Book Review DR Shukri The Practice of Qualitative Research Final

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

The Practice Of Qualitative Research

Chapter two- The Research Process


Chapter nine- Mixed Methods Research

Sharlene Nagy Hesse-Biber


Boston College
Patricia Leavy
Stonehill College

SAGE Publications, Inc


Thousand Oaks, California
2006

Masriah Mastul
Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu
doey76@yahoo.com

Chapter 9: Penyelidikan Kaedah Bercampur (Mixed Methods Research)

Penyelidikan kaedah campuran merupakan satu penyelidikan yang menggunakan


kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif dimana penulis berpendapat bahawa
dengan menggunakan dua atau lebih kaedah akan menghasilkan keputusan yang lebih
menyeluruh, berwawasan dan lojik. Amalan kaedah ini dapat meningkatkan falsafah yang
berterusan, perkaedahan dan menggunakan pelbagai kaedah. Gabungan dua-dua kaedah
boleh membina projek penyelidikan yang selesa dan memudahkan kefahaman sepenuhnya
terhadap masalah kajian.

Selain itu kaedah bercampur ini juga boleh membantu untuk mendapatkan
pengetahuan yang abstrak dan memberi pandangan idea dalam proses penyelidikan dari
segi langkah-langkah yang tertinggal dan ciri-ciri minat yang pelbagai, pandangan dan
perspektif. Kaedah ini juga dapat membantu menguasai atau menyelesaikan masalah yang
kompleks melibatkan pelbagai tahap kefahaman untuk menentukan bermacam-macam
teknik analisis. Kaedah kualitatif ini sangat berguna untuk penyelidik merasai pengalaman
yang terus atau mendapatkan data primer daripada individu yang berkaitan.

Mengapa mengunakan penyelidikan kaedah bercampur:

Greene, Caracelli dan Graham (1989) dalam Sharlene Nagy Hesse-Biber dan Patricia
Leavy (2006), membincangkan lima sebab mengapa penyelidik mahu menggunakan kajian
kaedah bercampur iaitu;

1. Triangulasi:

Strategi yang melibatkan lebih daripada satu kaedah untuk mengkaji soalan
penyelidikan yang sama. Ini akan membuahkan hasil atau satu set jawapan yang
lebih tepat dengan kesahan yang tinggi.

2. Saling melengkapi:

Dimana penyelidik menginginkan kefahaman yang mendalam untuk masalah kajian


dan mendapatkan hasil kajian yang sah.

3. Pembangunan kaedah:

Keputusan atau hasil dari satu kaedah membantu membangun atau membentuk
kaedah yang lain.

4. Inisiasi:

Kajian sedia ada membentuk persoalan baru atau terdapat kontradiksi yang
memerlukan pengesahan.

5. Pengembangan:

Menggalakan untuk membuat atau meluaskan kajian yang lebih terperinci atau ke
isu masalah yang lain.

Reka bentuk penyelidikan kaedah bercampur (mixed methods)

David Morgan (1998) memberikan beberapa strategi praktikal untuk merancang sebuah
kajian kaedah campuran. Dia menyarankan empat campuran kaedah kajian reka bentuk
mengikut urutan (waktu odering) serta kepentingan relatif dari kaedah masing-masing.
Dalam merancang sesuatu projek, beberapa keputusan perlu dilakukan untuk mendirikan
kaedah reka bentuk campuran tertentu dimana seseorang pengkaji boleh bertanya pada
diri sendiri, dua soalan berikut;

1. Apakah kaedah kajian primer dan apa kaedah sekunder.

2. Kaedah apa yang akan diguna pakai pertama dan apa yang akan menjadi kaedah
kedua.

David Morgan (1998) menyediakan empat reka bentuk kajian kaedah campuran untuk
membantu memberikan idea kepada penyelidik menjawab dua soalan ini. Namun, penting
untuk dicatat bahawa ada banyak kaedah lain selain kaedah campuran yang
menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan kriteria yang
berbeza.

Gabungan kualitatif dan kuantitatif

1.Rekabentuk 1 qual followed by QUANT*

2.Rekabentuk 2 quant followed by QUAL

3.Rekabentuk 3 QUANT followed by qual

4.Rekabentuk 4 QUAL followed by quant

Rajah 1: Rekabentuk kaedah campuran (sumber: Shariene & Biber,2006)

Reka bentuk pertama (qual – QUANT*) komponen kualitatif menjadi yang pertama dalam
melakukan projek kajian, tetapi menjadi kedua untuk tujuan projek. Kaedah kuantitatif
adalah yang utama tetapi diberikan sebagai tindakan lanjutan untuk kajian kualitatif.
Dengan menggunakan pendekatan kualitatif sebelum pendekatan kuantitatif memberikan
penyelidik yang belum terbiasa dengan tajuk yang dikaji kesempatan untuk menghasilkan
idea-idea khusus / hipotesis berdasarkan data kualitatif, bahawa mereka juga mungkin
mendapat maklumat lebih khusus di bahagian kuantitatif projek.

Berdasarkan rekabentuk kedua (quant – QUAL), kajian kuantitatif digunakan sebagai kaedah
sekunder dengan penyelidikan kualitatif yang utama. Dalam kes ini, kajian kuantitatif yang
biasanya digunakan untuk mengenalpasti penduduk tertentu atau isu-isu yang perlu lebih
mendalam bagi kajiannya. Contohnya, jenis kajian penelitian yang dilakukan oleh doktor
secara umum bagi membincangkan masalah merokok dengan pesakit mereka. Para penulis
ingin mengenalpasti ruang amalan umum yang memegang pelbagai sikap yang berbeza.
Oleh itu, pengkaji menggunakan penelitian kuantitatif (bergalah) iaitu berdasarkan kajian
tinjauan pendek sikap 327 orang doktor, untuk mengenalpasti pelbagai sikap dari
responden, dengan melakukan wawancara lanjut dengan kualitatif, memastikan
pemahaman mendalam tentang masalah merokok dari pelbagai jenis doktor.

Rekabentuk ketiga (QUANT – qual), direka untuk menjadikan kajian kuantitatif menjadi mod
utama penyelidikan dengan penyelidikan kualitatif kedua. Jenis rekabentuk ini sering
digunakan ketika ada keperluan untuk memberikan klarifikasi atau elobarasi penelitian dari
penemuan-penemuan kuantitatif. kajian kualitatif membantu dalam memahami hal-hal
seperti hasil negatif dan hasil yang tidak memenuhi kehendak hipotesis dan perspektif
teoritikal. Pada dasarnya data kualitatif boleh digunakan untuk melengkapkan data
kuantitatif untuk membantu para penyelidik kuantitatif menyelamatkan data mereka dengan
memahami keputusan yang salah.

Dalam rekabentuk kajian keempat (QUAN – quant), kajian kualitatif merupakan kajian yang
utama dan diikuti seterusnya dengan kajian kuantitatif yang lebih kecil. Kajian kuantitatif
digunakan untuk menguji hasil pada penduduk yang berbeza dalam rangka untuk
memastikan apakah berlakunya atau tidak "pemindahan" penemuan kualitatif ke populasi
yang lain. Contohnya, berdasarkan kajian Gioia dan Thomas (1996) dalam Shariene & Biber
(2006), kajian reka bentuk kaedah campuran, telah menarik perhatian pengkaji bagaimana
pentadbir akademik mengenalpasti isu-isu penting, yang memberi impak kepada universiti
dalam mengalami perubahan strategik. Para penyelidik menggunakan kaedah kualitatif
untuk kajian kes tunggal dari salah satu pasukan pengurusan universiti untuk mendapatkan
pengalaman secara langsung atau terus di peringkat pentadbiran tinggi dalam pendidikan
tinggi. Ini adalah contoh dari reka bentuk kaedah campuran keempat dan terakhir yang kita
ambil dalam bab ini.
Prospek dan masalah kaedah bercampur

Terdapat pelbagai kebimbangan yang wujud berdasarkan amalan kaedah pencampuran.


Brannen ( 1992) menunjukkan bahawa dalam sesuatu kajian, apabila komponen kualitatif
adalah yang utama, kemungkinan ada kecenderungan berlakunya penemuan kuantitatif
yang mengalahkan atau mengatasi data kualitatif. Berdasarkan kajian penulis terhadap
pekerja rumah, didapati bahawa komponen kualitatif daripada kajian ini adalah kurang
relevan berbanding wawasan teoritisnya.
Apabila pengkaji mengaplikasikan jenis kajian ini, maka terdapat kos ekonomi kerana jumlah
masa dan tenaga yang diperlukan untuk menyelesaikan sebarang projek. Selain daripada
itu, terdapat beberapa isu yang dicadangkan agar penyelidik mesti mendapatkan pelbagai
kemahiran yang diperlukan untuk kaedah campuran ini kerana terdapat penyelidik yang
menggunakan kaedah campuran ini tidak mempunyai pengetahuan tentang kedua kaedah,
oleh itu amat penting bagi penyelidik untuk mengambil masa untuk memperkenalkan
konsep-konsep yang mungkin asing bagi individu.

2. APPLIED KNOWLEDGE

Provide your reactions to the book

Describe the book: Is it interesting, memorable, entertaining, instructive? Why?

Respond to the author's opinions: What do you agree with? And why? What do
you disagree with? And why?

Explore issues the book raises: What possibilities does the book suggest? Explain.
What matters does the book leave out? Explain.

Relate your argument to other books or authors: Support your argument for or
against the author's opinions by bringing in other authors you agree with.

Relate the book to larger issues: How did the book affect you? How have your
opinions about the topic changed? How is the book related to your own course or
personal agenda.

3. CONCLUSION

Kaedah penyelidikan bercampur memberikan satu cabaran kepada penyelidik yang


ingin mengkaji isu-isu yang kompleks dan berada dalam pelbagai level termasuk individu
yang sosial. Ini boleh meningkatkan pengumpulan data dari bermacam-macam jenis dan
boleh meningkatkan kesahan data untuk projek kualitatif dan kuantitatif. Dalam
menggunakan kedua-dua kaedah penyelidikan, penyelidik boleh mendapatkan data primer
yang terbaik, contohnya boleh meningkatkan kesahan data kajian dengan teknik triangulasi,
dengan menggantikan sumber-sumber yang lemah kepada yang lebih berkenaan. Idea,
seperti yang telah dicatat, bahawa secara keseluruhan adalah lebih bermakna daripada
jumlah bahagian-bahagiannya dalam menyatakan hasil kajian ataupun kesimpulan. Namun
terdapat pelbagai peringatan dari segi konseptual ke praktikal, yang mana seseorang itu
harus dipertimbangkan perkara atau isu berikut ketika menggunakan reka bentuk kaedah
campuran iaitu;

1. kaedah campuran mengaburkan batas antara paradigma kajian

2. tidak jelas bagaimana penyelidik harus prihatin tentang hal ini (subjektif).

Menurut penulis, kaedah bercampur bukanlah satu penyelesian yang sangat berkesan
seperti silap mata tetapi ia merupakan satu teknik meningkatkan dan membangunkan ilmu
pengetahuan. Berdasarkan Janice Morse iaitu seorang penyelidik kualitatif yang terkenal,
menekankan bahawa menguasai dan mahir dengan kaedah bercampur ini adalah satu cara
menajamkan pemikiran konseptual dan analisis yang berwawasan. Beliau juga berpendapat
bahawa penyelidik yang mahu menggunakan kaedah bercampur ini haruslah bersedia
mengeluarkan kos untuk melaksana dan memerlukan latihan yang cukup. Janice Morse juga
menegaskan kepada para penyelik supaya tidak hilang arah dalam mengendalikan kaedah
kualitatif dan perlu diteruskan dalam bentuk yang tulen untuk memahami sifat semulajadi
sosial kita dalam membina ilmu pengetahuan.

You might also like