Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Saya, Mohd Shahrul Azamudden bin Hamdan mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi, Puan Rohani binti Riban kerana telah

member tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyiapkan kajian Kerja Kursus Geografi ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua SMK Sultan Abdul Aziz

Shah, Pn Hjh Junaidah binti Tukimin kerana memberi kebenaran untuk membuat kajian ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, En Hamdan bin Misram dan Pn Junainah bte

Ngamin atas sokongan moral serta dorongan yang telah diberikan sehingga dapat menyiapkan

dan menyempurnakan kajian ini. Saya bersyukur kerana ahli kumpulan saya, iaitu Aiman, Alimi,

Muaz dan Naim yang memberi kerjasama bagi mendapatkan maklumat dalam melaksanakan

kajian ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada 25 orang responden yang telah

memberi kerjasama dan kajian soalselidik terutama pengerusi kampung, En Asnawi bin Halim

dalam menyiapkan kajian ini.


Bagi memenuhi keperluan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, pelajar tingkatan 3

diwajibkan menjalankan kerja kursus. Kajian ini dijalankan selepas waktu sesi persekolahan.

Saya, Mohd Shahrul Azamudden bin Hamdan merupakan seorang pelajar Tingakatan 3

Amanah di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor. Saya menjalankan kajian tempatan

yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Simpang Balak, Kajang, Selangor.

Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar, punca

pencemaran, kesan dan langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan

kajian saya. Saya menyiapkan ini dalam masa tiga minggu. Selepas mengumpulkan semua

maklumat yang diperlukan, saya menulis laporan lengkap tentang kajian secara individu.
Kawasan kajian saya, Kampung Simpang Balak terletak di negeri Selangor, iaitu di

Bandar Kajang dalam Daerah Hulu Langat. Kawasan ini telah dimajukan sekitar awal tahun

1940-an. Pada asalnya kawasan ini merupakan kawasan ladang getah, dimana bentuk muka

buminya terdiri daripada tanah pamah beralun. Kedudukan kawasan kampung ini terletak di

sebelah utara pusat Bandar Kajang dimana jaraknya kira-kira 3.5km dari Bandar Kajang.

Kawasan Kampung Simpang Balak merupakan kawasan kampung yang dilengkapi

dengan sisitem jalan raya yang lengkap serta terdapat lebuh raya Grand Saga dan Silk bagi

menghubungkannya dengan kawasan sekitar dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur serta daerah

lain. Selain itu, banyak kemudahan asas yang terdapat di kawasan ini seperti sekolah, kedai

runcit, masjid dan sebagainya.


A) KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru menyebabkan masalah pencemaran alam

sekitar, pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau

bahan-bahan hasil aktiviti manusia kea lam persekitaran yang bolh menyebabkan terganggunya

keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contoh pencemaran alam sekitar ialah pencemaran

udara, air, bunyi dan tanih. Dalam kajian ini akan deibincangkan masalah pencemaran udara.

B) JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KASAN KAJIAN


Terdapat beberapa jenis pencemaran antaranya udara, air, bunyi dan tanih. Namun begitu

dalam kajian ini hanya akan dibincangkan pencemaran udara sahaja yang terdapat di kawasan

kajian iaitu Kampung Simpang Balak, Kajang, Selangor.

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat banda asing dalam kepekatan yang

menganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.

Benda asing ini sama ada dalam bentuk asap, habuk, atau wap beracun. Masalah pencemaran

udara ini banyak berlaku di kawasan kajian ini semakin ketara kerana dipengaruhi oleh

beberapa factor antaranya perindustrian dan kegiatan harian penduduk di kawasan kajian.

C) PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Pencemaran alam sekitar di Kampung Simpang Balak, Kajang, Selanor ini adalah berpunca

beberapa punca utama.


Punca utama pencemaran udara yang berlaku di Kampung Simpang Balak, Kajang ialah hasil

daripada kegiatan industri perkilangan. Asap-asap yang dikeluarkan daripada kilang

kebanyakannya tidak dirawat atau ditapis dengan baik, keadaan ini sudah tentulah boleh

menyumbang kepada permasalahan pencemaran di kawasan kajian ini.

Manakala punca seterusnya ialah asap yang dikeluarkan oleh kenderaan. Jumlah kenderaan

yang semakin meningkat ini menyumbang kepada masalah pencemaran udara disebabkan oleh

asap-asap yang dikeluarkan oleh kenderaan. Asap kenderaan yang mengandungi karbon

dioksida, monoksida dan gas beracun yang lain boleh menjejaskan kualiti udara dan menjejaskan

kesihatan manusia.

Pembakaran terbuka juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di kawasan kajian

iaitu Kampung Simpang Balak, Kajang. Contohnya pembakaran sampah sarap oleh penduduk

kampung di Kampung Simpang Balak. Selain itu, pembakaran terbuka juga dilakukan oleh

agensi yang tidak bertanggungjawab untuk melupuskan sampah yang ada dengan cara

mengambil jalan yang mudah. Keadaan ini boleh menyumbang kepada masalah pencemaran

udara yang serius.

Selain itu, pencemaran udara yang berlaku di Kampung Simpang Balak, Kajang ini juga

dipengaruhi oleh aktiviti pembinaan yang sedang giat berlaku pada masa sekarang ini. Melalui

aktiviti ini habuk-habuk dan bahan terampai akan mencemari udara yang boleh mengakibatkan

pencemaran udara berlaku. Contohnya, seperti pembinaan perumahan dan kawasan blok kedai

yang banyak di kawasan kajian ini.


Oleh itu, sebagai penduduk di Kampung Simpang Balak, Kajang kita seharusnya hidup

saling tolong menolong untuk sama-sama menjaga persekitaran yang bersih seterusnya

menangani masalah pencemaran udara ini.

D)KESAN PENCEMARAN UDARA


Masalah pencemaran udara ini banyak memberi kesan kepada kehidupan di muka bumi sama

ada biotik atau abiotik.

Kesan yang pertama ialah boleh menyebabkan penyakit. Udara yang tercemar boleh

menyebabkan manusia mendapat penyakit seperti demam selsema, batuk, asma dan masalah

kulit seperti gatal. Ini semua disebabkan udara yang tercemar.

Masalah jerebu juga berlaku di kawasan Kampung Simpang Balak ini akibat daripada

pencemaran udara yang berlaku. Keadaan ini kerana yang dilepaskan oleh kilang dan kenderaan.

Akibat jerebu ini boleh menghalang penglihatan seterusnya menyumbang kepada kemalangan.

Keadaan ini biasanya ketara pada waktu kemuncak seperti pagi dan petang.

Kesan seterusnya boleh menyebabkan suhu meningkat. Keadaan ini disebabkan pokok-pokok

yang ditebang unutk dijadikan tapak perumahan dan industri. Selain itu, berpunca daripada asap

kilang dan asap kenderaan. Dahulu di Kampung Simpang Balak, Kajang ini suhu setempat hanya

28°C teteapi sekarang 29°C hingga 30°C.

Manakala asid juga merupakan salah satu kesan pencemaran udara. Ini disebabkan asap

karbon monoksida dan dioksida yang dilepaskan oleh asap kilang dan kenderaan yang bercampur

di udara dan seterusnya membentuk hujan asid. Kesan daripada hujan asid ini boleh

menyebabkan masalah penyakit kulit dan menjejaskan tanaman.


Kesan pencemaran udara seterusnya ialah masalah udara tercemar. Keadaan ini berlaku

kerana kandungan debu dan gas-gas beracun yang terampai di udara hasil daripada industri

perkilangan dan asap kenderaan. Masalah udara tercemar ini banyak berlaku di Kampung

Simpang Balak, Kajang kerana ada kawasan industri dan jumlah kenderaan yang semakin

bertambah.

Oleh itu, kita perlulah prihatin masalah pecemaran yang berlaku ini, agar dapat dibendung

dan seterusnya mengurangkan kesan daripada pencemaran udara ini.

E) CADANGAN MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN


UDARA
Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi kesan pencemaran udara yang berlaku di

Kampung Simpang Balak, Kajang ini.

Antaranya ialah pihak berwajib perlu menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia

ada. Tindakan undang-undang yang tegas ini boleh mencegah pesalah daripada melakukan

kesalahan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. Contohnya dengan menaikkan

jumlah denda yang dikenakan ke atas pesalah yang berkaitan dengan pencemaran udara ini.

Selain itu, kempen Cintai Alam Sekitar perlu dilaksanakan dalam masyarakat. Kempen ini

bertujuan untuk menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya udara.

Keadaan ini kerana dengan adanya udara yang bersih hidup maka kehidupan bumi dapat hidup

dengan selesa.

Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum juga perlu dilaksanakan untuk menjaga udara

daripada tercemar. Melalui pendidikan alam sekitar ia mampu membentuk sikap positif diri
terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran individu mereka akan sedar tentang pentingnya

kualiti alam sekitar yang baik dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masaalah yang

mungkin timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam

sekitar.

Penggunaan petrol plumbum juga merupakan cadangan unutk mengurangkan masalah

pencemaran udara di Kampung Simpang Balak, Kajang. Penggunaan petrol tanpa plumbum bagi

kenderaan boleh kurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian. Penggunaan petrol

tanpa plumbum boleh kurangkan pengeluaran asap yang beracun daripada kenderaan.

Oleh itu, kita mestilah bekerjasama untuk menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih dan

selamat untuk digunakan.


Menghuraikan konsep pencemaran alam sekitar di Kampung Simpang Balak, Kajang,

Selangor.

Menghuraikan jenis pencemarana alam sekitar di Kampung Simpang Balak, Kajang,

Selangor.

Menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Kampung Simpang Balak, Kajang,

Selangor.

Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Simpang Balak, Kajang,

Selangor.

Menghuraikan cadangan mengurangkan pencemaran alam sekitar di Kampung Simpang

Balak, Kajang, Selangor.

Menerapkan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian.


A) PEMERHATIAN

Melalui kaedah pemerhatian, saya mendapat maklumat mengenai jenis, punca dan kesan

pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya iaitu Kampung Simpang Balak, Kajang.

B) SOAL SELIDIK

Saya telah membuat kajian soal selidik terhadap 35 orang responden untuk mendapat

maklumat-maklumat yang diperlukan mengenai pencemaran alam sekitar di kawasan

Kampung Simpang Balak, Kajang. Borang soal selidik seperti dalam lampiran.

C) RUJUKAN

Melalui kaedah rujukan, saya telah merujuk buku rujukan, buku teks, atlas, surat khabar

dan juga internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pencemaran alam sekitar

di Malaysia amnya dan di kawasan Kampung Simpang Balak, Kajang khususnya.


BIL ASPEK MUKA SURAT

1 Tajuk Kajian
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Pendahuluan
5 Objektif Kajian
6 Kawasan Kajian
7 Kaedah Kajian
8 Dapatan Kajian
a) Konsep pencemaran alam sekitar.
b) Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
c) Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
d) Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan
kajian.
e) Cadangan mengatasi kesan-kesan pencemaran
alam sekitar di kawasan kajian.

9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan
12 Penilaian Umum

You might also like