Cover Assignment UPSI

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KURSUS:

KPD 3016 : Pengajaran Teknologi &


Penaksiran

GROUP: EL- C08

PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. HANIZ BIN IBRAHIM

TAJUK TUGASAN:

Tugasan 1a: Ujian 1

NAMA:

DANIEL DANARAJ A/L SAMUEL SAMRAJ

NO. MATRIK:

D046923
1. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan
yang apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran
di bilik darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh yang spesifik,
bincangkan bagaimana langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi
menyokong dapatan kajian tersebut.
[20 markah]
Jawapan :

Langkah-langkah penyoalan banyak membantu merangsang kemahiran berfikir


dan pembelajaran di bilik darjah. Objektif utama adalah untuk menguji pengetahuan
serta kefahaman murid terhadap sesuatu topik. Ianya juga untuk merangsangkan
pemikiran murid untuk mengiatkan lagi aktiviti murid dalam kelas.

Di antara langkah – langkah penyoalan dalam kelas ialah :

1. Soalan mesti diajukan kepada seluruh kelas.


Langkah permulaan ini amat penting untuk merangsangkan serta melibatkan
keseluruhan murid dalam kelas. Soalan mestilah dihubungkaitkan kepada
perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan mesti mudah atau “catchy”
dimana pelajar memberi jawapan dengan spontan. Contohnya, apabila
mengajar tajuk pengubah atau lebih dikenali dengan nama “transformer”,
cuba ajukan soalan yang mudah iaitu “ Apa itu transformer”. Dengan soalan
sebegini, murid akan memberi jawapan spontan kerana tajuk “transformer”
juga adalah watak kartun kegemaran mereka. Jawapan ayang diberi mungkin
amat berbeza dengan tahap kefahaman mereka. Pelajar yang pandai dapat
memberi jawapan yang tepat. Pelajar yang lemah juga akan menjawab
mengikut kefahaman mereka. Maka, guru dapat menarik perhatian kesemua
murid dan merangsangkan lagi kelas sejak permulaan lagi.

2. Pemberian masa untuk menjawab.


Guru mesti memberi masa untuk murid menjawab. Ini akan merangsang
pelajar untuk berfikir dan memberi jawapan yang tepat. Sekiranya, mereka
ditemankan dengan rakan semeja mereka dan diberi masa mungkin lebih
kurang 3 minit, pelbagai jawapan akan dilontarkan kembali kepada guru.
Pemberian masa mesti mengikut rancangan pembelajaran kita.
3. Pemilihan murid untuk menjawab.
Ramai murid yang akan mengangkat tangan untuk menjawab. Guru mesti
mengenal pasti nama murid yang akan menjawab. Murid pula akan merasa
bangga dengan diri mereka apabila nama mereka dipanggil. Ini juga akan
memotivasikan pelajar. Sebagai contoh, sekiranya soalan “Apa itu
transformer?” dilontarkan dan nama murid dipanggil untuk menjawab, maka
secara spontan pelajar akan bingkas bangun dan menjawab. Semua murid
mesti di beri peluang untuk menjawab. Amatlah mustahak untuk guru
mengingati nama murid di kelas.

4. Respon dan reaksi guru.


Pastikan kesemua murid member respon kepada guru. Sekiranya pelajar
lemah dan tidak dapat menjawab, berikan lebih masa atau bertanya soalan
yang berbentuk interaktif dengan murid. Murid yang pandai juga boleh diberi
peluang untuk menolong pelajar lemah. Ini akan merangsangkan kelas dan
murid memberi respon dengan spontan. Kepada pelajar pandai boleh
diajukan soalan seperti terangkan jenis pengubah dan sebagainya. Guru
mesti adil dan member respon kepada semua pelajar. Guru tidak boleh
merendahkan pelajar lemah di kelas dengan menggunakan perkataan yang
boleh menganggu emosi pelajar. Perlu diingat penyoalan sebegini di awal
pembelajaran maka murid mestilah menerima guru yang mengajar dengan
hati yang terbuka. Guru memainkan peranan penting dalam langkah ini.

5. Penekanan kepada jawapan tepat dan ringkasan jawapan.


Ini adalah langkah terakhir. Guru boleh menerangkan jawapan yang tepat
menggunakkan ICT seperti slide show. Sebagai contoh, sekiranya soalan
“Apa itu Transformer?” diajukan, guru boleh menunjukkan gambar kartun
transformer dan juga gambar pengubah yang sebenarnya. Ini akan
mewujudkan suasana yang sihat dimana murid dapat dimotivasikan dengan
anggapan jawapan mereka diterima guru. Guru boleh meneruskan kelas
dengan apa jua ABM yang disediakan kerana guru sudah dapat menarik
perhatian murid di kelas.
2. Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang
boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a. Kenal pasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil


pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktviti tersebut di atas.
[6 markah]
Jawapan :
Pelajar 5SKM menghadapi masalah memahami formula serta membuat
kiraan mencari nilai arus, rintangan dan voltan dalam litar eketrik DC.
Maka satu hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggunakkan
domain-domain seperti berikut :

i. Domain Kognitif
Pelajar mengenalpasti dan mengingat kembali litar elektrik DC yang di
ajar oleh guru.

ii. Domain Psikomotor


Pelajar dapat melukis kembali litar elektrik DC dan membuat kiraan
ringkas menggunakkan Hukum Ohm yang diajar oleh guru.

iii. Domain Sosial


Pelajar dapat bekerjasama dengan pelajar lain dalam menyelesaikan
masalah pengiraan dengan menggunakan hokum ohm

b. Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda


berpendapat hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan
melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya melalui kaedah ini?
[6 markah]
Jawapan :
Kaedah ini di gunapakai kerana ianya melibatkan pembelajaran yang
bermula dengan pemahaman formula serta kiraan sehingga mendapatkan
rumusan serta kesimpulan untuk soalan tersebut. Soalan berbentuk
formula amat sesuai menggunakkan kaedah ini. Guru akan membimbing
pelajar sehingga pelajar faham tentang penggunaan formula tersebut
dalam litar elektrik.
c. Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur/menstruktur
semula idea) mengikut model pengajaran 4-fasa dengan memberikan
contoh-contoh spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan
peruntukan masa lebih kurang 30 minit.

[28 markah]

Langkah/masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Fasa 2 : i) Guru bertanya kepada murid BBM:


tentang litar elektrik DC yang
Langkah 1 - Litar elektrik DC
telah dipateri mengikut lukisan
yang sudah siap
5 minit litar yang diberi.
dipateri
ii) Guru meminta pelajar meingat
kembali perkataan seperti arus,
rintangan dan voltan

Langkah 2 i) Guru menerangkan bahawa BBM :


terdapat formula untuk
(20 minit) - Buku teks
mendapatkan nilai arus, rintangan
dan voltan - Slide show

ii) Guru menerangkan bahawa - Carta


sebelum menerbitkan formula
terdapat beberapa penyataan
iaitu :

- Voltan berkadar terus dengan


arus dan rintangan
- Arus berkadar songsang dengan
voltan dan rintangan
- Rintangan berkadar songsang
dengan arus dan voltan
iii) Guru juga menerangkan bahawa
dengan penyataan tersebut tiga
formula dapat diterbitkan iaitu :

- V=I*R
- I= V/R
- R=V/I
dimana V adalah voltan,I adalah
arus dan R adalah rintangan

iv) Guru juga menerangkan bahawa


terdapat unit tertentu iaitu :
- volt untuk Voltan
- ampere untuk Arus
- ohm untuk Rintangan

i. Guru memberi contoh


pengiraan kepada pelajar.
Langkah 3 i. Nota
ii. Pelajar diberi latihan
ii. Latihan
( 5 minit ) pengukuhan yang melibatkan
kerja rumah melukis litar DC
serta mencari nilai voltan, arus
dan rintangan secara
berkumpulan.

d. Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkan
pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif
terbimbing?

[4 markah]
Ciri utama ialah pendekatan guru serta penerangan yang menjurus
kepada satu situasi dimana pelajar sukar untuk membuat pengiraan.
Maka dengan itu, guru menerangkan penyataan yang
menghubungkaitkan arus, voltan dan rintangan. Akhirnya pelajar dapat
mewujudkan formula untuk mencari nilai arus, rintangan dan voltan.

e. Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri


terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara
pembolehubah.
[8 markah]

You might also like