PP Seni Kreatif

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 39

DRAF

KANDUNGAN MUKA SURAT

Komponen Pendidikan Seni Visual

Tajuk

1. Melukis dan menggambar 2

2. Membuat rekaan dan corak 5

3. Mereka dan membuat binaan 10

4. Kraf 14

Komponen Pendidikan Muzik

Tajuk

1. Persepsi Muzik 19

2. Pengalaman nyanyian 22

3. Pengalaman perkusi 25

4. Apresiasi dan estetika seni 30

5. Seni Lakon 34
DRAF

KOMPONEN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

1
DRAF

Tajuk : 1. Melukis dan menggambar


Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.4 Mewarna
Standard Pembelajaran : 1.4.3 Mewarna gambar mudah
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mewarna gambar mudah dengan betul
mengikut warna yang telah ditentukan.
Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab, kerajinan, toleransi

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Persekitaran sekolah
2. Murid mendengar guru menyebut warna-warna yang terdapat di
sepanjang perjalanan.
3. Murid mengikut guru menyebut warna tersebut.

Langkah 1 1. Murid melihat kad berwarna merah yang ditunjukkan. Kad warna merah
2. Murid menyebut warna merah mengikut guru. Bunga merah
3. Murid diminta mencari bunga yang sama warna dengan kad merah Token
yang ditunjukkan.

2
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

4. Murid menunjukkan bunga yang sama warna dengan kad.


5. Murid yang paling pantas menunjuk bunga yang berwarna merah
akan diberi token.

Langkah 2 1. Murid melihat kad berwarna kuning yang ditunjukkan. Kad warna kuning
2. Murid menyebut warna kuning mengikut guru. Bunga kuning
3. Murid diminta mencari bunga yang sama warna dengan kad kuning Token
yang ditunjukkan.
4. Murid menunjukkan bunga yang sama warna dengan kad.
5 Murid yang paling pantas menunjuk bunga yang berwarna kuning
akan diberi token.

Langkah 3 1. Murid dibawa masuk semula ke dalam kelas. Kad-kad gambar


2. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. pelbagai objek
3. Murid ditunjukkan kad berwarna merah dan kuning. berwarna merah
4. Setiap kumpulan diminta mencari kad gambar berwarna merah atau Kad-kad gambar
kuning yang telah diletakkan oleh guru di dalam kelas. pelbagai objek
5. Seorang wakil kumpulan diminta melekatkan gambar-gambar objek berwarna kuning
yang dikumpul di papan putih. Token
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul kad gambar berwarna merah dan

3
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

kuning terbanyak akan diberi token.

Langkah 4 1. Setiap murid menerima edaran lembaran kerja. Lembaran kerja


2. Murid dibacakan arahan yang terdapat pada lembaran kerja.
3. Murid mewarnakan gambar bunga mengikut warna yang ditetapkan.

Penutup 1. Murid diminta menunjukkan hasilan kerja masing-masing sambil Lembaran kerja yang
menyebut warna bunga tersebut. telah diwarna
2. Murid membantu guru menampal hasilan kerja masing-masing di sudut
pameran.

4
DRAF

Tajuk : 2. Membuat rekaan dan corak


Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan anggota badan
2.4 Menghasilkan projek
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan
2.4.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan corak yang telah dipelajari
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mereka corak secara bebas menggunakan jari
tangan
Nilai : Toleransi, bertanggungjawab dan berhemah tinggi

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid melihat guru masuk ke dalam kelas dengan membawa Kek Hari Jadi
kek hari jadi sambil mendengar nyanyian lagu „Selamat Hari Kad ucapan
Jadi‟ oleh guru.
2. Murid melihat kad ucapan „Selamat Hari Jadi‟ yang ditunjukkan
oleh guru.
3. Murid melihat corak yang terdapat pada kad tersebut.

5
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 1 1. Murid berkumpul di sekeliling meja kerja bersama guru. Beberapa contoh kad
2. Setiap murid diminta mengambil sekeping kad ucapan yang ucapan
disediakan.
3. Murid melihat corak yang terdapat pada kad ucapan yang
diambil.
4. Murid ditunjukkan pula dengan beberapa contoh kad ucapan
yang dihasilkan menggunakan teknik capan.
5. Murid mendengar penerangan tentang penghasilan corak
tersebut.

Langkah 2 1. Murid beratur untuk mengambil dan memakai apron yang Apron
diberi oleh guru. Warna air
2. Murid memilih dan menunjukkan warna yang diingini Berus lukisan
kepada guru. Kertas lukisan
3. Murid mewarnakan kelima-lima hujung tapak jari tangannya Tuala tangan
menggunakan berus lukisan dengan bimbingan guru. Air
4. Murid mengecap jari tangan yang telah diwarnakan pada
kertas lukisan yang disediakan.
5. Murid yang telah selesai mengecap diminta mencuci dan
mengelap tangan yang digunakan.
6. Murid mengulang aktiviti ini menggunakan warna yang lain.

6
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

7.
Setelah siap, murid menjemur kertas lukisan masing-masing.

Langkah 3 1. Murid melipat kertas lukisan yang telah siap dicap jari kepada Keratan ucapan
dua bahagian secara melintang untuk membentuk kad Gam
ucapan dengan bahagian yang telah dicap berada di sebelah
luar kad.
2. Murid diberi peluang memilih keratan ucapan yang telah
disediakan oleh guru.
3. Murid menampal keratan ucapan tersebut dengan bimbingan
guru.

Penutup 1. Murid mengemas ruang kerja dengan bimbingan guru. Bintang kecil
2. Murid mempamerkan hasil kerja di sudut pameran. Token
3. Setiap murid diberikan tiga bintang kecil untuk diletakkan Kek
pada tiga kad ucapan paling menarik berdasarkan pilihannya
sendiri.
4. Murid mengira bintang bersama guru dan pemenang
ditentukan berdasarkan jumlah bintang terbanyak.
5. Murid yang memperolehi bintang terbanyak diberikan token.
6. Semua murid makan kek yang dibawa guru bersama-sama.

7
DRAF

Tajuk : 2. Membuat rekaan dan corak


Standard Kandungan : 2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan anggota badan
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan
_________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN

Contoh keratan ucapan

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Guru

8
DRAF

Tajuk : 2. Membuat rekaan dan corak


Standard Kandungan : 2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan anggota badan
2.4 Menghasilkan projek
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan
2.4.1 Menghasilkan projek mengunakan hasil rekaan dan corak yang telah dipelajari
_________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid : ______________________________________________

Kelas / Kumpulan : _________________________ Tarikh : ______________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan kebolehan murid.

BIL KEMAHIRAN / AKTIVITI MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN

1. Murid memegang berus lukisan

2. Murid mewarnakan hujung tapak jari tangan

3. Murid mengecap jari tangan untuk menghasilkan corak

4. Murid melipat kertas lukisan kepada dua bahagian

5. Murid menampal keratan ucapan pada bahagian hadapan


kad

Nota : Tandatangan guru:


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian 3 daripada 5 item dikira menguasai
kemahiran. Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )

9
DRAF

Tajuk : 3. Mereka dan membuat binaan


Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 3.1 Membentuk binaan mudah
Standard Pembelajaran : 3.1.2 Menghasilkan binaan terkawal model makanan
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Literasi Sains dan Teknologi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menghasilkan 2 daripada 5 binaan terkawal model
makanan dengan betul
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab, berterima kasih dan kerajinan.

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set induksi 1. Murid mendengar lagu Fruit melalui pita rakaman. CD/ kaset
2. Murid menyanyi bersama-sama lagu Fruit sambil melakukan Radio
aksi yang bersesuaian.
Lirik lagu: Watermelon, watermelon
Papaya, papaya
Banana na na na
Banana na na na
Fruit salad, fruit salad
(Irama clamentine)

10
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

3. Murid diberi penerangan berkaitan buah-buahan yang


terdapat di dalam lagu.
4. Murid diberi penerangan bahawa buah-buahan adalah antara
makanan yang berkhasiat.

Langkah 1 1. Murid ditunjukkan model buah-buahan plastik seperti pisang, Model buah-buahan
betik, belimbing, durian, oren dan sebagainya. plastik
2. Murid diminta mengelilingi guru untuk melihat tunjuk cara Doh
menghasilkan binaan model buah-buahan menggunakan doh.
3. Murid mengambil doh untuk mereka dan membuat model
buah.

Langkah 2 1. Murid kembali ke tempat duduk masing-masing. Doh


2. Murid membentuk doh dengan teknik mencebis, meramas,
menguli, mencantum, mencubit, memicit dan sebagainya
berdasarkan model buah-buahan yang diletakkan di atas
meja.
3. Murid menyiapkan model buah-buahan untuk dipamerkan.

11
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 3 1. Murid meletakkan model buah-buahan yang dihasilkan di Model buah-buahan


sudut pameran. daripada doh
2. Murid menyebut nama buah-buahan tersebut.

Penutup 1. Murid menyanyi lagu „Fruit‟ sambil melakukan aksi CD/ kaset
bentuk buah-buahan bersama guru. Radio

12
DRAF

Tajuk : 3. Mereka dan membuat binaan


Standard Kandungan : 3.1 Menghasilkan binaan mudah
Standard Pembelajaran : 3.1.2 Menghasilkan binaan terkawal model makanan
_________________________________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK

Nama Murid:______________________________________________

Kelas / Kumpulan :_________________________ Tarikh:____________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan kebolehan murid.
BIL KEMAHIRAN/AKTIVITI MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN

1. Murid mencebis doh dengan betul

2. Murid meramas doh dengan betul

3. Murid menguli doh dengan betul

4. Murid mencantum doh dengan betul

5. Murid mencubit doh dengan betul

6. Murid memicit doh dengan betul

7. Murid membentuk doh dengan kemas dan menarik

8. Murid menghasilkan sekurang-kurangnya 2 model


makanan (buah-buahan)

Nota : Tandatangan guru:


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian 4 daripada 8 tem dikira menguasai
kemahiran. Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )
13
DRAF

Tajuk : 4. Kraf
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang mudah diperolehi
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Literasi Sains dan Teknologi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menghasilkan kraf kipas tangan
Nilai : Keberanian, kerajinan, kerjasama dan berterima kasih

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid menonton tayangan video tarian kipas. VCD tarian kipas
2. Murid mendengar penerangan guru tentang tarian kipas. Kipas
3. Murid melihat contoh kipas seperti yang digunakan dalam
tayangan video.

Langkah 1 1. Murid mendengar penerangan tentang aktiviti yang akan Kipas tangan
dijalankan. Pita pelekat
2. Murid melihat beberapa kipas tangan pelbagai warna yang
diletakkan di atas meja.
3. Setiap murid mengambil satu bilah kipas tangan untuk

14
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

dilihat.
4. Murid menggunakan kipas tangan tersebut.
5. Murid membantu guru menggantung kipas tangan di papan
putih sebagai rujukan.

Langkah 2 1. Murid mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kipas Kertas lukisan


tangan dari meja guru.
2. Murid mendengar arahan tentang cara-cara menghasilkan
kipas tangan satu persatu.
3. Murid melakukan aktiviti melipat kipas tangan secara
berperingkat dengan bimbingan guru.
4. Murid membuat lipatan sehingga selesai.

Langkah 3 1. Murid beratur untuk mengambil gam, gunting dan creative Kertas warna
puncher. Creative puncher
2. Murid memilih beberapa keping kertas warna untuk ditebuk Gam
menggunakan creative puncher. Gunting
3. Murid menghias kipas menggunakan hasil tebukan kertas
warna.

15
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN


Langkah 4 1. Murid mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kipas Kertas lukisan
tangan dari meja guru. Manik
2. Murid melakukan aktiviti melipat kipas tangan secara Labuci
berperingkat sehingga selesai tanpa bimbingan guru. Perada
3. Murid memilih sendiri medium hiasan dari meja guru seperti Bunga kain
manik, labuci, perada, bunga kain yang kecil atau reben. Reben
4. Murid menghias kipas tangan mengikut kreativiti sendiri. Gam

Penutup 1. Murid menunjukkan kipas tangan yang telah mereka Kipas tangan yang
hasilkan. siap dihias
2. Murid mengipas muka mereka menggunakan kipas tangan
yang dihasilkan.
3. Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing di sudut
pameran.

16
DRAF

Tajuk : 4. Kraf
Standard Kandungan : 4.2. Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang mudah diperolehi
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
_________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid : ______________________________________________

Kelas / Kumpulan : _________________________ Tarikh : ___________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan kebolehan murid.
BIL KEMAHIRAN/AKTIVITI MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN
1. Murid melipat kertas lukisan menjadi kipas tangan.
2. Murid menebuk kertas warna.
3. Murid menghias kipas tangan menggunakan cebisan
tebukan kertas.
4. Murid memilih hiasan lain.
5. Murid menghias kipas tangan menggunakan medium
hiasan lain.

Nota : Tandatangan guru:


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian 3 daripada 5 item dikira menguasai
kemahiran. Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran murid sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )

17
DRAF

KOMPONEN
PENDIDIKAN MUZIK

18
DRAF

Tajuk : 1. Persepsi Muzik


Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik
Standard Pembelajaran : 1.3.2 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengar
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Kemanusiaan
Komunikasi
Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat memberi respon dengan menunjukkan gerakan yang
sesuai terhadap mud lagu yang diperdengarkan.
Nilai : Kerjasama, bertangungjawab, kerajinan , toleransi, keberanian

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 4. Murid mendengar tiga jenis lagu yang mempunyai mud berbeza dari CD CD interaktif, radio
interaktif.

Langkah 1 6. Murid mendengar penerangan guru mengenai respon yang sesuai bagi CD interaktif, radio
mud di dalam lagu-lagu tersebut
Contoh : Mud riang – melompat, berjalan bebas
Mud sedih – murung, gerakan badan yang perlahan
Mud semangat – berkawad, berdiri tegak

19
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 2 1. Murid mendengar lagu dan bersoal jawab dengan guru mengenai mud di CD interaktif, radio
dalam lagu-lagu tersebut.

Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. CD interaktif, radio


2. Murid mendengar semula tiga jenis lagu yang mempunyai mud berbeza
dari CD interaktif.

Langkah 4 1. Setiap kumpulan diminta membuat gerakan yang sesuai secara bergilir-gilir
untuk mud bagi lagu yang berbeza.
2. Kumpulan yang paling tepat dalam menunjukkan gerakkan yang sesuai
mengikut mud lagu akan dikira sebagai pemenang.

Penutup 1. Latih tubi mengecam mud lagu yang diperdengarkan.


2. Mewarnakan gambar mimik muka bagi mud yang telah dipelajari.

20
DRAF

Tajuk : 1. Persepsi Muzik


Standard Kandungan : 1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik
Standard Pembelajaran : 2.4 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengar
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid : ______________________________________________

Kelas/Kumpulan : _________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan kebolehan murid.

BIL KEMAHIRAN/ AKTIVITI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN

Murid dapat melakukan pergerakan yang sesuai


1.
mengikut mud lagu riang

Murid dapat melakukan pergerakan yang sesuai


2.
mengikut mud lagu sedih

Murid dapat melakukan pergerakan yang sesuai


3.
mengikut mud lagu bersemangat

Nota : Tandatangan guru


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran.
Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )

21
DRAF

Tajuk : 2. Pengalaman nyanyian


Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal Dan Estetika
Standard Kandungan : 2.1 Menyanyi mengikut muzik
Standard Pembelajaran : 2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
2.1.5 Menyanyi lagu berdasarkan melodi
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Komunikasi
Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menyanyi lagu „Anak Ayam‟ mengikut muzik
dengan bimbingan guru
Nilai : Kerjasama, bertangungjawab, kerajinan , toleransi, keberanian

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid diletakkan dalam 3 kumpulan dan diberikan kad CD interaktif, Radio
nombor
2. Setiap kumpulan diminta membilang 1 hingga 5 mengikut
urutan menurun.
3. Setiap kumpulan menunjukkan kad nombor 1 hingga 5
mengikut urutan menurun yang diminta oleh guru

22
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 1 1. Murid mendengar lirik lagu yang dibacakan oleh guru. CD interaktif, Radio
2. Murid menyebut lirik lagu dengan bimbingan guru.
3. Murid menyebut lirik lagu tanpa bimbingan guru.

Langkah 2 1. Murid mendengar lagu dari CD interaktif. CD interaktif, Radio


Anaklah ayam
Anak ayam turunlah lima
Mati seekor mati seekor
Tinggallah empat

Anaklah ayam
Anak ayam turunlah empat
Mati seekor mati seekor
Tinggallah tiga
2. (Ulang lirik lagu dengan menukar nombor)
3. Murid menyanyikan lagu berdasarkan melodi rangkap demi
rangkap tanpa muzik dengan bantuan guru.

Langkah 3 1. Murid menyanyikan lagu berdasarkan melodi tanpa CD interaktif, Radio


bimbingan guru.

23
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

2. Murid menyanyikan lagu berdasarkan melodi dengan iringan


muzik.

Langkah 4 1. Murid menyanyikan rangkap lagu dengan sebutan yang jelas Lirik lagu
secara berselang-seli mengikut kumpulan dengan iringan
muzik.

2. Murid menyanyikan keseluruhan lagu dengan sebutan yang


jelas dalam kumpulan masing-masing mengikut giliran
dengan iringan muzik.

Penutup 1. Murid mewarna gambar anak ayam. Gambar ayam


2. Murid menampal gambar yang telah diwarnakan dan lirik
lagu di dalam buku latihan.

24
DRAF

Tajuk : 3. Pengalaman Perkusi


Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal Dan Estetika
Standard Kandungan : 3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber melalui pengamatan pendengaran
Standard Pembelajaran : 3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam
sekitar dan bunyi alat muzik
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Kemanusiaan
Komunikasi
Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengajuk 4 daripada 5 bunyi yang diperdengar
Nilai : Kerjasama, bertangungjawab, kerajinan , toleransi dan keberanian

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid mendengar bunyi dari pelbagai sumber melalui CD CD interaktif, radio
interaktif.
Contoh : bunyi haiwan – kucing dan ayam
bunyi dari pelakuan manusia – ketawa dan
menangis
bunyi kenderaan – kereta dan motosikal
bunyi alam sekitar – guruh dan hujan
bunyi alat muzik – loceng dan kastanet

25
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 1 1. Murid meneroka dan bersoal jawab tentang perbezaan CD interaktif, radio
bunyi yang didengar.

Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. CD interaktif, radio


2. Murid mendengar semula bunyi dari pelbagai sumber (bunyi, pelakuan
melalui CD interaktif. manusia, haiwan,
3. Setiap kumpulan diminta bergilir-gilir mengajuk bunyi yang kenderaan,alat muzik
didengar. dan alam sekitar)
Contoh :
Kumpulan 1 – mengajuk bunyi haiwan.
Kumpulan 2 – mengajuk bunyi pelakuan manusia.

Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bagi melakukan CD interaktif, radio
aktiviti pop kuiz.
2. Murid mendengar pelbagai jenis bunyi melalui CD interaktif.
3. Murid membezakan bunyi dari pelbagai sumber melalui
pengamatan pendengaran.
(Kumpulan yang dapat mengecam bunyi dengan betul akan
diberi markah dan yang mendapat markah tertinggi dikira
pemenang).

26
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Penutup 1. Latih tubi pengecaman bunyi. Kad gambar haiwan,


2. Murid membuat bunyi mengikut gambar yang ditunjukkan. alat muzik,
kenderaan, pelakuan
manusia dan alam
sekitar

27
DRAF

Tajuk : 3. Pengalaman perkusi


Standard Kandungan : 3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber melalui pengamatan pendengaran
Standard Pembelajaran : 3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia, bunyi kenderaan,
bunyi alam sekitar dan bunyi alat muzik
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid : _____________________________________________________

Kelas / Kumpulan : _________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan kebolehan murid membezakan
bunyi yang didengar.

BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN


1. Murid dapat mengecam bunyi kucing dengan
betul
2. Murid dapat mengecam bunyi ayam dengan
betul
3. Murid dapat mengecam suara ketawa dengan
betul
4. Murid dapat mengecam suara menangis
dengan betul
5. Murid dapat mengecam bunyi kereta dengan
betul
6. Murid dapat mengecam bunyi motosikal
dengan betul

28
DRAF

BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN


7. Murid dapat mengecam bunyi guruh dengan
betul
8. Murid dapat mengecam bunyi hujan dengan
betul
9. Murid dapat mengecam bunyi loceng dengan
betul
10. Murid dapat mengecam bunyi kastanet
dengan betul

Nota: Tandatangan guru


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran.
Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran murid sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )

29
DRAF

Tajuk : 4. Apresiasi dan Estetika Seni


Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal Dan Estetika
Standard Kandungan : 4.1 Melakukan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan bunyi
Standard Pembelajaran : 4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki dan jari
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Kemanusiaan
Komunikasi
Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid boleh melakukan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan
bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki dan jari dengan betul
Nilai : Kerjasama, bertangungjawab, kerajinan , toleransi, keberanian

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid menunjukkan anggota badan yang disebut oleh guru. CD interaktif, Radio
2. Murid meniru perlakuan guru seperti bertepuk tangan,
menghentak kaki dan memetik jari.
3. Murid diminta untuk menghasilkan bunyi seperti bertepuk
tangan, dan menghentak kaki.

Langkah 1 1. Murid mendengar guru membaca lirik lagu baris demi baris. CD interaktif, Radio

30
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

2. Murid membaca lirik lagu baris demi baris dengan bimbingan


guru.

Langkah 2 1. Murid mendengar lagu “Saya Suka Hati” dari CD interaktif. Radio, CD interaktif
Bertepuklah tangan la la
Bertepuklah tangan la la
Bertepuk tangan la la
Saya suka hati

Hentaklah kaki la la
Hentaklah kaki la la
Hentaklah kaki la la
Saya suka hati

Buatlah bunyi ‘thock’ ‘thock’( menggunakan lidah )


Buatlah bunyi ‘ thock’ thock’
Buatlah bunyi ‘ thock’ thock’
Saya suka hati

Petiklah jari la la
Petiklah jari la la
Petiklah jari la la
Saya suka hati

Langkah 3 1. Murid menyanyikan rangkap demi rangkap lirik lagu dengan CD interaktif, Radio
bimbingan guru tanpa iringan muzik.

31
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

2. Murid menyanyikan keseluruhan lagu bersama-sama tanpa

iringan muzik.

Langkah 4 1. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan anggota badan


untuk menghasilkan bunyi mengikut lirik dan irama lagu tanpa
muzik.
2. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan anggota badan
untuk menghasilkan bunyi mengikut lirik dan irama lagu dengan
iringan muzik.

Penutup 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.


2. Setiap kumpulan diminta melakukan satu pergerakan anggota
badan untuk menghasilkan bunyi mengikut lirik dan irama lagu.
3. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan anggota badan
untuk menghasilkan bunyi dengan iringan muzik.

32
DRAF

Tajuk : 4. Apresiasi dan Estetika Seni


Standard Kandungan : 4.1 Melakukan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan bunyi
Standard Pembelajaran : 4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki dan jari
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid : ___________________________________________________

Kelas/Kumpulan : _________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan pemerhatian pergerakan murid.

BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN

1. Murid boleh menggunakan mulut untuk


menghasilkan bunyi mengikut lirik dan
irama lagu
2. Murid boleh bertepuk tangan untuk
menghasilkan bunyi mengikut lirik dan
irama lagu
3. Murid boleh menghentak kaki untuk
menghasilkan bunyi mengikut lirik dan
irama lagu
4. Murid membuat petikan jari dengan betul

Nota: Tandatangan guru


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran.
Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )

33
DRAF

Tajuk : 5. Seni Lakon


Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : 5.1 Latihan asas lakonan
Standard Pembelajaran : 5.1.2 Melakukan latihan pergerakan mengikut ruang dan masa
Tunjang yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Kemanusiaan
Fizikal dan Estetika
Kerohanian Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid boleh melakukan pergerakan mengikut ruang dan masa.
Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab, kerajinan, toleransi, keberanian

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set induksi 1. Murid diminta melakukan pergerakan bebas seperti berjalan, CD interaktif, radio
berlari, melompat di dalam kelas mengikut masa yang
ditetapkan oleh guru

Langkah 1 1. Murid berkumpul dalam bentuk ladam. CD interaktif, radio


2. Murid mendengar lagu „Sang Kancil dan Sang Buaya‟.
3. Murid mendengar cerita „Sang Kancil dan Sang Buaya‟ yang
disampaikan oleh guru.
4. Murid diminta menyatakan watak yang terdapat di dalam cerita

34
DRAF

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

dan lagu yang diperdengarkan

Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 mewakili


watak Sang Kancil dan kumpulan 2 mewakili watak Sang
Buaya.
2. Murid diminta melakonkan watak cerita „ Sang Kancil dan Sang
Buaya‟ mengikut kreativti sendiri dengan bimbingan guru.

Langkah 3 1. Dalam kumpulan yang sama, murid diminta melakonkan watak CD interaktif, radio
yang terdapat dalam cerita „ Sang Kancil dan Sang Buaya
mengikut ruang dan masa bimbingan guru.

Penutup 1. Murid diminta melakonkan watak ‟Sang kancil dan sang Buaya
mengikut ruang dan masa dengan iringan muzik ‟ Sang kancil
dan Sang Buaya‟.

35
DRAF

Tajuk : 5. Seni Lakon


Standard Kandungan : 5.1 Latihan asas lakonan
Standard Pembelajaran : 5.1.2 Melakukan latihan pergerakan mengikut ruang dan masa
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid : _____________________________________________________

Kelas/Kumpulan : _________________________

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” berdasarkan pemerhatian pergerakan murid.

BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI BELUM MENGUASAI CATATAN

Murid boleh melakonkan watak dengan


1.
pergerakan yang betul dan sesuai

Murid dapat melakonkan watak


2.
menggunakan ruang pada masa yang
sesuai

Murid dapat melakonkan kedua-dua


3.
watak dengan baik

Nota: Tandatangan guru


Senarai semak ini menjelaskan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran.
Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubah suai mengikut .………………….........
tahap keupayaan dan persekitaran murid sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini. ( )

36

You might also like