Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

MANUAL

Kebaya Moden Leher V


dan Kain Selisih

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my


MANUAL Topik 1
Pelbagai Jahitan: Leher Doremon

Topik 1: Pengenalan
1.1 Objektif Pembelajaran 1

Topik 2: Peralatan Jahitan


2.1 Objektif Pembelajaran 2
2.2 Peralatan 9

Topik 3: Bahan Jahitan


3.1 Objektif Pembelajaran 10
3.2 Mengenalpasti dan menyenaraikan bahan jahitan
3.3 Mengenalpasti dan menyenaraikan fungsi dan kegunaan 13

Topik 4: Mengambil Ukuran


4.1 Objektif Pembelajaran 14
4.2 Mengenalpasti bahagian badan
4.3 Mengukur bahagian badan dengan tepat 23

Topik 5: Merajah Pola


5.1 Objektif Pembelajaran 24
5.2 Mengenalpasti bahagian yang memerlukan pola
5.3 Merajah mengikut ukuran bahagian badan
5.4 Menerangkan langkah-langkah merajah pola 34

Topik 6: Menanda Basi dan Menggunting Fabrik


6.1 Objektif Pembelajaran 35 - 41

Topik 7: Mencantum dan Menjahit 42 - 53


7.1 Objektif Pembelajaran

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my


MANUAL
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

Topik 1
Pengenalan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mengenal pasti bahagian-bahagian baju kebaya moden leher V dan kain selisih
• Mengenal pasti dan menyenaraikan bahagian-bahagian baju
• Mengenal pasti dan menyenaraikan bahagian-bahagian kain

• Kebaya ialah antara pakaian tradisional masyarakat Melayu


di Malaysia.
• Kebaya berasal daripada perkataan ‘habaya’ yang bererti
pakaian labuh.
• Pakaian ini berasal dari negara Timur Tengah.
• Kemudiannya telah diubahsuai mengikut cita rasa masyarakat
Melayu dan peranakan Cina.
• Kini, kebaya adalah antara pakaian kegemaran wanita-wanita
Malaysia.

• Terdapat pelbagai jenis kebaya antaranya kebaya nyonya,


kebaya Kota Bahru, kebaya singkat, kebaya labuh dan kebaya
moden leher V.
• Kebaya boleh dipakai sedondon atau boleh juga dipakai dengan
kain batik, kain songket, kain belah atau kain selisih.
• Kebaya sesuai dipakai semasa majlis rasmi dan keraian.
• Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya
tidak berkolar.

• Di Perak pula, lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan


kebaya di negeri-negeri yang lain.
• Di Pahang, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang.
• Baju Riau Pahang ini mempunyai leher berkolar dan berkancing
seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya
berbelah seperti baju kebaya yang lain.
• Baju ini turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang
berbutang itu.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 1


MANUAL
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

Topik 2
Peralatan Jahitan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mengenal pasti dan menyenaraikan peralatan jahitan yang digunakan
• Mengenal pasti dan menyenaraikan kegunaan dan fungsi peralatan jahitan

Mengukur

Pita Ukur
• Alat yang digunakan untuk mengambil ukuran badan pemakai

Pen
• Alat yang digunakan untuk menulis ukuran ke dalam buku catatan

Buku Catatan
• Alat yang digunakan untuk merekod ukuran baju yang telah diambil

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 2


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Merajah Pola

Pembaris
• Alat yang digunakan untuk membuat garisan lurus

Pembaris Sesiku
• Alat yang digunakan untuk membuat ukuran sudut tepat
• Ia juga digunakan untukmendapatkan pecahan-pecahan ukuran
tertentu seperti lubang lengan dan leher

Pembentuk
• Alat yang digunakan untuk mendapatkan garis melengkung untuk
bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan lengan baju

Pensel Penanda
• Alat yang digunakan untuk melakar pola di atas kertas kuning

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 3


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Merajah Pola

Pemadam
• Alat yang digunakan untuk memadam kesilapan lakaran

Kertas Kuning
• Bahan yang digunakan sebagai tempat untuk melakar pola

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 4


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Menggunting Fabrik

Pola
• Gambarajah bahagian-bahagian baju dan kain yang telah
dilukis di atas kertas kuning dan digunting mengikut draf pola

Kapur Tukang Jahit


• Alat yang digunakan untuk memindah tanda-tanda, cabang-cabang
dan lain-lain garisan pola daripada kertas ke atas fabrik.

Pembaris
• Alat yang digunakan untuk membuat garisan lurus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 5


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Menggunting Fabrik

Pembentuk
• Alat yang digunakan untuk mendapatkan garis melengkung
untuk bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan
lengan baju

Jarum Peniti
• Alat yang digunakan untuk menyemat pola pada fabrik

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 6


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Menanda Basi

Pola
• Gambarajah bahagian-bahagian baju dan kain yang telah
dilukis di atas kertas kuning dan digunting mengikut draf pola

Kapur Tukang Jahit


• Alat yang digunakan untuk memindah tanda-tanda, cabang-cabang
dan lain-lain garisan pola daripada kertas ke atas fabrik.

Pembaris
• Alat yang digunakan untuk membuat garisan lurus

Pembentuk
• Alat yang digunakan untuk mendapatkan garis melengkung
untuk bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan
lengan baju

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 7


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Menanda Basi

Jarum Peniti
• Alat yang digunakan untuk menyemat pola pada fabrik

Menjahit

Jarum Peniti
• Alat yang digunakan untuk vmenyemat pola pada fabrik

Jarum Jahit
• Alat yang digunakan untuk membuat pelbagai jahitan kemasan
tangan pada bahagian lengan, kaki baju dan lapik

Tapak Pengelim
• Alat yang digunakan bersama mesin jahit untuk menjahit kelim

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 8


MANUAL Topik 2
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Peralatan Jahitan

Menjahit

Tapak Zip
• Alat yang digunakan bersama mesin jahit untuk menjahit zip

Seterika
• Alat yang digunakan untuk menekan atau menggosok fabrik untuk
mendapatkan kekemasan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 9


MANUAL
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

Topik 3
Bahan Jahitan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mengenal pasti dan menyenaraikan bahan jahitan yang digunakan
• Mengenal pasti dan menyenaraikan kegunaan dan fungsi bahan jahitan

Jenis Fabrik

• Kain Kapas

• Kain Polister

• Kain Sutera

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 10


MANUAL Topik 3
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Bahan Jahitan

Jenis Fabrik

• Kain Chiffon

Anggaran Fabrik
• Anggaran fabrik yang diperlukan:

• 4 meter untuk dewasa • 3 - 3.5 meter untuk • 2 meter untuk


kanak-kanak 5 - 12 kanak-kanak bawah
tahun 5 tahun

• Anggaran fabrik adalah mengikut saiz badan pemakai

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 11


MANUAL Topik 3
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Bahan Jahitan

Benang

• Bahan yang digunakan untuk mencantum


bahagian-bahagian baju dan kain

Jenis Kancing

Cangkuk dan Mata


• Bahan penyambung yang digunakan sebagai
penyambung bahagian hadapan baju

Cangkuk dan Palang


• Bahan penyambung yang digunakan sebagai
penyambung sementara di bahagian kain
penyambung bahagian hadapan baju

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 12


MANUAL Topik 3
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Bahan Jahitan

Zip

• Bahan yang digunakan untuk menyambungkan dua


bahagian fabrik

Balkrum

• Bahan yang digunakan di bahagian pinggang

Balkrum

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 13


MANUAL
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

Topik 3
Mengambil Ukuran
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mengenal pasti bahagian badan yang perlu diukur
• Mengukur bahagian-bahagian badan dengan tepat
• Menerangkan langkah-langkah mengukur setiap bahagian badan dengan tepat

Bahagian Baju:

Lebar Bahu
• Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan.

Labuh Lengan
• Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke pergelangan tangan mengikut
labuh lengan yang bersesuaian.

Nota
Tanpa mengalihkan kedudukan pita ukur
selepas mengukur lebar bahu, teruskan
mengambil ukuran labuh lengan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 14


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Bukaan Lengan
• Ukur lilitan hujung pergelangan tangan.

*Tips:
• Masukkan jari seperti yang ditunjukkan untuk mendapatkan kelonggaran
yang bersesuaian.

Keliling Dada
• Ukur lilitan di bahagian dada yang paling besar mengikut kelonggaran yang
bersesuaian.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 15


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Keliling Pinggang
• Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk
kelonggaran

Keliling Pinggul
• Ukur lilitan di bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk
kelonggaran.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 16


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Ukuran wanita belum berkahwin

Ukuran wanita sudah berkahwin

Paras Pinggul
• Ukuran paras pinggul untuk wanita belum berkahwin adalah 8 inci.
• Ukuran paras pinggul untuk wanita sudah berkahwin adalah 9 inci.

Labuh Baju
• Ukur dari bahu hingga ke paras labuh yang bersesuaian.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 17


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Keliling Leher
• Ukur lilitan di pangkal leher dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

Bahu ke Pinggang
• Ukur dari pangkal leher belakang hingga ke paras pinggang.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 18


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Bahagian Kain :

Keliling Pinggang
• Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk
kelonggaran.

Keliling Pinggul
• Ukur lilitan di bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk
kelonggaran.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 19


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Ukuran wanita belum berkahwin

Ukuran wanita sudah berkahwin

Paras Pinggul
• Ukuran paras pinggul untuk wanita belum berkahwin adalah 8 inci.
• Ukuran paras pinggul untuk wanita sudah berkahwin adalah 9 inci.

Labuh Kain
• Ukur dari pinggang hingga ke buku lali atau ke bahagian labuh yang bersesuaian
mengikut kehendak pemakai.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 20


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Bukaan Kaki Kain


• Ukur lilitan bahagian kaki atau mengikut kesesuaian pemakai.

*Tips:
• Ukuran bukaan kaki boleh diambil dari ukuran pinggul ditolak 1 inci.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 21


MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

Demo Mengambil dan Merekod Ukuran

• Pengukur hendaklah berdiri di sebelah kanan model ketika mengukur

• Pegang pita ukur bermula dari sifar


• Ambil ukuran setiap bahagian badan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 22


*Nota:
• Ukuran bukaan kaki boleh diambil dari ukuran pinggul ditolak 1 inci.

MANUAL Topik 4
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Mengambil Ukuran

• Catatkan setiap ukuran badan pemakai atau model di dalam buku catatan
anda supaya tidak hilang dan mudah dirujuk untuk proses berikutnya

• Anda boleh juga mencatat ukuran yang diambil


dengan menaip ukuran tersebut di ruang yang disediakan di skrin

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 23


MANUAL
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih

Topik 3
Mengambil Ukuran
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mengenal pasti bahagian badan yang perlu diukur
• Mengukur bahagian-bahagian badan dengan tepat
• Menerangkan langkah-langkah mengukur setiap bahagian badan dengan tepat

Bahagian Baju:

Lebar Bahu
• Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan.

Labuh Lengan
• Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke pergelangan tangan mengikut
labuh lengan yang bersesuaian.
Nota
Tanpa mengalihkan kedudukan pita ukur
selepas mengukur lebar bahu, teruskan
mengambil ukuran labuh lengan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 24


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

Bahagian Belakang Baju


• Lakar garis lurus dari A ke B. A ke B = ukuran labuh baju.

• Lakar garis lurus dari A ke C. A ke C = ¼ ukuran keliling dada.

• Lakar garis dari A ke D. A ke D = ukuran dari bahu ke pinggang.

• Lakar garis dari D ke E. D ke E = ukuran paras pinggul.

• Dari A, lakar garis ke F. A ke F = ½ ukuran bahu pemakai.

• Lakar garis dari F ke G. Garis FG = garis AC.

• Lakar garis dari C ke H. C ke H = ukuran ¼ dada + ¼ inci.

• Lakar garis dari A ke I = ½ inci.

• Lakar garis dari A ke J. A ke J = 1/6 ukuran keliling leher.

• Lakar garis melengkung dari J ke I dengan sesiku.

• Dari F, turunkan 1 inci dan labelkan K.

• Lakar garis lurus dari J ke K.

• Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan L.

• Tandakan titik tengah garisan L ke K dan labelkan M.

• Dari M, masukkan ½ inci dan labelkan N.

• Dari H turunkan ½ inci, labelkan O.

• Lakar garis lurus dari K ke N dan garis melengkung dari N ke O.

• Lakar garis E ke P. E ke P = ukuran ¼ keliling pinggul + ¾ inci.

• Lakar garis B ke Q = garis EP.

• Lakar garis lurus dari P ke Q.

• Lakar garis lurus dari O ke P dan dari D ke R. D ke R = garisan pinggang

• Dari R ke S = 1 inci

• Tandakan titik tengah garisan D ke S dan labelkan T.

• Dari garisan dada, turunkan 1 ½ inci dan labelkan U.

• Lakar garis lurus dari T ke U.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 25


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

• T ke V = 5 inci

• Lakar garis lurus dari T ke V.

• T ke W = ½ inci.

• T ke X = ½ inci.

• Lakar garis lurus dari W ke V, X ke V, X ke U dan W ke U.

• Dari O ke S dan ke P, bentuk dengan menggunakan pembentuk.

Bahagian Hadapan Baju

• Dari A, panjangkan garis lurus terus ke 1 dan dari C ke 3.

• Lakar garis lurus dari 1 ke 2 = labuh baju +1 inci.

• Lakar garis dari 1 ke 4. Garis 1 ke 4 = ukuran bahu ke pinggang + 1 inci.

• Lakar garis dari 1 ke 6. 1 ke 6 = ukuran ½ bahu.

• Lakar garis dari 6 ke 7. 6 ke 7 = 1ke 3 = ukuran ¼ dada.

• Lakar garis 3 ke 8 = ukuran ¼ dada + ¾ inci

• Lakar garis 1 ke 9.1 ke 9 = 1/6 ukuran keliling leher.

• Lakar garis 1 ke 10. 1 ke 10 = 1/6 ukuran keliling leher + 3 inci.

• Lakar garis dari 9 ke 10 dengan pembentuk.

• Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan 11.

• Lakar garis lurus dari 9 ke 11.

• Dari 7, turunkan ½ inci dan labelkan 12.

• Tanda titik tengah garisan 11 ke 12 dan labelkan 13.

• Dari 13, masukkan ¾ inci dan labelkan 14.

• Dari 8, turun ½ inci dan labelkan 15.

• Lakar garis dari 11 ke 14 dan terus ke 15 dengan sesiku.

• Lakar garis dari 4 ke 5 iaitu paras pinggul.

• Lakar garisan dari 5 ke 16 dan dari 2 ke 17.


5 ke 16 dan 2 ke 17 = ¼ ukuran keliling pinggul + ¾ inci.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 26


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

• Lakar garis lurus dari 16 ke 17.

• Lakar garis lurus dari 15 ke 16.

• Lakar garis lurus dari 4 ke 18. 4 ke 18 = garisan pinggang

• Dari 18, masukkan 1 inci dan labelkan 19.

• Lakarkan garisan berbentuk dari 15, 19 dan ke 16 dengan menggunakan pembentuk.

• 1 ke 20 = ½ ukuran mercu ke mercu.20 ke 21 = ukuran dari bahu ke mercu.

• Lakar garis lurus dari 20, 21 ke 22.

• 21 ke 23 = 1 ½ inci.

• 22 ke 24 = ½ inci.

• 22 ke 25 = ½ inci.

• 22 ke 26 = 5 inci.

• Lakar garis lurus dari 24 ke 26, 22 ke 26, 24 ke 23 dan 22 ke 23.

• 15 ke 27 = 4 inci.

• Lakar garis lurus dari 21 ke 27.

• Dari 27, keluarkan ½ inci dan labelkan 27a

• 21 ke 28 = 1 ¼ inci.

• 27 ke 29 = ½ inci.

• 27 ke 30 = ½ inci.

• Garis lurus dari 28 ke 29

• Garis lurus dari 29 ke 30

• Gunakan pembentuk, garis dari 15 ke 27A terus ke 30

• Dari 2, turunkan 3 inci dan labelkan 31.

• Lakar garis berbentuk dari 17 ke 31 dengan pembentuk.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 27


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

Lapik Hadapan Baju


• Dari 31, masukkan 3 inci dan labelkan 32.

• Lakar garis dari 1 ke 9A = 1/6 leher.

• Dari 9A, masukkan 2 inci dan labelkan 33.

• Lakarkan garisan dari 9A ke 10

• Dari 3 ke 3A = 3 inci.

• Gunakan pembentuk, lakar dari 33 ke 3A

• Dari 3A, lakar garis lurus hingga ke 32.

Lapik Belakang Baju

• Dari A ke J1 = 1/6 leher.

• Dari JI, turunkan 2 inci dan labelkan Y.

• Dari I, turunkan 2 inci dan labelkan Z.

• Lakarkan garisan dari Y ke Z dan I ke J dengan menggunakan pembentuk

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 28


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

Bahagian Lengan
• A ke B = ukuran labuh lengan.

• A ke C = 1/8 ukuran dada + 1 inci.

• DC = bahagian belakang baju dari K ke L

• B ke E = ½ bukaan tangan.

• Dari D ke E, lakar satu garis berbentuk

• Lakar garis lurus dari A ke D.

• Kemudian, bahagi garis lurus AD kepada 3 dan labelkan F danG.

• F ke H = 1 inci.

• G ke I = ½ inci.

• G ke J = ¼ inci.

• Bentukkan A, H, I ke D iaitu bahagian lengan belakang.

• Bentukkan A,H, J ke D iaitu bahagian lengan hadapan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 29


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

Bahagian Belakang Kain


• A ke B = labuh kain - 1 inci (untuk pinggang)

• A ke C = paras pinggul - 1 inci( untuk pinggang).

• C ke D = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.

• B ke E = ¼ bukaan kaki kain.

• A ke F = ¼ ukuran pinggang + 1 inci.

• Tandakan titik tengah garis A ke F dan labelkan G.

• Dari G, turunkan 4 inci dan labelkan H.

• Dari G, masukkan ½ inci dan labelkan I.

• Dari G keluarkan ½ inci dan labelkan J.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 31


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

• Lakar garis lurus dari H ke J dan dari H ke I untuk lisu.

• Dari F, naikkan ½ inci dan labelkan K.

• Lakar garis berbentuk dari K ke J dengan pembentuk.

• Dari E, naikkan ½ inci dan labelkan L.

• Lakar garis berbentuk dari L ke B dengan pembentuk.

• Lakar garis berbentuk dari F ke D dengan pembentuk.

• Lakar garis lurus dari D ke L

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 33


MANUAL Topik 5
Kebaya Moden Leher V dan Kain Selisih Merajah pola

• Dari 7, keluarkan ½ inci dan labelkan 10.

• Lakarkan garis lurus dari 8 ke 10 dan 8 ke 9 untuk lisu.

• Dari 6, naikkan ½ inci dan labelkan 11.

• Lakar garis berbentuk dari 11 ke 10 dengan menggunakan pembentuk.

• Dari 5, naikkan ½ inci dan labelkan 12.

• Lakar garis berbentuk dari 12 ke 2 dan 6 ke 4 dengan pembentuk.

• Lakar garis lurus dari 4 ke 12

• Dari1, keluarkan 9 inci dan labelkan 13.

• Dari 3, keluarkan 9 inci dan labelkan 14.

• Dari 2, keluarkan 9 inci dan labelkan 15.

• Lakar garis lurus dari 13, 14 dan terus ke 15.

Bahagian Pinggang

• A ke B = ukuran pinggang + 1 inci (untuk panjang)

• A ke C dan B ke D = 1 inci ( untuk lebar)

• Lakar garis lurus dari A ke B, A ke C dan B ke D.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 34


MANUAL
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih

Topik 6
Menanda basi dan menggunting
fabrik
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Menanda bagi jahitan pada fabrik.
• Menerangkan langkah-langkah menanda bagi jahitan pada fabrik.
• Menggunting fabrik mengikut pola yang telah dirajah.
• Menerangkan langkah-langkah menggunting fabrik mengikut draf pola.

1. Panduan sebelum menggunting*

• Bagi memastikan fabrik yang hendak digunting


cukup untuk sepasang baju kebaya moden leher V
dan kain selisih, susun semua pola yang telah dirajah
di atas fabrik sebelum menggunting.

• Letak dan susun pola yang lebih besar di atas fabrik


diikuti bahagian pola yang lain sebagaimana
yang ditunjukkan.
• Diingatkan bahawa gambarajah yang ditunjukkan
hanyalah sebagai panduan.

• Letak dan susun pola yang lebih besar di atas fabrik


diikuti bahagian pola yang lain sebagaimana
yang ditunjukkan.
• Diingatkan bahawa gambarajah yang ditunjukkan
hanyalah sebagai panduan.

Tips
Fabrik jalur memerlukan perhatian yang lebih sebelum digunting.Ini kerana pakaian
bercorak jalur akan nampak lebih cantik sekiranya jalur di bahagian cantuman
bertemu.
Fabrik kotak-kotak perlu diberi perhatian sebelum memotong agar pakaian yang
dicantum nampak lebih cantik dan seimbang coraknya.
Corak motif bunga terbahagi kepada dua iaitu motif bunga tegak dan motif bunga
tabur.
Fabrik motif bunga tegak perlu digunting dengan hati-hati agar arah coraknya sama.
Fabrik motif bunga tabur juga perlu diberi perhatian sebelum memotong agar
coraknya tidak hanya tertumpu di sesetengah bahagian sahaja.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 35


MANUAL Topik 6
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Menanda basi dan menggunting fabrik

2. Bahagian lengan

• Bentang fabrik secara memanjang.


• Lipat dua fabrik yang dibentang.
• Letak pola bahagian lengan di atas fabrik.
• Semat jarum peniti.

• Rajah semula pola lengan pada fabrik.


• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:
• Pangkal lengan = ½ inci
• Sisi = ¾ inci
• Lipatan = 1 ¼ inci

• Gunting fabrik.
• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola.

3. Bahagian hadapan baju

• Bentang fabrik memanjang mengikut ukuran


labuh baju.
• Lipat dua fabrik yang dibentang.
• Letak pola bahagian hadapan baju di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 36


MANUAL Topik 6
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Menanda basi dan menggunting fabrik

• Rajah semula pola hadapan baju.


• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:
• Bahu = ¾ inci
• Lubang lengan = ½ inci.
• Lubang leher = ½ inci.
• Bahagian sisi = ¾ inci.
• Bahagian lipatan = 1 ¼ inci.

• Gunting fabrik.
• Semat jarum peniti pada hujung atas, tengah dan
bawah lisu yang telah ditebuk untuk memindahkan
nya pada fabrik.
• Cabut jarum peniti kecuali pada lisu.

• Tanggalkan pola.
• Rajah semula lisu pada fabrik.

4. Bahagian belakang baju

• Bentang fabrik memanjang mengikut ukuran


labuh baju.
• Lipat dua fabrik yang dibentang.
• Letak pola bahagian belakang baju di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 37


MANUAL Topik 6
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Menanda basi dan menggunting fabrik

• Rajah semula pola belakang baju.


• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:
• Bahu = ¾ inci
• Lubang lengan = ½ inci.
• Lubang leher = ½ inci.
• Bahagian sisi = ¾ inci.
• Bahagian lipatan = 1 ¼ inci.

• Gunting fabrik.
• Semat jarum peniti pada hujung atas, tengah dan
bawah lisu yang telah ditebuk untuk
memindahkannya pada fabrik.
• Cabut jarum peniti kecuali pada lisu.

• Tanggalkan pola.
• Rajah semula lisu pada fabrik.

5. Bahagian lapik hadapan baju l

• Lipat dua baki fabrik mengikut ukuran lebar dan


panjang lapik bahagian hadapan.
• Letak pola lapik bahagian hadapan di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 38


MANUAL Topik 6
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Menanda basi dan menggunting fabrik

• Rajah semula pola lapik hadapan


• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:
• Lubang leher = ½ inci.
• Bahagian bahu ¾ inci.

• Gunting fabrik.
• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola.

6. Bahagian lapik belakang baju

• Lipat dua baki fabrik mengikut ukuran lebar lapik


bahagian belakang.
• Letak pola lapik bahagian belakang di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.
• Rajah semula pola lapik belakang.

• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:


• Lubang leher = ½ inci.
• Bahagian bahu ¾ inci.
• Gunting fabrik.
• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 39


MANUAL Topik 6
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Menanda basi dan menggunting fabrik

7. Bahagian hadapan kain.

• Bentang fabrik memanjang mengikut labuh kain.


• Lipat dua fabrik yang dibentang mengikut ukuran
pinggul + 1 inci.
• Letak pola bahagian belakang kain di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada fabrik.


• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:
• Bahagian sisi = ¾ inci.
• Bahagian lipatan bawah kaki kain = ½ inci.
• Bahagian pinggang = ½ inci.

• Gunting fabrik.
• Snap di bahagian lebihan 9 inci pada bahagian
kain hadapan sebagai tanda tengah.
• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola.

8. Bahagian belakang kain.

• Bentang fabrik memanjang mengikut labuh kain.


• Lipat dua fabrik yang dibentang mengikut ukuran
pinggul + 1 inci.
• Letak pola bahagian belakang kain di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 40


MANUAL Topik 6
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Menanda basi dan menggunting fabrik

• Rajah semula pola pada fabrik.


• Tanda basi jahitan dan basi lipatan seperti berikut:
• Bahagian sisi = ¾ inci.
• Bahagian lipatan bawah kaki kain = ½ inci.
• Bahagian pinggang = ½ inci.

• Gunting fabrik.
• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola.

9. Bahagian pinggang.*

• Ambil baki fabrik mengikut ukuran pinggang.


• Letak pola di atas fabrik.
• Semat pola dengan jarum peniti.
• Rajah semula pola pinggang.

• Tanda basi jahitan di sekeliling pola pinggang


sebanyak ½ inci.
• Gunting fabrik.
• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola.

Tips
Boleh juga diambil fabrik berukuran 3 inci lebar x
( ukuran pinggang + 2 inci )

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 41


MANUAL
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih

Topik 7
Mencantum dan menjahit
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
• Mencantum dan menjahit bahagian-bahagian baju.
• Mencantum dan menjahit bahagian-bahagian kain.
• Menerangkan langkah-langkah mencantum dan
menjahit.
• Menerangkan langkah-langkah mencantum dan
menjahit bahagian-bahagian kain.

Menjahit kemasan tepi

1. Sebelum mencantum dan menjahit, semua bahagian


baju dan kain perlu dijahit tepi terlebih dahulu supaya
fabrik di bahagian tepi tidak berjurai.

2. Bahagian-bahagian yang perlu dijahit kemasan tepi ialah:

• Hadapan dan belakang baju

• Hadapan dan belakang kain

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 42


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

• Lengan.

• Lapik hadapan dan belakang baju.

Mencantum dan menjahit bahagian baju

1. Lisu pemadan.

• Temukan sebelah luar fabrik.


• Padankan garis pemadan lisu.
• Jahit mesin dari hujung ke hujung kedua-dua lisu
pemadan di bahagian belakang baju.

• Ulangi langkah yang sama untuk lisu pemadan di


bahagian hadapan baju.
• Gosok lisu pemadan di sebelah luar fabrik meng
hala ke tepi.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 43


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

2. Bahu.

• Temukan sebelah dalam fabrik bahu hadapan


dengan bahu belakang.
• Semat jarum peniti .
• Jahit mesin kedua-dua bahagian bahu.

• Cabut jarum peniti.


• Buka kelim dan gosok untuk kemasan.
• Lipat dua bahagian belakang baju dan snapkan
bahagian tengah belakang lubang leher.

3. Lapik baju.

• Temukan bahu kiri dan kanan lapik hadapan baju


dan lapik belakang .
• Pastikan fabrik sebelah luar yang ditemukan.
• Semat jarum peniti supaya fabrik tidak bergerak
semasa menjahit.

• Semat jarum peniti supaya fabrik tidak bergerak


semasa menjahit.
• Jahit kedua-dua bahagian bahu tersebut.
Buka kelim dan gosok

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 44


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

• Lipat dua lapik yang telah dijahit tadi dan snap di


tengah belakang leher.
• Snap juga di tengah bahagian belakang baju.

4. Lidah hadapan.

• Ukur panjang lidah hadapan bermula dari garisan


leher dibelahan hadapan hingga ke
paras pinggang.
• Bentang baki fabrik.
• Ukur fabrik 4 inci lebar dan panjangnya mengikut
ukuran yang telah diukur tadi.

• Tambah 1 inci untuk basi jahitan.


• Gunting fabrik mengikut lakaran yang
telah dibuat.
• Lipat dua lidah hadapan secara memanjang.
• Jahit mesin bahagian tepi lidah kiri dan kanan.

• Terbalikkan ke dalam dan gosok untuk kemasan.


• Jahit kemasan tepi bahagian tepi lidah hadapan
supaya fabrik tidak berbulu.
• Tanda basi jahitan di tepi lidah sebanyak ½ inci.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 45


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

5. Hadapan baju, lidah hadapan dan lapik.

• Letak lidah hadapan di atas hadapan baju


sebelah kiri mula dari garisan belahan leher hingga
ke paras pinggan.
• Semat lidah hadapan dengan jarum peniti.

• Temukan tengah lapik baju yang disnap dengan


tengah belakang baju dan temukan juga bahu di
bahagian lapik dengan bahu di baju.
• Semat dengan jarum peniti.

• Jahit mesin mula dari bahagian kiri bawah kaki


baju hingga ke bahagian kanan bawah kaki baju.
• Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci.
• Snap keliling lubang leher yang melengkung.

• Terbalikkan baju dan gosok.


• Jahit mesin di tepi belahan lapik baju dan gosok.
• Jahit jelujur tangan bahagian lapik dengan
bahagian hadapan baju.
• Gosok untuk kemaskan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 46


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

6. Badan baju.

• Jahit bahagian baju bermula dari pangkal lubang


lengan hingga ke bawah kaki baju.
• Pastikan fabrik luar hadapan baju dan fabrik luar
belakang baju ditemukan semasa menjahit.

• Buka kelim dan gosok.


• Proses menjahit ini sama untuk kedua-dua belah
kiri dan kanan badan baju.

7. Lengan

• Lipat dua bahagian lengan fabrik sebelah luar.


• Semat jarum peniti.
• Jahit mesin mula dari keruk lengan hingga ke
hujung lengan.
• Cabut jarum peniti.
• Buka kelim dan gosok.

• Snap di tengah pangkal lengan bahagian lengan.


• Temukan keruk lubang lengan di badan baju
dengan keruk lubang lengan di lengan ¼ inci
ke depan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 47


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

• Jahit keliling lubang lengan.


• Ulang proses yang sama untuk sebelah
lengan lagi.

8. Mengemas lapik, lipatan bawah kaki baju


dan hujung lengan.

• Lipatan kaki baju, hujung lengan dan lapik perlu


dijahit silang pangkah untuk kemasan.
• Jahit bahagian lapik bermula dari hujung bawah
kaki baju sebelah kiri ke hujung bawah kaki baju
sebelah kanan.

• Lipat bahagian basi lipatan bawah kaki baju


dan gosok.
• Jahit silang pangkah.
• Ulangi langkah yang sama untuk hujung lengan.

9. Menjahit cangkuk dan mata.

• Tanda kedudukan cangkuk dan mata pertama di


sebelah kanan baju di pangkal leher.*
• Tanda kedudukan cangkuk dan mata ke dua di
hujung bawah bahagian lidah.*
• Ukur jarak antara tanda pertama dan ke dua.*

Tips
Gosok pada setiap bahagian cantuman supaya
nampak lebih kemas.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 48


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

• Bahagikan ukuran jarak dengan 6 untuk


menghasilkan 5 kedudukan yang lain.*

• Jika jarak antara tanda pertama dan kedua*


adalah 12 ; maka jarak untuk 5 cangkuk yang
lain ialah:
12 bahagi 6 = 2 inci
• Jahit cangkuk ⅛ inci dari hujung baju
menggunakan jahitan lubang butang.*

• Jahit mata sama seperti jahitan cangkuk.*

Tips
Gosok pada setiap bahagian cantuman supaya
nampak lebih kemas.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 49


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

Mencantum dan menjahit bahagian kain

1. Lisu pemadan.

• Lipat fabrik bahagian selisih untuk dijadikan


selisih hadapan.
• Lipat selisih samada dari kanan ke kiri atau kiri ke
kanan mengikut kesesuaian pemakai.
• Letak lipatan selisih di atas garisan lisu pemadan.
• Jahit lipatan selisih sepanjang 12 inci.

• Gosok bahagian selisih hadapan untuk kemasan.


• Temukan sebelah luar fabrik bahagian
belakang kain.
• Padankan garis pemadan lisu.
• Jahit mesin dari hujung ke pinggang.
• Letakkan lisu pemadan kedua ke atas selisih
dan jahit.

• Gosok lisu pemadan di sebelah luar fabrik


menghala ke tepi.

2. Menjahit zip.

• Temukan belakang kain dan hadapan kain fabrik


sebelah luar.
• Letak zip bersaiz 8 inci di atas kain sebelah kiri dan
tandakan dengan kapur.
• Jahit tepi kain mula dari tanda 8 inci hingga ke
bahagian bawah kaki kain.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 50


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

• Buka kelim sisi kiri kain yang telah dijahit dan gosok.
• Letak zip di bawah belahan hadapan kain dan
jahit keliling.
• Jahit bahagian hadapan kain lebih besar daripada
bahagian belakang kain.

• Cantum dan jahit bahagian sisi kanan kain mula dari


bahagian pinggang hingga ke hujung bawah
kaki kain.
• Pastikan fabrik sebelah luar yang di temukan.
• Buka kelim sisi bahagian kain dan gosok.

3. Tali penyangkuk.

• Gunting baki fabrik berukuran 8 inci panjang dan


2 inci lebar sebanyak 2 keping.
• Lipat ke dalam fabrik bahagian atas ½ inci dan
juga fabrik bahagian bawah ½ inci dan lipat dua
• Jahit tepi fabrik selebar satu tapak mesin.

• Ulang proses yang sama untuk tali penyangkuk


yang kedua.
• Kemudian lipat dua tali penyangkuk yang telah
siap dijahit.
• Letak satu tali di sisi bahagian kiri pinggang dan jahit.
• Letak satu lagi tali di sisi bahagian kanan pinggang
dan jahit.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 51


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

4. Ikatan tali pinggang.

• Letak balkrum di atas fabrik bahagian pinggang.


• Lipat fabrik bahagian atas ½ inci.
• Jahit mesin dari kanan ke kiri selebar satu
tapak mesin.
• Terbalikkan dan jahit di tepi hujung balkrum kiri
dan kanan.
• Terbalikkan dan gosok.

• Tandakan garisan pinggang dengan kapur dan


tinggalkan basi jahitan ½ inci dari garisan pinggang.
• Gunting lebihan basi jahitan.
• Samakan kedudukan zip bahagian hadapan
dan belakang.
• Tanda dengan kapur.

5. Pinggang.

• Acu ikatan pinggang pada garisan pinggang di kain.


• Pastikan ukuran ikatan pinggang sesuai dengan
garisan pinggang di kain.
• Jahit ikatan pinggang di garisan pinggang dari
pinggang hadapan hingga ke sebelah
belakang kain.

• Pastikan ikatan pinggang diletakkan di bahagian


dalam kain.
• Snapkan basi bahagian pinggang.
• Masukkan basi bahagian pinggang ke dalam
ikatan pinggang.
• Jahit keliling pinggang tersebut.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 52


MANUAL Topik 7
Jahitan Kebaya Moden V dan Kain Selisih Mencantum dan menjahit

6. Lipatan bawah kain.

• Lipat basi jahitan di bawah kaki kain selebar ½ inci.


• Jahit di atas dan bawah lipatan.
• Gosok untuk kemasan.

7. Cangkuk dan palang.

• Jahit cangkuk pada bahagian depan pinggang


dan palang pada bahagian belakang pinggang
dengan menggunakan cara jahitan lubang butang.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my Halaman 53

You might also like