Eksperimen Boneka Bobo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Eksperimen Boneka Bobo (Bobo doll)

Eksperimen Bobo Doll dijalankan pada tahun 1961 oleh Albert Bandura, untuk
mengukuhkan keyakinan bahawa semua perilaku manusia dipelajari melalui pengalaman
sosial dan persekitaran dan bukanlah melalui faktor genetik.

Bandura ingin membuktikan bahawa kanak-kanak cenderung meniru dan belajar dari
perilaku orang dewasa yang dipercayai. Boneka Bobo adalah sebuah mainan yang direka
untuk bangkit kembali tegak selepas diketuk. Kanak-kanak ini diasingkan bersendirian untuk
mengelak dia dipengaruhi oleh rakan-rakan lain dan seterusnya diletakkan dalam suasana
sekitaran yang kondusif untuk bertindak agresif. Keadaan ini sengaja dilakukan untuk
melihat bagaimana kanak-kanak akan bereaksi dengan kelakuan orang dewasa secara
semulajadi tanpa pengaruh rakan sebaya.

Di sini boleh dirumuskan bahawa kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian


dan peniruan seperti di dalam teori pembelajaran sosial. Perlakuan agresif dikalangan kanak
adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang menyaksikan perlakuan agresif di mana 38
kali ganda di kalangan kanak-kanak lelaki dan 13 kali ganda di kalangan kanak-kanak
perempuan.

Perlakuan meniru 'verbal agression' juga meningkat di kalangan kanak-kanak di


mana 17 kali ganda bagi lelaki dan 15 kali ganda bagi perempuan. Kanak-kanak mempunyai
kecenderungan yang lebih tinggi untuk bertindak agresif jika melihat orang dewasa yang
mempunyai seks yang sama atau yang lebih dipercayainya melakukan perlakuan agresif
tersebut. Model dewasa yang tidak agresif pula tidak semestinya akan menurunkan kadar
kecenderungan kanak-kanak untuk berlaku agresif dalam sesuatu keadaan. Kanak-kanak
lelaki lebih cenderung bertindak agresif berbanding kanak-kanak perempuan.
PENDIDIKAN MORAL

EKSPERIMEN BONEKA BOBO

FILZATUL MASTURAH BT AB.MANAF

BAHASA INGGERIS (1A)

PN ALLIMALAI A/P SUBRAMANIAM

You might also like