31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-Jilani

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

www.alraufi.blogspot.

com

Ketiga
Ketiga Puluh Satu
Solawat Sultan Al- Al-Jilani 
Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-

 

5! 6-  * 6 2 1 !  43 5 ! +&  .$ &


/ + 0! 1  2 1 ! " # $ %
 $ & # ' ( *) +,
 - "*&    
  
E
3 ! 6&,B ;*. $ >
 ? @! A(
! B C 
 < 8& D 5! -  ;!  =! -& * .&  5! -  < 8& ' 5! -  ;7
 8& $ 9 5! -& :-
K& L,
!  K& &M   7
 -& * '
C + F& C 
 HG :8& "! I  A=! - I  
  J I C 
 *& ,
 $ '
.7
 &O  $ -& +N ! & (
! B ! &  
“Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, yang cahayanya telah
mendahului segala makhluk, dan penzahirannya merupakan satu rahmat bagi sekalian alam.
Dengan bilangan sebanyak makhlukMu yang telah lalu dan yang akan datang, dan yang
berbahagia daripada mereka serta juga yang celaka. Solawat yang merangkumi setiap bilangan
dan meliputi setiap kiraan. Solawat yang tiada penghabisan untuknya, dan tiada juga penamat
serta tiada juga penghujung. Solawat yang berkekalan bersama kekekalanMu. Dan ke atas
keluarganya serta para sahabatnya, dan kesejahteraan yang seumpama itu.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani  :

  
         ! " # $%& $ '( & )*  )'+ , -.) /012 034

 B) $'C D:E 


02 F G'8 
 .5 6.7 08 9": 0: 3 , )';< =
> , "!?'2 )@ :

: ,:I J3I # K%& LM? + K: ً *5 O0: 08   PQ5 : " # $%& @' )'"1H 60

.&?:I 'Q 9< K?+I : $>E R;S =T0 'Q O0<?< U+

Telah disebutkan oleh para pemberi komentar Ad-Dalail bahawa penghulu kita ‘Abdul Qadir Al-
Jilani  telah menamatkan hizibnya dengan solawat ini. Dan telah dikutip daripada As-Sakhawi 
bahawa beliau telah berkata, "Sesetengah daripada guru-guru kami telah menambahkan penjelasan
bahawa baginya (solawat di atas) ada satu kisah yang menarik, dan adalah satu kali (membaca)
darinya menyamai sepuluh ribu (bacaan) solawat (yang lain)."

Dan telah berkata Asy-Syaikh di dalam komentarnya bahawa telah berkata Al-Imam Muhyiddin
yang dikenali sebagai Junaid Al-Yaman , bahawa sesiapa yang bersolawat dengan solawat ini sepuluh
kali pada waktu pagi dan (sepuluk kali) pada waktu petang, wajiblah baginya menerima keredhaan
Allah yang terbesar dan keamanan daripada kemurkaanNya, dan akan diturunkan ke atasnya rahmat
serta pemeliharan ketuhanan daripada segala kejahatan, dan akan dimudahkan baginya segala urusan.

(Sumber daripada kitab ‫ أ ا ات


 ادات‬karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il An-Nabhani )

You might also like