ini, penulis akan cuba mengecilkan skop perbincangannya kepada
pembiayaan berjangka. Pembiayaan berjangka pula terbahagi kepada beberapa
bahagian seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan pemilikan harta. Walau
bagaimanapun penulis hanya akan mengkhususkan kepada pembiayaan perumahan
dan kenderaan.
Produk pembiayaan bagi rumah kediaman dan kenderaan banyak ditawarkan di bank-
bank samada melalui skim perbankan Islam mahupun konvensional. Antaranya ialah
Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Maybank, CIMB dan sebagainya.
Untuk kajian kes, penulis akan memberikan tumpuan kepada pembiayaan perumahan
dan kenderaan yang ditawarkan di Bank Rakyat (skim perbankan Islam) dan Maybank
(konvensional). Pilihan ini dibaut berdasarkan cadangan penulis sendiri dengan
persetujuan daripada Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir. Kertas kerja ini dibahagikan
kepada 3 bahagian.
Dalam bahagian kedua pula, penulis memberi tumpuan kepada gambaran dan bentuk
pelaksanaan yang diamalkan di Bank Rakyat dan Maybank. Penulis juga akan
mengemukakan pandangan Syarak terhadap amalan pembiayaan di kedua-dua buah
bank tersebut.
Seterusnya dalam bahagian ketiga dan terakhir akan diterangkan beberapa persoalan
semasa yang ditimbulkan oleh Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir untuk dibincangkan
bersama.
BAB 1
Konsep pembiayaan dalam Islam telah pun bermula sejak zaman Saidina Umar lagi.
Pada masa itu, seorang sahabat telah meminjam daripada Baitulmal sejumlah wang
untuk berniaga lalu diizinkan oleh Saidina Umar. Sahabat tersebut telah membeli
barangan lalu berniaga dan memperolehi untung yang banyak. Beliau kemudiannya
telah membayar balik wang yang dipinjamnya daripada Baitulmal.
Sementara dalam kisah kedua pula, Abdullah dan Ubaidillah (anak-anak Saidina Umar )
selepas menamatkan ekspedisi ketenteraan di Iraq pergi ke Basrah untuk berjumpa
dengan Abu Musa al-ashcariy, gabenor Basrah. Sebelum Abdullah dan Ubaidillah
berlepas pulang ke Madinah, Abu Musa ingin mengirimkan harta untuk dihantar ke
perbendaharaan negara dan mencadangkan kepada mereka berdua supaya
memperniagakannya di Madinah. Abdullah dan Ubaidillah kemudiannya membawa harta
tersebut pulang ke Madinah lalu berniaga menggunakan modal daripada harta tersebut.
Setelah mendapat untung yang banyak, mereka pergi berjumpa dengan Saidina Umar
untuk menyerahkan harta tersebut kepada perbendaharaan negara. Pada mulanya
Saidina Umar cukup marah kerana mereka seolah-olah menggunakan kedudukan
mereka sebagai anak khalifah untuk memperoleh dan menggunakan harta tersebut
sebagai modal berniaga. Setelah berlaku perbincangan dan perdebatan dengan anak-
anak beliau, Saidina Umar akhirnya bersetuju dengan perbuatan tersebut setelah
Ubaidillah menawarkan untuk memberikan sedikit keuntungan kepada Baitulmal.[1]
Daripada dua kisah di atas, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa konsep
pembiayaan sebenarnya telah bermula sejak dahulu lagi. Dalam contoh pertama,
sahabat tersebut telah membayar balik hutangnya tanpa disyaratkan bayaran lebihan
sementara dalam contoh kedua Saidina Umar reda dengan perbuatan anaknya setelah
Ubaidillah menawarkan untuk memberikan sedikit keuntungan yang dipeolehi kepada
Baitulmal. Saidina Umar pada mulanya tidak bersetuju disebabkan beliau merasakan
bahawa anak-anaknya telah menggunakan kedudukan mereka sebagai anak khalifah
utnuk membawa dan menggunakan harta Baitulmal untuk berniaga.
Pembiayaan dalam sistem bank dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembiayaan
hutang dan pembiayaan ekuiti. Kedua-dua bentuk pembiayaan ini adalah sama perlu
dalam mengembangkan sistem perbankan. Ini kerana terdapat sesetengah ahli
masyarakat yang berhajat kepada pembiayaan ekuiti dan ada yang inginkan
pembiayaan hutang.
Sementara al-musyarakah dari segi bahasa bererti percampuran sama ada bercampur
sekutu atau harta[5]. Dari segi istilah, ia bermaksud kontrak perkongsian antara dua
pihak atau lebih yang sama-sama berkongsi harta atau usaha dengan sama-sama
berkongsi keuntungan atau kerugian di antara mereka.[6]Contohnya 2 orang sahabat
yang sama-sama mengeluarkan modal dan sama-sama berusaha untuk membuka dan
menjalankan sesuatu pekerjaan. Mereka akan sama-sama menanggung segala risiko
sama ada kerugian atau keuntungan. Konsep ini dinamakan musyarakah atau syirkah.
Konsep ini telah pun wujud pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pada masa itu,
penduduk Quraisy telah menjadikannya sebagai satu perkara kebiasaan dan hal ini
telah diketahui dan dipersetujui oleh nabi sendiri.[7]
Dalam sistem bank pada hari ini, konsep al-musyarakah diamalkan dalam pembiayaan
projek. Pembiayaan al-musyarakah dapat dijelaskan seperti berikut:[8]
1) bank dan pelanggan menjalankan satu usahasama bagi projek yang dicadangkan
oleh pelanggan dimana kedua belah pihak memeberikan sumbangan modal.
2) bank menawarkan pembiayaan sama ada atas dasar perkongsian atau pun melalui
penubuhan syarikat usahasama
3) projek diuruskan oleh pengusaha dan bank dibenarkan untuk campur tangan dalam
urusan projek tersebut
4) pembahagian perkongsian keuntungan adalah mengikut nisbah atau peratusan yang
dipersetujui
5) pembahagian perkongsian ke atas kerugian pula mengikut nisbah sumbangan
masing-masing
2) al-mudarabah
Al-mudarabah merupakan kontrak pelaburan yang telah lama diamalkan oleh
masyarakat Arab sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pada masa itu,
golongan kaya biasanya memberikan kepercayaan untuk membawa barangan
dagangan kepada mereka yang dipercayainya. Nabi kita juga pernah membawa barang
dagangan milik Khadijah Khuwailid ke Syam untuk diniagakan. Ringkasnya, amalan ini
cukup masyhur diamalkan dan diiktiraf oleh Islam.
Dari sudut bahasa, al-mudarabat mempunyai pelbagai makna. Antaranya ialah berjalan
dan berkelana. Ia juga bermaksud mengusahakan sesuatu. Akad atau kontrak ini juga
dipanggil al-muqaradah atau qirad. Dari segi istlilah, ia bermaksud suatu kontrak
usahasama yang melibatkan 2 pihak. Pihak yang pertama menyumbangkan modal dan
pihak kedua mengeluarkan usaha.[9]Mereka akan sama-sama berkongsi keuntungan
dan kerugian. Contohnya A yang memberi modal kepada B untuk membuka
perniagaannya melalui akad al-mudarabah. Sekiranya untung, keuntungan tersebut
akan dibahagikan di antara mereka berdua. Jika rugi, si A akan kehilangan modalnya
dan si B akan habis dari sudut tenaga dan usahanya.
Konsep al-mudarabah diamalkan oleh bank di bawah skim pembiayaan projek. Ia dapat
dijelaskan seperti berikut:[10]
1) bank membiayai keseluruhan modal bagi projek yang dicadangkan oleh pelanggan
untuk satu tempoh yang ditetapkan
2) pelanggan yang menerima pembiayaan merupakan pengusaha (mudarib) projek
manakala bank adalah pemilik modal (rab al-mal)
3) pengusaha atau pelanggan akan menguruskan projek yang dibiayai oleh bank tanpa
campur tangan pelanggan.
4) Segala kerugian kewangan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak bank kecuali jika
kerugian tersebut berpunca daripada kecuaian manusia.
Ringkasnya, pembiayaan ekuiti dalam sistem perbankan Islam masih lagi belum meluas
penggunaannya sama ada al-musyarakah atau al-mudarabah.
1) bayc al-murabahah
al-murabahah tergolong dalam kategori jenis kontrak buyuc al-amanah. Ini kerana
penjual disyaratkan ketika menjual sesuatu barangan terlebih dahulu menyatakan kos
barangan yang dibelinya sebelum menentukan sesuatu harga jualan.[11]
Dari segi bahasa, al-murabahah bererti pertambahan dan kenaikan dalam perniagaan.
Ia juga bermaksud pertambahan ke atas harga modal sesuatu barangan. Sementara
dari segi istilah pula, al-Sarakhsiy menakrifkannya sebagai jualan dengan keuntungan
yang diketahui.[12] al-Kasani pula menakrifkannya sebagai jualan dengan harga
pertama bersama pertambahan ke atas modal.[13]
Ciri-ciri utama jualan ini ialah penjual menyebut kepada pembeli kos harga barangan
itu dan menjualkannya dengan jumlah keuntungan yang akan diperolehinya.
Keuntungan yang dipersetujui boleh ditentukan sama ada dalam bentuk peratusan
tertentu atau sebagainya.[14] Contoh jualan al-murabahah ialah seperti penjual hendak
menjual sesuatu barangan kepada pelanggan dan berkata kepadanya, barang ini aku
beli dengan harga RM100 dan aku hendak menjualnya kepada kamu dengan harga
RM120. Jika pelanggan bersetuju dengan harga tersebut maka termeterailah akad jual
beli tersebut berdasakan al-murabahah[15]. Al-murabahah mempunyai beebrapa
syarat khusus baginya:[16]
1) penjual hendaklah menyatakan kos sebenar bagi barangan yang hendak dijual itu
kepada pembeli
2) penjual dan pembeli bersetuju mengenai kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai
tambahan ke atas modal
3) sekiranya berlaku kekecohan dalam menentukan kadar sebenar kos atau modal
barangan itu, pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut dan terbubarlah jual beli al-
murabahah
4) barangan dan harga jualan itu bukanlah barangan ribawiy yang ditegah pertukakan
jual belinya
5) jika barangan yang hendak dijual beli secara murabahah itu telah dibeli daripada
pihak lain, jual beli pertama hendaklah sah
Aplikasi daripada konsep ini ialah surat kredit yang berdasarkan prinsip al-murabahah.
Ia dapat dijelaskan seperti berikut:[17]
a) pelanggan memberitahu bank tentang butir-butir barangan yang hendak dibeli atau
diimport dan syarat-syarat pengeluaran surat kredit
b) bank bersetuju membeli barangan tesebut dan kemudian menjualkannya kepada
pelanggan berdasarkan jualan dengan prinsip jualan dengan tambahan untung
c) bank mengeluarkan surat kredit kepada pelanggan. Setelah menerima makluman
mengenai surat kredit daripada bank pembekal, bank akan menjelaskan bayaran
dengan wang sendri
d) bank kemudian menjula barangan tersebut kepada pelanggan dengan tambahan
untung. Pelanggan akan membuat bayaran tunai atau ansuran kepada bank.
e) bank mengenakan upah atas perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan juga akan
membayar perbelanjaan mengurus yang berkaitan degan pengeluaran surat kredit
berkenaan
Bayc al-salam
Al-salam atau al-salaf merupakan dua perkataan yang membawa makna yang sama.
Perkataan al-salam digunakan oleh penduduk Hijaz dan perkataan al-salaf pula
digunakan oleh penduduk Iraq[19]. Ia bermaksud menjual sesuatu yang disebut dan
maklum tentang sifat-sifatnya dalam keadaan penyerahan ditangguhkan tetapi
harganya dijelaskan pada masa akad dilakukan.[20] Sesetengah pula menakrifkannya
sebagai membeli sesuatu yang bertangguh dengan harga yang dibayar pada masa akad
dilakukan.[21]
Sewaaan (al-ijarah)
Dari segi bahasa, al-ijarah bermaksud pembalasan di atas kerja atau pahala[22].
Manakala dari segi istilah pula, al-ijarah bermaksud akad yang dilakukan ke atas
sesuatu yang berharga dan bermanfaat dengan bayaran tertentu. Ia merupakan
sebagai gantian kepada manfaat iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan
sesuatu. Contohnya sewaan yang dilakukan terhadap tanah pertanian atau rumah
kediaman.
Dalam konteks bank pada hari ini, ia adalah kontrak dimana bank atau institusi
kewangan memajakkan peralatan atau bangunannya kepada pelanggan dengan
dikenakan sejumlah harga yang tetap. Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia,
Bank Rakyat khususnya menggabungkan konsep al-ijarah ini dengan konsep jualan
yang dinamakan sebagai al-ijarah thumma al-bayc. Konsep ini digunakan secara
meluas terhadap pembiayaaan kenderaan dan pemilikan harta benda seperti komputer,
mesin basuh dan sebagainya. Namun secara praktikalnya, pembiayaan pemilikan harta
seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya tidak begitu popular dan meluas
penggunaannya disebabkan pelanggan lebih suka membeli barangan tersebut secara
tunai.
Contoh instrumen kewangan Islam yang menggunakan prisip ini ialah Sijil Pelaburan
Kerajaan. Melalui produk ini, kerajaan akan mengeluarkan siji pelaburan yang akan
dijual kepada orang ramai. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, kerajaan akan
membeli balik sijil tersebut dengan harga yang dijual. Walau bagaimanapun , kerajaan
di atas budi bicaranya boleh memberikan sedikit bayaran lebihan tambahan sebagai
saguhati kepada mereka. Sijil Pelaburan Kerajaan pernah diterbitkan pada awal tahun
80an dahulu semasa penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful
Islam.
Bayc al-istisnac
Bayc al-istisnacmerupakan kontrak jualan antara pembeli dan pembuat barang. Dalam
kontrak ini, pembuat barangan menerima pesanan daripada pembeli. Pembuat barang
lalu berusaha melalui orang lain untuk membuat atau membeli barang menurut sifat
dan spesifikasi yang dipersetujui dan menjualnya kepada pembeli. Kedua belah pihak
telah sepakat ke atas harga dan jenis barangan[24]
Pada asasnya produk ini berasaskan konsep perbankan bayc bi thaman ajil (BBA).
Konsep BBA ini seara umumnya sama dengan murabahah, kecuali BBA untuk
pembiayaan bagi tempoh yang lebih panjang, biasanya melebihi 12 bulan. BBA
membolehkan pembelian sesuatu barangan dengan bayaran ditangguhkan sehingga ke
suatu masa yang ditetapkan dengan bayaran secara beransur-ansur[27]
Pembiayaan ini melibatkan prosedur berikut:[28]
1) bank akan membeli asset yang dikehendaki oleh pelanggan
2) bank kemudiannya menjual asset tersebut kepada pelanggan pada harga yang
meliputi kos asal aset( harga belian yang telah dibayar oleh bank) dan tambahan
untung bagi bank
3) pelanggan bersetuju membeli aset tersebut dan membuat pembayaran secara
ansuran selama tempoh masa yang ditetapkan
Walau bagaimanapun jika dalam tempoh 10 tahun(120 bulan), Encik Ahmad sudah
membayar RM120,000 dan beliau sudah bersedia untuk membayar sepenuhnya
keseluruhan baki yang tinggal, persoalannya adakah Encik Ahmad dikehendaki
membayar sebanyak RM60,000? Dalam masalah ini, prinsip kewangan Islam
membenarkan pihak yang memberikan pembiayaan untuk memberi rebate kepada
pelanggan untuk mengurangkan jumlah yang harus dibayar balik.
Berdasarkan contoh di atas, Bank Rakyat akan memberi rebate kepada Encik Ahmad
secara ibra’. Berdasarkan kaedah ibra’ (rebate) Encik Ahmad diberi pelepasan hutang
dan beliau tidak perlu membayar apa-apa lagi. Kaedah ini berbeza dengan Bank Islam
Malaysia Berhad yang memberi rebate secara muqassah. Dalam kaedah muqassah
sekiranya Bank Islam menganggap bahawa margin keuntungan yang munasabah
selepas 10 tahun ialah RM50,000, muqassah yang diberi kepada Encik Ahmad ialah
sebanyak RM30,000, dikira seperti berikut:[29]
2.2 skim pembiayaan kenderaan kakitangan kerajaan (car hire purchase financing)
Produk ini disediakan untuk kakitangan kerajaan termasuk kakitangan kerajaan negeri,
anak syarikat kerajaan dan badan berkanun yang telah berkhidmat selama 12 bulan.
Skim ini berdasarkan konsep al-ijarah thumma al-bayc (AITAB). Konsep ini merujuk
kepada 2 kontrak yang ditandatangani secara berasingan dan berturutan iaitu:[30]
1) kontrak al-ijarah (sewa)
2) kontrak al-bayc (beli)
Dalam konsep AITAB, bank akan membelikan kenderaan yang ingin disewa oleh
pelanggan. Bank kemudian menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan pada
kadar dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua pihak. Seterusnya jika pelanggan
bersetuju membeli kenderaan tersebut maka prinsip atau konsep yang digunakan ialah
AITAB yang melibatkan 2 kontrak berasingan iaitu sewa dan jual beli. Pelanggan diberi
pilihan untuk membeli kenderaan yang disewa pada nilai nominal. Pada teorinya, harga
belian adalah sama dengan jumlah bayaran sewa yang diterima oeleh bank dalam
tempoh sewaan.[31] Pada harga sewaan yang terahir, pelanggan akan melakukan akad
jual beli kereta tersebut pada harga sewa yang terakhir. Pelaksanaan AITAB dapat
diterangkan dalam contoh berikut:[32]
Contoh 2 : andaikan selepas 3 tahun, penyewa ingin menamatkan kontrak sewa dan
mahu membeli kenderaan tersebut.
Harga belian kenderaan tersebut ialah perbezaan di antara jumlah sewa untuk 4 tahun
dan jumlah sewa yang telah dibayar selama 3 tahun (RM800 x 36 bulan )
RM38,400 – RM28,800 = RM9,600
Selain itu, pihak bank juga harus memastikan bahawa penyata bulanan mestilah
sampai ke tangan penyewa. Penyata tersebut mengandungi butiran-butiran penting
seperti jumlah sewaan yang telah dibayar dan sebagainya. Sekiranya penyewa gagal
membayar sewa lebih daripada 3 bulan dan penyewa telah menerima penyata bulanan
serta surat amaran daripada pihak bank, bank akan mengenakan denda terhadap
penyewa sebanyak 1% daripada bayaran tertunggak. Denda ini dipanggil tacwid. Denda
yang dikenakan kepada penyewa yang lambat membayar ini telah dipersetujui dan
diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat.[33]
Sementara itu, Bank Islam telah menawarkan produk yang berbeza dalam pembiayaan
kenderaan. Skim pembiayaan kenderaan di Bank Islam dbibuat berdasarkan konsep
BBA ( al-bayc bi thamn ajil)
2.3 Pandangan Syarak terhadap produk pembiayaan Bank Rakyat
Asasnya setiap bank yang menjalankan urusniaga inginkan keuntungan. Namun
keuntungan dan usaha yang telah dilakukan ini hendaklah berdasarkan kepada prinsip-
prinsip Syarak seperti bebas daripada unsur riba, penipuan, penindasan dan
sebagainya.
Selain itu, Islam juga pada asasnya tidak menetapkan sebarang had keungungan yang
boleh diambil. Terdapat dalam sebuah hadis bagaimana seorang sahabat mengadu
kepada nabi tentang kenaikan harga barangan di pasar Madinah. Sahabat tersebut
meminta kepada nabi sebagai ketua negara menentukan harga di pasar. Nabi menolak
cadangan itu dan mengatakan bahawa Allah S.W.T yang akan menentukan harga di
pasar Madinah.
Dalam contoh yang lain pula, nabi telah memerintahkan sahabatnya yang bernama
cUrwah supaya membeli seekor kambing dan memberikannya wang sebanyak 1 dinar.
cUrwah telah pergi ke kampung badwi dan membeli 2 ekor kambing dengan wang 1
dinar tersebut kerana harga jualan kambing di kawasan kampung agak murah. cUrwah
kemudiannya membawa kedua-dua ekor kambing tersebut ke Madinah dan menjual
seekor daripadanya dengan harga 1 dinar. Beliau telah mengambil untung sebanyak
100%. Perbuatan ini diketahui oleh nabi dan baginda tidak melarang perbuatan itu.
Ini menunujukkan kepada kita bahawa walaupun harga jualan rumah yang ditawarkan
di Bank Rakyat agak tinggi namun pada asasnya ia tidaklah menyalahi syarak
Maybank
2.4 Pembiayaan Perumahan Rumahku (housing loan)
Pembiayaan ini bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan perumahan kepada
pelanggan untuk membina atau membaiki serta mengubah-suai rumah mereka. Selain
rumah, skim ini juga boleh digunakan untuk pembiayaan rumah kedai, pangsapuri dan
kondominium. Melalui skim ini, pihak bank akan membiayai rumah atau kediaman yang
ingin dimiliki oleh pelanggan sehingga 90%. Pelanggan dikehendaki membayar balik
pinjaman perumahan ini dengan kadar faedah bagi tahun pertama sebanyak 2.5%
tidak termasuk BLR ( kadar asas pinjaman).[34]
Contohnya pembiayaan perumahan yang dibuat berdasarkan konsep BBA, bank akan
membeli rumah kediaman yang ingin dimiliki oleh pelanggan dengan harga katakan
RM100,000 dan setersunya bank akan menjual kembali rumah tersebut dengan haga
RM180,000. Lebihan RM80,000 tersebut ialah margin keuntungan yang bakal diperolehi
oleh bank.
Pada asasnya, amalan penentuan margin keuntungan khasnya BBA dipengaruhi oleh
kadar faedah pasaran. Ini kerana perbankan Islam menggunakan Kadar Faedah Antara
Bank (KLIBOR: Kuala Lumpur Interbank Offer Rate) sebagai penunjuk aras polisi
penetapan harga jualan BBA.[39] Bank Islam khasnya menggunakan KLIBOR kerana
belum ada Interbank Offer Rate Islam yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Oleh itu ,
Bank Islam terpaksa menggunakan KLIBOR sebagai penunjuk aras supaya kadar
keuntungan adalah kompetitif dalam suasana dwi-sistem.
Selain itu, pembiayaan hutang di Bank Rakyat juga ditentukan berdasarkan kepada
Kadar Asas Pinjaman (BLR).[40] Kadar ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia
dan ianya berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi Malaysia.
3.2 kos pengurusan bagi sesuatu produk serta perbandingannya dengan zakat
Di antara golongan yang layak menerima zakat ialah para pemungut zakat (camilin
calaiha). Golongan ini terdiri daripada amil yang dilantik oleh kerajaan seperti imam,
kerani, jurutulis, penjaga stor dan sebagainya yang dilantik dalam menguruskan zakat
Para pemungut zakat dibayar upah daripada hasil zakat tanpa mengira kedudukan
kewangan mereka. Ia merupakan gaji yang dibayar kerana kerja mereka yang
berkaitan dengan zakat. Setiap daripada mereka akan menerima gaji yang akan
ditentukan berdasarkan jenis pekerjaan dan tahap tanggungjawab mereka, sama
seperti yang diamalkan dalam jabatan-jabatan kerajaan.[41]
Menurut satu mazhab, para pemungut zakat harus dibayar upah bagi khidmat mereka
tetapi jumlah keseluruhannya tidak melebihi 5 % daripada hasil zakat. Sementara
menurut pendapat ulama lain, jumlah bayaran zakat boleh dinaikkan sehinggan ¾
daripada hasil zakat. Sementara pendapat yang lain pula tidak menyatakan sebarang
had maksimum sebagai bayaran kepada pemungut zakat.
Sementara kos pengurusan bagi sesuatu produk atau instrumen kewangan Islam pula,
kita tidak mempunyai nilaian yang tepat disebabkan kos yang berbeza mengikut setipa
instrumen tersebut. Selain itu, belanja perkhidmatan dan surat-menyurat juga dikira
sebagai kos pengurusan yang mesti dibayar oleh pelanggan. Contohnya dalam skim
pembiayaan perumahan manzili, segala perbelanjaan yang terhasil daripadanya akan
ditanggung oleh pelanggan. Kos ini berbeza mengikut produk yang berbeza. Yang pasti,
belanja pengurusan sesuatu produk haruslah tidak melebihi hasil dan keuntungan yang
diperolehi. Kalau tidak, pastinya ia akan menyebabkan kerugian dan pelanggan akan
hilang kepercayaan terhadap bank serta produk-produk yang ditawarkan.
PENUTUP
Kesimpulannya, seperti yang telah ditegaskan pada peringkat awal penulisan ini, para
ulama dan sarjana Islam mestilah meneroka kembali khazanah warisan Islam dan
mengubahsuaikannya dengan keadaan semasa asalkan masih berlegar dalam
lingkungan Syarak. Ini kerana fiqh muamalat itu sendiri sebrnarnya terdiri daripada
nas-nas qatciy dan zanniy yang memberi ruang yang luas kepada para ulama untuk
berijtihad. Saranan ini dibuat kerana 2 faktor:
1) faktor pertama ialah sambutan masyarakat terhadap produk-produk yang
ditawarkan oleh bank-bank Islam mahupun bank konvensional yang menawarkan skim
perbankan Islam amat menggalakkan. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai deposit di
Bank Islam selepas 10 tahun amat menggalakkan. Sementara di Bank Rakyat pula,
semenjak tahunn 1993-2003 (tempoh perubahan kearah perbankan Islam) deposit dan
pelaburan serta pembiayaan yang dibuat nyata menguntungkan. Ini berbeza dengan
prestasi Bank Rakyat di awal penubuhannya sehinggalah awal 90an. Yang paling
mengagumkan penulis ialah bagaimana Bank Rakyat menghadapi zaman kemelesetan
ekonomi pada tahun 1997 dengan begitu cemerlang. Dalam keadaan bank-bank lain
terpaksa mengecilkan operasinya serta membuang sesetengah pekerjanya, Bank
Rakyat tetap teguh menjalankan operasinya.
Sementara itu, masalah yang dihadapi pula ialah saingan yang amat kuat daripada
perbankan konvensional ditambah dengan jumlah deposit dan pembiayaan yang masih
kecil daripada msyarakat bukan Islam. Bank konevensional dalam keadaan tertentu
dapat menaikkan dan menurunkan kadar faedah untuk menarik para pelanggan
menyimpan atau menggunakan skim pembiayaan yang mereka tawarkan. Berbanding
dengan Bank Rakyat mahupun Bank Islam, berdasarkan konsep BBA, harga jualan
tidak boleh diubah yang menyebabkan pelanggan dalam keadaan tertentu (khasnya
bukan Muslim) lebih gemar menggunakan pembiayaan daripada perbankan
konvensional. Selain itu, pelanggan bukan Islam juga masih belum yakin terhadap
produk pembiayaan Islam kalau dilihat daripada jumlah serta nilai deposit dan
pembiayaan di kalangan pelanggan bukan Islam
Penulis tertarik dengan cadangan serta saranan daripada M.A Mannan dalam bukunya
supaya dikenakan kadar faedah semasa kita berurusan dengan golongan bukan Islam.
Beliau membawa beberapa hujah serta dalil. Di antaranya sebagai mucamalah bi al-
mithli. Walau pun saranan beliau agak janggal dan boleh menimbulkan pertikaian di
kalangan ulama, namun mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, ianya agak
praktikal.