Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGHARGAAN

Alhamdulillah….akhirnya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi pada


tahun ini yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan
kepada guru subjek Geografi bagi kelas saya,Pn Chong Kwee Yau yang telah banyak
membantu saya dalam proses menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.Selain itu,beliau
juga telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan bagi menyudahkan Kerja Kursus
Geografi.

Di samping itu,jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak
menghulurkan sumbangan dari segi kewangan bagi menjayakan proses pembikinan Kerja
Kursus Geografi ini. Mereka juga telah banyak memberi sokongan berserta dorongan
bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi pada kali ini.

Akhir sekali,tidak lupa kepada semua rakan saya yang telah sedikit sebanyak
menghulurkan bantuan sama ada dari segi mental ataupun fizikal,secara langsung
mahupun tidak langsung. Antaranya ialah Muhammad Aiman Rafie Bin Yaakob,Amirul
Aliff Bin Mohd Hisham dan Muhammad Rasyid Bin Mat Rais.
PENDAHULUAN

Saya,Muhammad Sharqawi Bin Shariff,pelajar tingkatan 3 Rancangan Khas dari


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin telah memilih tajuk Pencemaran Alam
Sekitar sebagai tajuk Kerja Kursus Geografi saya pada tahun ini.

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan
Penilaian Menengah Rendah (PMR).Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran
Alam Sekitar.Oleh itu,saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di
kawasan yang mempunyai tahap pencemaran yang teruk dan boleh membahayakan
kesihatan penduduk sekitar.

Oleh sebab itu,saya telah memilih tajuk ini kerana di kawasan tempat tinggal saya
mempunyai masalah pencemaran alam sekitar dan ini memudahkan saya untuk
menjalankan kajian.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari
sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan.Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
OBJEKTIF KAJIAN

1.Mentakrifkan dengan memberi contoh konsep pencemaran alam sekitar.

2.Menyata dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Masjid Tanah.

3.Menghurai kesan pencemaran alam sekitar di Masjid Tanah.

4.Memberi huraian tentang cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di


Masjid Tanah.

5.Menerangkan nilai atau unsure patriotisme dalam kajian pencemaran alam sekitar di
Masjid Tanah.
KAWASAN KAJIAN
Masjid Tanah merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Alor Gajah iaitu terletak di utara Bandar
Melaka.
Namanya mendapat nama sempena sebuah masjid berlokasi di tengah-tengah pekan yang dibina daripada
tanah di tepian sungai. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang
dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga
sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa
Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda didalam Daerah Alor Gajah dan dekat dengan sempadan Negri
Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur
dalam loghat Negri sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan
loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem
'Suku' atau 'Waris', namun dengan perederan zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Tradisi
'Berkampung' yg merapatkan silaturrahim antara saudara2 yang muda dan yang tua dan membuat
perancangan untuk berkerja secara gotong royong sebelum sesuatu mjlis yg besar eg perkahwinan, telah
mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan yg muda telah lupa akan pentingnya majlis ini
dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah2 pusaka pun tidak lagi diwariskan
secara adat dimana anal2 perempuan diutamakan.
Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak2
Masjid Tanah yang asli, Pekan Masjid Tanah dipanggil 'SIMPANG' merujuk kepada pekan asalnya yang
mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar
pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun,
Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa
sekolah rendah dan menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Bukit
Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek.Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin
(dulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid
Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia
Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama
lamanya Masjid Tanah English School.
Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada
antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-
institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok
Bumi Malaysia, berhampiran Masjid tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan
keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem
Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan
Kem Sungai Udang (Kem Komando). Dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid
Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan
parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di Pekan Masjid Tanah aktiviti
ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap
telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid
Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China,
Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej
Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, Masjid Tanah terletak dibawah kawasan Parlimen Alor Gajah.
Bermula dari tahun 2004 Parlimen Masjid Tanah telah diaadakan. Ada lima DUN dibawah Parlimen
Masjid Tanah i.e. DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu, DUN Taboh Naning dan DUN
Kuala Linggi.
KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian,saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik.Oleh itu,saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus
ini.Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan:-

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pencemaran


alam sekitar yang berlaku di kawasan kampung saya.

2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung
untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang masalah pencemaran alam
sekitar.Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap di situ
kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi
oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan
dilakukan.(sila rujuk lampiran)

4) Rujukan = selain itu,saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari


internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai aktiviti pencemaran alam
sekitar.
KONSEP PENCEMARAN ALAM
SEKITAR
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya
keselesaan hidupan.Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula menyatakan bahawa
pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung
kepada sifat-sifat fizik,kimia,atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan ,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan atau berbahaya
kepada kesihatan,keselamatan,kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan
dan haiwan.
Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

1. Pencemaran oleh Alam Semula Jadi

2. Pencemaran oleh Manusia

-Pencemaran oleh Alam Semula Jadi berlaku apabila wujudnya bencana alam seperti
letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi, dan tsunami.

-Pencemaran alam semula jadi yang diakibatkan oleh Manusia ialah pencemaran udara,
pencemaran air dan pencemaran tanah.

Pencemaran Udara
-monosida yang dilepaskan oleh ekzos kenderaan

-Pembakaran hutan untuk tujuan perladangan

-Asap dari kilang perindustrian seperti kilang-kilang asbestos/simen/bateri kereta

-Bahan-bahan sisa bandaran Pembakaran sampah terbuka

-Penyeburan racun serangga

-Karbon seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan

Pencemaran Air

-Kumuhan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke sungai atau laut

-Aktiviti pertanian seperti penerokaan tanah akan menyebabkan hakisan tanah yang
seterusnya mengakibatkan mendakan yang mencetekkan sungai dan mengeruhkan air
sungai.

-Tumpahan minyak dari kapal


-Bahan pencuci pinggan-mangkuk seperti detergen

-Sikap manusia yang membuang sampah, minyak dan najis ke sungai

Pencemaran Tanah

-Masyarakat - Pembuangan Sampah merata-rata tempat dan perlupusan yang tidak


sistematik

-Bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu
sahaja atau ditanam dalam tanah )
JENIS PENCEMARAN DI
KAWASAN KAJIAN
1)Pencemaran Air

Pencemaran sungai di Sungai Baru.

-Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke
dalam sungai.
-bau busuk dan keadaan sungai penuh dengan sampah-sarap.

2)Pencemaran Udara

Pmbebasan asap kilang di Kawasan


Perindustrian Pengkalan Balak.

-pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang,


kenderaan motor di jalan raya.
-menjejaskan kesihatan penduduk setempat.
3)Pencemaran Sampah

Sampah-sarap yang bertaburan


di Masjid Tanah.

-pembuangan sampah di merata-rata tempat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


-longkang tersumbat akibat sampah.
-perlupusan yang tidak sistematik.

4)Pencemaran Bau

Pencemaran bau najis babi di Paya Mengkuang.

-
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

78300,Masjid Tanah,Melaka

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:…………………………………………... Umur:…………………

Alamat: ………………………………………… Pekerjaan:…………………


…………………………………………

Arahan:Bulatkan pada jawapan yang sesuai.

1.Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

A. Udara B. Air C. Tanih D. Bunyi E. Bau

2.Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

A. Perkilangan B. Kenderaan C. Perlombongan D. Pembakaran terbuka

E. Racun serangga F. Baja Kimia G. Sampah Sarap H. Sisa Toksik

I. Tumpahan J.Sisa domestik K. Pembinaan L. Penebangan Hutan


Minyak
M. Perniagaan N.Petempatan O.Penternakan P.Tambak Laut

3.Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

A. Hujan asid B. Jerebu C. Penyakit D. Suhu meningkat

E. Air tercemar F. Bau busuk G. Udara Tercemar H. Hidupan akuatik mati

I. Kesuburan tanih terjejas/berasid

You might also like