Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya kita diberikan kesempatan untuk berhimpun di Majlis Pelancaran


Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 pada pagi ini. Saban tahun kita me
nyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kita yang tidak t
erhingga terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan besar para guru.
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kep
ada Kerajaan Negeri Pahang, khususnya kepada Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Be
sar Pahang di atas sokongan beliau dalam menjayakan majlis yang amat besar ertin
ya kepada seluruh warga pendidik.
Sesungguhnya, guru memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan individu
dan pencapaian matlamat pendidikan negara. Setiap insan yang pernah mendapat sul
uhan ilmu daripada seorang guru pastinya akan menghargai betapa besar sumbangan
guru dalam setiap kejayaan yang dilakar. Hari ini saya ingin merekodkan pengharg
aan saya kepada warga guru yang sentiasa komited dalam menggalas amanah mendidik
anak bangsa dan mendokong matlamat dasar pendidikan kebangsaan, iaitu untuk mem
upuk perpaduan, memacu kemajuan dan membentuk keperibadian insan yang mulia.
Alhamdulillah, berkat komitmen warga guru, kita telah berjaya mencipta pelbagai
kejayaan dalam bidang pendidikan. Hari ini dengan pemeluasan akses kepada pendid
ikan baik di peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi, kita telah ber
jaya menyediakan peluang pendidikan formal kepada setiap warganegara. Ini adalah
satu pencapaian penting dalam proses pendemokrasian pendidikan di negara kita.
Kemajuan yang dicapai dalam bidang pendidikan selama lebih lima dekad yang lalu
juga telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rak
yat tanpa mengira kaum. Pencapaian ini sekali gus membantu menjayakan agenda pem
basmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, pembangunan negara dan penguku
han perpaduan.
Di peringkat antarabangsa, negara kita juga telah diiktiraf sebagai antara negar
a yang paling berjaya dalam mencapai matlamat pendidikan untuk semua. Saya perca
ya, segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para
guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, dengan penuh ras
a tanggungjawab untuk berbakti kepada pertiwi.
Namun, segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah men
cipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpel
uk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang
dengan sendirinya di masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai c
abaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka pendekatan terkini, mela
kukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Cabaran Pendidikan Negara
Cabaran pertama ialah untuk meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan. Da
lam sebuah negara yang menjanjikan kemakmuran untuk semua, komitmen kerajaan ial
ah untuk memastikan setiap warganegara berhak untuk mendapat akses kepada pendid
ikan yang berkualiti. Ini bermakna usaha berterusan mesti dilakukan untuk menamb
ahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan prestasi setiap sekolah
serta merapatkan jurang pencapaian murid tanpa mengira lokasi dan wilayah.
Kedua, meraikan kepelbagaian dan pada masa yang sama memperkukuhkan perpaduan da
lam sebuah masyarakat majmuk yang sedang melalui proses perubahan nilai sosial d
an politik yang ketara. Adalah menjadi hasrat dasar pendidikan kebangsaan untuk
memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum melalui sistem pendidikan yang mengutama
kan perkongsian nilai, budaya dan cita-cita bersama.
Sementara kita melihat kepelbagaian sebagai sumber kekuatan Malaysia sebagai seb
uah negara majmuk, kita juga perlu memperkukuhkan perpaduan melalui sistem pendi
dikan kebangsaan yang inklusif dan dinamik. Justeru, cabaran besar bagi setiap g
uru ialah untuk muncul sebagai kuasa pemersatu yang jitu (the binding force of u
nity) yang berperanan mendidik murid tanpa mengira kaum menghargai sejarah pembi
naan negara bangsa, memahami kepelbagaian dan menjunjung aspirasi perpaduan sela
ras dengan semangat dan cita-cita 1Malaysia.
Ketiga, meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa dalam iklim persa
ingan global yang semakin sengit. Berhadapan dengan cabaran ini, keutamaan kita
ialah untuk mempersiapkan generasi muda dengan kualiti yang diperlukan supaya me
reka boleh bersaing di persada antarabangsa. Di samping itu, jangan kita lupa ba
hawa usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi dan kualiti sistem pendidikan kita
perlu dilakukan secara berterusan kerana pada masa yang sama kita juga menghadap
i persaingan dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi di negara-negara maju y
ang meletakkan penanda aras baru kecemerlangan pendidikan. Pendek kata, dalam er
a globalisasi kini kita harus menerima hakikat bahawa pendidikan tidak lagi berf
ungsi sekadar untuk mengisi keperluan lokal, tetapi memenuhi tuntutan global.
Strategi Pemantapan Kualiti Pendidikan
Dalam mengharungi cabaran-cabaran ini, kita perlu bersedia untuk melakukan pemba
haruan dan pemugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi
yang berterusan. Dasar dan strategi yang telah terbukti berjaya pada masa lampau
, tidak semestinya berkesan untuk masa kini dan masa hadapan. Justeru, sistem pe
ndidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melal
ui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.
Maka, dengan semangat untuk melakukan pembaharuan yang bermatlamatkan peningkata
n kualiti pendidikan secara berganda, tumpuan segera perlu diberikan kepada usah
a-usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah, memantapkan kualiti guru dan melonj
akkan keberhasilan murid. Inilah fokus utama inisiatif-inisiatif penting yang se
dang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
bagi sektor pendidikan. Kementerian Pelajaran telah menyediakan satu kerangka p
elaksanaan yang menetapkan strategi penyampaian dan pencapaian sasaran NKRA.
Usaha ini mencakupi empat sub NKRA iaitu peluasan penyertaan pra-sekolah; Progra
m Literasi dan Numerasi (LINUS) murid; mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi, te
rmasuk meningkatkan prestasi setiap sekolah menerusi mekanisme Program Pembangun
an Prestasi Sekolah (School Improvement Programme); dan pemberian insentif beras
askan pencapaian kepada guru besar, pengetua dan guru-guru yang berjaya melonjak
kan prestasi sekolah. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi
dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kua
liti pendidikan negara.
Dalam menjamin kejayaan proses pemantapan kualiti pendidikan negara, beberapa di
mensi penting pengurusan pendidikan perlu diberikan perhatian. Pertama, pengukuh
an kepimpinan pendidikan dengan memberikan keutamaan kepada usaha untuk meningka
tkan mutu penyampaian pendidikan dan melonjakkan prestasi dari peringkat pra-sek
olah sehinggalah pengajian tinggi. Di peringkat sekolah, matlamat kita ialah unt
uk membangunkan ciri-ciri kepimpinan sekolah yang profesional, progresif dan din
amik dengan disokong oleh tenaga guru yang mempunyai kekuatan minda, ketangkasan
daya fikir dan daya cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan jati diri. Kualiti
dan profesionalisme kepimpinan pendidikan ini pula perlulah dibangunkan dalam p
ersekitaran budaya kecemerlangan yang berpaksikan kepada etos masyarakat berpeng
etahuan.
Kedua, kepimpinan sekolah perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi d
alam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi menghasilkan pen
didikan yang bermutu, guru-guru perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksan
akan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan murid untuk berfik
ir secara kreatif dan inovatif. Kita perlu berganjak daripada pendekatan model k
ilang penghasilan pendidikan (factory model of producing education) kepada model
penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan minda, yang menguj
i daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah d
an yang mengasah ketajaman pena'kulan (reasoning) murid. Ertinya, orientasi peng
ajaran dan pembelajaran mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk hafalan
(rote learning) kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind stimulating
learning).
Saya berharap agar aspek penting ini akan diberikan penekanan oleh guru-guru dal
am pelaksanaan transformasi kurikulum di sekolah. Kejayaan pelaksanaan transform
asi kurikulum ini amat bergantung kepada keupayaan guru-guru untuk memperbaiki k
aedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar matlamat menggalakkan
budaya berfikir di kalangan murid dapat dicapai. Melangkah ke hadapan, saya perc
aya sudah sampai masanya kita memberikan autonomi profesional kepada guru-guru u
ntuk merancang dan merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berd
asarkan keperluan murid dan situasi setempat dengan berpandukan garis panduan ku
rikulum yang standard. Dengan ini, kita akan berjaya menzahirkan peranan sebenar
guru sebagai pemangkin masyarakat berpengetahuan yang menggalas amanah besar un
tuk mentransformasi sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran (learning org
anization) di mana proses pemerolehan ilmu, pengayaan pengalaman dan pembentukan
sikap serta nilai-nilai positif berlaku secara dinamis dan progresif.
Ketiga, dalam kesungguhan kita untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi, jangan kita lupa kepada satu lagi matlamat penting pend
idikan iaitu untuk membentuk keperibadian insan yang mulia. Matlamat pembangunan
insan yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini perlu dimantapkan
dengan pemugaran nilai-nilai agama, moral dan etika dalam pendidikan. Kita tidak
mahu melahirkan manusia yang hebat pengetahuannya, tinggi kemahirannya, tetapi
rendah akal budinya. Kecemerlangan pendidikan yang kita maksudkan merangkumi asp
ek pemurnian jiwa, ketinggian budi dan kejituan rohani. Dalam konteks ini guru s
eharusnya mampu menjadi pendidik dan role model yang mempamerkan pekerti mulia p
ada setiap masa untuk diteladani oleh murid.
Insentif Kepada Guru
Menyelami setiap cabaran yang mesti diharungi oleh guru dalam memenuhi tuntutan
kemajuan negara dan membentuk keperibadian insan yang mulia, saya memahami bahaw
a guru sebenarnya memikul amanah yang besar. Melaksanakan amanah ini pula bukanl
ah satu tugas yang mudah. Harapan masyarakat terhadap guru amat tinggi dan cabar
an yang dihadapi bukannya sedikit.
Pada masa yang sama, saya juga mendengar pelbagai keluhan dan rintihan guru. Say
a diberitahu guru-guru banyak dibebani dengan tugas-tugas sampingan di sekolah;
proses kenaikan pangkat juga mengambil masa yang lama; tiada insentif khusus unt
uk menghargai dan mengiktiraf jasa guru dalam meningkatkan pencapaian murid; dan
masalah penempatan serta pertukaran guru terutamanya di kawasan luar bandar dan
pedalaman yang menimbulkan keresahan di kalangan guru.
Saya ingin mengambil kesempatan pada majlis sambutan Hari Guru ini untuk mengumu
mkan beberapa inisiatif yang telah dan akan diambil oleh Kementerian Pelajaran.
Mengenai isu beban tugas guru yang telah dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) semasa sesi pertemuan dengan saya dalam bulan Mac ya
ng lalu, saya telah mengarahkan supaya satu Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tug
as Guru yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ditubuhkan ba
gi meneliti isu-isu yang dibangkitkan. Jawatankuasa ini yang turut dianggotai ol
eh beberapa orang wakil kesatuan guru telah pun mengadakan mesyuarat bagi meneli
ti syor-syor yang dikemukakan serta mencadangkan penambahbaikan. Antara beberapa
syor jawatankuasa ini yang boleh dilaksanakan dengan segera untuk meringankan b
eban tugas guru ialah:
Pertama, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah y
ang lebih wajar. Pada masa ini, terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawata
nkuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta
kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan te
naga guru yang bukan sedikit. Pengecilan jumlah jawatankuasa melalui penggabunga
n atau pemansuhan bukan sahaja akan mengurangkan bebanan tugas guru tetapi juga
memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki. Di s
amping itu, perlu juga dipastikan pembahagian tugas di sekolah diagih secara adi
l untuk mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru-guru tertentu sahaja.
Kedua, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah yang
merupakan salah satu daripada punca pertambahan bebanan tugas guru. Saya dapati
ada sekolah-sekolah yang jumlah peperiksaan dalamannya sahaja mencecah hampir 20
tidak termasuk peperiksaan awam. Jumlah peperiksaan dalaman ini perlu dikaji se
mula bukan sahaja untuk meringankan bebanan guru tetapi mengelakkan sistem perse
kolahan kita daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.
Ketiga, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah. Saya tahu bahawa ini
adalah antara keluhan utama guru-guru. Saya bersetuju bahawa guru-guru tidak pe
rlu dibebankan dengan tugas-tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengg
anggu tugas hakiki yang lebih penting, iaitu pengajaran dan pembelajaran di bili
k darjah. Apatah lagi, dalam usaha kita untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu diberikan lebih banyak masa untuk merancang pengajaran
yang lebih berkesan dan membuat persiapan mengajar. Justeru, Jawatankuasa Mengk
aji Bebanan Tugas Guru akan menyediakan Garis Panduan yang lebih terperinci bagi
membezakan antara tanggungjawab hakiki guru dengan beban tugas perkeranian yang
tidak sepatutnya dilakukan oleh guru. Garis panduan terperinci ini akan diumumk
an setelah pihak jawatankuasa selesai mengkaji isu ini dan mengemukakan laporan
akhir.
Keempat, kursus-kursus penting yang perlu dihadiri oleh guru juga akan diselaras
kan di peringkat Kementerian Pelajaran supaya tidak wujud pertindihan kursus ata
u keadaan di mana guru yang sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus yang d
ianjurkan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Ke
menterian Pelajaran. Dengan adanya penyelarasan yang lebih sistematik, bukan sah
aja guru dapat mengurus masa dengan lebih cekap, malah merancang untuk mengikuti
program pembangunan profesionalisme dengan lebih baik.
Saya juga ingin mengumumkan inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian Pelaja
ran untuk menyediakan laluan kerjaya yang lebih baik kepada guru. Buat permulaan
, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan seba
nyak 25,289 kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS
) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau Bukan Siswazah (PPPLD
) sehingga April 2010. Daripada jumlah tersebut, seramai 15,320 jawatan adalah b
agi PPPS, manakala seramai 9,969 jawatan adalah bagi PPPLD. Pecahan Kenaikan pan
gkat ini meliputi tiga kategori iaitu Time-based, Guru Cemerlang dan Kenaikan Pa
ngkat secara hakiki bagi kategori DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54. Kenai
kan pangkat ini merangkumi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas
di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, p
ensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan guru-guru. Selain darip
ada itu, LKPPP juga telah meluluskan sejumlah 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44
, DG48, DG52 bagi PPPS.
Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ju
ga telah bersetuju supaya urusan kenaikan pangkat secara Time-based Gred DG44 da
n DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajara
n. Di samping itu, sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meningkatkan kualit
i guru, Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperolehi ijazah Doktor Falsafah ak
an menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Pelaksanaan kenaikan gred bagi pemegang ijazah Doktor Falsafah akan dilaksanakan
pada tahun ini. Saya berharap agar proses kenaikan pangkat dan pengesahan peman
gkuan bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan da
pat diurus dengan kadar segera.
Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, sukacita saya me
ngumumkan New Deals atau Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan guru-guru.
Di bawah Tawaran Baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, gu
ru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing m
elepasi sasaran Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus ba
gi sekolah rendah. Ganjaran juga akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan
guru-guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit
, iaitu lonjakan sebanyak 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi s
ekolah menengah. Skor Komposit ini dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS)
dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pengetua dan Guru Besar yang me
ncapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500. Guru-gu
ru di sekolah berkenaan yang berada dalam kumpulan lima peratus teratas berdasar
kan tahap penilaian prestasi tahunan juga akan menerima ganjaran sebanyak RM1,80
0 dan 95 peratus guru berikutnya akan menerima ganjaran RM900. Tawaran Baru yang
merupakan satu bentuk insentif berasaskan pencapaian ini diharap akan dapat men
yuntik semangat baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan lebih gigih bagi meni
ngkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan murid.
Kerajaan juga sedang menimbang pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat b
erasaskan pencapaian yang lebih cepat kepada mereka yang benar-benar menunjukkan
kebolehan. Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih baik untuk guru-guru adalah sal
ah satu daripada langkah kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan di samp
ing menarik lebih ramai "best brain" untuk menyertai kerjaya ini.
Untuk mengatasi masalah penempatan di kawasan pedalaman yang sering menimbulkan
keresahan di kalangan guru, saya telah mengarahkan supaya satu sistem pemantauan
penempatan guru yang lebih cekap dan adil diwujudkan.
Maklumat mengenai tempoh perkhidmatan guru di kawasan pedalaman perlu dikemaskin
i secara online untuk memastikan mereka yang telah lama berkhidmat di kawasan pe
dalaman diberi peluang untuk berkhidmat di bandar pula. Dengan adanya sistem pem
antauan yang lebih cekap dan adil ini, kita akan dapat menjamin bahawa guru-guru
yang ditempatkan di luar bandar tidak akan disisih dan diabaikan.
Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-ti
nggi penghargaan dan tahniah kepada bekas pendidik yang dinobatkan sebagai Tokoh
Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan bagi tahun ini. Anug
erah ini adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa serta p
engorbanan tokoh-tokoh guru yang tidak ternilai.
Guru itu umpama lautan luas
Menghampar ilmu tak terbatas
Bagai hempasan keras gelombang
Kepada murid mendamai tenang
Guru itu laksana gunung agung
Tinggi berbukit sabar iktibar
Persis batu dan pasir terdampar
Tugasnya mulia mendidik mengajar
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini, terutamanya kepada warga Jabatan Pela
jaran Negeri Pahang selaku Urusetia Pelaksana. Marilah kita bersama-sama menadah
tangan memohon keizinan dan keredaan Allah SWT supaya segala cita-cita dan usah
a kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan membina negara bangsa yang seja
htera dan harmoni diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.
"Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu".

You might also like